Monday, June 22, 2009

Antara 'ummah ijabah' dan 'ummah dakwah'.

Salam kembali;
Dalam ucapan penggulungan Muktamar Pas baru-baru ini, saya ingat lagi, satu ungkapan penting yang diucapkan oleh Tuan Guru President Pas iaitu berhubung dengan 'ummah ijabah dan ummah dakwah'. Bagaimana kita melihat ini dari sudut 'ummah wahidah..?.
Ok, semalam kita semua menyaksikan bahawa PR bersepakat menolak 'kerajaaan perpaduan dengan UMNO/BN'. Syabas, saya ucapkan kepada barisan pimpinan khususnya dari 'Majlis Kepimpinan PR' yang berani berdepan dengan keputusan tersebut setelah meneliti dan mengumpul maklumat serta nas-nas. Saya harap keputusan ini adalah suatu keputusan tepat, atas dasar maklumatnya yang adalah dikira lengkap.
Pada hemat saya, konsep 'ummah ijabah dan ummah dakwah' ini sangat difahami oleh kita semua supaya ianya dijadikan arahan dari Majlis Pimpinan PR untuk kita bergerak melaksanakannya. Namun, saya berpendapat, ianya adalah suatu titik permulaan untuk seluruh ahli PR dapat memahami dan menjadikannya sebagai dasar untuk mereka berhubung diantara satu sama lain. 'Ummah ijabah' dalam dan sesama PR perlu memahami dengan jelas supaya suatu gagasan 'wehdah amal' dapat dilakukan terutama mengikut keutamaan bagi mengatasi isu-isu yang melanda negara dan yang menimpa rakyat. Ianya perlu dilihat dari sudut PKL supaya pelbagai isu dapat diselesaikan dengan menyusun semula dasar-dasar yang rosak kepada dasar-dasar baru mengikut 'cara hidup Islam'. Ianya termasuklah dasar ekonomi, dasar sosial, dasar politik, dasar pendidikan, keselamatan dan seumpamanya; supaya dapat diselesaikan mengikut 'aulawiyat' satu persatu. Semua isu ini perlu dianalisa dan difahami satu persatu oleh seluruh pimpinan PR supaya ianya dapat diterjemahkan kepada suatu 'inisiatif' bagi setiap isu tersebut untuk di jadikan 'dasar baru semula' mengikut kaca mata Islam sebagai cara hidup. Mengapa? Sebab, Islam adalah diterima oleh semua pihak untuk dijadikannya sebagai cara hidup yang stabil lagi adil. Semua pimpinan PR perlu menerima hakikat ini kerana secara telitinya PR berpakat atas asas 'matalamat bersama' iaitu (i) sebagai pembangkang, sekali gus menentang dasar 'tidak adil' kerajaan BN; (ii) menentang kezaliman dan rasuah, sekali gus bersetuju menegakkan keadilan dan amanah; (iii) menyokong demokrasi, sekali gus bersetuju dengan prinsip 'syura'; (iv) cara hidup yang berasaskan kepada prinsip ketuhanan dan beragama, sekali gus, bersama dalam 'Tauhid Rububiyah'. Dan banyak lagi persamaan yang tidak perlu disebut disini yang membolihkan gagasan PR ujud, dan semua itu tentunya selari dengan matlamat Islam yang diperjuangkan Pas. Inilah titik tolak kita dalam PR sebagai 'ummah ijabah wahidah'. Jadi, perkukuhkanlah PR atas tasawwur ini, supaya 'ummah ijabah wahidah' ini bertambah kuat untuk turut menang menjadi sebuah kerajaan yang stabil demi kebajikan rakyat.
Pada masa yang sama, PR, atas sikap 'ummah ijabah' perlu iaitu suatu kefardhuan, saya kira, untuk kita berkomunikasi secara berkesan dengan 'ummah dakwah' supaya mereka turut menerima dasar 'ummah ijabah wahidah' yang diasaskan melalui PR bagi mendaulahkan sebuah kerajaan yang akan diujudkan nanti melalui proses demokrasi yang adil iaitu melalui P/Raya Umum berikutnya. Siapa kah mereka 'ummah dakwah' itu? Saya kira, dalam negara kita ini, mereka ialah dari komponen BN termasuklah ahli UMNO itu sendiri. Selainnya adalah 'ummah dakwah' diperingkat global kerana Islam itu untuk "rahmatan lil 'alamin". Maksudnya, 'ummah dakwah' itu adalah 'glokal'. Maka wajib kepada kita dalam PR berkomunikasi dengan mereka untuk mengajak mereka kepada 'Islam sebagai cara hidup' yang lengkap.
Semoga, kita semua, dalam PR memahami apa maksud 'ummah ijabah' dan 'ummah dakwah' ini. Secara mudahnya ialah sebagaimana maksud kita sebagai 'da'i' dan mereka sebagai 'mad'u'.
WaLlahu 'alam.

Wednesday, June 17, 2009

1 ummah,khadimul ummah dan khairul ummah ...

Salam kembali dengan ucapan Assalamu'alaikum Wr Wb; khusus untuk saf pimpinan Islam, supaya 'Islam memimpin perubahan'.
Slogan baru negara ialah memerintah rakyat Malaysia dengan bertemakan:
"1 Malaysia, Rakyat di dahulukan, Prestasi diutamakan" dan tema terkini PAS pula ialah 'Islam memimpin Perubahan.'
Mari kita tinjau dari sudut Islam sebagai cara hidup dan dari kaedah PKL:
Kita sudah tahu bahawa Islam itu cara hidup dan diterima umum oleh seluruh makhluk ciptaan Tuhan termasuk manusia dari pelbagai bangsa. Manusia yang menerima seruan Nabi Muhammad s.a.w., mereka adalah satu ummah iaitu 'ummatan wahidah..'; iaitu ummat nabi Muhammad s.a.w. selaku Nabi terakhir yang telah menyempurnakan tugasnya sebagai RasuluLlah s.a.w. Ummatnya yang terdiri dari pelbagai bangsa dan budaya. Tetapi yang Allah swt terima adalah Islam sebagai cara hidup mereka. "..Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya." (al-maidah: 48).
'Sesungguhnya Agama yang diterima oleh Allah swt hanyalah Islam'.
Sewaktu hijjatul widha', diturunkan wahyu bermaksud: "..hari ini, Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan Aku lengkapkan untuk kamu nikmatKu, dan Aku redhakan untuk kamu Islam sebagai agama kamu (cara hidup).."
"...sesiapa yang mengambil selain Islam sebagai cara hidup, tidak sesekali diterima oleh Allah swt, dan pada hari akhirat, mereka adalah dari golongan yang rugi...".
"..Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu..". (al-Nissa':1).
Semua nas diatas menceritakan berkaitan keperluan 'ummat yang satu..', dari kalangan manusia..., supaya bersatu dengan 'Islam sebagai cara hidup...' dan asas tuntutan adalah bertakwa kepada Allah swt sebagai Pencipta iaitu Rabb, Tuhan kepada manusia yang menjadikan manusia dari satu iaitu Adam dan isterinya Hawa. Namun disebalik tuntutan ini, Allah swt ingin menguji kita dengan tidak menciptakan 'ummatan wahidah..', supaya kita berlumba-lumba membuat kebajikan dengan berusaha dan beramal supaya ummah bersatu dibawah 'kuasa Islam' berasaskan taqwa kepada Tuhan sebagai pencipta.
Maka disini, ada cara hidup yang berasaskan Islam dan bukan Islam. Tetapi, Islam yang diterimaNya. Jika kita perlu bersatu, asas kesatuan kita mestilah 'kuasa Islam' supaya kita dapat laksanakan 'Islam sebagai cara hidup' sesuatu ummah itu. Dalam kes kita mengajak rakyat kepada '1 Malaysia' ini, ianya masih kabur. Masih keliru kerana pemimpin masih takut untuk mengajak rakyat sebagai ummah yang satu dibawah 'ummatan wahidah' untuk menerima 'Islam sebagai cara hidup' dengan berpegangkan 'taqwa' sebagai asas kesatuan ummah wahidah. Lalu bersedia pula menerima konsep 'khairul ummah' sebagai gagasan untuk memimpin 'ummah wahidah' ini. Pemimpinnya pula mestilah dari mereka yang bolih berkhidmat kepada 'Tuhan dan rakyat' atas asas 'hablumminaLlah, wa hablumminnas' sebagai 'khadimul ummah' dengan sasaran indeks khidmat pengguna (CSI) ialah seratus peratus sebagai KPInya. Mampukah mereka? Itulah KPI kepada '1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Prestasi diutamakan?'.
Kemampuan ini pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w. tatkala baginda berdakwah mengajak perempuan Yahudi kepada Islam melalui khidmat memberi makan kepadanya. Akhirnya, setelah baginda wafat, perempuan tersebut menerima Islam sebagai cara hidup dihadapan Sayyidina Abu Bakar r.a. Itulah kisah, 'khadam ummah' untuk mencari redha Allah swt. Mampukah kita?
Maknanya, bersungguh-sungguh kah kita mengajak rakyat bukan Islam untuk menerima 'Islam sebagai cara hidup' di Malaysia ini? Baik mereka dari suku DAP, MCA, Gerakan, SUPP, MIC, PKR, dan lain-lain? Dimana program kearah tersebut? Baik diperingkat Negara atau negeri? Mulakanlah dengan dasar semula, dan lakukan program yang terkecil diperingkat nasional dan negeri masing-masing? 'Wehdah amal' diperingkat program? Jika kita tanya, mampukah kita laksanakan konsep '1 Malaysia - negeri perpaduan' ini di negeri yang kita pilih sebagai model, contohnya, kita ambil WP atau negeri Johor? Buatlah sebagai contoh dulu. Jika berjaya, why not, kita panjangkan kepada negeri lain pula, kita katakan Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, Pahang, Sabah, Serawak dan seumpamanya. Barulah, '1 Malaysia' tu akan betul bersatu dengan jayanya. Jika tidak, slogan akan tinggal slogan.
"..tidak dutuskan keatas setiap ummat itu Rasul-Rasul, iaitu dengan tujuan untuk mengajak mereka (ummah) untuk mengabdikan diri kepada Allah dan menjauhi Thaghut..", maksud Al-quran. Oleh itu, kesungguhan untuk merialisasikan konsep perpaduan '1 Malaysia' ini sebagai 'ummatan wahidah' di Malaysia, memerlukan peristiharan kepada penerimaan 'Islam sebagai cara hidup' bagi '1 Malaysia'. Bagaimana? Dalam keadaan sekarang, (i) perkukuhkan 'PR' untuk terima 'Islam sebagai cara hidup'; (ii) 'BN' pula, dengan slogan '1 Malaysia', perhebatkan program peristiharan 'Islam sebagai cara hidup' untuk semua rakyat supaya difahami dan diterima; (iii) wujudkan model-model diperingkat negeri, mulakan dengan negeri-negeri terpilih iaitu WP, Putra Jaya, Johor, Pahang, Sabah, Serawak, P.Pinang, Selangor, Kelantan dan Kedah; (iv) tumpukan kepada Putra Jaya dan WP sebagai permulaan untuk menjayakan model '1 malaysia: sebagai kerajaan perpaduan, kearah 'ummah wahidah', supaya dengan model ini ianya dapat dilihat sebagai contoh untuk difahami oleh setiap lapisan rakyat dari pelbagai kaum, parti dan agama, atas dasar 'seeing is beleaving'.
Secara ringkasnya, apa slogan pun, jika kita benar-benar ikhlas dan berkemahuan, kita mampu merubahnya, apa lagi dengan Islam sebagai cara hidup dan dengan 'Islam sebagai pemimpin perubahan'. Saya cadangkan kita mulakan dengan menubuhkan sebuah 'Majlis Ummah Wahidah' peringkat negara untuk memulakannya di WP dan Putra Jaya, supaya semua pihak dapat terlibat dan memberi sumbangan ide dan tenaga. Saya bersedia untuk berubah, supaya 'hari ini lebih baik dari semalam, dan esok mestilah lebih baik dari hari ini'. Itulah sebahagian dari maksud 'Islam memimpin perubahan', slogan terkini PAS. Saya ingin menjadi sebahagian dari perubahan ini. Seiringkah ianya dengan slogan '1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi diutamakan?'. Semaklah dengan kaedah PKL? "Islam ialah cara hidup".
WaLlahu 'alam.

Sunday, June 7, 2009

PKL: Tanggungjawab sosial dan kebajikan ummah…

PKL: Tanggungjawab sosial dan kebajikan ummah…
Salam kembali. Sebelum ini kita berbicara tentang khadam ummah mengikut kacamata mencari keredhaan Allah swt semata-mata. Hari ini kita sambung cerita dengan meneliti kes-kes sebenar bagaimana kita mengurus isu yang selama ini terbengkalai tanpa sebarang usaha untuk menyelesaikannya. Kita akan ambil beberapa contoh terutama berhubung dengan isu tanah rakyat yang berlaku dimerata tempat iaitu melibatkan dasar negeri dan Negara berhubung dengan dasar tanah. Mari kita tinjau dari dekat:

Antara isu tanah yang kerap diperkatakan ialah isu dimana tanah rakyat teroka secara haram atau secara halal tapi memakan masa bertahun-tahun untuk membuat penyelesaiannya. Ini merugikan banyak pihak termasuklah rakyat, kerajaan negeri dan Negara serta ummah.

Kita dapat bahagikan kategeri tanah yang perlu kita uruskan. Ianya terbahagi kepada tiga jenis iaitu jenis keluasan kurang dari lima puluh ekar, melebihi lima puluh ekar dan jenis saiz ladang serta tanah jenis tanah wakaf. Semua jenis tanah tersebut melibatkan rakyat dan ianya perlu dibangunkan supaya menguntungkan semua pihak. Islam mengajar kita, jika ianya tidak dibangunkan dalam tempoh tertentu, kerajaan berhak untuk mengambil balik supaya ianya dapat dibangunkan.

Dalam kes ‘Skim Ladang Rakyat’ yang dibangunkan diperingkat negeri umpamanya, kita telah pun selesaikannya dengan membangunkan tanah tersebut untuk perladangan. Ianya diberi kepada rakyat miskin atau yang memerlukan mengikut ‘asnad lapan’. Namun, cara pengurusan isu ‘Ladang Rakyat’ ini kita dapati ianya masih belum sempurna. Rakyat masih tidak berpuas hati dengan dasar tersebut kerana walau pun ramai rakyat miskin mendapat manafaat dari skim tersebut tetapi bagi generasi kedua yang terdiri dari belia-belia tidak dapat menikmatinya. Dasar ini masih bolih diperbaiki supaya lebih baik dan menjurus kearah kesempurnaaan. Untuk tujuan ini kita perlu ‘struktur semula dasar Ladang Rakyat’ tersebut kepada dasar yang lebih lengkap. Menggunakan kaedah PKL ini, saya cadangkan supaya ‘Dasar Ladang Rakyat Baru’ disusun semula iaitu dengan matalamat ‘menyusun semula peserta Skim Ladang Rakyat mengikut keperluan ‘asnad lapan’ dan seterusnya memperkenalkan dasar BOT untuk tempoh pusingan dua puluh lima tahun supaya hakmilik tanah ladang akan diserahkan kepada rakyat dari kalangan generasi kedua, untuk yang masih tidak memiliki tanah bagi rakyat tempatan dan seumpamanya’. Dasar ini akan memberi peluang meningkatkan nilai CSI ‘khadimul ummah’ diperingkat negeri dan Negara.

Kita mesti berfikir untuk mengurus isu. Kita kena urus cara mencari redha Allah swt bukan kerana sentiment parti. Dulu rakyat membuat keputusan bahawa mana-mana kerajaan pun jika memerintah akan bertindak sama saja, tidak adil dan tidak cara Islam. Bila BN menang dan mentadbir, mereka gagal mengurus isu tanah; begitu juga jika PR menang pun. Itu dulu, kerana masing-masing bekerja bukan untuk mencari redha Allah swt tetapi kerana semangat kepartaian. Kini, suasana berubah. Lebih lengkap lagi kerana isu itu mereka urus mengikut cara Islam bukan untuk tujuan kepentingan partai politik mereka masing-masing. Inilah kita panggil cara ‘tanggungjawab sosial dan kebajikan ummah’ dengan mengambil Islam itu sebagai cara hidup. Itulah kita namakan ‘Islam Memimpin Perubahan’.
Pemimpin mesti kreatif dan ianya hanyalah cara Islam iaitu cara dari Al-quran, sunnah Rasul saw, para sahabat dan para tabiin. Kisah dari tabiin adalah sangat relevan kerana kita dapat pelajari bagaimana tabiin menyelesaikan isu pada masa itu dengan cara ‘Islam sebagai pemimpin perubahan’. Justeru, ikutlah cara mereka itu bukan dengan cara yang dikira asing dari cara Islam sebagai cara hidup .



Wallahu ‘Alam.

PKL: Antara Redha Tuhan dan Redha Manusia…..

PKL: Antara Redha Tuhan dan Redha Manusia…..
Salam sejahtera untuk semua, moga Allah rahmati dan berkati kita semua, dalam menjalani Islam sebagai cara hidup kita dan seterusnya dalam perjuangan kita menegakkan Islam.
Dalam Al-Quran, Surah al-‘Asr, Allah swt berfirman dengan maksud bahawa: ‘Demi masa, sesungguhnya insan itu berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan kepada kebenaran, dan berpesan kepada kesabaran.’
Kata kunci dalam ayat tersebut ialah masa, manusia, kerugian, beriman, beramal soleh, kebenaran dan kesabaran.
Pada masa ada ‘amal soleh’ yang kita lakukan didunia ini untuk bekalan akhirat. Amal soleh yang kita harapkan mendapat redha dari Allah swt semata-mata. Maka disini, pra-syarat amal soleh yang pertama ialah ikhlas mencari redha Allah swt. Dalam mencari redha Allah swt ketika melakukan amal seharian, kita berdepan dengan masa. Kita juga berdepan dengan manusia lain atau makhluk lain ciptaan Allah swt. Kita tercabar dan teruji akan keikhlasan amalan kita, apakah kita benar-benar melakukannya kerana Allah swt atau kerana perhambaan kepada manusia untuk tujuan selain dari mencari redha Allah swt. Perkara ini bolih berlaku dengan alpa atau disengajakan kerana memikirkan akan apa orang akan kata? Sepatutnya, jika bertembung antara dua perkara seperti ini, yang terbaik ialah memperolehi redha Allah swt disamping melakukannya dengan akhlak yang paling mulia iaitu dengan sopan dan santun. Cara ini merupakan cara amal yang diredhai oleh Allah swt dan disukai oleh manusia pula. Hubungan kita dengan Allah adalah diberkati dan hubungan kita dengan manusia pula disukai ramai. Itulah tahap yang kita mahu sebagai tahap ‘Khadimul Ummah’, iaitu melaksanakan tugas kepimpinan terhadap rakyat semata-mata kerana mencari redha Allah swt.
Tugas berat sebagai ‘Khadam Ummah’ atas dasar taqwa kepada Allah ini adalah sangat berat. Jika kita ukur cara KPI, nilai indeksnya memerlukan ‘kecacatan sifar’ atau nilai ‘Petunjuk Khidmat Pengguna (CSI)’ mestilah seratus-peratus, menjangakaui lebih dari lapan sigma. Tiada kecacatan langsung didalam amal khidmat kita, jika kita nisbahkan pada khidmat pengeluaran bagi satu billion produk yang dihasilkan oleh kilang kita, hanya satu atau dua produk sahaja yang rosak atau cacat. Itulah nilai kerja yang berasaskan ‘zero defect’ dalam gerak amal soleh berjiwa ‘Khadam ummah’. Ummah yang kita sifatkan sebagai ‘pelanggan atau customer’, merasa puas sepenuhnya dengan khidmat yang kita berikan, kerana asas kepada khidmat itu ialah disandarkan kepada mencapai redha Allah swt semata-mata (liwajhiLlah). Tahap nilai amalan tertinggi dari banyak amal soleh yang kita lakukan supaya ianya melepasai tujuh lapisan langit untuk sampai kepada Allah ‘azzawajalla. Untuk sampai kesitu, amalan kita perlu melalui pelbagai cabaran dan disebut dalam hadis sahih bahawa terdapat tujuh malaikat dipanggil ‘Malaikat Hafazah’ yang menjaga disetiap lapisan langit untuk mengawal dan menapis amalan kita sebelum dibawa menemui Allah swt melepasi lapisan langit ketujuh. Malaikat hafazah akan ‘reject’ atau menolak ‘amal soleh’ sesaorang manusia itu jika ianya gagal memenuhi spesifikasi ‘amal soleh’ sebenar. Apa dia spesifikasinya? Pada matalamat amal soleh itu, ianya mestilah bagi tujuan ‘liwajhiLlah’ iaitu mencari nilai redha Allah swt yang paling tinggi, mengatasi sifat ikhlas yang selalu kita sebutkan. Sifat ikhlas ini, ditapis untuk amal yang telah pun melepasi langit ketujuh, sebelum dibawa kepada Allah swt; tetapi nilai terakhir sebagai ‘finished products’ ianya memerlukan ‘redha Allah swt dan juga redha ummah’ sehingga kita sifatkan ianya paling teratas dari segi nilai ‘penemuan redha Allah swt’ iaitu berasaskan ‘liwajhiLlah’ iaitu semata-mata kerana Allah swt.
Dalam teori komunikasi yang menggunakan matriks antara (i) Allah redha, (ii) Allah tak redha; bertemu dengan, (iii) manusia redha, dan (iv) manusia tak redha: amal soleh yang paling aula atau tinggi keutamaan afdhalnya ialah apabila perbuatan amal kita itu bersetuju antara (i) redha Allah dab juga (ii) redha manusia. Inilah keutamaan teratas bagi sesebuah amal soleh. Namun, jika manusia tidak suka tetapi amal itu disukai dan diredhai Allah swt, amalan itu tetap dikira mendapat redha Allah swt, kerana Allah swt mempunyai kuasa mutlak keatas setiap sesuatu. Tetapi bagi amalan yang Allah tidak redha, biar pun manusia suka, apa tah lagi, jika manusia pun tak suka; maka amalan seperti adalah buruk dan terburuk. Tertolak oleh malaikat hafazah dilapisan langit pertama lagi, kerana amalan yang dilakukan bukan ikhlas dan ianya syirik terhadap Allah swt, maka ianya ‘rejected atau ditolak’ oleh malaikat hafazah supaya tidak dibawa naik kelapisan langit kedua atau seterusnya.
Didalam al-Quran, surah al-Kahfi, Allah swt berfirman dengan maksud: ‘….barang siapa yang mengharapkan untuk menemui Tuhannya, maka hendaklah ianya beramal soleh, tanpa syirik didalam ibadatnya terhadap Allah swt..” .
Dalam surah al-Baqarah pula, yang kit abaca selepas ayat kursi, menyebut dengan maksud: “….maka bagi sesiapa yang menolak Thaghut, dan beriman kepada Allah swt…”adalah juga merupakan asas untuk amalnya sampai kepada Allah swt bagi setiap cara hidupnya supaya Islam adalah cara hidupnya bukan selainnya (iaitu jalan thaghut, yang melampaui batas Islam).
Supaya amalan kita dapat kita capaikan KPI nya kepada nilai yang bertahap ‘mendapat redha Allah iatu LiwajhiLlah’; marilah sama-sama kita fahamkan maksud dari al-Quran, surah al-insan, iaitu suatu surah yang selalu dibaca oleh kita pada waktu solat subuh jumaat: “….dan mereka memberi makan, makanan yang merekai sukai, kepada orang miskin, dan anak-anak yatim, dan orang lepasan tawanan; sesungguhnya perbuatan memberi makan tersebut, adalah semata-mata kerana ingin mendapat redha Allah swt (liwajhiLlah), tulus ikhlas keranaNya…”. Kisah ini adalah kisah dari asbab turunnya ayat ini kerana memuliakan amal soleh yang dilakukan oleh satu suami isteri yang berpuasa. Selama tiga hari berturut-turut mereka didatangi oleh tetamu yang tidak diundang iaitu orang miskin, anak yatim dan tawanan perang; lalu pada saat berbuka puasa itu mereka dating sebagai tetamu, dan semua makanan yang mereka gemari itu, diberikan kepada tetamu-tetamu mereka, dengan tulus ikhlas demi mendapatkan redha Allah swt iaitu ‘liwajhiLlah’. Contoh amal soleh beginilah yang diterima dan berjaya melepasi semua tujuh lapisan langit tanpa halangan dari malaikat hafazah, bahkan mereka berebut-rebut membawa amal itu untuk dipersembahkan kepada Allah swt yang bersemayam diatas ‘Arsy supaya diterima dan diredhai olehNya. Inilah tahap kualiti amal soleh yang lengkap dan sempurna melepasi (comply) semua spesifikasi atau syarat, sehingga benar-benar murni untuk diiktiraf oleh Allah swt sebagai Pencipta, bahawa amalan seperti itu adalah melepasi proses ‘kawalan kualiti lengkap’, melebihi lapan sigma atau mencapai tahap ‘zero defect’.
Dari tiga pra-syarat amal soleh yang akan diterima Allah swt iaitu (i) Muslim yang mukmin, (ii) Ikhlas, dan (iii) syari’e (syariah compliance); kita hanya sempat membincangkan faktor ikhlas sebagai asas penting untuk sesuatu amal itu dikira lulus sebagai ‘amal soleh’ yang diredhai oleh Allah swt. Jika begini, kita lakukan, insya Allah, amalan kita akan tertulis sebagai ‘amal soleh’ yang Allah swt redhai. Marilah kita renung sebuah kisah tentang seorang perempuan pelacur yang hanya kerana beliau memberi minum kepada seekor anjing yang dahaga dipadang pasir, lalu Allah swt menerima amalnya itu sebagai amal soleh, hinggakan Allah swt menerima dan membebaskannya dari azab api neraka dengan rahmat Allah swt. Justeru, marilah kita perbanyakkan melakukan amal, kerana dalam banyak-banyak amal itu, kita harapkan salah satu, jika tidak semua pun, akan diterima oleh Allah swt sebagai ‘amal soleh’ liwajhiLLah. Lakukanlah amal soleh fardhu mendahului amal soleh sunat, dan seterusnya, supaya kita berjaya melepasi membawa amal kita sehingga kelangit ketujuh dan sampai padaNya. Insya Allah, dengan rahmatnya, kita dibebaskan dari azab api neraka dan diterima pula masuk syurgaNya.
Inilah antara bicara kita tentang PKL dalam menghasilkan amal soleh sebagai produk bekalan akhirat untuk kita nanti. Wallahu ‘alam.