Assalamu'alaikum wr. wb.;
Semoga kalian berada dalam pemeliharaan Allah swt; berdoalah untuk saya jua.
Kali ini kita berbicara tentang salah satu keperluan iaitu pra-syarat kepada pemimpin yang bakal menerajui negara Islam iaitu Daulah Islamiah. Kita kini berada dalam proses pembentukan Negara Islam iaitu Daulah Islamiah. Kita mahu atau depa tak mahu, proses ini akan tetap berjalan. Cabaran dan pencapaian akan tetap berlaku. Cabaran adalah sebahagian dari pencapaian yang akan kita nikmati.
Kita lihat saja isu di Perak. Ianya adalah suatu cabaran bagi kita semua sebagai pejuang yang mahukan Negara Islam tertegak. Isu ini memberi erti kepada kita bahawa kita berada dalam tahap yang hampir kepada tahap 'kestabilan' menjelang penubuhan 'Daulah'. Dulu saya pernah bicarakan bahawa proses penubuhan "Daulah" melalui empat tahap iaitu tahap ketidakstabilan, tahap kestabilan, tahap kemampuan dan tahap melakukan kebajikan. Semua itu adalah tahap-tahap yang perlu dilalui menjelang 'pencapaian' kepada 'Daulah'. Semua tahap itu adalah cabaran sebenarnya.
Kita telah lalui cabaran pertama iaitu cabaran negara yang berada dalam ketidakstabilan. Kita sedang melangkah kearah kesatabilan dalam semua hal, politik, ekonomi, sosial, pendidikan, kesihatan, dll. Semua ini dapat dicapai melalui cabaran proses yang kita panggil 'reformasi'. Semua angkubah itu, kita perlu melakukan proses reformasi. Reformasi politik, sosial, ekonomi, pendidikan dan seumpamanya. Itulah cabarannya dan proses itu berjalan, proses ini kita panggil perjuangan untuk mencapai tujuan iaitu misi dan visi kita iaitu 'Daulah'. Kuasa "Daulah" inilah yang kita mahu dan kita perjuangkan. Kita telah pun kecapi sebahagain "Kuasa Daulah" ini, yang dewasa ini dimiliki oleh kuasa negara berperlembagaan melalui sistem pemerintahan beraja yang berdaulat. Daulat ini masih belum 'kuat' dan ianya masih belum sempurna atau lengkap. Jika kita tinjau dari sudut teori PKL ini, antara ciri-ciri atau pra syarat kepada institusi ini yang kita mahu ialah 'Kemampuan (Quwwah) dan Integriti (Amanah)' yang lengkap. Islam itu lengkap sebagai cara hidup. Tanpa Islam, sesuatu institusi itu tidak lengkap. Proses reformasi apa pun, jika tanpa cara Islam ianya juga tidak lengkap. Maka ianya perlu melalui proses ini hingga cabaran demi cabaran mesti kita redah dan kita selesaikan dengan kitab Allah dan sunnah sebagai panduan kita.
Dalam Al-Quran, disebut istilah 'Al-Qawiyu dan Al-Amin' yang merujuk kepada sifat yang dimiliki oleh nabi Musa a.s. apabila anak perempuan Nabi Shuib a.s. mencadangkan kepada ayahnya, 'syekhul kabir', nabi Shuib a.s. supaya menerima nabi Musa as bekerja dengan mereka sebagai gembala ternakan kambing. Katanya, nabi Musa as memiliki sifat 'kemampuan dan amanah' iaitu 'qawwi wal amin', yang merupakan sifat pra-syarat kepada seorang pemimpin yang bertugas sebagai 'khadam ummah'. Inilah KPI yang perlu difikirkan bagi pemimpin yang berjiwa khadam ummah untuk memimpin rakyat. Mereka perlu ada 'quwwah dan amanah' iaitu lebih lengkap dari istilah 'capability and integrity' yang dibicarakan dewasa ini. Jika sifat ini ada pada pemimpin yang menerajui ummah atau rakyat sekarang ini, maka bukan sahaja isu Perak dapat kita selesaikan dengan mudah, tetapi semua isu termasuklah isu pembentukan "Daulah" juga dapat kita selesaikan. Ini lah yang kita katakan, antara lainnya, perlu kepada proses. Antara pilihan proses itu ialah dengan cara situasi semasa, memungkinkan kita untuk berfikir membentuk 'unity Government by agreement'. Then, we dissolve, both the state and the federal, for by election and general election. Dengan cara ini, kita dapat membuat saringan kepada pemilihan pemimpin yang baru bagi menerajui negeri dan negara, supaya dengannya KPI ummah bertambah baik, dan pemimpin mempunyai 'qawwiy dan amin' untuk memikul tugas 'khadam ummah' dibawah konsep 'Negara Perpaduan' iaitu 'Daulah' baru yang lebih sempurna dan lengkap "daulatnya". Itulah yang kita mahu dan kita perjuangkan supaya pemimpin kembali pulih sebagai 'khalifah' yang 'lebih berdaulat' sebagai payung negara. Ingatlah, "hari ini hendaklah lebih baik dari semalam, esok hendaklah kita rancang supaya lebih baik dari hari ini". Negara Perpaduan, mungkin juga salah satu cara proses peralihannya kearah yang lebih baik. Lebih baik dan penambahbaikan untuk semua - pemimpin, rakyat, negara serta ummahdan seumpamanya.
Wallahu 'alam.
No comments:
Post a Comment