Tahap Keenam, tahap terakhir, iaitu tahap proses penambahbaikkan yang berterusan (continuous improvement) dalam segala aspek supaya Islam sebagai cara hidup dapat terus dilaksanakan dan diamalkan sehingga akhir hayat.
Masa itu adalah kehidupan. Kita kena isikan dengan amal soleh dalam pelbagai bentuk – individu, berkeluarga, bermasyarakat, berjemaah, berpartai atau bernegara, melalui pentadbiran dan pemerintahan, Inilah, sunnah yang merupakan amal soleh yang paling afdal, kerana antara sunnah yang kita semua belum kecapi nikmatnya iaitu nikmat sunnah bernegara dengan dasar cara Islam (the Islamic state); atau Daulah Islamiyyah, belum lagi kita kecapi. Antara fadhilatnya atau nikmatnya ialah jika sekarang ni kita dikelilingi dengan isu dan penyakit ‘buang bayi’ iaitu sejenis penyakit ‘jahiliyyah moden’ menggantikan penyakit jahiliyyah lama iaitu menanam bayi perempuan hidup-hidup; maka dengan terbentuknya piagam Madinah, Islam datang menyelamatkan suasana. Begitulah jua kita, penyakit ini akan kita ubati nanti dengan ‘Terapi Islam sebagai cara hidup lengkap’. Terapi Islam bernegara, melalui PR, kita ingin mengajak anda semua supaya datang berbondong-bondong bersama kami dalam PR untuk PRU13 nanti bagi satu tujuan ialtu mendaulahkan Islam sebagai cara hidup bernegara dan bersistem[1].
Proses pembentukan Daulah ini kita lakukan melalui proses mendaulahkan Islam. Penyakit yang ada, kita akan terapikan kesemuanya dengan cara ‘Terapi Islam’ mengikut proses dan tahapnya sebagaimana model yang kita ambil dari AlQuran, S.Attaubah, yang bermaksud:
“ Mereka yang bertaubat, mereka yang memuji Tuhannya, mereka yang beribadat, mereka yang berpuasa (yang mengembara), mereka yang ruku’, mereka yang sujud, mereka yang menyeru kepada kebaikan, dan mencegah kejahatan, dan mereka yang menjaga batas-batas Allah iaitu Islam (hududiLlah), dan berilah berita gembira kepada orang-orang beriman”.
[1] (Selingan: Kalau dulu semasa zaman PM Tun A.Razak, Dato’ Asri kita menyertai BN; kini suatu pendekatan minda syari’yyah, kita do'akan dan menjemput supaya YAB PM DS Najib pula menyertai kita iaitu kerajaan PR, sebagai membalas balik budi muafakat yang tak kesampaian dulu tu. Kita mempelawa ni sebab kita takut terlambat nanti Melayu akan hilang didunia ni, Hang Tuah dah menghilang, Melayu pulak nampaknya akan ikut jejak HT. Apa tidaknya, fenomina membuang bayi adalah salah satu fenomina pelupusan baka Melayu, sebab yang berlaku ini adalah dari kalangan bangsa Melayu. Sebelum itu, bila kerajaan mencadangakan memberi kondom dan jarum percuma kepada remaja Melayu yang mengidap penyakit HIV, adalah juga salah satu daripada banyak cara, untuk menghilangkan atau melupuskan baka Melayu. Mana Melayu tak kan hilang didunia? Kalau proses tidak dikawal? Dulu, dizaman pemerintahan PM-PM yang lalu, syarat Bank Dunia kenakan pada Malaysia, semasa buat pinjaman dengannya ialah supaya kerajaan Malaysia melaksanakan program ‘Family Planning – Perancang Keluarga’; lalu diberikan kepada orang Melayu. Itu pun bermulanya proses menghilangkan baka Melayu, sampailah sekarang, Melayu Bolih hilang!. Jadi sebelum Melayu menghilang, kita nak jemput pemimpin Melayu supaya marilah menyertai kami PR. Bila pemimpin datang, pengikut pun akan ikut sama, sebab dia makmum. Kita ajak ni sebab kita nak jaga baka Melayu supaya tidak pupus sebagai habitat yang bertakwa didunia ini. Kita ajak ni jugak sebab kita tak nak pemimpin Melayu akan jadi semacam yang disebut dalam seerah tentang Abu Sufiyan. Abu Sufiyan, sanggup merayu dan menyamar untuk menemui Nabi SAW, supaya diterima masuk Islam kerana ketika itu adalah zaman ‘fathul Makkah’. Manusia berbondong-bondong nak masuk Islam (S. Annasr). Dari analisis semasa, kita tengok semua rakyat dari pelbagai bangsa telah kuat bersepakat dengan PR; tak kira mereka dari kaum Cina , India , atau seumpamanya. Jadi Melayu UMNO nampaknya sudah terhimpit. Sudah sampai kepada fenomina ‘Fathul Makkah’. Elok pasang niat sebelum terlambat, sebelum diperuntuhkan berhala-berhala yang ada di Putra Jaya).
No comments:
Post a Comment