Kes Kajian: Kelantan 'Membangun Bersama Islam', antara contoh PKL (Pengurusan Itqan atau Kualiti Lengkap)..peringkat negeri.
Saya ingin mulakan tulisan saya dengan memanjat kesyukuran pada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya kami Kerajaan Kelantan masih berkuasa memerintah dan mentadbir Darul Naim ini. Dengan izinnya jualah, kami berjaya melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan keatas kami selama 20 tahun memerintah Kelantan.
Selama tempoh tersebut, kami banyak menempuh cabaran dan tidak kurang juga, dengan pencapaian yang cemerlang, dibawah pimpinan YAB Tuan Guru Menteri Besar kita.
Sangat banyak pencapaian dan tranformasi yang dilakukan oleh beliau. Jika kita imbas kembali, pelbagai perubahan yang dilakukan, dan semua perubahan itu adalah bertemakan ‘Membangun Bersama Islam’. Jika sebelum itu, asas pembangunan yang diwar-warkan adalah tidak bersama Islam, maka apabila kita memerintah, asas pemerintahan dan pentadbiran kita adalah Islam, kerana Islam itu cara hidup. Lalu minda kita, bila berfikir untuk penambahbaikan didalam pentadbiran, kita berfikir menggunakan minda syariah. Minda syariah ini adalah lebih lateral pemikirannya berbanding dengan cara pemikiran sekular yang berfikir berasaskan logic semata-mata tanpa melihat hujah ‘naqli’. Hujah akal sahaja tidak lengkap untuk kita berfikir bagi tujuan penambah baikan dalam pentadbiran atau pemerintahan. Kita merujuk kepada alQuran, AlSunnah dan kisah para sahabat serta kisah para tabiin; bagaimana mereka melaksanakan tanggungjawab yang mereka pikul sebagai khalifah dimuka bumi ini. Model Tuan Guru sebagai MB dan juga Imam serta ulamak, tidak dapat kita cari diatas muka bumi dizaman moden ini. Beliau berjaya menjadikan Kelantan sebagai model pentadbiran Islam berasaskan konsep ‘Qawiyyun Ameen’ [1] kepada rakyat Kelantan, tetapi juga kepada negeri-negri dibawah pakatan rakyat dan juga kepada Negara kita, Malaysia . Konsep QA ini bermaksud ‘Berkemampuan dan Beramanah’ iaitu lebih tinggi lagi dari piawai yang jika terjemahkan dalam bahasa Inggeris yang bermaksud ‘Capability and Integrity’, yang sedang diperkatakan oleh media dewasa ini.
Konsep inilah, beliau selalu sebut supaya pengurusan Itqan dilaksanakan di seluruh Kelantan terutama melibatkan pentadbiran dan kualiti hidup sesabuah keluarga. Maksud Itqan adalah lebih tinggi dan mendalam berbanding maksud konsep ‘kualiti’. Didalm alQuran, surah Annahl, ayat 88, disebut konsep ini yang bermaksud: ‘Kejadian (ciptaan) Allah SWT, Dialah (Allah SWT) yang menciptanya, dengan paling teliti’. Teliti disini bermaksud tanpa cacat dan cela sedikit pun. Inilah konsep TQM sekarang ini yang mereka panggil, ‘towards zero defects’. Jadi, konsep TQM yang diamalkan oleh Barat atau Timur iaitu Jepun, yang diagung-agungkan, selama ini, melalui Dasar Pandang KeTimur, rupa-rupanya adalah dipinjam dari Islam iaitu ‘Dasar La Syarkiyyah, La Gharbiyyah, La kin, Islamiyyah: Tidak Timur, Tidak Barat, tapi, Islam’. Dan kita hairan, mengapa jika nak Islam itu diamalkan diKelantan atau dinegara kita ni, ada lagi yang cuba menentang? Mereka cuba je, tapi lepas suatu ketika, ia luput begitu sahaja. Sekarang ni, mereka cuba hangatkan isu penggunaan ‘Dinar Emas, Dirham Perak’ yang kita nak perkenalkan. Ini juga merupakan suatu lagi terapi Islam melalui konsep pengurusan Itqan, berjaya kita gugat system kewangan yang berasaskan ‘riba’ ini. Masyarakat sudah sakit dengan fenomena ‘kewangan berasaskan riba’ ini, lalu kita tampilkan terapi Islam dengan memperkenalkan penggunaan matawang ‘Dinar Emas, Dirham Perak’. (Lepas tu, gege.) Isu berdoa dalam khutbah supaya, YB Lim Guan Eng masuk Islam pun gege jugak. Lim Guan Eng nak mencontohi Umar Abdul Aziz dalam pentadbiran kerajaan PR di Pulau Pinang pun gege jugak. Eh, tuan-tuan tau tak, Nabi SAW kita, berdoa supaya Sayyidina Umar RA memeluk Islam? Jadi, apa peliknya jika oaring Islam, rakyat Lim Guan Eng, berdoa supaya dia mendapat hidayah untuk masuk Islam?. Kalau dulu, puak kafir Quraish, takut kemasukan Umar ra akan member kekuatan kepada Islam. La ni pun, perkara yang sama jugak yang mereka takut sebab formula perjuangan yang sama juga yang mereka pakai. Mereka takut pada Lim Guan akan member kekuatan kepada PR, macamana takutnya orang Quraish terhadap Umar Ibn AlKhatab ra masuk Islam. Memang pun, bila Umar ra masuk Islam, kekuatan pihak Islam mula kuat. Islam berkembang cepat hingga bila disebut nama Umar ra, bukan sahaja manusia jahiliyyah sahaja yang takut, bahkan juga syaitan pun takut[2]. Secara kasarnya, jika kita dari PR, baik di Kelantan, mau pun diluar Kelantan, jika nak buat cara hidup Islam je, mulalah ada pihak yang tak senang hati. Mereka bantah sana sini. Tapi lepas masa berlalu, isu itu pun senyap. Sebabnya mereka sendiri jahil pada masa mereka membantah, kemudian mujur lepas gege seketika, kebenaran menonjol dan mereka hilang hujah, lalu senyap.
Wawasan Kelantan sebagai Pusat Tarbiyyah Negara yang diilhamkan ole YAB Tuan Guru MB Kelantan, adalah sangat bermakna sekali kepada proses tranforamasi dari pentadbiran sekular kepada pentadbiran berasaskan Islam. Kita mulakan proses transformasi tersebut dengan menggembelingkan tenaga pengkuliah yang kita ada memberi kuliah kepada rakyat Kelantan melalui pelbagai bentuk program, termasuk kuliah pagi dan hari Jumaat, supaya rakyat berilmu dan berpendidikan dengan Islam. Ini lah tahap pertama bagi proses transformasi kearah membangun bersama Islam. Kita didik dulu rakyat supaya reti, apa itu Islam dan apa itu membangun bersama Islam, supaya Islam sebagai cara hidup dapat difahami dengan yakin[3] dan diamalkan. Tahukah tuan-tuan, bahawa terdapat 6 tahap yang perlu rakyat lalui didalam proses tranformasi ‘membangun bersama Islam’ yang diperkenalkan oleh YAB MB Kelantan kepada kita semua, melalui konsep pengurusan Itqan lengkap ini?.
(...bersambung).
[1] Dari AlQuran: ‘Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (menggembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah’. (AlQisas:26)
[2] (Selingan: tak hairanlah, dalam waktu tarawih, bila sampai rakaat ke8, bilal menyebut nama S.Umar ra, lalu kita tengok ramai yang angkat punggung, cabut meninggalkan terawih…)
[3] (yakin bukan kerana ainul yakin sahaja, tetapi yakin kerana yu’minu bil ghaib) iatu berasakan tauhid pada Allah SWT, sebagaimana yakinnya S.A.Bakar AlSidiq ra bila ditanya tentang peristiwa Isra’ dan Mikraj Nabi SAW.
No comments:
Post a Comment