Salam Aidilfitri dengan ucapan "kullu am wa antum bikhair". maaf zahir bathin kepada semua rakyat Malaysia.
Sudah sekian lama saya tak menulis, namun ruh 916 masih berkeliaran. Mereka berkumpul macam labah-labah. Bekerjasama dengan begitu teliti iaitu amat "atqan" sekali untuk memulakan 'strike' bagi membina jaringan "kerajaan baru" yang lebih kukuh dari kerajaan semasa yang sedia ada. Ini penting kerana salah satu dari prinsip "Atqan" ialah mencipta sesuatu yang terbaik untuk hari semasa supaya ianya lebih baik dari hari sebelumnya. Maksudnya, "kerajaan baru" nanti mestilah lebih baik dari "kerajaan sekarang", baru ada atqan dalam pengurusan dan dasarnya. Hari ni hendaklah lebih baik dari semalam, esok pula kena lebih baik dari hari ini. Prinsip yang sama juga kita harapkan akan berlaku kepada "kerajaan baru" nanti, supaya semua krisis dapat diatasi dengan "atqannya iaitu dengan amat teliti sekali" seperti mana telitinya labah-labah membina sarangnya; atau yang amat tepat lagi sebagaimana maksud ayat al-quran dimana sebagaimana telitinya Allah swt mencipta sesuatu: ".....dan kamu melihat gunong-ganang, kamu menyangka ianya membeku tidak bergerak; dia sebenarnya bergerak sebagaimana bergeraknya awan. Perbuatan Allah, ia amat teliti (atqan) terhadap segala sesuatu. Sesungguhnya Dia amat mengetahui akan segala yang kamu kerjakan.."
Itulah piawai kita yang kita harapkan bagi menggantikan kerajaan semasa kepada "kerajaan baru" menjelang penubuhan 'kerajaan Islam" nanti. Untuk mencapai tahap inspirasi ini, maka sudah tentu kita perlukan pra-syarat tertentu untuk komponen PR terutama dalam dasar dan pengurusannya. Semua tokoh-tokoh yang terpilih semestinya berjiwa dan berkeupayaan dengan sifat "atqan" tersebut, untuk menuju kearah kesempurnaan dalam pemerintahan, pentadbiran dan pengurusan kerajaan peralihan nanti.
Namun, jika kita teliti dengan ruh "atqan" tentang "capability (quwwah)" tokoh yang kita ada dinegara kita ini, saya kira kita masih belum mencukupi untuk tujuan itu. Dari segi fikrah perjuangan pula, setiap tokoh mempunya fikrah yang berbedza dari kalangan mereka. Fikrah BN mempunyai pelbagai kefahaman kerana mewakili pelbagai bangsa atas dasar perjuangan kebangsaan masing-masing. Tidak mungkin teguh ikatan seperti ini, kecuali ianya atas simpulan Islam. Setiap bangsa yang diciptakan, lalu mereka memilih fikrah Islam sebagai cara hidup, tak kira apa bangsa mereka; mereka semestinya menciptakan ikatan yang kukuh iaitu atas tali Islam. Kebajikan ummah adalah sebahagian dari utas tali Islam. Membina kerajaan berkebajikan, insya allah berkemampuan untuk menyimpul ikatan PR. Sementara tiada rotan, akar pun berguna juga untuk simpulan ikatan. Selepas itu kita cari rotan dan ikatlah PR tu kuat-kuat, moga tidak terongkai lagi. BN sekarang ni terikat juga tapi dengan getah yang sudah mencapai tahap nak putus. Terputus sudah, lalu membidas getah itu sesama mereka dan terkena apa sahaja. Hancur berderailah ia. Itulah falsafah BN. PR pula cuba ikat dengan akar, dan cuba "atqan" ikatan seterusnya dengan "rotan" supaya lebih mantap dan tersusun kukuh. Itulah umpamanya, kerajaan baru PR nanti, namun terikat dengan kekuatan sementara atas dasar kerajaan perpaduan, tetapi adalah berupaya sebagai "kerajaan peralihan" kearah kerajaan kebajikan dan seterusnya kerajaan yang lebih kuat iaitu "kerajaan Islam". Inilah proses 'itqan' yang kita harapkan kearah meruntuhkan kerajaan jahiliyyah dan membentuk kerajaan Islam yang berasaskan "itqan" dalam pentadbirannya nanti. Itulah harapan dan doa kita. Moga tercapai hendaknya demi untuk Islam, negara dan rakyat seluruhnya. Wassalam.