Thursday, May 28, 2009

PKL: Isu Perak….bagaimana jalan keluarnya?

Jika kita ‘iktiraf’ undang-undang Malaysia, keputusan mahkamah berhubung siapa Menteri Besar Perak, kita dapati kedua-duanya diputuskan oleh mahkamah. Cuma, yang pertama adalah dikira dahulu dan yang kedua, keputusannya dikira lebih kepada mengelirukan rakyat.
Jika kita kembali kepada kaedah ‘kembali kepada asal’ apabila kita buntu, kita dapati, pilihan rakyat adalah berpihak kepada YAB DS Ir. Nizar. Pada masa itu, Perak diperintah oleh PR dengan kelebihan dua undi, tidak termasuk Speaker Dewan. Pada masa itu, Perak adalah milik PR walau pun dengan majoriti dua kerusi. Apa tah lagi, jika kerajaan PR yang memerintah Perak pada masa itu, melantik ‘senator’ untuk menjadi ‘Speaker Dewan’, maka kerajaan PR mempunyai kelebihan tiga kerusi berbanding BN. Berlakulah 'deadlock' bila 3 ADUN bebas keluar PR?. Apa pun, yang berlaku telah pun berlalu. Pada hemat saya, jika pun begitu kedudukannya, BN tetap juga berusaha menjadikan situasi Perak ‘begitu rupa’. Memang sudah ada niat disebalik apa yang berlaku. Jika kelebihan dengan majoriti yang lebih besar pun, mereka iaitu BN akan tetap membuat keadaan kerajaan PR Perak tidak stabil supaya isu yang lebih besar beralih arah. Mereka lakukan ini atas sebab untuk berlaku ketidakstabilan politik di Perak kerana mereka tidak dapat menerima kenyataan yang Perak sudah jatuh kepada PR. Itu yang difikirkan dan yang dilihat oleh rakyat dan beberapa orang pimpinan pertengahan. Meraka sanggup melakukan apa saja supaya isu Perak berlarutan, supaya dengannya rakyat hilang arah tuju perjuangan yang sebenarnya.
Kita imbas kembali bagaimana isu ini disengajakan berlarutan supaya pandangan rakyat beralih kepada isu Perak. Isu yang lebih besar tenggelam begitu sahaja. Jika berlaku perlanggran undang-undang berhubung dengan isu yang lebih besar, rakyat yang terlibat akan disabitkan kepada isu Perak, supaya jika mereka dituduh bersalah, mereka dihadapkan atas isu lain iaitu isu rekaan bukannya isu nyata. Kaedah ini, kita panggil kaedah ‘strategi mengalihkan pandangan dan melengahkannya’ supaya rakyat akhirnya lupa isu sebenar yang diperjuangkan. Kaedah ini pernah dipakai oleh Puan Margaret Thacher, pada masa itu sebagai PM Britain, iaitu dalam tahun tujuh puluhan. Pada masa itu, PM Britain, mengalihkan pandangan rakyat yang mogok begitu lama, supaya mereka kembali membantu kerajaan menentang musuh bersama iaitu melalui isu rekaan dipanggil ‘isu perang Falkland’. Kaedah ‘strategi alih pandangan’ (run away strategy) ini rupanya berkesan. Rakyat bersatu membantu kerajaan dan isu mogok dari kalangan pelombong pun berhenti. Itu cara Barat mereka cipta isu sebagai strategi mendapatkan simpati rakyat yang seperti itu.
Namun ada juga cerita dari kisah para sahabat. Peristiwa yang berlaku pada masa itu ialah tentang Musailimah bin Habib yang mengistiharkan murtad. Bahkan beliau mengumumkan dihadapan orang ramai bahawa dia seorang nabi yang diutuskan Allah kepada Bani Hanifah sebagaimana Muhammad bin ‘Abdullah diutuskan kepada Quraisyi...Kaumnya segera menerima seruannya atas berbagai alasan. Alasan yang paling kuat adalah kerana semangat fanatik kaum. Apabila Musailimah semakin berkuasa, dia cuba berkongsi kuasa dengan Nabi s.a.w. dimana Quraisy dikatakannya kawasan penceroboh. Kemudian Rasulullah s.a.w. mengutus surat balas kepada Musailimah dengan gelaran Musailimah al-Kazzab, berbunyi, maknanya: “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Daripada Muhammad Rasulullah kepada Musalimah al-Kazzab. Salam sejahtera bagi mereka yang mengikuti petunjuk Islam. Sesungguhnya bumi adalah milik Allah. Dia mewariskannya kepada hambaNya yang Dia kehendaki. Kesudahan (kemenangan) adalah milik orang-orang bertakwa ».
Kisah ini mengajar kita bahawa hanya ketakwaan kepada Allah swt sahajalah yang dapat menyelesaikan isu ini. Itu janji Allah swt. Kita semua arif bahawa dalam ayat yang kita panggil ayat seribu dinar juga menjanjikan bahawa ‘Allah swt akan memberi jalan keluar dari apa jua isu kepada orang-orang yang bertakwa kepada Allah swt.... ». Juga disebut yang bermaksud bahawa ‘sesungguhnya yang paling mulia disisi Allah swt ialah orang yang paling bertakwa. ».
Memang benar dan sememangnya ia adalah kebenaran. Kemelut politik yang berlaku ini adalah mengundang kepada pertembungan fikrah dan perpecahan ummah. Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. pernah berdoa kepada Allah swt tiga perkara iaitu supaya umatnya tidak diazab dengan kemarau, banjir besar dan perpecahan; tetapi Allah swt hanya menerima dua perkara dari tiga yang diminta. Hal perpecahan ummah, Allah swt mahu ummah itu sendiri yang menyelesaikannya kerana ianya berhubung kait dengan isu hubungan sesama manusia. Oleh itu, marilah kita sama-sama berikhtiar menyelesaikan isu perpecahan ummah yang berlaku sekarang ini, dimana jua ia berada, termasuk isu Perak. Dua MB tak mungkin dapat menstabilkan kesatuan umat dan rakyat. Islam itu cara hidup. Jika kita kembali kepadanya, isu perpecahan dapat kita selesaikan. Antara sebab dan musabab ialah pemimpin tidak bertakwa kepada Allah swt. Masing-masing melanggar hukum Allah swt. Jika, kita mahu kembali bertaubat dengan sama-sama bersetuju melaksanakan hukum Allah swt, pada hemat saya, barulah isu Perak itu akan selesai dengan sempurna. Wallahu ‘alam.
Marilah kita tinjau kisah Khalifah Umar Abdul Aziz. Dizaman beliau memerintah selama hampir dua tahun, diriwayatkan oleh seorang gembala kambing yang buta bahawa kerana “ketakwaannya, gembala kambing tersebut mendapati serigala berkawan dengan kambingnya. Tetapi, selepas beliau iaitu khalifah meninggal dunia, serta merta gembala kambing tersebut mendapati kambingnya dibaham serigala…” Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah swt, sebagaimana kita diseru setiap kali dalam khutbah Jumaat, supaya kita bertakwa. Itulah saja jalan keluar dari isu ini. Islam dah lengkap, tak akan ada lagi wahyu turun untuk selesaikan isu ini. Maka kitalah penyelesai isu tersebut dengan jalan bertakwa kepada Allah swt. – ulamak, professional, pemimpin, rakyat, pentadbir, hakim, dan seumpamanya, ayuh, kita kembali kepada jalan Islam dengan bertakwa secara bersungguh-sungguh. Kita renung maksud firman Allah swt dalam surah al-imran: “Wahai orang-orang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sedenar-benar takwa. Dan janganlah kamu mati melainkan kamu adalah orang Islam. Dan berpegang teguhlah kamu dijalan Allah, dan janganlah kamu berpecah-belah….” Itulah perintah Allah supaya kita bertakwa bersungguh-sungguh, menjadi Muslim sejati yang beramal dengan Islam sebagai cara hidup dengan selengkapnya; ianyalah merupakan pra-syarat kepada kesatuan atau perpaduan dengan tali Allah, agar tetap teguh tidak bercerai berai. Jum kita fikir dan kita carikan ikhtiar, antara lain, kearah pembentukan ‘Kerajaan Perpaduan bersyarat perjanjian (Darul Aman)’ iaitu dengan pra-syarat diatas dan juga syarat kesatuan ummah berasaskan keadilan Islam; kerana Islam itu adalah cara hidup untuk semua. Ianya lengkap lagi sempurna. Begitulah asas yang kita ambil sebagai cara untuk mengurus isu dengan kaedah ‘Pengurusan Kualiti Lengkap (PKL)’ iaitu Islam sebagai cara hidup kita. Kerajaan 'Darul Aman' (jangan keliru dengan gelaran Darul Rizuan bagi kerajaan Perak sekarang) ini, merupakan kerajaan peralihan kearah tertubuhnya kerajaan Islam iaitu Darul Islam, insya Allah.
Wallahu ‘alam.

No comments: