Showing posts with label taqwa. Show all posts
Showing posts with label taqwa. Show all posts

Tuesday, July 19, 2011

Berniatlah setiap hari untuk beramal dengan yang lebih baik dari semalam...

Melakukan tugas sesuai menurut waktunya:

"Ketahuilah bahawa hamba mempunyai tugas terhadap Allah disiang hari dimana Allah tidak akan menerimanya (jika dikerjakan) pada malam hari. dan hamba mempunyai tugas terhadap Allah diwaktu malam yang tidak akan diterimaNya disiang hari". 
(Nasihat dan wasiat Abu Bakar Siddik kepada Umar  sewaktu Abu Bakar melantiknya menjadi khalifah).

Untuk itu, rujuk juga surah anNisa':103; berhubung tugas beribadat dengan bersolat dan tugas untuk sentiasa mengingatiNya diluar solat dalam semua keadaan termasuklah semasa tidur, duduk, berdiri dan semasa melakukan tugas harian atau tugas waktu malam.

"Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (103)" (AnNisa':103).
 
Golongan 'arifin berkata: "Masa atau waktu yang dilalui hamba ada 4 bukan lima; iaitu nikmat, bala, ketaatan dan maksiat. Allah mempunyai hak keatasmu pada setiap waktu dari yang empat perkara itu, iaitu hak Allah selaku Tuhan keatas anda sebagai seorang hambaNya".

Oleh itu, sesiapa yang berada dalam masa atau waktu (menerima):

  1.  'Ketaatan' hendaklah ia melihat nikmat dan kurnia Allah keatasnya kerana Allah telah memberi taufik untuk menunaikannya dan memberi hidayah untuk berlaku taat kepadaNya.
    • "Katakanlah (wahai Muhammad): Kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya) kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal). (58)" (Surah Yunus:58). 
  2.  'Kenikmatan' hendaklah bersyukur dengan anugerah Allah.
    • "Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba`, satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: Dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; ۥ بَلۡدَةٌ۬ طَيِّبَةٌ۬ وَرَبٌّ غَفُورٌ۬(negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan Yang Maha Pengampun. (15) (surah Saba': 15).
  3. 'Kemaksiatan' hendaklah kembali segera bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT kerana Allah suka kepada hambaNya yang suka bertaubat dan memohon ampun kepadaNya. 
    • "Kalaulah kamu tidak berdosa langsung, pasti Allah SWT akan mematikan kamu dan mendatangkan kaum lain yang melakukan dosa. Selepas itu mereka bertaubat meminta ampun daripada Allah SWT, lalu Dia mengampuni mereka".(Maksud Hadis Riwayat Muslim). 
    • "Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (53)" (Azzumar:53).  
  4. 'Bala-bencana' hendaklah hambanya 'redha dan bersabar' iaitu redha dengan jiwa yang tenang menerima ketentuannya dan bersabar dengan hati yang teguh dan tetap berdepan dengan ketentuan Allah SWT tersebut. 
    • Antara doa yang mustajab dibaca ialah ketika menempuh ujian dari Allah SWT ialah:
      • "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (155) (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (156) "إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ  ....". (Albaqarah: 155-156).
      • 'AllahuRabbi, La syarikalah' sebanyak 3 kali.
    • "Orang mukmin...jika dia menerima nikmat dia bersyukur dan jika dia ditimpa musibah dia bersabar" (Maksud dari makna hadis riwayat Muslim).
Oleh itu, marilah kita mulakan hidup seharian kita dengan niat ikhlas kerana Allah SWT bagi tujuan mencari redhaNya setiap masa dan ketika. Jika kita melalui waktu dan masa harian kita (seperti disebut diatas), Islam telah mengajar kita sebagai seorang beriman, untuk melaluinya dengan penuh ketakwaan kepadaNya. Sebagaimana pesannya golongan 'arifin bahawa (dalam menghadapi harian kita dengan malam dan siang):

"tidurlah bila kamu mengantuk untuk berehat dan bertaqwalah pada Allah SWT bila saja kamu berjaga dari tidur". 

Antara amalan yang diajar oleh Nabi SAW kepada Bilal ibn Rabah RA ialah:

 "solat witir sebelum tidur, baca ayat kursi, surah alfalak dan surah annas serta doa untuk tidur" kemudiannya bila terjaga dari tidur, bacalah 'doa bangun dari tidur, dan surah alfalak serta surah annas". 

Kemudian hadapilah, masa harian dengan ketakwaan pada Allah SWT dengan melalui empat peringkat waktu tersebut diatas, insya Allah. 

Semoga, mendapat keredhaan dari Allah SWT untuk usrati, dan ashabi yang mengikuti blog ini. Yang terbaik itu adalah dari Allah SWT sahaja, yang tidak baik itu dari penulis. Wallahu'alam. 




Saturday, May 28, 2011

Celek akeedah: melihat jahiliyyah moden mengikut visi ‘basyirah’ antara ‘taqwa’ dan ‘dhirar’.


Celek akeedah: melihat jahiliyyah moden mengikut visi  ‘basyirah’ - antara ‘taqwa’ dan ‘dhirar’.

Sesungguhnya ia dari Sulaiman A.S., dan ianya dengan nama Allah, ArRahman, ArRahim. Kali ini saya memulakan bicara tazkirah kita dengan Bismillah, ArRahmani, ArRahim. Syukur kita padaNya. Kita memohon supaya kita sentiasa berada dijalan Allah SWT dan terus berada, berjuang, dan meningkatkan nilai amal perjuangan iaitu jihad kita; sesungguhnya kita adalah mewakiliNya untuk memerangi puak jahiliyyah yang begitu terang-terangan menentang sunnah arRasul SAW dewasa ini. Itulah yang kita dapati dari intipati tafsir surah Muhammad. Sila rujuk untuk lebih terperinci akan maksud dan risalah disebalik surah Muhammad ini.

Hari ini penulis ingin berkongsi pengalaman dengan pembaca blog ini berhubung dengan ‘jahiliyyah moden’. Saya harap, pembaca sudah pun memahami sedikit sebanyak akan maksud jahiliyyah – jenis pertama (komunisma), jenis kedua (syirik penyembahan berhala), jenis ketiga (fahaman agama Kristian), jenis keempat (fahaman agama Yahudi) dan yang kelima ini ialah fahman ism-ism yang lain selain Islam , tetapi menggunakannya atas nama Islam iaitu ‘the so-called Muslim society, organization, vision, mission, struggle, objective, intension, etc. ). Namun, kita tidak akan bicara akan tasawwur yang lain (seperti qadariah, jabariah, mu’tazilah, atau fahaman lain seperti syiah, 'abasiah, mu’awiyah, ‘alwiyyah, atau seumpamanya). 
Pembaca hendaklah mempelajarinya dengan sendiri ditempat pembaca belajar atau menuntut, supaya pembaca dapat melihat dan mentafsirnya, apakah ungkapan-ungkapan yang ada dalam jahiliyyah moden ini, merupakan ungkapan-ungkapan dari fahaman mana seperti tersebut diatas. Contohnya, apa itu wahabiyyah, yang diperkatakan sekarang. Bagaimana kita ingin kaitkan dengan gerakan jahiliyyah moden yang cuba mempergunakan perkataan tersebut untuk mengelirukan umat Islam di tempat kita tinggal. Ilmu mantik perdebatan ada untuk memperjelaskannya. Inilah perlunya ‘celek akeedah’.
Apa itu ‘celek akeedah’ yang membezakannya dengan ‘celek akal’ atau ‘celek komputer’ atau ‘celek huruf’ yang lawannya ‘buta huruf’. Mengapa perlu kita perjuangkan ‘celek akal’ atau apakah ianya sama dengan ‘perjuangan menghapuskan buta huruf’, sebagaimana suatu masa dulu, kerajaan beria-ia sangat memperjuangkanya. Apakah tasawwur disebaliknya? Ini semua kita kena kaji dan fikirkan sebagai ‘ulul albab’ yang sejati bukan sebagai slogan ‘ulul albab’ yang hanya berupa ungkapan semata-mata. Dulu, ada sekolah dewasa, untuk ajar rakyat membaca dan menulis. Tetapi, sebaliknya ulamak Islam juga menubuhkan sekolah atau madrasah (membezakan namanya dengan sekolah untuk membasmi buta huruf semata-mata) tetapi madrasah untuk mengajar dan mengajak kepada mengenal akan Allah dan kepada ketaqwaan. Sekolah agama rakyat berbeza dengan sekolah kebangsaan. Madrasah berbeza dengan sekolah. Tarbiyyah  berbeza dengan pelajaran, latihan atau pendidikan. Murid[1] berbeza dengan pelajar. Kita kena mencari ilmu dengan nama Allah yang menjadikan kita semua ini. Itulah bezanya dengan persekolahan atau pengajian (tinggi atau rendah). Pengajian tinggi atau rendah itu tidak ada bedanya jika ilmu yang ia pelajari itu tidak membawa ia kepada ketaqwaan kepada Allah SWT. Tetapi, murid yang menuntut ilmu kerana mencari keredhaan Allah SWT itu, walau pun rendah darjah ilmunya, jika taqwa itu yang ia cari, maka itulah ‘rendah’ yang tinggi nilainya iaitu ‘taqwa’.

Maksud alQuran: “Sesungaguhnya, yang paling mulia disisi Allah, ialah yang paling bertaqwa”.

Tetapi, jahiliyyah moden telah memesongkan kita. Dari madrasah kepada sekolah. Hinggakan murid yang belajar kerana terpaksa bukan kerana minat. Fitrah mereka mengajak untuk mengenal Tuhan iaitu Allah dan menolak ilah-ilah lain selain Allah. Tetapi, sistem, ibubapa, persekitaran, undang-undang, kawan-kawan, peluang kerjaya dan seumpamanya, yang telah direka oleh Yahudi, mengajak kita belajar untuk tujuan itu, bukan untuk ‘ilmu, iman dan amal’. Sedangkan, itulah ‘maratibul ilmu’ iaitu ‘to be knowlegable, to understand, to practice, to maintain, to improve and to continuously improve with amal..’ supaya dengannya Allah akan mengampuni dosa kita dan memertabatkan ketaqwaan kita sehingga dimasukkan kita ke syurga dengan redha dan rahmatNya, insya Allah:

سَيَهْدِيهِمْ وَيُصْلِحُ بَالَهُمْ - وَيُدْخِلُهُمُ الْجَنَّةَ عَرَّفَهَا لَهُمْ - يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ إِن تَنصُرُواْ اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ - وَالَّذِينَ كَفَرُواْ فَتَعْساً لَّهُمْ وَأَضَلَّ أَعْمَـلَهُمْ - ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُواْ مَآ أَنزَلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَـلَهُمْ
“Allah akan memimpin mereka yang berjuang (ke jalan mendapat sebaik-baik balasan) dan menjadikan keadaan mereka baik dan berguna (di dunia dan di akhirat) (5) Serta memasukkan mereka ke dalam Syurga yang telah dijanjikan dan diterangkan sifat-sifatnya kepada mereka. (6) Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (7) Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka. (8) Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka. (9)” (S.Muhammad:5-9).
إِنَّ الَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّـلِحَاتِ يَهْدِيهِمْ رَبُّهُمْ بِإِيمَانِهِمْ تَجْرِى مِن تَحْتِهِمُ الاٌّنْهَـرُ فِي جَنَّـتِ النَّعِيمِ
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat. (9)” (S. Yunus: 9).

Dari ayat diatas bahawa, Allah SWT membimbing orang mukmin kepada ketaqwaan kerana mereka berilmu dan mereka beramal dengannya terutama dalam memperjuangkan agama Allah SWT, kerana mewakiliNya menegakkan Islam, melalui Sunnah arRasul SAW iaitu jihad fi sabiliLlah. Inilah sebenarnya ‘vision’ atau ‘bashirah’ yang dimaksudkan oleh Islam bukan seperti maksud dari ‘jahiliyyah moden’. 
.وَمَا كَانُواْ يُبْصِرُون
Maka, jahiliyyah moden akan cuba mengajar kita supaya tidak berlaku adil dan supaya zalim serta menyuruh kepada mungkar dan melarang kepada ma’ruf. Itulah persekolahan mereka. Sedang yang kita buat ialah kepada amar ma’ruf, nahi mungkar iaitu kepada ketaqwaan. 

Rengkasnya, amalan dan ilmu kita, asasnya ialah taqwa dan mereka pula mempromosikan ‘dhirar’ iaitu kemunafikan (hypocracy).  Masjid kita, masjid taqwa, dan mereka pula adalah ‘dhirar’. Nabi SAW meruntuhkan ‘dhirar’ dan menegakkan ‘taqwa’. Jika kita lihat dalam jahiliyyah moden ini, itulah bedzanya iaitu Islam sebenar ialah asasnya ‘taqwa’ dan ‘Islam munafik’ adalah berasaskan ‘dhirar’. Maka, visi kita adalah ‘bashirah’ akhirat tetapi visi mereka adalah ‘dhirar’ dunia semata-mata. Slogan mereka, slogan ‘dhirar’ dan slogan kita adalah ketaqwaan. Cuba kita tengok, visi yang ada dalam jahiliyyah moden sekarang ini: “Islam hadhari’, “1Malaysia’, ‘keranamu Malaysia’, ‘Berkhidmat Untuk Negara’, ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ dan banyak lagi.  Dimana Islam sebagai cara hidup? Dimana kesatuan akeedah, fikrah dan wehdatul ‘amal sebagaimana yang diperkatakan ole Al-Syeikh Mustafa Masyhur Rh, tentang wehdatul ‘amal jika tidak wehadatul fikrah pun, dan bekerja untuk Negara atau kerana Allah SWT-ini konsep ‘amal soleh, dan untuk tujuan ibadat atau untuk tiada muhasabah akhirat, akan apa yang kita lakukan didunia ini. Itulah slogan mereka, yang apa pun mereka lakukan, tak akan diterima kerana ianya bukan dari Islam tetapi adalah dari jahiliyyah moden. Ianya ‘dhirar’ bukan ‘taqwa’. Mereka akan dihisab dan semua akan dihisab, walau pun selepas bebas dari azab api neraka, sebelum memasuki syurga:

«إِذَا خَلَصَ الْمُؤْمِنُونَ مِنَ النَّارِ حُبِسُوا بِقَنْطَرَةٍ بَيْنَ الْجَنَّةِ وَالنَّارِ، يَتَقَاصُّونَ مَظَالِمَ كَانَتْ بَيْنَهُمْ فِي الدُّنْيَا، حَتْى إذَا هُذِّبُوا وَنُقُّوا أُذِنَ لَهُمْ فِي دُخُولِ الْجَنَّةِ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنَّ أَحَدَهُمْ بِمَنْزِلِهِ فِي الْجَنَّةِ أَهْدَى مِنْهُ بِمَنْزِلِهِ الَّذِي كَانَ فِي الدُّنْيَا»
“(After the believers securely pass the Fire (on the Day of Judgement), they will be held back upon a bridge between Paradise and the Fire. There, they will have any acts of injustice that they committed against one another in the life of this world rectified. After they are completely purified and cleansed (from injustice), they will be admitted into Paradise. By the One in Whose Hand is my soul, each one of them will find his way to his dwelling in Paradise better than he found his way to his dwelling in the worldly life.)” (Hadis alBukhari, dari abu said alKhudri).

WaLlahu’alam.



[1] Murid adalah dari perkataan ‘arada’ iaitu madhi kepada ‘uridu’ – yang mermaksud ‘berminat’ untuk menuntut ‘ilmu. Maka, ‘murid’ adalah orang yang berminat untuk belajar. Lalu, mereka menuntut ilmu untuk beramal, itulah niat mereka. Bukan belajar untuk dapat ijazah atau diploma atau seumpamanya, semata-mata, selain dari untuk ilmu. Sebab itu, menuntut ilmu adalah jalan kesyurga. Kena ada minat baru mudah belajar. Jika minat bidang agama, mudah belajarnya. Jika tanpa niat ikhlas dan minat, susah untuk berjaya. Sila rujuk makna tafsir ‘iqra’’ dari surah al-‘Alaq. Baca dengan nama Tuhan yang menjadikan kamu.