Monday, April 25, 2011

Malaikat Hafazhah Langit Ketujuh, Malaikat Zikir, “Juruaudit Penjaga Riak”.

(sambungan dari Tazkirah Ilannur D’series ke-8…..)

Tazkirah Ilannur D’series ke-9:

Malaikat Hafazhah Langit Ketujuh, Malaikat Zikir, “Juruaudit Penjaga Riak”.

“Kemudian naik pula malaikat Hafazhah, membawa amalan seseorang hamba. Amalan ini ialah solat, puasa, nafkah, jihad dan warak. Baginya bunyi (maksudnya bunyi zikir) seperti bunyi lebah dan baginya bercahaya bagai cahaya matahari dan naiklah bersama dengan amalan itu tiga ribu orang malaikat, sehingga mereka berjaya sampai kepintu langit yang ketujuh, lalu, berkata malaikat penjaga langit yang ketujuh itu:

“Berhenti kamu disini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya, bahkan pukullah pula akan seluruh anggota badannya dan tutupkan keatas hatinya. Akulah malaikat zikir (zikir disini bermaksud: mencari sebutan, iaitu saorang yang beramal dengan tujuan supaya disebut-sebut oleh orang lain). Aku akan menghalang amalan orang yang riak dari sampai kepada Tuhanku. Ia beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi kerana supaya mendapat tempat yang tinggi dihati para fukaha dan supaya disebut dikalangan para ulama’ dan supaya masyhur namanya dimerata tempat. Allah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang riak seperti ini dapat melintasai aku, kerana setiap amalan yang tidak ikhlas adalah riak dan Allah tidak menerima amalan orang yang riak”.

WaLlahu’alam. Wassalam. Ila Liqa’. Bersambung. Insya Allah.

Sunday, April 24, 2011

Para Malaikat melepasi langit Ketujuh mengadap Allah SWT.

Tazkirah Ilannur D’series ke-10: Para Malaikat Hafazhah Penjaga Tujuh Petala Langit melepasi langit Ketujuh untuk sampai kepada Allah SWT, mereka Para Malaikat dari kalangan Penjaga segala amalan Ikhlas Liwajhillah”.

(sambungan dari Tazkirah Ilannur D’series ke-9…..)

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah, membawa amalan seseorang hamba. Amalan itu berupa solat, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam, (dari perkara yang sia-sia) dan banyak berzikir. Amalan hamba ini diusung oleh para malaikat penjaga tujuh petala langit sehingga mereka melintasai segala halangan dan sampai kepada Allah. Para malaikat itu berhenti dihadapan Allah dan bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut.” Lalu Allah berfirman kepada para malaikatnya:

“Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKu ini dan sebenarnya Aku lebih mengetahui dengan segala isi hatinya. Ia sebenarnya tidak menghendaki akan Aku dengan amalannya tersebut. Ia hanya menghendaki sesuatu yang lain daripadaKu, oleh kerana itu maka Aku turunkan keatasnya akan laknatKu”.

Lalu para malaikat tadi berkata:

Keatasnya laknatMu dan juga laknat kami.” Lalu dilaknat akan dia oleh tujuh petala langit dan seisinya.

Mendengar sabda Nabi SAW ini, lalu Muaz menangis seraya berkata: “Engkau adalah Rasulullah SAW, sedang aku adalah Muaz (hamba Allah yang bukan Rasul). Maka bagaimana aku dapat selamat dan sejahtera. Lalu Rasulullah SAW menjawab:

Hendaklah engakau ikuti aku walaupun hanya dengan sedikit amalan. Wahai Muaz jaga lidahmu baik-baik daripada mencela saudaramu yang membaca Al Quran (golongan Ulama’) dan pertanggungkanlah segala dosamu keatasmu dan jangan engkau mempertanggungkan dosamu keatas mereka dan jangan engkau menganggap dirimu bersih dan jangan pula engkau mencela orang lain dan jangan engkau memuji dirimu dihadapan mereka. Dan jangan engkau campurkan urusan dunia didalam urusan akhirat. Dan jangan engkau menyombong diri didalam majlis nanti orang ramai akan takut kepadamu kerana kejahatanmu dan jangan engkau berbisik kepada seseorang sedangkan seorang lagi ada disisimu dan jangan engkau membesarkan dirimu maka akan terputus daripadamu segala kebaikan didunia dan diakhirat. Dan jangan engkau carikkan (pecah belah) akan manusia maka mencarik akan dikau oleh anjing-anjing api neraka pada hari kiamat nanti”. Allah telah berfirman (maksudnya):

Demi yang mencarik akan carikkan”. (Al Nazia’at: 2).

Apakah engkau ketahui wahai Muaz siapakah mereka yang mencarik itu? Muaz bertanya “Ya Rasulullah, sebenarnya siapa mereka?”. Lalu Nabi SAW menjawab: “Itulah anjing-anjing garang didalam api neraka yang akan mencarikkan daging sehingga sampai ke tulang”.

Muaz bertanya: “Ya Rasulullah, siapakah orang yang mampu melaksanakan segala perkara yang engkau sebutkan tadi?. Dan siapakah yang akan selamat daripada seksaan itu?”. Nabi SAW menjawab: “Itu sebenarnya mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah”.

Kemudian, lalu Khalid bin Maadan berkata: “Maka aku tidak pernah melihat seseorang yang banyak membaca Al Quranul Karim lebih daripada Muaz kerana beliau faham terhadap hadis yang besar ini.[1]

Dan ketahuilah olehmu bahawa tiga perkara ini (hasad, riak dan ujub) ialah punca kepada segala penyakit hati dan baginya tempat tumbuh yang sama, iaitulah ‘hubbud dunia’ (cinta dunia). Oleh kerana itu Rasulullah SAW pernah bersabda:

Cinta dunia itu adalah punca daripada segala kejahatan.” (riwayat Al Baihaqi).

Namun sesiapa yang mengambil dunia sekadar yang ia perlukan, iaitu untuk sampai keakhirat, maka dunia seperti ini adalah ladang akhirat, yang tidak akan membinasakannya.

Dan jika engkau menuntut ilmu “Qila wa Qala” (ertinya ilmu perdebatan) dan ilmu perbalahan dan khilafiyah, maka alangkah besarnya musibahmu.

Maka sesiapa yang mencari dunia dengan menggunakan agama ia akan rugi didunia ini dan diakhirat, dan siapa yang meninggalkan dunia dan memberi penumpuan kepada agama pasti ia akan untung kedua-duanya sekali.

Itulah sedikit sebanyak yang dapat penulis sebutkan dalam bicara “Tazkirah IlanNur D’series” yang merupakan lampu penyuluh jalan dari 'kegelapan kepada cahaya yang terang benderang(zulumat ilannur)' dan juga permulaan jalan sebagai taufik menuju hidayah.

WaLlahu’alam. Yang baik itu dari Allah SWT, yang salah itu dari penulis, moga Allah SWT terima taubat dan amalan kita semua. Wassalam. Ila Liqa’. Insya Allah.


[1] Hadis ini riwayat Ibnul Mubarak didalam kitab Al Zuhd dan riwayat Ibnul Jauzi didalam kitab Al Maudhu’at (lihat Takhrij Al Iraqi Ihya Ulumiddin 3/295).

Malaikat Hafazhah Langit Ketujuh, Malaikat Zikir, “Juruaudit Penjaga Riak”.

Tazkirah Ilannur D’series ke-9: Malaikat Hafazhah Langit Ketujuh, Malaikat Zikir, “Juruaudit Penjaga Riak”.

(sambungan dari Tazkirah Ilannur D’series ke-8…..)

“Kemudian naik pula malaikat Hafazhah, membawa amalan seseorang hamba. Amalan ini ialah solat, puasa, nafkah, jihad dan warak. Baginya bunyi (maksudnya bunyi zikir) seperti bunyi lebah dan baginya bercahaya bagai cahaya matahari dan naiklah bersama dengan amalan itu tiga ribu orang malaikat, sehingga mereka berjaya sampai kepintu langit yang ketujuh, lalu, berkata malaikat penjaga langit yang ketujuh itu:

“Berhenti kamu disini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya, bahkan pukullah pula akan seluruh anggota badannya dan tutupkan keatas hatinya. Akulah malaikat zikir (zikir disini bermaksud: mencari sebutan, iaitu saorang yang beramal dengan tujuan supaya disebut-sebut oleh orang lain). Aku akan menghalang amalan orang yang riak dari sampai kepada Tuhanku. Ia beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi kerana supaya mendapat tempat yang tinggi dihati para fukaha dan supaya disebut dikalangan para ulama’ dan supaya masyhur namanya dimerata tempat. Allah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang riak seperti ini dapat melintasai aku, kerana setiap amalan yang tidak ikhlas adalah riak dan Allah tidak menerima amalan orang yang riak”.

WaLlahu’alam. Wassalam. Ila Liqa’. Bersambung. Insya Allah.

Malaikat Hafazhah Langit Keenam, Malaikat Rahmat, “Juruaudit Penjaga Rahmat”.

Tazkirah Ilannur D’series ke-8: Malaikat Hafazhah Langit Keenam, Malaikat Rahmat, “Juruaudit Penjaga Rahmat”.

(sambungan dari Tazkirah Ilannur D’series ke-7…..)

“Kemudian naik pula malaikat Hafazhah, membawa amalan seseorang hamba. Ianya bercahaya bagai bulan purnama daripada solat, zakat, umrah, jihad dan puasa, sehingga mereka berjaya sampai kepintu langit yang keenam lalu, berkata malaikat penjaga langit yang keenam itu:

“Berhenti kamu disini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya, kerana ia tidak belas kasihan kepada hamba-hamba Allah yang terkena musibah iaitu bala dan kesusahan, bahkan ia merasa gembira terhadapnya. Akulah malaikat rahmat. Allah menyuruhkan supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang seperti ini dapat melintasai aku untuk terus naik keatas”.

WaLlahu’alam. Wassalam. Ila Liqa’. Bersambung. Insya Allah.

Malaikat Hafazhah Langit Kelima, Malaikat Hasad, “Juruaudit Penjaga Hasad”.

Tazkirah Ilannur D’series ke-7: Malaikat Hafazhah Langit Kelima, Malaikat Hasad, “Juruaudit Penjaga Hasad”.

(sambungan dari Tazkirah Ilannur D’series ke-6…..)

“Kemudian naik pula malaikat Hafazhah, membawa amalan seseorang hamba sehingga mereka berjaya sampai kepintu langit yang kelima seolah-olah amalan itu pengantin yang dihantar (disambut) kerumah suaminya (maksudnya amalan itu berseri-seri) lalu, berkata malaikat penjaga langit yang kelima itu:

“Berhenti kamu disini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya, dan campakkanlah diatas tengkoknya. Akulah malaikat hasad. Ia sangat hasad kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya. Ia hasut akan orang lain yang melakukan sebarang kelebihan didalam ibadat dan ia juga mencela mereka. Allah menyuruhkan supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang hasud ini melintasai aku untuk terus naik keatas”.

WaLlahu’alam. Wassalam. Ila Liqa’. Bersambung. Insya Allah.

Saturday, April 23, 2011

Malaikat Hafazhah Langit Keempat, Malaikat 'Ujub, “Juruaudit Penjaga 'Ujub”.

Tazkirah Ilannur D’series ke-6: Malaikat Hafazhah Langit Keempat, Malaikat Ujub, “Juruaudit Penjaga 'Ujub”.

(sambungan dari Tazkirah Ilannur D’series ke-5…..)

“Kemudian naik pula malaikat Hafazhah, membawa amalan sesaorag hamba. Amalan hamba itu penuh dengan sinaran seperti bersinarnya bintang yang berkelip-kelip daripada pahala suara tasbih, sembahyang, puasa, haji dan umrah. Para malaikat Hafazhah berjaya membawa amalan itu (melintasai langit yang pertama, kedua dan ketiga ) sehingga sampai kepintu langit yang keempat, maka berkata malaikat penjaga langit yang keempat itu:

“Berhenti kamu disini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya, belakang dan juga perutnya. Akulah malaikat ujub. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang ujub dapat melintasai aku untuk terus naik keatas. Orang itu beramal adalah dengan dorongan perasaan ujub terhadap dirinya”.

WaLlahu’alam. Wassalam. Ila Liqa’. Bersambung. Insya Allah.

Friday, April 22, 2011

Malaikat Hafazhah Langit Ketiga, Malaikat Takbur “Juruaudit penjaga takbur”.

Tazkirah Ilannur D’series ke-5: Malaikat Hafazhah Langit Ketiga, Malaikat Takbur “Juruaudit penjaga takbur”.

(sambungan dari Tazkirah Ilannur D’series ke-4…..)

“Kemudian naik pula malaikat Hafazhah, membawa amalan sesaorag hamba. Mereka menganggap bahawa amalan sesaorang hamba yang penuh dengan sinaran dan cahaya daripada pahala sedekah, sembahyang, dan puasa. Para malaikat Hafazhah merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut lalu mereka membawa amalan itu (melintasai langit yang pertama dan kedua ) sehingga sampai kepintu langit yang ketiga, maka berkata malaikat penjaga langit yang ketiga itu:

“Berhenti kamu disini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat takbur. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takbur dapat melintasai aku untuk terus naik keatas. Orang itu sangat suka membesarkan diri didalam majlis orang ramai”.

WaLlahu’alam. Wassalam. Ila Liqa’. Bersambung. Insya Allah.

Thursday, April 21, 2011

Malaikat Hafazhah Langit Kedua, “Juruaudit penjaga kebesaran”.

Tazkirah Ilannur D’series ke-4: Malaikat Hafazhah Langit Kedua, “Juruaudit penjaga kebesaran”.

(sambungan dari Tazkirah Ilannur D’series ke-3…..)

“Kemudian datang pula malaikat Hafazhah, membawa amalan sesaorang hamba. Mereka menganggap bahawa amalan itu sangat baik dan sangat banyak (Malaikat itu berjaya melintasai langit yang pertama kerana orang yang mengerjakan amalan tersebut tidak terlibat dengan dosa mengumpat orang) sehingga mereka sampai kelangit yang kedua. Lalu berkata malaikat penjaga langit yang kedua itu:

“Berhenti kamu disini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia menghendaki dengan amalannya akan mendapat keuntungan dunia, Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan yang seperti ini melintasai aku untuk terus naik keatas. Selain daripaada itu ia juga suka membesarkan diri didalam majlis perjumpaan. Akulah malaikat penjaga kebesaran,”

Betapa ramai dalam budaya masyarakat kita yang melakukan kerja amal tetapi lupa akan niat asalnya iaitu mencarai redha Allah. Dalam kealpaan ini, perlulah kita kembali kepada ruh Surah Al-Asr tadi supaya saling berpesan untuk kebenaran dan berpesan dengan kesabaran. Budaya ini merupakan sunnah para sahabat iaitu mereka selalu membaca surah ini bila mereka ingin berpisah bagi tujuan berpesan kepada kebenaran dan kesabaran agar mereka tidak tergelincir dari landasan niat ikhlas melakukan kerja amal.

Bayangkan, jika dua sahabat berjumpa dengan salam dan berpelukan tanda ukhwah yang sangat kuat ikatannya, kemudian berpisah dengan pelukan salam perpisahan sambil membaca surah Al-Asr tersebut sebagai tazkirah meneruskan hidup sebagai duat; tidak akan ujud sifat ghibah antara mereka dan juga rasa menunjuk-nunjuk didalam amal mereka. Ini kerana semua itu mereka lakukan untuk mencari keredhaan Allah yang sebenarnya. Berlakukah ini dalam budaya hidup kita yang mengamalkan politik Islam? Atas tujuan mencari redha Allah SWT?

Ruh seperti inilah yang perlu berlaku dan perlu disemaikan sebagai budaya Islam didalam jemaah Islam, didalam perjuangan Islam samada dipejabat-pejabat atau di organisasi khususnya yang menggelarkan syarikat mereka sebagai organisasi berkonsepkan Islam. Mereka perlu berkomunikasi dengan seluruh ahli atau pekerja mereka dengan cara ini supaya ianya menjadi budaya Islam harian dari kalangan pekerja termasuk pimpinan atau pengurusan atasan. Jika ini dilakukan sebagai SOP syarikat atau organisasi secara menyeluruh; maka kita akan lihat akan natijahnya nanti bahawa bukan sahaja kejayaan akhirat diperolehi, bahkan kejayaan dimana pekerja akan sentiasa beriltizam atau komited dengan tekunnya berkerja dengan syarikat atau organisasi tersebut atas nama ‘amal soleh’ diadalam cara hidup mereka dipejabat atau organisasi tersebut.

Kaedah ini juga kita dapat ambil sebagai tauladan bahawa pihak pengurusan atasan hendaklah teliti didalam kerja audit petugas atau pekerja mereka supaya tidak ada pilih kasih dan seumpamanya kerana setiap pekerja itu ada bidang tugas masing-masing sebagaimana malaikat Hafazhah mempunyai bidang tugas mereka untuk menjada amanah yang Allah SWT berikan kepada mereka. SOP menyemak hasil kerja mengikut proses kawalan ini adalah merupakan contoh atau piawai yang perlu ditiru oleh seluruh organisasi Islam. Pekerja yang melaporkan hasil kerjanya perlu diaudit , disemak dan di ‘benchmark’ kan supaya tiada ketidakadilan berlaku, termasuklah dalam proses kenaikan pangkat dan skim gaji bagi pekerja yang bekerja samada yang sudah lama bekerja atau yang baru diambil bekerja. Semuanya pelu ada piawai, SOP dan mengikut skim perkhidmatan serta skim gaji yang asasnya ialah Islam sebagai cara hidup.

Begitu juga dalam budaya politik Islam, pimpinan perlu ada SOP seperti ini untuk mengawal proses Itqan dalam perjuangan Islam melalui parti politik sebagai wadah politik gerakan Islam iaitu salah satu dari wasilah daawah dan jihad. Supaya akan berkurangan politiking dalam parti terutama dalam pertandingan dan pemilihan calon untuk bertanding mewakili parti politik masing-masing, jika dan hanya jika, bertanding dalam pilihanraya itu adalah suatu proses perjuangan bagi mencapai kuasa Islam yang sebenarnya (iaitu hududiLlah). Sila rujuk tafsir Ibn Kathir (Surah Attaubah:112) dibawah (akan maksud hududiLlah sebenar bila kuasa Islam dicapai iaitu disemua peringkat tanzim - organisasi, negeri atau negara) iaitu akan penguatkuasaan syari’at Islam, akan suruhan dan larangan Allah SWT dalam setiap peringkat tanzim organisasi:

وَٱلۡحَـٰفِظُونَ لِحُدُودِ ٱللَّهِ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِن " (…..serta yang menjaga batas-batas hukum Allah dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian)”.

WaLlahu’alam. Wassalam. Ila Liqa’. Bersambung. Insya Allah.

Wednesday, April 20, 2011

Malaikat Hafazhah Langit Pertama, ‘Juruaudit & Penjaga Ghibah’.

Tazkirah Ilannur D’series-3: Malaikat Hafazhah Langit Pertama, ‘Juruaudit Penjaga Ghibah’.

Sesuatu amal itu sah dilakukan dengan niat. Niat pula sah jika ianya ikhlas kerana Allah SWT. Dalam maksud hadis pertama kitab arba’in al-Nawawi menceritakan bahawa sesaorang yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya dari Mekkah ke Madinah sahaja yang dapat pahala hijrah. Tetapi, jika hijrahnya kerana selainNya maka ia dapat apa yang ia niatkan sebagaimana salah orang ketika itu yang berhijrah kerana untuk berkahwin dengan seoarang wanita maka dapatlah ia berkahwin dengan wanita itu.

Niat yang ikhlas adalah merupakan salah satu dari tiga syarat yang sesuatu amal itu akan diterima Allah SWT sebagai ‘amal soleh’ sebagaimana dalil yang disebut dalam al-Quran iaitu surah Al-Kahfi: 110 dan Surah Al-‘Asr. Antara maksud ayat dari Surah Al-Kahfi itu ialah:

فَمَن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلۡيَعۡمَلۡ عَمَلاً۬ صَـٰلِحً۬ا وَلَا يُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦۤ أَحَدَۢا

(Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya) (Al-Kahfi:110).

Dan dari Surah Al-‘Asr pula iaitu:

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. / (3)” (Al-‘Asr:1-3).

Syarat supaya tiada syirik dalam ibadat adalah merupakan syarat ‘Ruhiyyah’ yang penting untuk menjadikan sesuatu ‘amal itu diterima oleh Allah SWT sepertimana ianya dibawa oleh malaikat yang bertugas untuk melepasi ‘tujuh malaikat Hafazhah’ mengikut tugas masing-masing, sebelum ianya disahkan untuk menemui Allah SWT.

Antara syirik yang tersembunyi dilakukan oleh sesaorang Muslim itu ialah merupakan penyakit hati sebagaimana penjaganya yang kena jaga iaitu dari 7 para Malaikat Hafazhah tersebut iaitu:

Dari kitab Al-zuhud yang sanadnya dari Khalid ibn Maadan pernah berkata kepada Muaz : “Wahai Muaz! Ceritakan kepadaku sebuah hadis yang pernah engkau dengar dari Rasulullah SAW”. Muaz berkata: Aku dengar Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku:

“Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan tujuh orang malaikat sebelum ia menciptakan langit dan bumi, kemudian lalu ditentukan disetiap langit seorang malaikat daripada mereka untuk menjaga pintu langit tersebut. Lalu naiklah malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba yang dilakukan dari pagi sampai ke petang sebagai ‘amal soleh’ sampai kelangit pertama. Lalu berkata malaikat penjaga langit pertama itu bagi malaikat Hafazhah:

“Pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain itu dapat melalui aku untuk terus naik keatas.”Jadi, dari kisah ini, sifat penyakit hati yang pertama yang turut serta dalam amal soleh sesaorang itu ialah sifat ‘ghibah iaitu mengumpat’. Sifat ini merupakan syirik khafi yang tersembunyi yang menyebabkan amal seseorang itu ditolak di tahap pertama iaitu tidak melepasi lapisan langit pertama yang penjaganya adalah malaikat Hafazhah langit pertama untuk sifat 'ghibah'. Na'zubillah. Jika kualiti amal yang dikatakan bercahaya dan bersifat ‘amal soleh’ itu pun jika ada unsur-unsur ‘ghibah’ bersamanya, maka amalan itu tidak dikira amal soleh yang ikhlas kerana Allah SWT. Itu, adalah unsur syirik yang pertama, yang menyebabkan amal itu ditolak.

Suatu pengajaran bagi kita terutama bagi yang berpolitik kotor dengan bukan sahaja mengumpat tetapi dengan fitnah. Mengumpat dengan perkara yang bukan berlaku tetapi yang direkakan berlaku untuk tujuan 'ghibah'. Ini yang berleluasa berlaku sekarang ini. Mohon Allah lindungi kita dari perkara ini.

Untuk unsur yang keduanya, bersambung bagaimana kisah seterusnya dari maksud hadis tersebut, insya Allah SWT.

Wallahu'alam. Wassalam.

Malaikat Hafazhah Langit Pertama, ‘Juruaudit & Penjaga Ghibah’.

Tazkirah Ilannur D’series-3: Malaikat Hafazhah Langit Pertama, ‘Juruaudit Penjaga Ghibah’.

Sesuatu amal itu sah dilakukan dengan niat. Niat pula sah jika ianya ikhlas kerana Allah SWT. Dalam maksud hadis pertama kitab arba’in al-Nawawi menceritakan bahawa sesaorang yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya dari Mekkah ke Madinah sahaja yang dapat pahala hijrah. Tetapi, jika hijrahnya kerana selainNya maka ia dapat apa yang ia niatkan sebagaimana salah orang ketika itu yang berhijrah kerana untuk berkahwin dengan seoarang wanita maka dapatlah ia berkahwin dengan wanita itu.

Niat yang ikhlas adalah merupakan salah satu dari tiga syarat yang sesuatu amal itu akan diterima Allah SWT sebagai ‘amal soleh’ sebagaimana dalil yang disebut dalam al-Quran iaitu surah Al-Kahfi: 110 dan Surah Al-‘Asr. Antara maksud ayat dari Surah Al-Kahfi itu ialah:

فَمَن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلۡيَعۡمَلۡ عَمَلاً۬ صَـٰلِحً۬ا وَلَا يُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦۤ أَحَدَۢا

(Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya) (Al-Kahfi:110).

Dan dari Surah Al-‘Asr pula iaitu:

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. / (3)” (Al-‘Asr:1-3).

Syarat supaya tiada syirik dalam ibadat adalah merupakan syarat ‘Ruhiyyah’ yang penting untuk menjadikan sesuatu ‘amal itu diterima oleh Allah SWT sepertimana ianya dibawa oleh malaikat yang bertugas untuk melepasi ‘tujuh malaikat Hafazhah’ mengikut tugas masing-masing, sebelum ianya disahkan untuk menemui Allah SWT.

Antara syirik yang tersembunyi dilakukan oleh sesaorang Muslim itu ialah merupakan penyakit hati sebagaimana penjaganya yang kena jaga iaitu dari 7 para Malaikat Hafazhah tersebut iaitu:

Dari kitab Al-zuhud yang sanadnya dari Khalid ibn Maadan pernah berkata kepada Muaz : “Wahai Muaz! Ceritakan kepadaku sebuah hadis yang pernah engkau dengar dari Rasulullah SAW”. Muaz berkata: Aku dengar Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku:

“Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan tujuh orang malaikat sebelum ia menciptakan langit dan bumi, kemudian lalu ditentukan disetiap langit seorang malaikat daripada mereka untuk menjaga pintu langit tersebut. Lalu naiklah malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba yang dilakukan dari pagi sampai ke petang sebagai ‘amal soleh’ sampai kelangit pertama. Lalu berkata malaikat penjaga langit pertama itu bagi malaikat Hafazhah:

“Pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain itu dapat melalui aku untuk terus naik keatas.”Jadi, dari kisah ini, sifat penyakit hati yang pertama yang turut serta dalam amal soleh sesaorang itu ialah sifat ‘ghibah iaitu mengumpat’. Sifat ini merupakan syirik khafi yang tersembunyi yang menyebabkan amal seseorang itu ditolak di tahap pertama iaitu tidak melepasi lapisan langit pertama yang penjaganya adalah malaikat Hafazhah langit pertama untuk sifat 'ghibah'. Na'zubillah. Jika kualiti amal yang dikatakan bercahaya dan bersifat ‘amal soleh’ itu pun jika ada unsur-unsur ‘ghibah’ dersamanya, maka amalan itu tidak dikira amal soleh yang ikhlas kerana Allah SWT. Itu, adalah unsure yang pertama.

Untuk seterusnya, bersambung bagaimana kisah seterusnya dari maksud hadis tersebut, insya Allah SWT.

Wallahu'alam. Wassalam.

Tuesday, April 19, 2011

LiwajhiLlah: Ikhlas Mencari Keredhaan Allah SWT

Sambungan dari tazkirah ilannur yang lepas: maksud tafsir Ibn Kathir, surah al-Insan, ayat 8-9:

وَيُطۡعِمُونَ ٱلطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ مِسۡكِينً۬ا وَيَتِيمً۬ا وَأَسِيرًا (٨) إِنَّمَا نُطۡعِمُكُمۡ لِوَجۡهِ ٱللَّهِ لَا

نُرِيدُ مِنكُمۡ جَزَآءً۬ وَلَا شُكُورًا (٩)

Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan, (8) (Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih, (9)”(Al-Insan: 8-9).

﴿وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَى حُبِّهِ﴾

Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan, (8)”.

Telah dikatakan bahawa ini bererti cinta Allah, Yang MahaTinggi. Ini bermakna, mereka memberikan makanan sedangkan mereka sendiri menyukainya dan menginginkannya. Hal ini dikemukakan oleh Mujahid dan Muqatil, dan itu adalah pendapat pilihan Ibnu Jarir. Hal ini serupa dengan pernyataan Allah,

﴿وَءَاتَى الْمَالَ عَلَى حُبِّهِ﴾

“dan mendermakannya seseorang akan hartanya sedang dia menyayanginya, (2:177)”. Dalam ayat lain pula, Allah berfirman dengan maksud:

﴿لَن تَنَالُواْ الْبِرَّ حَتَّى تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَ﴾

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. (3:92)”.

Dalam sebuah hadis ada menyatakan (bermaksud):

«أَفْضَلُ الصَّدَقَةِ أَنْ تَصَدَّقَ وَأَنْتَ صَحِيحٌ شَحِيحٌ، تَأْمُلُ الْغِنَى وَتَخْشَى الْفَقْر»

(Amal terbaik adalah apa yang kamu berikan ketika kamu sihat, tamak, berharap kekayaan dan takut kemiskinan). Ini bermaksud keadaan cinta kamu kepada kekayaan, keinginan kamu kepadanya dan keperluan kamu untuknya. Jadi, Allah berfirman dengan maksud:

﴿وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَى حُبِّهِ مِسْكِيناً وَيَتِيماً وَأَسِيراً ﴾

Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan, (8)”.

﴿إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ﴾

"(Kami memberi makan hanya demi mencari Wajah Allah sahaja)". Maknanya, dengan mengharapkan keredhaan dari Allah SWT dan kesenanganNya semata-mata.

﴿لاَ نُرِيدُ مِنكُمْ جَزَآءً وَلاَ شُكُوراً﴾

"(Kami berharap bukan untuk pahala atau untuk ucapan terima kasih dari kamu)". Yang bermaksud, `kami tidak meminta balasan apapun dari kamu sebagai ganjaran untuk itu. Kami juga tidak mengharapkan dari kamu untuk berterima kasih kepada kami di depan orang'.

"Mujahid dan Sa`id bin Jubair kedua-duanya berkata," Demi Allah Mereka tidak mengatakan ini dengan lidah mereka, tetapi, Allah tahu dalam hati mereka dan Dia memuji mereka untuk itu.! Setiap Pencari keredhaan (wajah) Allah, harus mencarinya selepas ini.''

Itulah maksud ikhlas mencari redha Allah dengan taraf liwajhiLllah agar amalan kita sebagai orang yang beramal soleh dalam kebaikan akan sampai kepada Allah SWT.

WaLlahu 'alam. Insya Allah SWT, sampai ketemu. Ilalliqa'. Wassalam.