Salam kembali;
Dalam ucapan penggulungan Muktamar Pas baru-baru ini, saya ingat lagi, satu ungkapan penting yang diucapkan oleh Tuan Guru President Pas iaitu berhubung dengan 'ummah ijabah dan ummah dakwah'. Bagaimana kita melihat ini dari sudut 'ummah wahidah..?.
Ok, semalam kita semua menyaksikan bahawa PR bersepakat menolak 'kerajaaan perpaduan dengan UMNO/BN'. Syabas, saya ucapkan kepada barisan pimpinan khususnya dari 'Majlis Kepimpinan PR' yang berani berdepan dengan keputusan tersebut setelah meneliti dan mengumpul maklumat serta nas-nas. Saya harap keputusan ini adalah suatu keputusan tepat, atas dasar maklumatnya yang adalah dikira lengkap.
Pada hemat saya, konsep 'ummah ijabah dan ummah dakwah' ini sangat difahami oleh kita semua supaya ianya dijadikan arahan dari Majlis Pimpinan PR untuk kita bergerak melaksanakannya. Namun, saya berpendapat, ianya adalah suatu titik permulaan untuk seluruh ahli PR dapat memahami dan menjadikannya sebagai dasar untuk mereka berhubung diantara satu sama lain. 'Ummah ijabah' dalam dan sesama PR perlu memahami dengan jelas supaya suatu gagasan 'wehdah amal' dapat dilakukan terutama mengikut keutamaan bagi mengatasi isu-isu yang melanda negara dan yang menimpa rakyat. Ianya perlu dilihat dari sudut PKL supaya pelbagai isu dapat diselesaikan dengan menyusun semula dasar-dasar yang rosak kepada dasar-dasar baru mengikut 'cara hidup Islam'. Ianya termasuklah dasar ekonomi, dasar sosial, dasar politik, dasar pendidikan, keselamatan dan seumpamanya; supaya dapat diselesaikan mengikut 'aulawiyat' satu persatu. Semua isu ini perlu dianalisa dan difahami satu persatu oleh seluruh pimpinan PR supaya ianya dapat diterjemahkan kepada suatu 'inisiatif' bagi setiap isu tersebut untuk di jadikan 'dasar baru semula' mengikut kaca mata Islam sebagai cara hidup. Mengapa? Sebab, Islam adalah diterima oleh semua pihak untuk dijadikannya sebagai cara hidup yang stabil lagi adil. Semua pimpinan PR perlu menerima hakikat ini kerana secara telitinya PR berpakat atas asas 'matalamat bersama' iaitu (i) sebagai pembangkang, sekali gus menentang dasar 'tidak adil' kerajaan BN; (ii) menentang kezaliman dan rasuah, sekali gus bersetuju menegakkan keadilan dan amanah; (iii) menyokong demokrasi, sekali gus bersetuju dengan prinsip 'syura'; (iv) cara hidup yang berasaskan kepada prinsip ketuhanan dan beragama, sekali gus, bersama dalam 'Tauhid Rububiyah'. Dan banyak lagi persamaan yang tidak perlu disebut disini yang membolihkan gagasan PR ujud, dan semua itu tentunya selari dengan matlamat Islam yang diperjuangkan Pas. Inilah titik tolak kita dalam PR sebagai 'ummah ijabah wahidah'. Jadi, perkukuhkanlah PR atas tasawwur ini, supaya 'ummah ijabah wahidah' ini bertambah kuat untuk turut menang menjadi sebuah kerajaan yang stabil demi kebajikan rakyat.
Pada masa yang sama, PR, atas sikap 'ummah ijabah' perlu iaitu suatu kefardhuan, saya kira, untuk kita berkomunikasi secara berkesan dengan 'ummah dakwah' supaya mereka turut menerima dasar 'ummah ijabah wahidah' yang diasaskan melalui PR bagi mendaulahkan sebuah kerajaan yang akan diujudkan nanti melalui proses demokrasi yang adil iaitu melalui P/Raya Umum berikutnya. Siapa kah mereka 'ummah dakwah' itu? Saya kira, dalam negara kita ini, mereka ialah dari komponen BN termasuklah ahli UMNO itu sendiri. Selainnya adalah 'ummah dakwah' diperingkat global kerana Islam itu untuk "rahmatan lil 'alamin". Maksudnya, 'ummah dakwah' itu adalah 'glokal'. Maka wajib kepada kita dalam PR berkomunikasi dengan mereka untuk mengajak mereka kepada 'Islam sebagai cara hidup' yang lengkap.
Semoga, kita semua, dalam PR memahami apa maksud 'ummah ijabah' dan 'ummah dakwah' ini. Secara mudahnya ialah sebagaimana maksud kita sebagai 'da'i' dan mereka sebagai 'mad'u'.
WaLlahu 'alam.
No comments:
Post a Comment