Thursday, December 30, 2010

Azam 2011: Berubah, Ubah Ummah Dakwah & Selamatkan Rakyat Malaysia.

AsSalamualaikum WR. WB.
Semoga kita semua diampuni Allah SWT akan dosa-dosa kita yang telah lalu, tahun lalu khususnya, dan berazam pula dengan azam baru tahun 2011 ini, agar kita dirahmatiNya, dikurniakan hidayat dariNya kearah takwa, dengan kesihatan diri kita serta dengan pertambahan rezeki dari Nya, mudah-mudahan kita selamat didunia dan kita beroleh keuntungan diakhirat. Insya Allah.
Hari ini saya terpanggil untuk menulis kembali, terasa ingin berkomunikasi semula melalui blog ini sebagai suatu wadah untuk menyampaikan hasrat hati ber hubung isu dan inisiatif cara PKL. Pertama, saya merasa lega kerana seiring dengan suara hati saya dalam blog yang lepas bahawa syor saya supaya pimpinan PR memperjuangkan dasar 'ummah Ijabah' telah pun direalisasikan sebagai dasar PR sepertimana diputuskan dalam konvensyen PR 2010, di P.Pinang baru-baru ini. Dasar tersebut telah dibukukan sebagai manifesto PR iaitu dibukukan dalam buku jingga bertajuk 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia'. Syabas saya ucapkan. Semua kita adalah perlu memilikinya dan membacanya dengan tertib iaitu berilmu, faham, amal, jaga, tambahbaikkan, dan berterusan dengan penambahbaikkan. Tertib inilah yang kita sebagai pendokong gagasan PR perlu kita ikuti. Maksudnya, jika kita tak ada buku jingga ni, kita tak tau. Jika tak tau maknanya tak baca. Tak baca, tak tahu, tak dapat nak bertindak mengikut tertib sebab tak faham, lalu tindakan pula tidak akan efektif. Akhirnya....kita tidak bersama mengubah. Malaysia kita akan musnah. Minta dijauhkan.
Apa pun, hari ini saya nak sentuh berhubung dengan azam tahun baru kita iaitu supaya: pertamanya kita diampuni oleh Allah SWT. Itu adalah asas kepada taufik dan hidayah. Taufik pula bermaksud kemampuan untuk berubah, dari yang lebih buruk kepada yang lebih baik. Kemampuan ini tidak akan ada tanpa taubah. Kemampuan untuk menyebut Allahu Akbar tidak akan ujud tanpa ada konsep taubah dalam diri kita. Kita dapat sebut tapi tidak betul tajwidnya. Kita pernah dengar sesaorang pernah bagi salam tapi tak betul sebutannya. Mereka mengucap tapi salah sebutannya. Dan seumpamanya. Semua ini berlaku kerana mereka tidak ada kemampuan untuk menyebutnya dengan betul. Mereka tidak mahu belajar, lalu mereka tidak tahu. Tanpa ilmu, tidak akan ada kemampuan. Tanpa kemampuan, tidak ada taufik. Tanpa taufik, tidak ada hidayah. Tanpa hidayah, tiada pula ketakwaan. Takwa itu lahir dari sifat ikhlas. Ada ikhlas, lama kelamaan akan lahirlah hidayah dan takwa. Tanda ikhlas ialah mahu berilmu supaya reti dalam 'Cara hidup'. Islam itu cara hidup dan adalah ibadah para wali Allah. Iman, ikhlas dan syariat pula adalah prasyarat kepada amal soleh. Asasnya ialah taubah.
Sebagai azam tahun baru 2011 ini, marilah kita memohon akan rahmat Allah melalui proses tersebut agar kita beroleh kecemerlangan dunia dan kemerlangan akhirat. Hanya dengan rahmatNya jua kita akan beroleh pembebasan dari cengkaman kezaliman dunia dan azab akhirat. Mulakanlah cara hidup 2010 ini dengan suatu perubahan 'Ummah Dakwah' iaitu, "Ubah, Selamatkan Rakyat Malaysia".
Wallahu 'Alam. WasSalamu'alaikum. WR. WB.


No comments: