Tuesday, August 2, 2011

FADHILAT RAMADHAN & 10 HARI TERAKHIRNYA (LAILATULQADR)


Tazkirah-1 : FADHILAT RAMADHAN & 10 HARI TERAKHIRNYA 

Bulan Ramadhan adalah penting, dan yang paling penting ialah sepertiga hari terakhir krn 10 hari terakhir itu 'penutup' bulan yang mulia. Berdasarkan doa ma'thur Nabi SAW, sesuatu amal yg baik bergantung pada 'khatimah' atau penyudahnya. Disana terdapat malam yang terbaik melebihi seribu bulan dan malam pembebasan hamba dari azab neraka pada malam terakhir Ramadhan. Juga malam penentuan takdir baru hamba untuk tahun berikutnya. Maksud doa tsb ialah: "Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik usiaku saat-saat akhirnya; sebaik-baik amalku adalah penyudahannya; dan sebaik-baik hari yang ku lalui hari aku menemuiMu (khusnul khatimah)". Untuk renungan kita yang umur bersara ni, agar menghabiskan sisa umur kita dengan khatimah yang baik dan agar mendapat malam terbaik Ramadhan untuk takdir lebih baik ditahun hadapan, jika dilanjutkan umur kita oleh Allah SWT, insya Allah. (Macam lawan bola, berakhir gol kemenangan, tanpa gol, tak bermakna perlawanan itu, dan jika exams, boleh jawab tapi tak betul jawab iaitu jwb tak tepat dalam masa yg diberikan, maka juga tak akan lulus periksa, umpamanya...). WaLlahu'alam.

KONSEP DAN SALAHFAHAM TENTANG MALAM TAQDIR (LAILATULQADR)?

Oleh itu, hendaklah banyak berdoa pada bulan ramadhan terutama pada 10 malam terakhir, supaya takdir kita untuk tahun berikutnya menjadi takdir terbaik seperti kita kehendaki dalam doa kita. Allah swt akan ubah takdir kita yang lepas kepada takdir baru sebgaimana kita pinta dalam doa jika pada masa kita berdoa itu jatuh pada malam taqdir atau (lailatul qadar). Sebab itu, malam itu dipanggil sedemikian kerana disamping dapat pahala seribu bulan amal, ia juga merupakan malam menentukan taqdir kita untuk tahun berikutnya. Maknanya, Allah SWT yang Maha Pemurah itu, sangat adil dan menyayangi hambanya, dengan memberi peluang kepada kita setiap tahun, pada bulan ramadhan iaitu malam taqdir (Lailatul Qadr) untuk kita berdoa padanya supaya hajat dan taqdir baru kita diterima dan dipinda kepada yang terbaik, seperti kita minta dalam doa pada malam tersebut. Itulah sebenarnya tujuan 'lailatulqadr' untuk kita. Tetapi malang, ramai manusia tidak tahu, lalu mereka abaikan malam taqdir ini begitu sahaja kerana semata-mata nak sambut raya dan nak balik kampung. Maka bermalamlah atas kereta dan dalam perjalanan tanpa berdoa. Jika balik kampung pun boleh, tapi dalam perjalanan tu, kena berdoa, moga dengan sentiasa berdoa itu, membolehkan salah satu dari malam yang kita berdoa itu, adalah malam taqdir atau lailatul qadr; dan insya Allah menjadikan kita dimakbulkan doa dan berubahlah taqdir kepada yang lebih baik seperti kita doakan. Insya Allah. 

Bagaimana dan siapakah yang afdhal doanya?

Tiga jenis doa yang tidak akan ditolak: (1) doa orang yang berpuasa; (2) doa orang yang dizalimi; dan (3) doa imam yang adil. Berlumba-lumbalah untuk berdoa pada bulan puasa ini terutama menjelang iftar, sekurang2-nya dengan doa, hadiah tahlil dan alfatihah utk pengampunan ibubapa kita dan arwah tersayang...insya Allah.

Doa yang tertolak?

Namun...doa sesaorang itu tertolak jika dia berdoa dalam keadaan dia terlibat dengan perkara haram spr makan makanan haram, minuman haram, sumber haram dan juga menghisap yang haram. Untuk makluman...fatwa majlis kebangsaan telah juga memfatwakan yang merokok itu haram. oleh itu, untuk mengelakkan doa tidak dikabulkan, sayugia kena berhenti merokok mulai ramadhan ni, insya Allah. 
Kisah dimana Hujjaj Yusof, Gabenor yg zalim yg memerintah Islam suatu ketika dulu; memberikan makanan bercampur bahan haram kepada beberapa ulamak, menyebabkan doa ulamak tsb tidak lagi makbul. Sebelum itu, semua khalifah zalim jatuh krn makbulnya doa ulamak tersebut. Hujjaj Yusof yg zalim itu berjaya menjadikan semua rakyatnya memakan sumber haram dan bercampur makanan haram demi mengekalkan kuasa politiknya. Begitu jua kita skrg, pelbagai 'haram' yg ada dlm makanan, minuman dan rokok yg dijual tsb; supaya kuasa Yahudi kekal bertapak didunia ini...wallahu'alam. Terima kasih pada HPA yg cuba merintis menangkis ancaman Kristian & Yahudi thdp orang Islam melalui 'diet haram' tanpa kita sedari.......... berhati-hatilah...WaLlahu'alam.

No comments: