Salam kembali dengan ucapan Assalamu'alaikum Wr Wb; khusus untuk saf pimpinan Islam, supaya 'Islam memimpin perubahan'.
Slogan baru negara ialah memerintah rakyat Malaysia dengan bertemakan:
"1 Malaysia, Rakyat di dahulukan, Prestasi diutamakan" dan tema terkini PAS pula ialah 'Islam memimpin Perubahan.'
Mari kita tinjau dari sudut Islam sebagai cara hidup dan dari kaedah PKL:
Kita sudah tahu bahawa Islam itu cara hidup dan diterima umum oleh seluruh makhluk ciptaan Tuhan termasuk manusia dari pelbagai bangsa. Manusia yang menerima seruan Nabi Muhammad s.a.w., mereka adalah satu ummah iaitu 'ummatan wahidah..'; iaitu ummat nabi Muhammad s.a.w. selaku Nabi terakhir yang telah menyempurnakan tugasnya sebagai RasuluLlah s.a.w. Ummatnya yang terdiri dari pelbagai bangsa dan budaya. Tetapi yang Allah swt terima adalah Islam sebagai cara hidup mereka. "..Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya." (al-maidah: 48).
'Sesungguhnya Agama yang diterima oleh Allah swt hanyalah Islam'.
Sewaktu hijjatul widha', diturunkan wahyu bermaksud: "..hari ini, Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan Aku lengkapkan untuk kamu nikmatKu, dan Aku redhakan untuk kamu Islam sebagai agama kamu (cara hidup).."
"...sesiapa yang mengambil selain Islam sebagai cara hidup, tidak sesekali diterima oleh Allah swt, dan pada hari akhirat, mereka adalah dari golongan yang rugi...".
"..Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu..". (al-Nissa':1).
Semua nas diatas menceritakan berkaitan keperluan 'ummat yang satu..', dari kalangan manusia..., supaya bersatu dengan 'Islam sebagai cara hidup...' dan asas tuntutan adalah bertakwa kepada Allah swt sebagai Pencipta iaitu Rabb, Tuhan kepada manusia yang menjadikan manusia dari satu iaitu Adam dan isterinya Hawa. Namun disebalik tuntutan ini, Allah swt ingin menguji kita dengan tidak menciptakan 'ummatan wahidah..', supaya kita berlumba-lumba membuat kebajikan dengan berusaha dan beramal supaya ummah bersatu dibawah 'kuasa Islam' berasaskan taqwa kepada Tuhan sebagai pencipta.
Maka disini, ada cara hidup yang berasaskan Islam dan bukan Islam. Tetapi, Islam yang diterimaNya. Jika kita perlu bersatu, asas kesatuan kita mestilah 'kuasa Islam' supaya kita dapat laksanakan 'Islam sebagai cara hidup' sesuatu ummah itu. Dalam kes kita mengajak rakyat kepada '1 Malaysia' ini, ianya masih kabur. Masih keliru kerana pemimpin masih takut untuk mengajak rakyat sebagai ummah yang satu dibawah 'ummatan wahidah' untuk menerima 'Islam sebagai cara hidup' dengan berpegangkan 'taqwa' sebagai asas kesatuan ummah wahidah. Lalu bersedia pula menerima konsep 'khairul ummah' sebagai gagasan untuk memimpin 'ummah wahidah' ini. Pemimpinnya pula mestilah dari mereka yang bolih berkhidmat kepada 'Tuhan dan rakyat' atas asas 'hablumminaLlah, wa hablumminnas' sebagai 'khadimul ummah' dengan sasaran indeks khidmat pengguna (CSI) ialah seratus peratus sebagai KPInya. Mampukah mereka? Itulah KPI kepada '1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Prestasi diutamakan?'.
Kemampuan ini pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w. tatkala baginda berdakwah mengajak perempuan Yahudi kepada Islam melalui khidmat memberi makan kepadanya. Akhirnya, setelah baginda wafat, perempuan tersebut menerima Islam sebagai cara hidup dihadapan Sayyidina Abu Bakar r.a. Itulah kisah, 'khadam ummah' untuk mencari redha Allah swt. Mampukah kita?
Maknanya, bersungguh-sungguh kah kita mengajak rakyat bukan Islam untuk menerima 'Islam sebagai cara hidup' di Malaysia ini? Baik mereka dari suku DAP, MCA, Gerakan, SUPP, MIC, PKR, dan lain-lain? Dimana program kearah tersebut? Baik diperingkat Negara atau negeri? Mulakanlah dengan dasar semula, dan lakukan program yang terkecil diperingkat nasional dan negeri masing-masing? 'Wehdah amal' diperingkat program? Jika kita tanya, mampukah kita laksanakan konsep '1 Malaysia - negeri perpaduan' ini di negeri yang kita pilih sebagai model, contohnya, kita ambil WP atau negeri Johor? Buatlah sebagai contoh dulu. Jika berjaya, why not, kita panjangkan kepada negeri lain pula, kita katakan Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, Pahang, Sabah, Serawak dan seumpamanya. Barulah, '1 Malaysia' tu akan betul bersatu dengan jayanya. Jika tidak, slogan akan tinggal slogan.
"..tidak dutuskan keatas setiap ummat itu Rasul-Rasul, iaitu dengan tujuan untuk mengajak mereka (ummah) untuk mengabdikan diri kepada Allah dan menjauhi Thaghut..", maksud Al-quran. Oleh itu, kesungguhan untuk merialisasikan konsep perpaduan '1 Malaysia' ini sebagai 'ummatan wahidah' di Malaysia, memerlukan peristiharan kepada penerimaan 'Islam sebagai cara hidup' bagi '1 Malaysia'. Bagaimana? Dalam keadaan sekarang, (i) perkukuhkan 'PR' untuk terima 'Islam sebagai cara hidup'; (ii) 'BN' pula, dengan slogan '1 Malaysia', perhebatkan program peristiharan 'Islam sebagai cara hidup' untuk semua rakyat supaya difahami dan diterima; (iii) wujudkan model-model diperingkat negeri, mulakan dengan negeri-negeri terpilih iaitu WP, Putra Jaya, Johor, Pahang, Sabah, Serawak, P.Pinang, Selangor, Kelantan dan Kedah; (iv) tumpukan kepada Putra Jaya dan WP sebagai permulaan untuk menjayakan model '1 malaysia: sebagai kerajaan perpaduan, kearah 'ummah wahidah', supaya dengan model ini ianya dapat dilihat sebagai contoh untuk difahami oleh setiap lapisan rakyat dari pelbagai kaum, parti dan agama, atas dasar 'seeing is beleaving'.
Secara ringkasnya, apa slogan pun, jika kita benar-benar ikhlas dan berkemahuan, kita mampu merubahnya, apa lagi dengan Islam sebagai cara hidup dan dengan 'Islam sebagai pemimpin perubahan'. Saya cadangkan kita mulakan dengan menubuhkan sebuah 'Majlis Ummah Wahidah' peringkat negara untuk memulakannya di WP dan Putra Jaya, supaya semua pihak dapat terlibat dan memberi sumbangan ide dan tenaga. Saya bersedia untuk berubah, supaya 'hari ini lebih baik dari semalam, dan esok mestilah lebih baik dari hari ini'. Itulah sebahagian dari maksud 'Islam memimpin perubahan', slogan terkini PAS. Saya ingin menjadi sebahagian dari perubahan ini. Seiringkah ianya dengan slogan '1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi diutamakan?'. Semaklah dengan kaedah PKL? "Islam ialah cara hidup".
WaLlahu 'alam.
No comments:
Post a Comment