Celik Akeedah (siri ke-2)


(Sambungan…
Celik Akeedah (siri ke-2)

BismiLlah. Dengan nama Allah SWT, kita berjumpa dalam siri kedua ini, dengan ucapan ‘assalamu’alaikum wr.wb.’. Dengan harapan kita semua berada dalam keredhaan Allah SWT hendaknya. Semoga Amal Soleh yang kita lakukan pada saat ini dan seterusnya akan berjaya dibawa oleh para malaikat hafazhah untuk bertemu dengan Allah SWT dalam keadaan diredhai olehNya. Ameen ya Rabbal ‘Alamin.

Untuk meneruskan bicara kita pada siri ini, saya ingin sekali lagi menyentuh tentang ‘celek akeedah’ secara lebih mendalam lagi berdasarkan tauhid rububiyyah, tauhid uluhiyyah dan kisah sahabah.

Celek, seperti mata kita yang melihat sesuatu perkara itu atau sesuatu isu itu, ialah dengan terang lagi jelas. Jika kita rasa tak berapa terang akan objek yang kita nak lihat itu, kita kena berusaha menggunakan alat sebagai pembantu untuk memperjelaskan pengelihatan kita. Maka ia akan lebih celek. Jika kita silau umpamanya, kita berusaha memakai kacamata hitam untuk menghalang cahaya dari mengganggu pandangan kita. Maka mata lebih jelas celeknya. Jika kita rabun warna pula, umpamanya, kita akan gunakan alat kacamata khusus untuk membantu pengelihatan kita supaya lebih nampak dengan jelas. Jika mata kita rabun kerana kenaikan gula dalam darah yang menyebabkan diabetes, maka kita kena berusaha untuk bersenam supaya berpeluh bagi menurunkan kadar gula dalam badan, disamping kita kena telan ubat tertentu pula. Semua ini adalah untuk membantu supaya kita dapat lihat dan celek dengan jelas supaya objek yang nak dilihat itu kelihatan terang.

Begitulah halnya, jika kita ingin ‘celek akeedah’ iaitu mahu melihat kehidupan kita ini supaya kita nampak dengan jelas yang kita sentiasa berada diatas jalan yang benar. Jika kita diganggu gugat dengan apa jua isu atau rintangan dalam hidup didunia ini, kita mampu menilainya dengan kaca mata Islam, merenung dengan ‘celek akeedah’ berdasarkan kefahaman Islam yang sebenar. Itulah kita namakan ‘fikrah Islam’. Bagaimana kita nak dapat fikrah Islam ini?

Untuk kita memperolehi fikrah Islam, kita hendaklah terlebih dahulu memahami Islam melalui kaedah ‘mengenal Allah SWT’. MengenaliNya dan memperakui akanNya, serta pada masa yang sama kita kena kenal jahiliyyah serta menolaknya iatu jahiliyyah tersebut. Itulah yang kita katakana persaksian yang sungguh-sungguh akan kalimah tayyibah iaitu ‘LailahaillaLlah’. Menolak segala ‘ilah’ iaitu segala bentuk penyembahan terhadap jahiliyyah atau tuhan-tuhan; kecuali hanya kepada Allah SWT sahaja yang kita perakui. Dengan niat ‘liLlahi Rabbil’alamin…la syarika lahu’, iaitu dalam cara hidup kita seharian dan dalam segala urusan yang kita lakukan. Dalam cara hidup, kita mengambil Islam sebagai piawai cara hidup kita iaitu dengan merujuk sunnah Ar-Rasul SAW sebagai tauladan. Kita kena jaga sedaya upaya agar cara hidup kita sentiasa mematuhi hukum-hukum Islam iaitu ‘comply to Syari’ah’. Maka kita kena pakai kacamata ‘syari’ah compliance’ sebagai penapis untuk kita melihat akan sesuatu perkara sebelum kita mengamalkannya.

Didalam siri-siri tazkirah ilanNur sebelum ini, saya telah jelaskan akan konsep ‘amal soleh’ yang diterima oleh Allah SWT sebagai amal yang melepasi tujuh lapisan petala langit, bertemu dengan Allah SWT. Amal itu hendaklah atas niat ikhlas liwajhilLah SWT, barulah amal itu akan diterimaNya. Selain ikhlas, perilaku amal kita mestilah mengikut syari’ah sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi SAW sebagai sunnahnya. Jika tidak, amal itu akan tertolak, walaupun ianya ikhlas. Betapa amalan ikhlas orang Yahudi dan Nasrani itu tertolak, juga disebut dalam tulisan sebelum ini, kerana mereka bukan Muslim. Syarat yang penting sekali ialah pelaku amal mestilah seorang Muslim mengikut akeedah yang jelas, yang faham akan maksud secara mendalam akan konsep akeedah iaitu ‘lailahaillaLlah, MuhammadurRasulullah SAW’ itu. Dia faham akan maksud ‘ilah’ dan ‘jahiliyyah’ serta faham akan sifat-sifat Allah SWT yang dia ‘abdikan dirinya untukNya. Bagi memahami konsep kalimah tayyibain ini, kita perlu terlebih dahulu mengenal Allah SWT. Bagaimana pula nak kenal Allah SWT?.

Kita boleh mengenal Allah hanya melalui Al-Quran. Kita bacanya kerana ianya merupakan ayat-ayat Allah SWT yang dipanggil mu’jizat. Terdapat ayat-ayat yang mengajak manusia untuk mengabdikan dirinya pada Allah SWT sebagai Pencipta. Ada ayat yang mengajak untuk mengenal Allah SWT melalui dalil ‘aqal iaitu dengan cara memerhati ciptaan Tuhan dan berfikir dengan akal fikiran akan keujudanNya sebagai ‘Khalik’. Sebagaimana disebut dalam sebuah hadis dari kitab ‘Apa ertinya saya sebagai seorang Muslim’,  oleh Fathi Yakan yang bermaksud:
Hendaklah kamu berfikir akan (tentang) ciptaan Allah SWT, dan janganlah kamu berfikir akan Allah SWT”.

Kita berfikir akan ciptaanNya untuk kita mengenalNya dan itulah dalil ‘aqli yang menyebabkan kita kenal Allah, untuk membolehkan kita lebih mempercayai dan yakin untuk mengabdikan diri kepadaNya. Inilah dikatakan akeedah berdasarkan ‘tauhid rububiyyah’ iaitu berfikir dan beriman padaNya melalui tanda-tanda kebesaranNya sebagai ‘Rab’ iaitu Pencipta atau Pemerintah seluruh ‘alam. Dia, Tuhan yang ciptakan bumi, langit, matahari, bulan, bintang, tumbuhan, tanaman, binatang, lautan, hujan, manusia, dan segalanya. Tuhan yang menciptakan segala sesuatu itu ialah Allah SWT. Dalam konsep tauhid ini, ia menceritakan yang  manusia semuanya beriman kepada Tuhan sebagai Rab iaitu Tuhan seluruh ‘alam. Semua penganut agama beriman denganNya, sebagai Rab. Lalu, jika mereka beriman denganNya sebagai Allah yang mereka sembah dan yang mereka ‘abdikan dirinya, maka mereka akan dikira sebagai Muslim dari sudut ‘Tauhid Uluhiyyah’. Muslim kerana memperakui kalimah tayyibain diatas tadi. Tetapi, mereka yang hanya beriman akan Rab sebagai Tuhan, dan pada masa yang sama mereka punyai ‘ilah’ atau tuhan sembahan yang lain; maka mereka adalah ‘kafir atau musyrik’. Mereka beriman tapi menolak Allah SWT atau mereka menerima Allah SWT tetapi pada masa yang sama mereka menyembah tuhan (ilah) lain selain Allah SWT. Inilah kita katakan sebagai ‘bukan Islam’ atau ‘jahiliyyah’.

Dengan mengenali Allah SWT, maka kita boleh mengenal dan memahami Islam. Lalu dapat pula kita mengenali ‘bukan Islam’ dan ‘ilah-ilah lain selain Allah SWT’ iaitu dalam rupa ‘jahiliyyah’. Rupa paras jahiliyyah ini kita boleh nampak kerana ianya berupa jasad yang boleh dilihat oleh orang Islam awam; tetapi rupa jahiliyyah moden adalah sukar untuk kita lihat dan kenali, kecuali dengan kacamata ‘celek akeedah’ (kekuatan ruhiyyah, Q&A). Celek menilai isu semasa yang merupakan jelmaan jahiliyyah sebagai jahiliyyah moden untuk mengelirukan umat Islam supaya terjerumus kelembah kekufuran dan murtad. Na’uzubilLlah.
Peristiwa begini pernah berlaku kepada umat Islam sebelumnya dari kalangan para sahabah, yang mendapat tarbiyyah dari Nabi SAW sendiri ketika baginda masih hidup.   Setelah baginda SAW wafat, urusan khilafah diserahkan kepada S.Abu Bakr Al-Siddiq a.s. untuk menjadi Khalifah. Umat pada masa itu mula ragu dengan konsep zakat. Mereka hanya membayar zakat ketika zaman Nabi SAW tetapi mereka engkar untuk membayar zakat kepada Khalifah Abu Bakr R.A. Puak yang ingkar ini, kita panggil ‘golongan riddah – yang ingkar membayar zakat kepada Khalifah Ar-Rashidin Pertama’. Lalu berlaku perang menghapuskan golongan riddah ini. Isu ini merupakan ujian atau mehnah yang pertama berlaku kepada Khalifah Pertama kerana Allah SWT ingin mengujinya. Beliau sebagai Khalifah, berhasil melihat isu riddah ini mengikut ‘celek akeedah’ yang jelas berdasarkan kefahaman Islam yang beliau dapat tarbiyyahnya dari Nabi SAW suatu ketika dulu. Dan ini adalah tarbiyyah secara langsung yang pertama yang ia terima ‘direct’ dari Allah SWT untuk menguji kepimpinannya sebagai Khalifah Pertama.

Dengan bantuan sahabat iaitu Khalid Ibn Walid sebagai ‘strategis perang’, puak riddah dapat dikalahkan dan pengikut Khalifah menang. Namun, peperangan sengit tetap berlaku kerana kekuatan dari kedua-dua belah puak adalah begitu hebat. Mereka keduanya hebat kerana mereka keduanya adalah berguru mendapatkan tarbiyyah dari guru yang sama iaitu Nabi SAW suatu ketika dulu. Sudah tentu, kedua-duanya hebat. Apa pun hebatnya seseorang itu, tanpa pertolongan Allah SWT, ia akan tewas. Lalu, rahsia ini dijadikan sebagai petua atau strategi oleh Khalid Ibn Walid untuk mengalahkan puak riddah tersebut. Khalid Ibn Walid terus menemui Abu Bakr RA, berbincang dan meminta supaya dikumpulkan kaum lama dari warga-emas dari kalangan para sahabat yang berjuang bersama mereka untuk turun berperang melawan musuh dari puak riddah. Sebelum itu, pejuang hanya terdiri dari kaum pemuda sahaja kerana jasad mereka kuat dan sehat. Kuat begini kita panggil kuat PQ iaitu ‘Physically, Qawiyyun’. Kekuatan pasukan masih ampuh kerana tidak dikira optimum kekuatannya dari kaca mata ‘celek akeedah: Qawiyyun, Ameen (Q&A)’. Lalu Khalifah bersetuju dan bersepakat mengumpulkan kumpulan tentera dari puak ‘tarbiyyah al-ula al-kubra’ iaitu yang lebih awal menerima tarbiyyah dari kalangan para sahabah yang ditarbiyyahkan oleh Nabi SAW. Mereka ialah puak tua dari kumpulan yang banyak hafal al-Quran atau ‘huffaz’.  Mereka ini kita boleh panggil ‘batalion SQ iaitu Spiritually, Qawiyyun’. Mereka kuat ruhnya. Mereka hafal, faham, beramal dan jaga akan al-Quran sejak dari zaman Nabi SAW hingga dizaman itu. Mana mungkin mereka sebegini kuat ruhnya dapat dikalahkan. Itulah peranan berstrategikan tarbiyyahStrategi menggabungkan pasukan muda yang kuat PQnya iaitu ‘pemuda’ dengan pasukan orang tua yang kuat SQnya iaitu ‘huffaz’.  Maka bergabunglah dua kekuatan ini iaitu PQ dan SQ untuk memerangi puak riddah. Khalid Ibn Walid merancang dengan petuanya, yang kita sekarang panggil strategi, dengan mempertanggung jawabkan pasukan SQ berada diketumbukan hadapan dan pasukan PQ dari kumpulan ‘pemuda’ yang hebat lagi gagah belaka berada dibarisan belakang. Pasukan huffaz, dengan kekuatan SQnya, menanam kaki mereka sedalam lutut untuk tidak membenarkan diri mereka berundur walau setapak pun bila saat mereka berperang dan diserang. Lalu tiada berlaku pengunduran pasukan perang dari puak Islam kerana kali ini mereka adalah huffaz yang hebat SQnya dan hasrat mereka adalah ‘syahid fi sabiliLlah’Khalifah menyaksikan yang inilah buat kali pertama tiada pengunduran berlaku dari puak tentera IslamDengan semangat ‘syahid’ orang tua itu yang langsung tidak berundur dari serangan musuh puak riddah, lantas pasukan pemuda dibelakang mereka  bersemangat dan terus melompat kebarisan depan membunuh musuh-musuh dari puak riddah. Puak riddah dikalahkan, puak Islam menang, dan pasukan huffaz, SQ ramai terkorban syahid. Lalu berkurangan dari kalangan sahabah yang huffaz tinggal. Sebab itu, semasa Khalifah S. Uthman Ibn ‘Affan R.A., bermulanya kerja-kerja menulis al-Quran dan mengumpulnya untuk tujuan menjaganya.

Dalam peristiwa riddah ini, penting ‘celik akeedah’ wujud dari semua lapisan ummat, dan dengan fikrah ini lah berkat ‘petua’ bergabung dengan ‘pemuda’, berjaya mengalahkan musuh. Petua itu strategi dan pemuda itu junduLlah. Strategi adalah IQ yang dicadangkan oleh Khalid Ibn Walid dan merasai kepentingan berkorban akan para huffaz untuk kepentingan ummah, yang perlu disegerakan dan penting pada masa dan ketika itu, maka kekuatan EQ khalifah ini digabungkan menjadi suatu barakah yang optimum lagi hebatKekuatan barakah, hasil dari kesan sinergi ‘petua’ dan ‘pemuda’ iaitu dari nilai PQ, IQ, SQ dan EQ; telah berhasil mengalahkan musuh puak riddah.

Ringkasnya, kita yang bercakap tentang berjuang dalam syaf yang teratur, adakah memahami akan konsep ini? Jika, belum, bersegeralah memahaminya, supaya Islam menang melalui PR dalam PRU ke-13 nanti.

Kita akan perjelaskan dalam siri-siri akan datang akan konsep jahiliyyah ini mengikut ‘celek akeedah: kekuatan ruhiyyah, Q&A iaitu SQ, PQ, IQ dan EQ’.

Wallahu’alam. Wassalam. Ila Liqa’.Insya Allah.