Friday, May 29, 2009

PKL: Mengurus isu Perak, The State Unity Government by Agreement).

PKL: Mengurus isu cara ‘Darul Aman’…(Perak, The State Unity Government by Agreement).

Kita sambung bicara kita dari post yang lalu bahawa antara formula PKL yang kita cadangkan untuk mengurus dan menyelesaikan isu Perak ialah melalui dengan cara persetujuan untuk membentuk ‘Kerajaan Perpaduan Bersyarat: Dengan Perjanjian (iaitu Darulaman)’; sebagai sebuah kerajaan peralihan kearah Kerajaan sebenar yang lebih mantap dan stabil, yang berasaskan kepada keadilan dan keamanan sejagat. Apa lagi asasnya, yang lebih baik dari asas Islam sebagai peraturan serta cara hidup termasuk bagi sesebuah kerajaan atau pun institusi.
Dari bicara kita yang lalu, angkubah terkuat kepada syarat pembentukan ‘Kerajaan Perpaduan, Darulaman’ di Perak ini ialah ‘ketakwaan yang sungguh-sungguh’. Jika kita teliti akan dua keadaan yang ada iaitu dari pihak PR dan pihak BN; kita akan dapati hanya satu pihak sahaja yang lebih ketakwaannya kepada Allah swt. Kita kita tidak nilaikan kepentingan fanatic perkauman sebagai nilai takwa, sebaliknya kita bolih terima hasrat perpaduan berasaskan kesatuan pelbagai kaum itu adalah merupakan asas penting kepada ‘ketakwaan’. Hal ini ada disebut didalam al-quran dalam surah al-nissa’ yang bermaksud: “Wahai manusia, bertakwalah kamu kepada Tuhan kamu yang menciptakan kamu dari satu jiwa iaitu seorang (Nabi Adam a.s.),…kemudian berpasangan, dan berpuak-puak, dari pelbagai bangsa, ….. supaya kamu kenal-mengenal, antara satu dengan yang lain…” Dari maksud ayat ini, membawa kepada dua angkubah yang penting iaitu ‘takwa’ dan ‘kenal-mengenal’. Berada dalam fanatik perkauman atau asyabiah dengan sendirinya menolak asas pembentukan kesatuan atau perpaduan yang merangkumi pelbagai ras, kaum dan bangsa serta agama. Namun, Islam adalah agama yang diterima oleh semua kaum dan manusia kerana seruannya adalah atas dasar ketuhanan yang Esa iaitu sebagai ‘Rabb’ kepada semua ciptaan Tuhan termasuk manusia, sebagaimana yang disebut didalam ayat diatas. Oleh itu, kenal mengenal yang merupakan syarat angkubah kepada ‘Kerajaan Perpaduan’ adalah wajar dipertimbangkan selepas syarat ‘taqwa’.
Negeri atau Negara yang mempunyai rakyat dari pelbagai kaum pula turut mempertimbangkan usul pembentukan Kerajaan Perpaduan ini. Jika dizaman Generasi Al-Quran dulu, kerajaan DarulIslam dibentuk dibawah piagam Madinah, dengan sokongan pelbagai puak dari kaum Yahudi serta Nasrani yang bukan beragama Islam; kita juga boleh, menyatukan semua kaum yang ada di Negara kita atas dasar keadilan Islam sebagai cara hidup. Ini terbukti berlaku dalam PRU baru-baru ini dan juga dalam PRK yang diadakan, termasuk di Perak. Pengundi iaitu rakyat dari pelbagai kaum memilih tanpa paksaan parti pilihan mereka dari PR dan menolak BN. Tinjauan membuat telahan bahawa rakyat menolak BN adalah antara lain kerana perjuangan fanatik perkauman (seperti berlaku kecoh dalam PRK Permatang Pauh, berhubung kes perkauman Melayu oleh UMNO). Akibatnya, kaum bukan Melayu mulai sedar dan bertambah kenal, apa itu Islam atau keadilan Islam yang diperjuangkan oleh PR. Begitu juga isu di Perak. Kemelut yang berlaku adalah berpunca dari perjuangan UMNO yang berteraskan perkauman Melayu, bukannya Islam, yang mereka ingin tegakkan. Mereka sangat sayangkan Melayu, kita tahu, tapi ianya tidak bolih melampaui batas fanatik perkauman hinggakan berlaku rampasan kuasa atau membelakangi Islam sebagai cara hidup. Kita mesti patuh pada Sultan sebagai ‘ulul-amri’ dalam apa jua sekali pun, dengan cara syura yang paling hikmah. Sultan adalah payung kepada Islam, dan Islam adalah cara hidup kita, termasuk bernegara dibawah payung ‘Daulah’ Sultan dan Raja sebagai “Ulul-amri”. Faktor ketaatan kepada pemimpin iaitu ‘Ululamri minkum’, mula menjadi angkubah tambahan kepada pengurusan isu Perak ini. Maksud ‘Ululamri minkum’ ini, adalah akan menjadi lebih lengkap jika ianya membatasi apa jua situasi dengan Islam, termasuklah membatasi perkauman menggantikan dengan yang lebih luas iaitui Islam, sebagaimana kita bincangkan diatas. Inilah yang antara lain dimaksudkan oleh al-quaran sebagai ketaatan kepada ‘ululamri minkum..’ iaitu: “…taatlah kamu akan Allah, taatlah kamu akan Rasul, dan Ulul-amri (pemimpin) dari kalangan kamu…”. Pemimpin yang bersandarkan dengan ‘Daulah Islamiyyah’ adalah dikira perlengkap kepada sebutan ‘Ulul-amri..’, insya Allah.
Justeru itu, ringkas bicara, kita dapat susunkan factor angkubah yang perlu bagi pembentukan kerajaan ‘Perpaduan Bersyarat: Dengan Perjanjian’ iaitu (i) taqwa yang bersungguh-sungguh dari kedua pihak dan dari semua lapisan khususnya pemimpin, (ii) Islam sebagai cara hidup berperaturan, (iii) ikhlas untuk saling bekerjasama menstabilkan kerajaan atas prinsip kenal mengenal (taaruf), muafakat, keadilan dan keamanan Islam, (iv) kesatuan atas tali Allah, tidak berpecah belah, (v) syura atau mesyuarat dengan hikmah, (vi) ketaatan kepada pemimpin yang dipilih termasuk yang sedia ada iaitu Sultan sebagai ‘ulul amri’ yang lebih sempurna dibawah ‘Daulah’ Darulaman iaitu ‘Kerajaan Perpaduan Bersyarat: Dengan perjanjian’ nanti, (vii) Berkemampuan dan Amanah (Qawwi dan Amin) iaitu memilih dari pemimpin yang ada dari kedua pihak atau dari seluruh rakyat yang ada sebagai pemimpin yang ‘ahli’ atau pakar dengan memenuhi maksud ‘Quwwah dan Amanah’ iaitu ‘Berkemampuan (capability) dan Amanah (Integrity)’.
Kita hanya membariskan mereka, sebagai pemimpin, pentadbir dan pengurus negeri untuk tempoh tertentu menjelang kepada penubuhan ‘Daulah’ sebenar yang lebih baik dan saksama. Justeru, perlu bagi semua parti membuat saringan dan mengawal proses pemilihan ahli dan calon mereka masing-masing supaya criteria ‘Qawwi wa Amin’ dapat dipatuhi sebagai pra-syarat untuk menjadi wakil rakyat, pemimpin atau pentadbir negeri dan juga Negara. Pemilihan ADUN atau ADR yang berkualiti dengan ciri-ciri ‘capability and integriti’ kepada satu kerajaan iaitu ‘Kerajaan Perpaduan Bersyarat: dengan Perjanjian (Unity Government by Agreement) atau Darulaman di Perak’ adalah penting lagi segera supaya Perak dapat diurustadbir oleh kerajaan yang terbaik pada masa ini, lagi diterima rakyat, terutama akan turut diterima oleh Allah swt, insya Allah. Itulah harapan semua rakyat dan pemerhati politik negeri, Negara dan dunia Islam amnya. Maka, pilihlah dari kalangan yang ada (dari PR atau BN), yang terbaik, iaitu dari ADUN yang dipilih rakyat dalam PRU yang lalu untuk menerajui negeri Perak. Untuk lebih baik dari yang terbaik sekarang, pilihan untuk membubarkan DUN Perak bolih dipertimbangkan, jika pilihan ini gagal untuk disepakati. Cara pertama ini tidak membebankan kos rakyat, sebaliknya apalah erti kos jika ianya dibelanjakan untuk faedah akhirat. Bubarlah DUN untuk tujuan ini, jika ianya perlu atas sebab ‘kefardhuan’. Wallahu ‘alam.

Thursday, May 28, 2009

PKL: Isu Perak….bagaimana jalan keluarnya?

Jika kita ‘iktiraf’ undang-undang Malaysia, keputusan mahkamah berhubung siapa Menteri Besar Perak, kita dapati kedua-duanya diputuskan oleh mahkamah. Cuma, yang pertama adalah dikira dahulu dan yang kedua, keputusannya dikira lebih kepada mengelirukan rakyat.
Jika kita kembali kepada kaedah ‘kembali kepada asal’ apabila kita buntu, kita dapati, pilihan rakyat adalah berpihak kepada YAB DS Ir. Nizar. Pada masa itu, Perak diperintah oleh PR dengan kelebihan dua undi, tidak termasuk Speaker Dewan. Pada masa itu, Perak adalah milik PR walau pun dengan majoriti dua kerusi. Apa tah lagi, jika kerajaan PR yang memerintah Perak pada masa itu, melantik ‘senator’ untuk menjadi ‘Speaker Dewan’, maka kerajaan PR mempunyai kelebihan tiga kerusi berbanding BN. Berlakulah 'deadlock' bila 3 ADUN bebas keluar PR?. Apa pun, yang berlaku telah pun berlalu. Pada hemat saya, jika pun begitu kedudukannya, BN tetap juga berusaha menjadikan situasi Perak ‘begitu rupa’. Memang sudah ada niat disebalik apa yang berlaku. Jika kelebihan dengan majoriti yang lebih besar pun, mereka iaitu BN akan tetap membuat keadaan kerajaan PR Perak tidak stabil supaya isu yang lebih besar beralih arah. Mereka lakukan ini atas sebab untuk berlaku ketidakstabilan politik di Perak kerana mereka tidak dapat menerima kenyataan yang Perak sudah jatuh kepada PR. Itu yang difikirkan dan yang dilihat oleh rakyat dan beberapa orang pimpinan pertengahan. Meraka sanggup melakukan apa saja supaya isu Perak berlarutan, supaya dengannya rakyat hilang arah tuju perjuangan yang sebenarnya.
Kita imbas kembali bagaimana isu ini disengajakan berlarutan supaya pandangan rakyat beralih kepada isu Perak. Isu yang lebih besar tenggelam begitu sahaja. Jika berlaku perlanggran undang-undang berhubung dengan isu yang lebih besar, rakyat yang terlibat akan disabitkan kepada isu Perak, supaya jika mereka dituduh bersalah, mereka dihadapkan atas isu lain iaitu isu rekaan bukannya isu nyata. Kaedah ini, kita panggil kaedah ‘strategi mengalihkan pandangan dan melengahkannya’ supaya rakyat akhirnya lupa isu sebenar yang diperjuangkan. Kaedah ini pernah dipakai oleh Puan Margaret Thacher, pada masa itu sebagai PM Britain, iaitu dalam tahun tujuh puluhan. Pada masa itu, PM Britain, mengalihkan pandangan rakyat yang mogok begitu lama, supaya mereka kembali membantu kerajaan menentang musuh bersama iaitu melalui isu rekaan dipanggil ‘isu perang Falkland’. Kaedah ‘strategi alih pandangan’ (run away strategy) ini rupanya berkesan. Rakyat bersatu membantu kerajaan dan isu mogok dari kalangan pelombong pun berhenti. Itu cara Barat mereka cipta isu sebagai strategi mendapatkan simpati rakyat yang seperti itu.
Namun ada juga cerita dari kisah para sahabat. Peristiwa yang berlaku pada masa itu ialah tentang Musailimah bin Habib yang mengistiharkan murtad. Bahkan beliau mengumumkan dihadapan orang ramai bahawa dia seorang nabi yang diutuskan Allah kepada Bani Hanifah sebagaimana Muhammad bin ‘Abdullah diutuskan kepada Quraisyi...Kaumnya segera menerima seruannya atas berbagai alasan. Alasan yang paling kuat adalah kerana semangat fanatik kaum. Apabila Musailimah semakin berkuasa, dia cuba berkongsi kuasa dengan Nabi s.a.w. dimana Quraisy dikatakannya kawasan penceroboh. Kemudian Rasulullah s.a.w. mengutus surat balas kepada Musailimah dengan gelaran Musailimah al-Kazzab, berbunyi, maknanya: “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Daripada Muhammad Rasulullah kepada Musalimah al-Kazzab. Salam sejahtera bagi mereka yang mengikuti petunjuk Islam. Sesungguhnya bumi adalah milik Allah. Dia mewariskannya kepada hambaNya yang Dia kehendaki. Kesudahan (kemenangan) adalah milik orang-orang bertakwa ».
Kisah ini mengajar kita bahawa hanya ketakwaan kepada Allah swt sahajalah yang dapat menyelesaikan isu ini. Itu janji Allah swt. Kita semua arif bahawa dalam ayat yang kita panggil ayat seribu dinar juga menjanjikan bahawa ‘Allah swt akan memberi jalan keluar dari apa jua isu kepada orang-orang yang bertakwa kepada Allah swt.... ». Juga disebut yang bermaksud bahawa ‘sesungguhnya yang paling mulia disisi Allah swt ialah orang yang paling bertakwa. ».
Memang benar dan sememangnya ia adalah kebenaran. Kemelut politik yang berlaku ini adalah mengundang kepada pertembungan fikrah dan perpecahan ummah. Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. pernah berdoa kepada Allah swt tiga perkara iaitu supaya umatnya tidak diazab dengan kemarau, banjir besar dan perpecahan; tetapi Allah swt hanya menerima dua perkara dari tiga yang diminta. Hal perpecahan ummah, Allah swt mahu ummah itu sendiri yang menyelesaikannya kerana ianya berhubung kait dengan isu hubungan sesama manusia. Oleh itu, marilah kita sama-sama berikhtiar menyelesaikan isu perpecahan ummah yang berlaku sekarang ini, dimana jua ia berada, termasuk isu Perak. Dua MB tak mungkin dapat menstabilkan kesatuan umat dan rakyat. Islam itu cara hidup. Jika kita kembali kepadanya, isu perpecahan dapat kita selesaikan. Antara sebab dan musabab ialah pemimpin tidak bertakwa kepada Allah swt. Masing-masing melanggar hukum Allah swt. Jika, kita mahu kembali bertaubat dengan sama-sama bersetuju melaksanakan hukum Allah swt, pada hemat saya, barulah isu Perak itu akan selesai dengan sempurna. Wallahu ‘alam.
Marilah kita tinjau kisah Khalifah Umar Abdul Aziz. Dizaman beliau memerintah selama hampir dua tahun, diriwayatkan oleh seorang gembala kambing yang buta bahawa kerana “ketakwaannya, gembala kambing tersebut mendapati serigala berkawan dengan kambingnya. Tetapi, selepas beliau iaitu khalifah meninggal dunia, serta merta gembala kambing tersebut mendapati kambingnya dibaham serigala…” Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah swt, sebagaimana kita diseru setiap kali dalam khutbah Jumaat, supaya kita bertakwa. Itulah saja jalan keluar dari isu ini. Islam dah lengkap, tak akan ada lagi wahyu turun untuk selesaikan isu ini. Maka kitalah penyelesai isu tersebut dengan jalan bertakwa kepada Allah swt. – ulamak, professional, pemimpin, rakyat, pentadbir, hakim, dan seumpamanya, ayuh, kita kembali kepada jalan Islam dengan bertakwa secara bersungguh-sungguh. Kita renung maksud firman Allah swt dalam surah al-imran: “Wahai orang-orang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sedenar-benar takwa. Dan janganlah kamu mati melainkan kamu adalah orang Islam. Dan berpegang teguhlah kamu dijalan Allah, dan janganlah kamu berpecah-belah….” Itulah perintah Allah supaya kita bertakwa bersungguh-sungguh, menjadi Muslim sejati yang beramal dengan Islam sebagai cara hidup dengan selengkapnya; ianyalah merupakan pra-syarat kepada kesatuan atau perpaduan dengan tali Allah, agar tetap teguh tidak bercerai berai. Jum kita fikir dan kita carikan ikhtiar, antara lain, kearah pembentukan ‘Kerajaan Perpaduan bersyarat perjanjian (Darul Aman)’ iaitu dengan pra-syarat diatas dan juga syarat kesatuan ummah berasaskan keadilan Islam; kerana Islam itu adalah cara hidup untuk semua. Ianya lengkap lagi sempurna. Begitulah asas yang kita ambil sebagai cara untuk mengurus isu dengan kaedah ‘Pengurusan Kualiti Lengkap (PKL)’ iaitu Islam sebagai cara hidup kita. Kerajaan 'Darul Aman' (jangan keliru dengan gelaran Darul Rizuan bagi kerajaan Perak sekarang) ini, merupakan kerajaan peralihan kearah tertubuhnya kerajaan Islam iaitu Darul Islam, insya Allah.
Wallahu ‘alam.

Wednesday, May 20, 2009

PKL: Kemampuan dan Amanah

Assalamu'alaikum wr. wb.;
Semoga kalian berada dalam pemeliharaan Allah swt; berdoalah untuk saya jua.
Kali ini kita berbicara tentang salah satu keperluan iaitu pra-syarat kepada pemimpin yang bakal menerajui negara Islam iaitu Daulah Islamiah. Kita kini berada dalam proses pembentukan Negara Islam iaitu Daulah Islamiah. Kita mahu atau depa tak mahu, proses ini akan tetap berjalan. Cabaran dan pencapaian akan tetap berlaku. Cabaran adalah sebahagian dari pencapaian yang akan kita nikmati.
Kita lihat saja isu di Perak. Ianya adalah suatu cabaran bagi kita semua sebagai pejuang yang mahukan Negara Islam tertegak. Isu ini memberi erti kepada kita bahawa kita berada dalam tahap yang hampir kepada tahap 'kestabilan' menjelang penubuhan 'Daulah'. Dulu saya pernah bicarakan bahawa proses penubuhan "Daulah" melalui empat tahap iaitu tahap ketidakstabilan, tahap kestabilan, tahap kemampuan dan tahap melakukan kebajikan. Semua itu adalah tahap-tahap yang perlu dilalui menjelang 'pencapaian' kepada 'Daulah'. Semua tahap itu adalah cabaran sebenarnya.
Kita telah lalui cabaran pertama iaitu cabaran negara yang berada dalam ketidakstabilan. Kita sedang melangkah kearah kesatabilan dalam semua hal, politik, ekonomi, sosial, pendidikan, kesihatan, dll. Semua ini dapat dicapai melalui cabaran proses yang kita panggil 'reformasi'. Semua angkubah itu, kita perlu melakukan proses reformasi. Reformasi politik, sosial, ekonomi, pendidikan dan seumpamanya. Itulah cabarannya dan proses itu berjalan, proses ini kita panggil perjuangan untuk mencapai tujuan iaitu misi dan visi kita iaitu 'Daulah'. Kuasa "Daulah" inilah yang kita mahu dan kita perjuangkan. Kita telah pun kecapi sebahagain "Kuasa Daulah" ini, yang dewasa ini dimiliki oleh kuasa negara berperlembagaan melalui sistem pemerintahan beraja yang berdaulat. Daulat ini masih belum 'kuat' dan ianya masih belum sempurna atau lengkap. Jika kita tinjau dari sudut teori PKL ini, antara ciri-ciri atau pra syarat kepada institusi ini yang kita mahu ialah 'Kemampuan (Quwwah) dan Integriti (Amanah)' yang lengkap. Islam itu lengkap sebagai cara hidup. Tanpa Islam, sesuatu institusi itu tidak lengkap. Proses reformasi apa pun, jika tanpa cara Islam ianya juga tidak lengkap. Maka ianya perlu melalui proses ini hingga cabaran demi cabaran mesti kita redah dan kita selesaikan dengan kitab Allah dan sunnah sebagai panduan kita.
Dalam Al-Quran, disebut istilah 'Al-Qawiyu dan Al-Amin' yang merujuk kepada sifat yang dimiliki oleh nabi Musa a.s. apabila anak perempuan Nabi Shuib a.s. mencadangkan kepada ayahnya, 'syekhul kabir', nabi Shuib a.s. supaya menerima nabi Musa as bekerja dengan mereka sebagai gembala ternakan kambing. Katanya, nabi Musa as memiliki sifat 'kemampuan dan amanah' iaitu 'qawwi wal amin', yang merupakan sifat pra-syarat kepada seorang pemimpin yang bertugas sebagai 'khadam ummah'. Inilah KPI yang perlu difikirkan bagi pemimpin yang berjiwa khadam ummah untuk memimpin rakyat. Mereka perlu ada 'quwwah dan amanah' iaitu lebih lengkap dari istilah 'capability and integrity' yang dibicarakan dewasa ini. Jika sifat ini ada pada pemimpin yang menerajui ummah atau rakyat sekarang ini, maka bukan sahaja isu Perak dapat kita selesaikan dengan mudah, tetapi semua isu termasuklah isu pembentukan "Daulah" juga dapat kita selesaikan. Ini lah yang kita katakan, antara lainnya, perlu kepada proses. Antara pilihan proses itu ialah dengan cara situasi semasa, memungkinkan kita untuk berfikir membentuk 'unity Government by agreement'. Then, we dissolve, both the state and the federal, for by election and general election. Dengan cara ini, kita dapat membuat saringan kepada pemilihan pemimpin yang baru bagi menerajui negeri dan negara, supaya dengannya KPI ummah bertambah baik, dan pemimpin mempunyai 'qawwiy dan amin' untuk memikul tugas 'khadam ummah' dibawah konsep 'Negara Perpaduan' iaitu 'Daulah' baru yang lebih sempurna dan lengkap "daulatnya". Itulah yang kita mahu dan kita perjuangkan supaya pemimpin kembali pulih sebagai 'khalifah' yang 'lebih berdaulat' sebagai payung negara. Ingatlah, "hari ini hendaklah lebih baik dari semalam, esok hendaklah kita rancang supaya lebih baik dari hari ini". Negara Perpaduan, mungkin juga salah satu cara proses peralihannya kearah yang lebih baik. Lebih baik dan penambahbaikan untuk semua - pemimpin, rakyat, negara serta ummahdan seumpamanya.
Wallahu 'alam.

Wednesday, May 13, 2009

PKL: Pengurusan Isu - Kes Perak

Assalamu'alaikum wr wb;
Imbas kembali dizaman para sahabat iaitu zaman isu yang berlaku pada masa itu adalah merupakan rahmat dari Allah swt. Mengapa? Kerana setiap isu yang berlaku itu ada sebabnya. Ia merupakan tuntutan dari peristiwa berlaku supaya Allah swt dapat selesaikan isu tersebut melalui turunnya wahyu. Itu, kita panggil 'asbabunnuzul' iaitu sebab turunnya ayat al-quran semata-mata untuk menyelesaikan isu yang berlaku pada masa itu.
Baik!, kita sekarang ni macamana pula? Dulu tu isu diselesaikan dengan wahyu. Kini, al-quran telah lengkap dan justeru kerana itu, kita tahu bahawa Islam itu adalah cara hidup. Islam yang dapat menyelesaikan segala masalah atau segala bentuk isu. Jika Nabi saw tinggalkan kepada kita dua perkara iaitu al-quran dan sunnah nya, supaya dengan dua perkara ini, ia dapat membantu mengurus tadbir segala isu, cara Islam. Maka, kita semua bertanggungjawab mencari jalan penyelesaiannya. Kita adalah ulamak yang profesional supaya dengan itu kita dapat mentarjihkan isu semasa kepada jalan keluar berdasarkan ilmu Islam iaitu dari al-Quran dan sunnah Nabi saw.
Kita tengok dizaman selepas sahabat iaitu zaman tabi'in, bagaimana para sahabat dizaman tabi'in menyelesaikan isu yang ujud pada zaman itu. Ini pada saya adalah sangat relevan sekali kerana isu yang diuruskan oleh para sahabat atau para tabi'in adalah dengan cara mereka mengkaji isu pada masa itu dan seterusnya mereka membuat ijtihad supaya ianya dapat diselesaikan mengikut cara Islam. Saya sempat melihat bagaimana dari bacaan kisah tabi'in mengurus isu semasa pada masa itu. Mereka melihat isu tersebut sebagai cabaran berupa tarbiyyah untuk mereka, langsung dari Allah swt. Kita ambil contoh apabila Abu Bakar ra, apabila ia baru dilantik sebagai khalifah yang pertama. Belia diuji oleh Allah swt dengan isu riddah iaitu sebahagian para sahabat yang juga menerima tarbiyyah dari Nabi saw semasa hayat baginda, tetapi selepas baginda saw wafat, mereka ingkar untuk membayar zakat kepada sayyidina Abu Bakar Assidiq. Kita lihat bagaimana isu ini ditangani oleh Sayyidina Abu Bakr ra? Beliau berjaya mengurus isu tersebut dengan bantuan sahabat lain iaitu Khalid Ibnu Walid ra, yang berpandangan sebagai seorang 'strategis'. Pandangan beliau sebagai seorang profesional pada masa itu, memampukan kumpulan Islam dibawah pimpinan Sayyidina Abu Bakr ra mengalahkan kumpulan riddah untuk tunduk patuh membayar zakat sebagaimana diperintahkan kepada mereka. Peranan pasukan yang berkesan secara berjemaah dapat mengurus isu secara strategik kerana pasukan itu mempunyai kehebatan ilmu iaitu khalifah sebagai ulamak dan Khalid ibn Walid ra pula pada masa itu bertindak selaku seorang 'profesional' melalui konsep 'strategic management'. Beliau menggabungkan seluruh kekuatan yang ada pada orang Islam pada masa itu secara menyeluruh iaitu 'optimum' bagi mengalahkan pihak lawan. Optimum dari segala sudut tarbiyyah termasuk kekuatan ruh, fizikal, fikrah dan emosi; digabungkan secara padu secara 'profesional' sehingga musuh dapat ditewaskan. Itu adalah salah satu contoh isu yang ditangani secara lengkap dan jayanya melalui kaedah PKL iaitu Islam itu adalah cara hidup yang dapat kita gunakannya untuk selesaikan segala isu dan masalah.
Kita lihat isu Perak? Cuba kita bayangkan kita ulamak dan cuba kita kajikan cara untuk kita selesaikannya secara 'profesional' menggunakan Islam itu cara hidup dan kita tarjihkan penyelesaiannya melalui konsep PKL ini. Insya Allah, akan berhasil jawapannya. Persoalannya ialah siapa kita sebagai ulamak yang boleh berfikir secara 'profesional'? Kita tak perlu pertikaikan siapa ulamak dan siapa profesional. Sesiapa yang beriman kepada Allah swt yang mempunyai kefahaman dalam ilmu Islam, adalah berupaya dimertabatkan oleh Allah swt, dengan izinnya, menjadi seorang 'ulamak' lagi 'profesional'. Maksudnya, pada saya, berilmu tapi tidak ada kemampuan untuk mengurus isu adalah tidak bermakna. Setiap tanggungjawab yang diberikan, tidak dapat dilaksanakannya. Dia bukan gagal tetapi tidak ada kemampuan dengan ilmu yang ia miliki. Dia berilmu tapi tak cukup memahami seni mempergunakan setiap ilmu yang ada untuk diterjemahkan sebagai manafaat rakyat untuk mengurus isu semasa. Masih belum ada kefahaman, apa lagi mengamalkannya secara efektif akan ilmu yang dia miliki. Dia mampu berucap pada rakyat tapi tidak bertanggungjawab atas ucapannya kerana tiada kemampuan seni untuk mengurus isu berdasarkan ilmu yang ada padanya. Dia diberi tugas sebagai pemimpin tetapi hanya pandai berucap tapi tak pandai berbuat. Pandai berbuat itu adalah memerlukan seni yang merangkumi kefahaman, ketelitian, perencanaan, ketakwaan, dan seumpamanya. Inilah, unsur-unsur 'profesionalisma' yang perlu ada pada dia atau kita sebagai mu'min yang berilmu. Kita akan lebih profesional jika tahap ketakwaan kita itu bertambah. Ketakwaan pula lahir dari kefahaman dan rasa tanggung jawab terhadap tugas yang diamanahkan kepada kita. Jika istilah semasa kita panggil 'Responsibility & Authority (R&A)', maka kita sebenarnya adalah bertanggungjawab sebagai ulamak yang secara profesionalnya mampu mengurus isu-isu rakyat. Isu rakyat adalah suatu KPI yang perlu kita selesaikan. Kita sebagai 'Khaadimul Ummah'. Jika petunjuk kepuasan pengguna (CSI) adalah tinggi setinggi seratus peratus, maka kita secara profesionalnya adalah seorang ulamak yang berjaya sebagai pemimpin. Kita berjaya menjadi pemimpin yang bertanggungjawab secara 'R&A' terhadap 'Pencipta' dan terhadap 'makhluk' khususnya rakyat yang kita pimpin. Jika tidak, nilai R&A kita adalah menurun iaitu mungkin bernilai 'R&a' atau 'r&A' atau 'r&a' sahaja, tidak sehebat 'R&A' sebenarnya. Mengapa perkara ini terjadi? kerana kita tidak mampu memahami apa itu 'ilmu' yang ada pada kita sehingga kita bergelar 'ulamak' tapi masih belum ada kemampuan untuk mengurus isu semasa. Kita diberi tugas dengan 'R&A" tapi tidak menghayatinya. Mungkin kerana tak faham, sehingga tidak dapat melihat seni 'tafaquh fi-din' dari ilmu yang dipelajari tersebut. Petah sekali bila berpidatu tapi tak mampu untuk mentarjihkan ilmu itu untuk difahami bagi menyelesaikan isu semasa. Kita ambil contoh berapa ramai pemimpin atau wakil rakyat yang 'berilmu', memegang tugas sebagai pemimpin atau ahli pengurusan, tetapi masih gagal menjalankan tugas 'R&A'nya sebagai pengurus, umpamanya. Mengapa? Mungkin mereka tidak memahami 'profesion' tugas mereka. Mereka cuma gilakan 'kuasa (authority)' tapi tidak 'itqan' didalam t/jawab tersebut. Ini maknanya mereka tak 'profesional' dengan kerjaya mereka sehingga mereka bukan lagi ber'kerjaya' tapi ber'kerja-gagal'.
Ketelitian dalam melakukan kerja itu sebenarnya bermaksud 'profesional'. Kita faham, kita teliti dan kita lakukan dengan jayanya. Ulamak yang profesional itu mestilah mampu mengurus sesuatu isu itu dalam bentuk berikut: 'to be knowlegable, to be understood , to be implemented, to be maintained, to be improved and to be continuously improved...' Inilah dikatakan beberapa proses dalam pengurusan kualiti lengkap (PKL) yang perlu ada pada kita yang berilmu, supaya kita dapat digelarkan sebagai 'profesional' dalam tugas dan tanggungjawab 'R&A' yang diamanahkan kepada kita.
Untuk lebih jelas lagi, cuba kita bayangkan apakah kita berjaya tunaikan semua isu-isu rakyat dalam tempoh 50 tahun lebih pemerintahan kita?, atau selama tempoh 20 tahun lebih? diperingkat negeri atau negara. Isu tanah? Isu da'wah? Isu tarbiyyah? Isu ekonomi? Isu perpaduan? dimana letaknya 'ilmu' kita dan 'R&A' kita sepanjang tempoh kita mentadbir, mengurus atau memerintah.
Bagaimana isu Perak dapat kita selesaikan jika 'ulamak', pentadbir, dan seumpamanya tidak meneliti 'R&A' mereka secara 'itqan' dan secara lebih 'profesional' mengikut kacamata Islam itu sebagai cara hidup dan penyelesai segala isu. Renungkanlah.
Renungkan bagaimana kisah imam syafie semasa kecil lagi, bila berdepan dengan isu yang pada masa itu masih tidak lengkap jalan penyelesaian yang dicadangkan oleh imam Malik, dia berjaya menyelesaikannya secara lengkap dan lebih beritqan. Ini adalah berpunca kerana imam Syafie, walau pun masih kecil, 57 tahun lebih muda dari Imam Malik, pada masa itu, adalah lebih 'itqan' dalam analisis isu sehingga beliau mampu mengurusnya dengan jayanya. Isu Perak ini, pada pendapat saya, ianya adalah tarbiyyah langsung dari Allah swt supaya kita dapat jadikannya sebagai pengajaran 'tarbiyyah'. Kepada semua lapisan masyarakat termasuk rakyat, ulamak, profesional, pemimpin, pemerintah, pakar undang-undang, pakar syariah, sultan, raja, menteri, mufti dan seumpamanya. 'Ulamak dan Umarak' harus duduk semeja membincangkan isu ini secara 'itqan' supaya suatu formula dapat diselesaikan atas dasar Islam. Inilah jawapan dari isu ini dan itulah tarbiyyahnya kepada pemimpin dan rakyat Perak khususnya dan rakyat Malaysia umumnya. Dalam isu Perak ini, terdapat tidak kurang dari empat angkubah yang perlu diteliti supaya setiap angkubah itu mempunyai kekuatan yang tersendiri untuk kita 'integrasikan' dalam batas-batas syariah Islam. Antara angkubahnya ialah peranan rakyat; peranan pemimpin dari pelbagai parti yang terlibat khususnya BN, PR dan bebas; peranan institusi beraja iaitu sultan; peranan institusi kehakiman - syar'iyyah dan sivil; serta peranan kerajaan pusat dan peranan SPR. Kesemua angkubah ini perlu telus, ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk berubah kepada yang lebih baik dan terbaik demi kepentingan rakyat dan Islam. Lalu, angkubah yang paling penting sekali ialah peranan ulamak termasuk mufti untuk memimpin dengan teliti (itqan) isu ini supaya ianya dapat diselesaikan secara 'profesional' sebagaimana dikehendaki oleh Islam. Wujudkan kerajaan bersama iaitu 'unity government by agreement' bersyarat bagi tempoh semata-mata untuk mendapat perkenan Sultan supaya: (i) membubarkan semua DUN, ini membabitkan belanja yang tinggi; atau (ii) SPR menerima perletakkan jawatan tiga ADUN Bebas, bagi membolihkan berlaku pilihan raya semula untuk DUN-DUN tersebut sahaja, ini penting bagi menentukan bilangan kerusi sebenar untuk menentukan kerajaan mengikut kerusi majoriti dari PR atau BN, dan cara ini adalah lebih menjimatkan; atau (iii) menerima keputusan mahkamah bagi kerajaan yang sah dan diikuti dengan pembubaran DUN, cara ini tidak berapa adil kerana masih berpihak kepada kerajaan negeri yang memerintah pada masa itu; atau (iv) bersama bersetuju membubarkan semua DUN dan dewan rakyat, diperingkat pilihanraya umum ke13 supaya kerajaan baru dapat ditentukan oleh rakyat semula - iaitu kerajaan negeri dan kerajaan pusat, kearah 'pembentukan kerajaan perpaduan (unity government by agreement) yang baru, yang lebih telus, adil, amanah, berintegriti, berkemampuan, berkebajikan, stabil, dan lengkap. Inilah jalan terbaik, kerana dapat menyelesaikan seluruh isu secara 'total' dan lengkap demi Islam dan rakyat.
Wallahu 'alam. Wassalam.