Monday, June 20, 2011

Tahap Keempat ialah proses menjaga dan mempertahankan

http://www.youtube.com/watch?v=qkvvUMv5z2g&feature=player_embedded

Tahap Keempat ialah proses menjaga dan mempertahankan (to be maintained) segala amal Islami yang dilakukan atau dilaksanakan di Kelantan, (makmal Islam Kelantan dan penemuannya) yang didokumenkan sebagai dasar pentadbiran Islam Kelantan, hendaklah dijaga dan terus diamalkan[1].

Dalam tahap ini, kita masih mampu mempertahankan Kelantan dan mempertahankan perubahan yang kita perkenalkan demi Islam dan cakno rakyat. Antaranya ialah kita Berjaya mengawal proses supaya Kelantan kekal sebagai negeri yang ‘syariah compiance’ di Negara ini, di rantau Asia dan di dunia ini. Kita mampu kekal beramal dengan apa yang kita dokumenkan untuk amalan negeri dan rakyat Kelantan. Disamping itu kita memperkenalkan perkara berikut supaya kita dapat sentiasa kekal menjaga ‘syariah compliance’ di Kelantan ini:
·         Penubuhan Tabung Tok Kenali.
·         Mengistiharkan Kota Bharu Bandaraya Islam (5S ala Islam iaitu Suci untuk S2).
·         Perbadanan Ladang Rakyat dan pembangunan lading sawit secara berkesan.
·         Perbadanan Menteri Besar.
·         Gerakan Berdikari Rakyat Kelantan.
·         Mempertingkatkan keberkesanan pendidikan tinggi Islam, KIAS.
·         Kekal tanpa ‘non-syariah compliance’ iaitu rekod 18 tahun tanpa rasuah.


[1] (Selingan: tahap inilah kita banyak kena uji ni, hingga dalam PR2004, kita Berjaya bertahan memerintah Kelantan dengan 1 kerusi, 2 undi; syabas rakyat Kelantan yang faham dan yang mempertahankan Islam di Kelantan supaya tetap kukuh diamalkan dan supaya terus merebak kenegeri PR lain dan seterusnya ke Putra Jaya, dibawah misi Kelantan Makmal Islam Negara dan dibawah visi Kelantan Pusat Tarbiyyah Negara, insya Allah. Supaya suatu penerusan baru, visi menjadikan Kelantan, the capital state of PR states and Kota Bharu, the capital of Malaysia ).

Saturday, June 18, 2011

Tahap Ketiga ialah sebagai ‘Khadimul Ummah’ iaitu semata-mata mencari redha Allah SWT






Pada tahun 2006, Kerajaan Kelantan telah melancarkan Dinar Kelantan dalam tiga bentuk iaitu satu dinar penuh berukuran 23 mm dengan berat 4.25 gm bernilai RM332.25. Selain itu separuh dinar bersaiz 20 mm (1.06 gm) bernilai RM176.76) dan suku dinar bersaiz 21 mm (0.5 gm) bernilai RM99.38. 





Tahap Ketiga ialah merupakan tahap penting bagi seluruh rakyat dan pemimpin di negeri Kelantan iaitu supaya benar-benar beramal (to be practiced) dengan apa yang diketahui dan difahami tadi supaya proses ‘Membangun Bersama Islam’ terus dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan beramanah[1]. 






 (Gambar : Dato' Hj. Husam Musa dalam sidang media memperkenalkan Dinar Kelantan)
Sebab itu, didalam tahap ini, pemimpin memahami yang dia wajib melaksanakan tanggungjawabnya terhadap rakyat sebagai ‘Khadimul Ummah’ iaitu semata-mata mencari redha Allah SWT. Pemimpin, dengan kemampuan iatu Q atau Capability yang ada, berusaha sedaya upaya, melaksanakan tugas iaitu A dengan penuh rasa taqwa melibihi tuntutan integriti semasa. Disini, kepuasan rakyat diutamakan, selagi memenuhi tuntutan keredhaan Allah SWT, sesuai dengan prinsip amal soleh iaitu ikhlas, syar’iyyah dan berakeedahkan tauhid pada Allah SWT. Lalu, konsep UMMI iaitu Ubudiyyah, Mas’uliyyah, Muhasabah dan Itqan diperkenalkan dan dilaksanakan.

Antara proses yang di tekankan ialah melalui:
  • Kempen Sembahyang dan Solat Hajat.
  • Menjadikan SOP supaya membuka majlis dengan Fatihah dan menutupnya dengan tasbih kifarah serta Surah Al Asr.
  • Menamatkan acara sebelum solat dan memulakan semula selepas solat.
  • Amalan akhlak muamalat ekonomi dan kewangan Islam.
    • Skim Ar Rahnu.
    • Kewangan tanpa riba.
    • Pelaburan tanpa riba oleh kerajaan Negeri.
    • Menerbitkan Dinar Emas, Dirham Perak.
  • Amalan akhlak muamalat sosial dan dalam hiburan Islam.
  • Kempen menutup aurat.
  • Perpaduan kaum dengan melantik penghulu tanpa mukim, ahli majlis kerajaan tempatan dan seumpamanya. Dalam PR 2008, pakatan rakyat muncul menang melalui perpaduan kaum berteraskan Islam sebagai cara hidup.
  • Dalam bidang Kebajikan pula, cuti bersalin 60 hari diperkenalkan kepada pekerja wanita bersalin, suami diberi cuti seminggu, kerja 5 hari seminggu, Skim Tabung Serambi Mekah, Skim Takaful kifalah, skim Takaful armalah, Skim bantuan khas OKU, skin bantuan kewangan kepada mangsa bencana, dan seumpamanya.
  • Cakno wanita.
  • Visi negeri Kelantan iaitu ‘Membangun Bersama Islam’.
  • Mengamalkan pentadbiran berasaskan UMI iaitu Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan iaitu suatu kaedah pengurusan yang lebih tinggi berbanding dengan TQM terkini. Inilah yang kita katakan, ianya: Pentadbiran Islam[2] sebagai cara hidup yang kita amalkan di Kelantan ni.
Majlis berbuka puasa: "Pemimpin (YAB TG MB dan YB ADUN Gaal)
bersama Rakyat DUN Gaal"
Jihad Ekonomi Negeri Kelantan Darulnaim: Dinar Emas dan Dirham Perak




Pada 12 ogos 2010, Kerajaan Kelantan sekali lagi telah melancarkan matawang Dinar dan Dirham Kelantan dengan lebih meluas dengan nilai boleh-milik oleh masyarakat awam.


"Matawang sendiri yang kami maksudkan di’sini bukanlah matawang ciptaan Kelantan sendiri, cuma Kelantan sahaja yang kini mempuyai sistem dinar emas & dirham (perak)

"Hari ini, kerajaan Kelantan dengan rasminya memperkenalkan kembali sistem yang sudah di’guna pakai sekian lama ke’dalam sistem ekonomi Malaysia."







[1] (with capability and trustworthiness – Qawiyyun Ameen)
[2] ‘La syarkiyyah, La gharbiyyah,…La yahudiyyah, La Nasraniyyah, Wa La Majusiyyah…La kin, Islamiyyah’.

Thursday, June 16, 2011

‘Membangun Bersama Islam’: Tahap kedua ialah proses memberi kefahaman ...


Tahap kedua ialah proses memberi kefahaman (to be understood) kepada rakyat 
dan pemimpin yang memimpin rakyat . 

Contoh Kelas Kefahaman AlQuran
mulai tahap Aulad lagi...

Sessi Kefahaman Islam
Tujuannya supaya rakyat benar-benar memahami supaya dapat membantu kerajaan didalam proses ‘Membangun Bersama Islam’ dengan lebih berkesan. Rakyat mempunyai rasa bertanggungjawab dan turut berjuang beramal dengan Islam secara bermuamalat, seperti, bekerja itu ibadah, dan sebagainya; dan seterusnya mempertahankan supaya bukan Kerajaan Kelantan dibawah pemerintahan PAS itu kekal, tetapi yang penting, Kerajaan Kelantan yang diperintah oleh PAS itu perlu dikekalkan supaya Islam secara lengkap dapat terus dilaksanakan diKelantan dan seterusnya dinegara ini dibawah kerajaan baru PR. Sebab itu, misi YAB Tuan Guru MB mahu menjadikan ‘Kelantan sebagai Makmal Islam Negara’ adalah menjadi kenyataan. Kita lihat, pelbagai dasar berasaskan Islam telah dilaksanakan di Kelantan, dan telah pun ditiru oleh beberapa negeri lain termasuk oleh Kerajaan Pusat. Syukur, Alhamdulillah, kita ucapkan. Terdapat banyak contoh yang kita laksanakan muamalat Islam didalam misi ‘Kelantan sebagai Makmal Islam Negara’ seperti cuti bersalin ditukar kepada 60 hari, hari bekerja ditukar kepada 5 hari seminggu supaya hari Jumaat dijadikan hari berilmu dan beramal untuk rakyat dan pemimpin diseluruh Kelantan. Ini sebahagian dari proses tranformasi ‘Membangun Bersama Islam’. 

Antara program yang diperkenalkan dalam tahap ini ialah sbb:
  • Program Agama Islam sebagai cara hidup ditempat kerja.
  • Program Ihya Ramadhan.
  • Kempen supaya rakyat membaca Al Quran.
  • Program kursus perkahwinan yang lebih lengkap selama 3 hari 2 malam.
  • Tazkirah kepentingan akhirat.
  • Sasaran satu keluarga, seorang hafiz Al Quran.
  • Penghayatan Hari Wukuf dan tazkirah Hari Hududullah.

Wednesday, June 15, 2011

Tahap pertama ialah proses tranformasi supaya rakyat berilmu.


Tahap pertama ialah proses tranformasi supaya rakyat berilmu 
dengan Ilmu Islam (to be knowledgable).  

Majlis Ilmu menjelang majlis berbuka puasa
di surau Orang Asli,  Gua Musang
Tak hairanlah, YAB Tuan Guru, selaku MB Kelantan, turun sendiri, menjadi contoh dan model, member kuliah Jumaat, tiap-tiap minggu, di pasar depan pejabat PAS Kota Bharu untuk mendidik rakyat Kelantan supaya berilmu pengetahuan dengan Islam sebagai cara hidup. Dari sudut teori TQM Jepun, terdapat modul khusus untuk CEO, Mnagers dan Employees, agar mereka tahu akan tugas dan tanggungjawab mereka. Lalu, program latihan untuk mereka tersebut adalah wajib. Dengan melihat apa yang YAB Tuan Guru sebagai MB iaitu the CEO, State of Kelantan (dengan izin), terlibat secara langsung didalam ‘mengawal proses tranformasi membangun bersama Islam’ untuk rakyat Kelantan supaya ‘natijah’ akhir secara langsung adalah berkualiti iaitu beritqan lengkap[1]. Antara usaha kita didalam proses pendidikan rakyat Kelantan ditahap ini ialah:
Khusuk mendengar ucapan
dibilik kuliah
·       Memperkasakan YIK (baget dipertingkatkan dari 12 juta  kepada 50 juta   setahun.
·         YAB menyampaikan kuliah pagi Jumaat di Bandar ilmu kawasan pasar Kota Bharu setiap minggu.
·         Guru Quran dan Fardhu ‘Ain diperkasakan kepada 2600 orang seluruh negeri .
·         Menubuhkan Maahad Tahfiz AlQuran dan Maahad Tahfiz Sains.
·         Menubuhkan Perbadanan Pondok Berhad bagi melicinkan pentadbiran pondok-pondok di Kelantan.
·         Kuliah agama di pasar besar Siti Khadijah, sejam setiap hari.
Surau Pasar Siti Khaadijah

Masjid Negeri Tepian sungai Kelantan


[1] (YDP: mengawal kualiti adalah tidak sama dengan mengawal proses, disini, YAB MB, mengawal proses supaya sentiasa berterusan dengan penambahbaikan).

Monday, June 13, 2011

‘Membangun Bersama Islam’


Kes Kajian: Kelantan 'Membangun Bersama Islam', antara contoh PKL (Pengurusan Itqan atau Kualiti Lengkap)..peringkat negeri.

Saya ingin mulakan tulisan  saya dengan memanjat kesyukuran pada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya kami Kerajaan Kelantan masih berkuasa memerintah dan mentadbir Darul Naim ini. Dengan izinnya jualah, kami berjaya melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan keatas kami selama 20 tahun memerintah Kelantan.

Selama tempoh tersebut, kami banyak menempuh cabaran dan tidak kurang juga, dengan pencapaian yang cemerlang, dibawah pimpinan YAB Tuan Guru Menteri Besar kita. 

Sangat banyak pencapaian dan tranformasi yang dilakukan oleh beliau. Jika kita imbas kembali, pelbagai perubahan yang dilakukan, dan semua perubahan itu adalah bertemakan ‘Membangun Bersama Islam’. Jika sebelum itu, asas pembangunan yang diwar-warkan adalah tidak bersama Islam, maka apabila kita memerintah, asas pemerintahan dan pentadbiran kita adalah Islam, kerana Islam itu cara hidup. Lalu minda kita, bila berfikir untuk penambahbaikan didalam pentadbiran, kita berfikir menggunakan minda syariah. Minda syariah ini adalah lebih lateral pemikirannya berbanding dengan cara pemikiran sekular yang berfikir berasaskan logic semata-mata tanpa melihat hujah ‘naqli’. Hujah akal sahaja tidak lengkap untuk kita berfikir bagi tujuan penambah baikan dalam pentadbiran atau pemerintahan. Kita merujuk kepada alQuran, AlSunnah dan kisah para sahabat serta kisah para tabiin; bagaimana mereka melaksanakan tanggungjawab yang mereka pikul sebagai khalifah dimuka bumi ini. Model Tuan Guru sebagai MB dan juga Imam serta ulamak, tidak dapat kita cari diatas muka bumi dizaman moden ini. Beliau berjaya menjadikan Kelantan sebagai model pentadbiran Islam berasaskan konsep ‘Qawiyyun Ameen’ [1] kepada rakyat Kelantan, tetapi juga kepada negeri-negri dibawah pakatan rakyat dan juga kepada Negara kita, Malaysia. Konsep QA ini bermaksud ‘Berkemampuan dan Beramanah’ iaitu lebih tinggi lagi dari piawai yang jika terjemahkan dalam bahasa Inggeris yang bermaksud ‘Capability and Integrity’, yang sedang diperkatakan oleh media dewasa ini.
Konsep inilah, beliau selalu sebut supaya pengurusan Itqan dilaksanakan di seluruh Kelantan terutama melibatkan pentadbiran dan kualiti hidup sesabuah keluarga. Maksud Itqan adalah lebih tinggi dan mendalam berbanding maksud konsep ‘kualiti’. Didalm alQuran, surah Annahl, ayat 88, disebut konsep ini yang bermaksud: ‘Kejadian (ciptaan) Allah SWT, Dialah (Allah SWT) yang menciptanya, dengan paling teliti’. Teliti disini bermaksud tanpa cacat dan cela sedikit pun. Inilah konsep TQM sekarang ini yang mereka panggil, ‘towards zero defects’.  Jadi, konsep TQM yang diamalkan oleh Barat atau Timur iaitu Jepun, yang diagung-agungkan, selama ini, melalui Dasar Pandang KeTimur, rupa-rupanya adalah dipinjam dari Islam iaitu ‘Dasar La Syarkiyyah, La Gharbiyyah, La kin, Islamiyyah: Tidak Timur, Tidak Barat, tapi, Islam’. Dan kita hairan, mengapa jika nak Islam itu diamalkan diKelantan atau dinegara kita ni, ada lagi yang cuba menentang? Mereka cuba je, tapi lepas suatu ketika, ia luput begitu sahaja. Sekarang ni, mereka cuba hangatkan isu penggunaan ‘Dinar Emas, Dirham Perak’ yang kita nak perkenalkan. Ini juga merupakan suatu lagi terapi Islam melalui konsep pengurusan Itqan, berjaya kita gugat system kewangan yang berasaskan ‘riba’ ini. Masyarakat sudah sakit dengan fenomena ‘kewangan berasaskan riba’ ini, lalu kita tampilkan terapi Islam dengan memperkenalkan penggunaan matawang ‘Dinar Emas, Dirham Perak’. (Lepas tu, gege.) Isu berdoa dalam khutbah supaya, YB Lim Guan Eng masuk Islam pun gege jugak. Lim Guan Eng nak mencontohi Umar Abdul Aziz dalam pentadbiran kerajaan PR di Pulau Pinang pun gege jugak. Eh, tuan-tuan tau tak, Nabi SAW kita, berdoa supaya Sayyidina Umar RA memeluk Islam? Jadi, apa peliknya jika oaring Islam, rakyat Lim Guan Eng, berdoa supaya dia mendapat hidayah untuk masuk Islam?. Kalau dulu, puak kafir Quraish, takut kemasukan Umar ra akan member kekuatan kepada Islam. La ni pun, perkara yang sama jugak yang mereka takut sebab formula perjuangan yang sama juga yang mereka pakai. Mereka takut pada Lim Guan akan member kekuatan kepada PR, macamana takutnya orang Quraish terhadap Umar Ibn AlKhatab ra masuk Islam. Memang pun, bila Umar ra masuk Islam, kekuatan pihak Islam mula kuat. Islam berkembang cepat hingga bila disebut nama Umar ra, bukan sahaja manusia jahiliyyah sahaja yang takut, bahkan juga syaitan pun takut[2].   Secara kasarnya, jika kita dari PR, baik di Kelantan, mau pun diluar Kelantan, jika nak buat cara hidup Islam je, mulalah ada pihak yang tak senang hati. Mereka bantah sana sini. Tapi lepas masa berlalu, isu itu pun senyap. Sebabnya mereka sendiri jahil pada masa mereka membantah, kemudian mujur lepas gege seketika, kebenaran menonjol dan mereka hilang hujah, lalu senyap.  
Wawasan Kelantan sebagai Pusat Tarbiyyah Negara yang diilhamkan ole YAB Tuan Guru MB Kelantan, adalah sangat bermakna sekali kepada proses tranforamasi dari pentadbiran sekular kepada pentadbiran    berasaskan Islam. Kita mulakan proses transformasi tersebut dengan menggembelingkan tenaga pengkuliah yang kita ada memberi kuliah kepada rakyat Kelantan melalui pelbagai bentuk program, termasuk kuliah pagi dan hari Jumaat, supaya rakyat berilmu dan berpendidikan dengan Islam. Ini lah tahap pertama bagi proses transformasi kearah membangun bersama Islam. Kita didik dulu rakyat supaya reti, apa itu Islam dan apa itu membangun bersama Islam, supaya Islam sebagai cara hidup dapat difahami dengan yakin[3] dan diamalkan. Tahukah tuan-tuan, bahawa terdapat 6 tahap yang perlu rakyat lalui didalam proses tranformasi ‘membangun bersama Islam’ yang diperkenalkan oleh YAB MB Kelantan kepada kita semua, melalui konsep pengurusan Itqan lengkap ini?.

(...bersambung).

[1] Dari AlQuran: ‘Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (menggembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah’. (AlQisas:26)
[2] (Selingan: tak hairanlah, dalam waktu tarawih, bila sampai rakaat ke8, bilal menyebut nama S.Umar ra, lalu kita tengok ramai yang angkat punggung, cabut meninggalkan terawih…)
[3] (yakin bukan kerana ainul yakin sahaja, tetapi yakin kerana yu’minu bil ghaib) iatu berasakan tauhid pada Allah SWT, sebagaimana yakinnya S.A.Bakar AlSidiq ra bila ditanya tentang peristiwa Isra’ dan Mikraj Nabi SAW.

Saturday, June 4, 2011

KEPUTUSAN PENUH PEMILIHAN AJK PAS PUSAT 3/6/2011


PENGERUSI TETAP
Tuan Haji Ustaz Abu Kasim
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Tuan Haji Hussin Ismail
PRESIDEN
Abdul Hadi Awang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji
TIMBALAN PRESIDEN
Mohamad Sabu, Hj – 420 undi
NAIB PRESIDEN
1. Husam Musa , YB Dato’ – 660 undi
2. Mahfuz Omar, YB Dato’ – 616 undi
3. Salahuddin Ayub, YB – 753 undi
AHLI JAWATANKUASA KERJA
1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz – 430 undi
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz – 579 undi
3. Abdul Wahid Endut, YB Hj – 556 undi
4. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz – 527 undi
5. Amiruddin Hamzah, YB Ir. – 576 undi
6. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz – 421 undi
7. Dzulkefly Ahmad, YB Dr – 702 undi
8. Hanipa Maidin, Hj – 735 undi
9. Hassan Mohamad Ali, YB Dato’ Dr. – 437 undi
10. Kamarudin Jaffar, YB Dato’ – 739 undi
11. Khalid Abd Samad, YB Hj. – 643 undi
12. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr. – 449 undi
13. Mazlan Aliman, – 804 undi
14. Mohd Amar Abdullah, YB Dato’ Ustaz – 470 undi
15. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. – 765 undi
16. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. – 651 undi
17. Nuridah Salleh, Ustazah – 416 undi
18. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. – 445 undi

Saturday, May 28, 2011

Celek akeedah: melihat jahiliyyah moden mengikut visi ‘basyirah’ antara ‘taqwa’ dan ‘dhirar’.


Celek akeedah: melihat jahiliyyah moden mengikut visi  ‘basyirah’ - antara ‘taqwa’ dan ‘dhirar’.

Sesungguhnya ia dari Sulaiman A.S., dan ianya dengan nama Allah, ArRahman, ArRahim. Kali ini saya memulakan bicara tazkirah kita dengan Bismillah, ArRahmani, ArRahim. Syukur kita padaNya. Kita memohon supaya kita sentiasa berada dijalan Allah SWT dan terus berada, berjuang, dan meningkatkan nilai amal perjuangan iaitu jihad kita; sesungguhnya kita adalah mewakiliNya untuk memerangi puak jahiliyyah yang begitu terang-terangan menentang sunnah arRasul SAW dewasa ini. Itulah yang kita dapati dari intipati tafsir surah Muhammad. Sila rujuk untuk lebih terperinci akan maksud dan risalah disebalik surah Muhammad ini.

Hari ini penulis ingin berkongsi pengalaman dengan pembaca blog ini berhubung dengan ‘jahiliyyah moden’. Saya harap, pembaca sudah pun memahami sedikit sebanyak akan maksud jahiliyyah – jenis pertama (komunisma), jenis kedua (syirik penyembahan berhala), jenis ketiga (fahaman agama Kristian), jenis keempat (fahaman agama Yahudi) dan yang kelima ini ialah fahman ism-ism yang lain selain Islam , tetapi menggunakannya atas nama Islam iaitu ‘the so-called Muslim society, organization, vision, mission, struggle, objective, intension, etc. ). Namun, kita tidak akan bicara akan tasawwur yang lain (seperti qadariah, jabariah, mu’tazilah, atau fahaman lain seperti syiah, 'abasiah, mu’awiyah, ‘alwiyyah, atau seumpamanya). 
Pembaca hendaklah mempelajarinya dengan sendiri ditempat pembaca belajar atau menuntut, supaya pembaca dapat melihat dan mentafsirnya, apakah ungkapan-ungkapan yang ada dalam jahiliyyah moden ini, merupakan ungkapan-ungkapan dari fahaman mana seperti tersebut diatas. Contohnya, apa itu wahabiyyah, yang diperkatakan sekarang. Bagaimana kita ingin kaitkan dengan gerakan jahiliyyah moden yang cuba mempergunakan perkataan tersebut untuk mengelirukan umat Islam di tempat kita tinggal. Ilmu mantik perdebatan ada untuk memperjelaskannya. Inilah perlunya ‘celek akeedah’.
Apa itu ‘celek akeedah’ yang membezakannya dengan ‘celek akal’ atau ‘celek komputer’ atau ‘celek huruf’ yang lawannya ‘buta huruf’. Mengapa perlu kita perjuangkan ‘celek akal’ atau apakah ianya sama dengan ‘perjuangan menghapuskan buta huruf’, sebagaimana suatu masa dulu, kerajaan beria-ia sangat memperjuangkanya. Apakah tasawwur disebaliknya? Ini semua kita kena kaji dan fikirkan sebagai ‘ulul albab’ yang sejati bukan sebagai slogan ‘ulul albab’ yang hanya berupa ungkapan semata-mata. Dulu, ada sekolah dewasa, untuk ajar rakyat membaca dan menulis. Tetapi, sebaliknya ulamak Islam juga menubuhkan sekolah atau madrasah (membezakan namanya dengan sekolah untuk membasmi buta huruf semata-mata) tetapi madrasah untuk mengajar dan mengajak kepada mengenal akan Allah dan kepada ketaqwaan. Sekolah agama rakyat berbeza dengan sekolah kebangsaan. Madrasah berbeza dengan sekolah. Tarbiyyah  berbeza dengan pelajaran, latihan atau pendidikan. Murid[1] berbeza dengan pelajar. Kita kena mencari ilmu dengan nama Allah yang menjadikan kita semua ini. Itulah bezanya dengan persekolahan atau pengajian (tinggi atau rendah). Pengajian tinggi atau rendah itu tidak ada bedanya jika ilmu yang ia pelajari itu tidak membawa ia kepada ketaqwaan kepada Allah SWT. Tetapi, murid yang menuntut ilmu kerana mencari keredhaan Allah SWT itu, walau pun rendah darjah ilmunya, jika taqwa itu yang ia cari, maka itulah ‘rendah’ yang tinggi nilainya iaitu ‘taqwa’.

Maksud alQuran: “Sesungaguhnya, yang paling mulia disisi Allah, ialah yang paling bertaqwa”.

Tetapi, jahiliyyah moden telah memesongkan kita. Dari madrasah kepada sekolah. Hinggakan murid yang belajar kerana terpaksa bukan kerana minat. Fitrah mereka mengajak untuk mengenal Tuhan iaitu Allah dan menolak ilah-ilah lain selain Allah. Tetapi, sistem, ibubapa, persekitaran, undang-undang, kawan-kawan, peluang kerjaya dan seumpamanya, yang telah direka oleh Yahudi, mengajak kita belajar untuk tujuan itu, bukan untuk ‘ilmu, iman dan amal’. Sedangkan, itulah ‘maratibul ilmu’ iaitu ‘to be knowlegable, to understand, to practice, to maintain, to improve and to continuously improve with amal..’ supaya dengannya Allah akan mengampuni dosa kita dan memertabatkan ketaqwaan kita sehingga dimasukkan kita ke syurga dengan redha dan rahmatNya, insya Allah:

سَيَهْدِيهِمْ وَيُصْلِحُ بَالَهُمْ - وَيُدْخِلُهُمُ الْجَنَّةَ عَرَّفَهَا لَهُمْ - يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ إِن تَنصُرُواْ اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ - وَالَّذِينَ كَفَرُواْ فَتَعْساً لَّهُمْ وَأَضَلَّ أَعْمَـلَهُمْ - ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُواْ مَآ أَنزَلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَـلَهُمْ
“Allah akan memimpin mereka yang berjuang (ke jalan mendapat sebaik-baik balasan) dan menjadikan keadaan mereka baik dan berguna (di dunia dan di akhirat) (5) Serta memasukkan mereka ke dalam Syurga yang telah dijanjikan dan diterangkan sifat-sifatnya kepada mereka. (6) Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (7) Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka. (8) Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka. (9)” (S.Muhammad:5-9).
إِنَّ الَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّـلِحَاتِ يَهْدِيهِمْ رَبُّهُمْ بِإِيمَانِهِمْ تَجْرِى مِن تَحْتِهِمُ الاٌّنْهَـرُ فِي جَنَّـتِ النَّعِيمِ
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat. (9)” (S. Yunus: 9).

Dari ayat diatas bahawa, Allah SWT membimbing orang mukmin kepada ketaqwaan kerana mereka berilmu dan mereka beramal dengannya terutama dalam memperjuangkan agama Allah SWT, kerana mewakiliNya menegakkan Islam, melalui Sunnah arRasul SAW iaitu jihad fi sabiliLlah. Inilah sebenarnya ‘vision’ atau ‘bashirah’ yang dimaksudkan oleh Islam bukan seperti maksud dari ‘jahiliyyah moden’. 
.وَمَا كَانُواْ يُبْصِرُون
Maka, jahiliyyah moden akan cuba mengajar kita supaya tidak berlaku adil dan supaya zalim serta menyuruh kepada mungkar dan melarang kepada ma’ruf. Itulah persekolahan mereka. Sedang yang kita buat ialah kepada amar ma’ruf, nahi mungkar iaitu kepada ketaqwaan. 

Rengkasnya, amalan dan ilmu kita, asasnya ialah taqwa dan mereka pula mempromosikan ‘dhirar’ iaitu kemunafikan (hypocracy).  Masjid kita, masjid taqwa, dan mereka pula adalah ‘dhirar’. Nabi SAW meruntuhkan ‘dhirar’ dan menegakkan ‘taqwa’. Jika kita lihat dalam jahiliyyah moden ini, itulah bedzanya iaitu Islam sebenar ialah asasnya ‘taqwa’ dan ‘Islam munafik’ adalah berasaskan ‘dhirar’. Maka, visi kita adalah ‘bashirah’ akhirat tetapi visi mereka adalah ‘dhirar’ dunia semata-mata. Slogan mereka, slogan ‘dhirar’ dan slogan kita adalah ketaqwaan. Cuba kita tengok, visi yang ada dalam jahiliyyah moden sekarang ini: “Islam hadhari’, “1Malaysia’, ‘keranamu Malaysia’, ‘Berkhidmat Untuk Negara’, ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ dan banyak lagi.  Dimana Islam sebagai cara hidup? Dimana kesatuan akeedah, fikrah dan wehdatul ‘amal sebagaimana yang diperkatakan ole Al-Syeikh Mustafa Masyhur Rh, tentang wehdatul ‘amal jika tidak wehadatul fikrah pun, dan bekerja untuk Negara atau kerana Allah SWT-ini konsep ‘amal soleh, dan untuk tujuan ibadat atau untuk tiada muhasabah akhirat, akan apa yang kita lakukan didunia ini. Itulah slogan mereka, yang apa pun mereka lakukan, tak akan diterima kerana ianya bukan dari Islam tetapi adalah dari jahiliyyah moden. Ianya ‘dhirar’ bukan ‘taqwa’. Mereka akan dihisab dan semua akan dihisab, walau pun selepas bebas dari azab api neraka, sebelum memasuki syurga:

«إِذَا خَلَصَ الْمُؤْمِنُونَ مِنَ النَّارِ حُبِسُوا بِقَنْطَرَةٍ بَيْنَ الْجَنَّةِ وَالنَّارِ، يَتَقَاصُّونَ مَظَالِمَ كَانَتْ بَيْنَهُمْ فِي الدُّنْيَا، حَتْى إذَا هُذِّبُوا وَنُقُّوا أُذِنَ لَهُمْ فِي دُخُولِ الْجَنَّةِ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنَّ أَحَدَهُمْ بِمَنْزِلِهِ فِي الْجَنَّةِ أَهْدَى مِنْهُ بِمَنْزِلِهِ الَّذِي كَانَ فِي الدُّنْيَا»
“(After the believers securely pass the Fire (on the Day of Judgement), they will be held back upon a bridge between Paradise and the Fire. There, they will have any acts of injustice that they committed against one another in the life of this world rectified. After they are completely purified and cleansed (from injustice), they will be admitted into Paradise. By the One in Whose Hand is my soul, each one of them will find his way to his dwelling in Paradise better than he found his way to his dwelling in the worldly life.)” (Hadis alBukhari, dari abu said alKhudri).

WaLlahu’alam.



[1] Murid adalah dari perkataan ‘arada’ iaitu madhi kepada ‘uridu’ – yang mermaksud ‘berminat’ untuk menuntut ‘ilmu. Maka, ‘murid’ adalah orang yang berminat untuk belajar. Lalu, mereka menuntut ilmu untuk beramal, itulah niat mereka. Bukan belajar untuk dapat ijazah atau diploma atau seumpamanya, semata-mata, selain dari untuk ilmu. Sebab itu, menuntut ilmu adalah jalan kesyurga. Kena ada minat baru mudah belajar. Jika minat bidang agama, mudah belajarnya. Jika tanpa niat ikhlas dan minat, susah untuk berjaya. Sila rujuk makna tafsir ‘iqra’’ dari surah al-‘Alaq. Baca dengan nama Tuhan yang menjadikan kamu.

Wednesday, May 25, 2011

Celek Akeedah: Fahaman agama Yahudi, suatu Jahiliyah jenis keempat..

"International Jews Conspiracy, adalah sebuah buku yang perlu dibaca. Mengapa? Pertama, kita kena tahu apa itu jahiliyyah dari fahaman Yahudi ini, dan darinya kita akan dapat tahu bagaimana bangsa Yahudi ini merancang membina gagasan Yahudi kelas kedua dari bukan bangsa Yahudi. Maksudnya, mereka akan mencipta yahudi kelas kedua iaitu yahudi tiruan yang berfahaman mereka seperti zionisma dan seumpamanya supaya bangsa-bangsa lain terutama mereka yang beragama Islam akan terperangkap dengan fahaman mereka, lalu beramal dengan amalan mereka melalui fahaman Yahudi kelas kedua, ketiga dan seterusnya...iaitu kesesatan peringkat antara-bangsa. Bangsa yang hebat itulah yang mereka cari, iaitu hebat IQnya.."

Assalamu'alaikum, bertemu kembali kita dalam siri celek akeedah. Kali ini ialah jahililiyyah jenis keempat iaitu fahaman agama Yahudi. 

Setakat yang kita tahu, kesesatan itu hanyalah pada asasnya apa saja yang bukan dari Islam. Mengambil apa jua selain dari Islam, ianya tidak akan diterima oleh Allah SWT. Maka, ianya akan menjadi dari golongan orang-orang yang rugi diakhirat nanti. Itulah maksud al-Quran. Dulu, dizaman permulaan Islam, iaitu semasa Nabi SAW menyampaikan dakwah Islam, antara kesesatan utama ialah berlaku adanya manusia mengaku dirinya juga nabi. Kemudian, ujud pula pengikut nabi palsu tersebut. Itu pun kesesatan. Pada masa yang sama pula ada yang menolak kenabian Nabi Muhammad SAW. Itu pun kesesatan yang nyata lagi jelas. 

Sebelum Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, Islam yang dibawa oleh Nabi Isa AS melalui kitab Injil adalah Islam yang benar. Sebelum itu juga, Islam yang dibawa oleh Nabi Musa AS melalui kitab Taurah adalah juga agama Islam yang benar. Pada masa itu, ianya menjadi anutan kaum Bani Israil. Mereka pada masa itu adalah dikira kaum yang paling hebat disisi Allah SWT, sehingga pernah bergelar 'khairu ummah' iaitu ummah terbaik disisi Allah SWT. Mereka bijak, IQ mereka tinggi. Menjadi bangsa yang hebat dan pandai. Tetapi, apabila mereka mula engkar akan perintah Allah SWT yang melarang mereka dari tidak pergi menangkap ikan pada hari ibadah mereka iaitu hari Sabtu; lalu dengan keingkaran itu, Allah SWT melaknat mereka menjadi 'kera dan babi'. Lalu, mereka seterusnya menolak risalah Nabi Musa AS dan akhirnya mereka menjadi bertambah sesat dan dimurkai oleh Allah SWT. Sehingga yang paling 'alim daripada mereka pun, iaitu dari puak ulamak mereka pun menjadi angkuh, engkar pada perintah Allah SWT, sehingga apabila sampai pada zaman Islam dibawah risalah Nabi Muhammad SAW pun, mereka tolak dan mereka memusuhinya, walau pun pada masa itu mereka masih beriman pada Allah SWT dan beriman pada Nabi Musa AS serta kitab Taurahnya. Namun, oleh kerana kalimah Tayyibain mereka adalah tidak sah lagi iaitu pada masa alQuran diturunkan, mereka wajib bersaksikan yang Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulullah dan alQuran sebagai kitab Allah SWT yang diturunkan melalui Jibrail AS kepada Nabi Muhammad SAW. Walaupun mereka atau ulamak mereka beriman kepada Allah SWT dengan kalimah 'LailahaillaLlah', dan beriman juga dengan 'Musa Rasulullah', tetapi mereka menolak syahadah kedua iaitu 'Muhammad RasuluLlah'; maka mereka dikira jahiliyyah iaitu terkeluar dari Islam. Lalu mereka menjadi bangsa atau kaum yang Allah SWT laknat selagi mereka tidak kembali kepada Islam yang sebenar sebagaimana kalimah 'Tayyibain iaitu Lailahaillallah, MuhammadarRasuluLlah'.

Oleh kerana itu mereka berdendam dan masih mengaku yang mereka adalah ummah terbaik seperti dulu. Mereka sebenarnya tidak lagi dan gelaran itu diberikan kepada kita iaitu ummah Islam sebagai 'ummah terbaik' dengan perintah dan syarat-syarat tertentu sebagai 'khairu ummah' iaitu antara lainnya disebut dalam AlQuran:

كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنڪَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ‌ۗ وَلَوۡ  ءَامَنَ أَهۡلُ ٱلۡڪِتَـٰبِ لَكَانَ خَيۡرً۬ا لَّهُم‌ۚ مِّنۡهُمُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَأَڪۡثَرُهُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ (١١٠)

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. (110)" (AlImran:110). 


Sebagaimana Iblis, suatu ketika dulu adalah 'abid yang terbaik disisi Allah SWT, tetapi kerana enggan sujud pada Nabi Adam AS setelah diperintahkan oleh Allah SWT untuk sujud, maka Iblis juga dilaknat oleh Allah dan iblis pun berdendam untuk menyesatkan anak cucu Nabi Adam AS. Maka bermusuhlah iblis dan syaitan dengan kita orang Islam semua. Begitu juga puak Yahudi ni, kerana mereka telah dilaknat oleh Allah SWT dek kerana keingkaran mereka terhadap Allah SWT tadi, maka mereka tak puas hati. Mereka dendam, hasad, dengki dan batu api serta buat teori-teori pecah belah umat Islam supaya akhirnya mereka nak jadikan umat Islam sesat dan murtad supaya mati dalam keadaan kufur dan murtad. Itulah dendam mereka, untuk mengesahkan yang mereka itulah ummah terbaik bukan orang Islam. Ini cabaran mereka pada Allah SWT. Maka berleluasalah konspirasi Yahudi ini bertebaran keseluruh dunia Islam untuk menyesatkan umat Islam melalui dasar 'pecah dan perintah'; dengan tujuan supaya umat Islam hancur dengan mati dalam kekufuran, na'uzubillah. 

Mereka bergerak secara sulit dan dengan perancangan yang rapi. Mereka menyembunyikan kebenaran kitab Taurah dan Islam. Mereka membuat teori bahawa manusia berasal dari kera bukan dari tanah dan dari Nabi Adam AS. Mereka cuba menutup malu mereka yang Allah SWT laknat mereka menjadi kera suatu ketika dulu dan mereka ingin menyeret manusia lain supaya mempercayainya kerana malu dan dendam. Mereka cuba menguasai dunia melalui politik, ekonomi, pelajaran dan sebagainya. 

Melalui pelajaran, mereka memperkenalkan teori-teori yang bercanggah dengan kebenaran Islam. Selain teori Darwin, mereka memperkenalkan teori kewangan berasaskan riba. Mereka membeli emas dari rakyat dan mengumpulkannya untuk puak mereka. Rakyat diajar supaya menggunakan matawang kertas yang tidak berharga seperti berharganya emas dan perak. Hasil usaha sistem kewangan Islam, mereka lenyapkan. Dulu, kita gunakan dinar dan dirham, tapi mereka ciptakan sistem bank berasaskan riba dimana matawang kertas sebagai wang pengganti aset emas. Kini, harga sebenar sejuta dolar wang kertas ialah hanya seratus dolar bagi kos percetakan. Itulah sistem ekonomi yahudi dan teori kewangan yahudi berasaskan riba untuk diamalkan oleh orang Islam. Tujuannya supaya orang Islam akan jadi sesat dan berdosa, akhirnya mati dalam kekufuran. Sistem pelajaran pula, mereka meletakkan ilmu fardhu kifayah itu lebih utama dari ilmu fardhu 'ain. Lalu, pelajar yang hebat itu ialah yang lulus fardhu kifayah seperti kejuruteraan, sains, perakaunan, kewangan, kedoktoran, dan seumpamanya, yang dicipta sebagai ilmu utama. Pelajar yang lulus ilmu fardhu 'ain hanya dipanggil ustaz dan untuk mengajar kelas fardhu 'ain yang merupakan sebahagian dari sistem sekular mereka. Islam itu hanya pada rukun Islam sahaja, bukan termasuk siasah, muamalat, dan pengurusan lainnya. Lalu, yang lulus bidang fardhu kifayah bergaji lebih tinggi dari yang lulus fardhu 'ain. Berlaku pemisahan sistem yang terbalik. Pengarah Jabatan Agama gajinya rendah iaitu RM2,000 tetapi Pengarah Jabatan Sains atau Kejuruteraan, gajinya RM10,000 keatas. Tujuannya ialah supaya generasi muda yang bakal menjadi generasi alQuran kedua, berkejaran berebut untuk belajar sains atau kejuruteraan. Kerajaan pula, menekankan pembangunan fizikal bukan pembangunan insan. Lalu, pemikiran rakyat yang berugama Islam pun menjadi tumpul dan terpengaruh dengan sistem mereka. Akhirnya, APCO yang menjadi penasihat seperti yang didedahkan oleh DSAI pun mereka tak percaya, sebab pemikiran mereka telah dibelenggu dengan sistem Yahudi secara halus. Mereka melihat yang buruk itu baik, dan yang baik itu buruk, mengikut kaca mata mereka. Mereka buta akeedah sebab akeedah tidak diajar disekolah. Mereka hanya melihat berdasarkan logik semata-mata tetapi mereka tinggal ajaran akeedah Islam. Mana nak celek akeedah? Perkara halal mereka katakan haram, dan yang haram mereka katakan halal. Jika pun halal, itu hanya mengikut hawa nafsu mereka kerana mereka tak makan makanan haram. Itu, mereka jaga. Mereka tak makan babi, tak makan daging yang tak disembelih dengan nama Allah, mereka tak minum arak dan seumpamanya kerana mereka tahu itu akan merosakkan akal dan menyebabkan bangsa mereka mundur. Mereka cuma nak orang Islam buat atau mereka memperalatkan orang Islam atau negara Islam. Contohnya, dalam memperkenalkan logo halal, mereka yang mewajibkan supaya logo halal itu ada pada makanan halal. Tujuannya supaya bangsa mereka mudah dapat makanan halal. Mereka tak ada negara dan tak ada tanah air. Lalu mereka memperalatkan negara lain seperti negara kita untuk membekalkan produk halal kepada mereka melalui 'market networking' mereka. Contohnya, sekarang ni melalui TESCO yang ujud diseluruh dunia termasuk Kelantan. Mereka memperalatkan Malaysia supaya mencadangkan kepada Codex Alimentarius diperingkat antarabangsa yang mengawal piawai makanan, supaya menjadikan 'halal' salah satu piawai resmi. Malaysia cadang, Israel sokong. Maka jadilah ia sebagai suatu piawai antarabangsa. Negara bukan Islam pun wajib import makanan bertanda halal jika ianya halal. Ini kerana kepentingan mereka untuk mengawal 'supply chain' makanan halal dunia. Mengapa? Sebab, Islam itu untuk semua, orang Islam bolih makan makanan halal dan orang bukan Islam pun bolih makan makanan halal, tetapi tidak sebaliknya. Nampak? Itulah hebatnya Islam dan mereka pula memperalatkannya, tetapi Melayu kita tak faham pun? Mereka bagi dana 3F-Fund For Food iaitu halal food kepada peminjam melalui bank-bank, atas nama perbankkan Islam, adalah kerana ada kepentingan mereka. Mereka bersama kita hanya atas dasar itu supaya mereka menguasai kita melalui matawang yang tak bernilai. Mereka tukar makanan kita dengan duit kertas mereka yang tak bernilai lalu mereka letak makanan dalam kedai mereka seperti TESCO. Kita beli balik aset kita tu dari mereka. Kertas tak berharga kita simpan, aset makanan berharga kita bagi kat Yahudi. Kan jahil bodoh namanya tu. Bila berlaku krisis makanan, kita tak ada makanan nak makan, nak beli dengan mereka pun, mereka tak jual, walau pun dengan harga mahal. Masa itu jadi macam musim Jepun dulu, duit Jepun tak laku, makanan Jepun rampas, tak  bagi rakyat makan, dan rakyat mati kebuluran. Inilah yang mereka nak buat. sekarang inflasi dah tinggi, duit dah tak berapa laku, sebab tu kita kata barang naik! Bukan. Nilai duit against makanan dah tak ada nilai. Yahudi simpan makanan dalam ware house mereka berupa TESCO atau seumpamanya. Lalu kita jadi alat atau hamba kepada mereka. Itulah hamba pengabdian baru, gila wang kertas yang tak bernilai, tapi harta dan aset serta makanan kita, kita bagi kat mereka. Kita jadi apa? Inilah jahiliyyah yang paling halus dan dahsyat yang wajib kita jatuhkan. 

Islam mewajibkan kita berdoa menjatuhkannya sebanyak 17 kali sehari. Ianya seperti kita doakan dalam surah al-fatihah dalam solat kita lima waktu sehari, iaitu: '..bukan jalan yang engkau murka, ya Allah, dan bukan jalan yang sesat (iaitu dari jalan Yahudi dan Nasrani)'.


صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧) 

"Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat." (AlFatihah:7).

Sedangkan, bangsa Yahudi ini adalah Allah SWT laknatkan mereka:


لُعِنَ ٱلَّذِينَ ڪَفَرُواْ مِنۢ بَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُ ۥدَ وَعِيسَى ٱبۡنِ مَرۡيَمَ‌ۚ ذَٲلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّڪَانُواْ يَعۡتَدُونَ (٧٨) ڪَانُواْ لَا يَتَنَاهَوۡنَ عَن مُّنڪَرٍ۬ فَعَلُوهُ‌ۚ لَبِئۡسَ مَا ڪَانُواْ يَفۡعَلُونَ (٧٩)
  
"Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Mariam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. (78) Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (79)".

Itulah, laknat Allah terhadap kaum Yahudi kerana dosa mereka tidak melaksanakan 'nahi mungkar'. Mereka berkuasa tetapi membina sistem kemungkaran supaya dunia terus melakukannya hingga manusia lain mati dalam kemungkaran dan kekufuran. Itulah tujuan mereka. 

Saya terbaca kisah seorang pejuang kebangsaan Mesir semasa perang terusan suez menentang Israel. Bila berlaku gencatan senjata, berlaku pertukaran tawanan perang antara Israel dan Mesir. Lalu, sebelum mereka bertukar untuk pulang, mereka yang menjadi tawanan Israel tadi, diberi peluang untuk bertanya sesuatu. Seorang tawanan perang Mesir, Muhammad alWakil, pun mengambil kesempatan untuk bertanya. Dia tanya ketua perang Yahudi itu: mengapa semasa perang antara Mesir dan Israel dulu, tentera Israel tidak mengarahkan serangan mereka kearah puak Ikhwan yang juga turut bertempur tetapi dari ketumbukan yang tidak bersama askar Mesir? Mereka iaitu puak ikhwan muslimin tidak bersenjata moden, tetapi kami dari puak askar Mesir bersenjatakan moden lagi kuat, yang kamu Israel, hanya menyerang kami tidak Ikhwan Muslimin. Lalu, ketua tentera Israel menjawab: kamu bodoh. Kamu berjuang untuk kebangsaan Arab, jika kamu mati, kamu mati kufur, sedang mereka berjuang kerana Islam, jika mereka mati, mereka mati syahid. Mereka menang. Tugas kami ialah supaya orang Islam macam kamu mati dalam kekufuran kerana perjuangkan 'asabiyyah bangsa Arab. Itulah tugas dan tujuan kami, membunuh Muslim supaya mati dalam keadaan kufur pada Allah SWT". Ringkas cerita, tarbiyyah jahiliyyah 'asabiyyah diajar oleh jahiliyyah Yahudi, negatif bertemu negatif, lalu jadi positif, Muhammad alWakil, sekembalinya dari Israel terus mnyertai ikhwan, lalu dia gugur sebagai syahid. SubhanaLlah. Allahu Akbar.

Wallahu'alam. Wassalam.