Wednesday, May 13, 2009

PKL: Pengurusan Isu - Kes Perak

Assalamu'alaikum wr wb;
Imbas kembali dizaman para sahabat iaitu zaman isu yang berlaku pada masa itu adalah merupakan rahmat dari Allah swt. Mengapa? Kerana setiap isu yang berlaku itu ada sebabnya. Ia merupakan tuntutan dari peristiwa berlaku supaya Allah swt dapat selesaikan isu tersebut melalui turunnya wahyu. Itu, kita panggil 'asbabunnuzul' iaitu sebab turunnya ayat al-quran semata-mata untuk menyelesaikan isu yang berlaku pada masa itu.
Baik!, kita sekarang ni macamana pula? Dulu tu isu diselesaikan dengan wahyu. Kini, al-quran telah lengkap dan justeru kerana itu, kita tahu bahawa Islam itu adalah cara hidup. Islam yang dapat menyelesaikan segala masalah atau segala bentuk isu. Jika Nabi saw tinggalkan kepada kita dua perkara iaitu al-quran dan sunnah nya, supaya dengan dua perkara ini, ia dapat membantu mengurus tadbir segala isu, cara Islam. Maka, kita semua bertanggungjawab mencari jalan penyelesaiannya. Kita adalah ulamak yang profesional supaya dengan itu kita dapat mentarjihkan isu semasa kepada jalan keluar berdasarkan ilmu Islam iaitu dari al-Quran dan sunnah Nabi saw.
Kita tengok dizaman selepas sahabat iaitu zaman tabi'in, bagaimana para sahabat dizaman tabi'in menyelesaikan isu yang ujud pada zaman itu. Ini pada saya adalah sangat relevan sekali kerana isu yang diuruskan oleh para sahabat atau para tabi'in adalah dengan cara mereka mengkaji isu pada masa itu dan seterusnya mereka membuat ijtihad supaya ianya dapat diselesaikan mengikut cara Islam. Saya sempat melihat bagaimana dari bacaan kisah tabi'in mengurus isu semasa pada masa itu. Mereka melihat isu tersebut sebagai cabaran berupa tarbiyyah untuk mereka, langsung dari Allah swt. Kita ambil contoh apabila Abu Bakar ra, apabila ia baru dilantik sebagai khalifah yang pertama. Belia diuji oleh Allah swt dengan isu riddah iaitu sebahagian para sahabat yang juga menerima tarbiyyah dari Nabi saw semasa hayat baginda, tetapi selepas baginda saw wafat, mereka ingkar untuk membayar zakat kepada sayyidina Abu Bakar Assidiq. Kita lihat bagaimana isu ini ditangani oleh Sayyidina Abu Bakr ra? Beliau berjaya mengurus isu tersebut dengan bantuan sahabat lain iaitu Khalid Ibnu Walid ra, yang berpandangan sebagai seorang 'strategis'. Pandangan beliau sebagai seorang profesional pada masa itu, memampukan kumpulan Islam dibawah pimpinan Sayyidina Abu Bakr ra mengalahkan kumpulan riddah untuk tunduk patuh membayar zakat sebagaimana diperintahkan kepada mereka. Peranan pasukan yang berkesan secara berjemaah dapat mengurus isu secara strategik kerana pasukan itu mempunyai kehebatan ilmu iaitu khalifah sebagai ulamak dan Khalid ibn Walid ra pula pada masa itu bertindak selaku seorang 'profesional' melalui konsep 'strategic management'. Beliau menggabungkan seluruh kekuatan yang ada pada orang Islam pada masa itu secara menyeluruh iaitu 'optimum' bagi mengalahkan pihak lawan. Optimum dari segala sudut tarbiyyah termasuk kekuatan ruh, fizikal, fikrah dan emosi; digabungkan secara padu secara 'profesional' sehingga musuh dapat ditewaskan. Itu adalah salah satu contoh isu yang ditangani secara lengkap dan jayanya melalui kaedah PKL iaitu Islam itu adalah cara hidup yang dapat kita gunakannya untuk selesaikan segala isu dan masalah.
Kita lihat isu Perak? Cuba kita bayangkan kita ulamak dan cuba kita kajikan cara untuk kita selesaikannya secara 'profesional' menggunakan Islam itu cara hidup dan kita tarjihkan penyelesaiannya melalui konsep PKL ini. Insya Allah, akan berhasil jawapannya. Persoalannya ialah siapa kita sebagai ulamak yang boleh berfikir secara 'profesional'? Kita tak perlu pertikaikan siapa ulamak dan siapa profesional. Sesiapa yang beriman kepada Allah swt yang mempunyai kefahaman dalam ilmu Islam, adalah berupaya dimertabatkan oleh Allah swt, dengan izinnya, menjadi seorang 'ulamak' lagi 'profesional'. Maksudnya, pada saya, berilmu tapi tidak ada kemampuan untuk mengurus isu adalah tidak bermakna. Setiap tanggungjawab yang diberikan, tidak dapat dilaksanakannya. Dia bukan gagal tetapi tidak ada kemampuan dengan ilmu yang ia miliki. Dia berilmu tapi tak cukup memahami seni mempergunakan setiap ilmu yang ada untuk diterjemahkan sebagai manafaat rakyat untuk mengurus isu semasa. Masih belum ada kefahaman, apa lagi mengamalkannya secara efektif akan ilmu yang dia miliki. Dia mampu berucap pada rakyat tapi tidak bertanggungjawab atas ucapannya kerana tiada kemampuan seni untuk mengurus isu berdasarkan ilmu yang ada padanya. Dia diberi tugas sebagai pemimpin tetapi hanya pandai berucap tapi tak pandai berbuat. Pandai berbuat itu adalah memerlukan seni yang merangkumi kefahaman, ketelitian, perencanaan, ketakwaan, dan seumpamanya. Inilah, unsur-unsur 'profesionalisma' yang perlu ada pada dia atau kita sebagai mu'min yang berilmu. Kita akan lebih profesional jika tahap ketakwaan kita itu bertambah. Ketakwaan pula lahir dari kefahaman dan rasa tanggung jawab terhadap tugas yang diamanahkan kepada kita. Jika istilah semasa kita panggil 'Responsibility & Authority (R&A)', maka kita sebenarnya adalah bertanggungjawab sebagai ulamak yang secara profesionalnya mampu mengurus isu-isu rakyat. Isu rakyat adalah suatu KPI yang perlu kita selesaikan. Kita sebagai 'Khaadimul Ummah'. Jika petunjuk kepuasan pengguna (CSI) adalah tinggi setinggi seratus peratus, maka kita secara profesionalnya adalah seorang ulamak yang berjaya sebagai pemimpin. Kita berjaya menjadi pemimpin yang bertanggungjawab secara 'R&A' terhadap 'Pencipta' dan terhadap 'makhluk' khususnya rakyat yang kita pimpin. Jika tidak, nilai R&A kita adalah menurun iaitu mungkin bernilai 'R&a' atau 'r&A' atau 'r&a' sahaja, tidak sehebat 'R&A' sebenarnya. Mengapa perkara ini terjadi? kerana kita tidak mampu memahami apa itu 'ilmu' yang ada pada kita sehingga kita bergelar 'ulamak' tapi masih belum ada kemampuan untuk mengurus isu semasa. Kita diberi tugas dengan 'R&A" tapi tidak menghayatinya. Mungkin kerana tak faham, sehingga tidak dapat melihat seni 'tafaquh fi-din' dari ilmu yang dipelajari tersebut. Petah sekali bila berpidatu tapi tak mampu untuk mentarjihkan ilmu itu untuk difahami bagi menyelesaikan isu semasa. Kita ambil contoh berapa ramai pemimpin atau wakil rakyat yang 'berilmu', memegang tugas sebagai pemimpin atau ahli pengurusan, tetapi masih gagal menjalankan tugas 'R&A'nya sebagai pengurus, umpamanya. Mengapa? Mungkin mereka tidak memahami 'profesion' tugas mereka. Mereka cuma gilakan 'kuasa (authority)' tapi tidak 'itqan' didalam t/jawab tersebut. Ini maknanya mereka tak 'profesional' dengan kerjaya mereka sehingga mereka bukan lagi ber'kerjaya' tapi ber'kerja-gagal'.
Ketelitian dalam melakukan kerja itu sebenarnya bermaksud 'profesional'. Kita faham, kita teliti dan kita lakukan dengan jayanya. Ulamak yang profesional itu mestilah mampu mengurus sesuatu isu itu dalam bentuk berikut: 'to be knowlegable, to be understood , to be implemented, to be maintained, to be improved and to be continuously improved...' Inilah dikatakan beberapa proses dalam pengurusan kualiti lengkap (PKL) yang perlu ada pada kita yang berilmu, supaya kita dapat digelarkan sebagai 'profesional' dalam tugas dan tanggungjawab 'R&A' yang diamanahkan kepada kita.
Untuk lebih jelas lagi, cuba kita bayangkan apakah kita berjaya tunaikan semua isu-isu rakyat dalam tempoh 50 tahun lebih pemerintahan kita?, atau selama tempoh 20 tahun lebih? diperingkat negeri atau negara. Isu tanah? Isu da'wah? Isu tarbiyyah? Isu ekonomi? Isu perpaduan? dimana letaknya 'ilmu' kita dan 'R&A' kita sepanjang tempoh kita mentadbir, mengurus atau memerintah.
Bagaimana isu Perak dapat kita selesaikan jika 'ulamak', pentadbir, dan seumpamanya tidak meneliti 'R&A' mereka secara 'itqan' dan secara lebih 'profesional' mengikut kacamata Islam itu sebagai cara hidup dan penyelesai segala isu. Renungkanlah.
Renungkan bagaimana kisah imam syafie semasa kecil lagi, bila berdepan dengan isu yang pada masa itu masih tidak lengkap jalan penyelesaian yang dicadangkan oleh imam Malik, dia berjaya menyelesaikannya secara lengkap dan lebih beritqan. Ini adalah berpunca kerana imam Syafie, walau pun masih kecil, 57 tahun lebih muda dari Imam Malik, pada masa itu, adalah lebih 'itqan' dalam analisis isu sehingga beliau mampu mengurusnya dengan jayanya. Isu Perak ini, pada pendapat saya, ianya adalah tarbiyyah langsung dari Allah swt supaya kita dapat jadikannya sebagai pengajaran 'tarbiyyah'. Kepada semua lapisan masyarakat termasuk rakyat, ulamak, profesional, pemimpin, pemerintah, pakar undang-undang, pakar syariah, sultan, raja, menteri, mufti dan seumpamanya. 'Ulamak dan Umarak' harus duduk semeja membincangkan isu ini secara 'itqan' supaya suatu formula dapat diselesaikan atas dasar Islam. Inilah jawapan dari isu ini dan itulah tarbiyyahnya kepada pemimpin dan rakyat Perak khususnya dan rakyat Malaysia umumnya. Dalam isu Perak ini, terdapat tidak kurang dari empat angkubah yang perlu diteliti supaya setiap angkubah itu mempunyai kekuatan yang tersendiri untuk kita 'integrasikan' dalam batas-batas syariah Islam. Antara angkubahnya ialah peranan rakyat; peranan pemimpin dari pelbagai parti yang terlibat khususnya BN, PR dan bebas; peranan institusi beraja iaitu sultan; peranan institusi kehakiman - syar'iyyah dan sivil; serta peranan kerajaan pusat dan peranan SPR. Kesemua angkubah ini perlu telus, ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk berubah kepada yang lebih baik dan terbaik demi kepentingan rakyat dan Islam. Lalu, angkubah yang paling penting sekali ialah peranan ulamak termasuk mufti untuk memimpin dengan teliti (itqan) isu ini supaya ianya dapat diselesaikan secara 'profesional' sebagaimana dikehendaki oleh Islam. Wujudkan kerajaan bersama iaitu 'unity government by agreement' bersyarat bagi tempoh semata-mata untuk mendapat perkenan Sultan supaya: (i) membubarkan semua DUN, ini membabitkan belanja yang tinggi; atau (ii) SPR menerima perletakkan jawatan tiga ADUN Bebas, bagi membolihkan berlaku pilihan raya semula untuk DUN-DUN tersebut sahaja, ini penting bagi menentukan bilangan kerusi sebenar untuk menentukan kerajaan mengikut kerusi majoriti dari PR atau BN, dan cara ini adalah lebih menjimatkan; atau (iii) menerima keputusan mahkamah bagi kerajaan yang sah dan diikuti dengan pembubaran DUN, cara ini tidak berapa adil kerana masih berpihak kepada kerajaan negeri yang memerintah pada masa itu; atau (iv) bersama bersetuju membubarkan semua DUN dan dewan rakyat, diperingkat pilihanraya umum ke13 supaya kerajaan baru dapat ditentukan oleh rakyat semula - iaitu kerajaan negeri dan kerajaan pusat, kearah 'pembentukan kerajaan perpaduan (unity government by agreement) yang baru, yang lebih telus, adil, amanah, berintegriti, berkemampuan, berkebajikan, stabil, dan lengkap. Inilah jalan terbaik, kerana dapat menyelesaikan seluruh isu secara 'total' dan lengkap demi Islam dan rakyat.
Wallahu 'alam. Wassalam.

No comments: