Thursday, June 23, 2011

Tahap Kelima ialah tahap meneruskan dasar Islam diKelantan melalui proses penambahbaikkan (to be improved).


Tahap Kelima ialah tahap meneruskan dasar Islam diKelantan melalui 
proses penambahbaikkan (to be improved)

Kita akan kaji dasar yang sedia ada supaya diganti dengan dasar yang lebih berkesan mengikut minda syari’yyah. Kita akan lakukan ini melalui proses tarbiyyah Q&A atau latihan ‘Capability & Integrity’ di Pusat Latihan Pengurusan Itqan Kelantan (cadangan). [1]. Disini, untuk tujuan penambahbaikkan  didalam hal-hal pentadbiran, pengurusan, hatta berhubung dengan pemerintahan bersifat ‘hududiLlah’[2]; kita akan kaji, kita akan analisis dan kita akan diagnoskan dari segala sudut iaitu sudut politik, social, ekonomi, pendidikan, perubatan, keluarga, kerajaan tempatan, dan seumpamanya; supaya ianya diteliti (di itqankan) dan diperkenalkan dasar-dasar Islam menggantikan dasar yang tidak lengkap, dengan dasar yang lengkap iaitu Islam melalui proses ‘Terapi Islam’. Maknanya, semua penayakit yang kita Nampak sekarang ni, atau yang belum Nampak tapi bolih dikenalpasti nanti, akan kita teliti dan kita terapikan ia dengan ‘Terapi Islam’ kerana Islam itu adalah cara hidup yang lengkap[3].
 Diantara program penambahbaikkan yang diperkenalkan ialah:
  • Memperkenalkan persekitaran keselamatan 5S di semua premis pentadbiran kerajaan.
  • Memperkenalkan program tazkirah waktu pejabat disemua pejabat kerajaan dan GLC seperti PKINK dan anak syarikatnya.
  • Memperkenalkan sukan secara Islam iaitu dengan pakaian sukan menutup aurat.
  • Meneruskan ‘membangun bersama Islam’.
  • Program Belia Desa Taqwa Darul Naim.
  • Rumah dhu’afat dan Rumah 3 bilik.
  • Dakwah melalui “akhlak muamalat” dengan orang bukan Islam dari pelbagai kaum termasuk dengan orang Asli, Siam, India, Cina dan termasuk dengan ahli DAP[4].
program dakwah dengan kaum orang asli Gua Musang-
melalui perkahwinan : diapit oleh kedua kakaknya yang Muslim.

tetamu dari kaum orang asli Muslim yang hadhir upacara perkahwinan
antara orang asli GM (per) dengan lelaki Melayu (P.Putih)

pengantin bersanding - diapit oleh YB Limbongan,
sebelah pengantin perempuan 'asli':
dido'akan agar anak mereka, nanti akan menjadi salah seorang Mufti Kelantan, insya Allah.
pengantin di restui oleh keluarga lelaki:
program dakwah melalui perkahwinan adalah antara yang efektif perlu diteruskan.
gambar pengantin perempuan 
 

[1] (INTAKE: Selingan: Institut Tadbiran Kelantan). High Growth Sector yang kita akan fokuskan mulai tahun ini ialah ‘Tourism, Education, Agriculture and Manufacturing (TEAM)’. Termasuk juga ‘Mining and Monetary’ sectors.
[2] (Selingan: seperti maksud s.taubah, ayat: 112)”(Mereka itu ialah): Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian). (112)”

[3] Allah SWT berfirman dalam surah AlMaidah, bermaksud: hari ini telah aku lengkapkan agama kamu, dan telah aku cukupkan nikmatku kepadamu, dan telah aku redhakan Islam sebagai agama kamu (Islam sebagai cara hidup).

[4] Dengan kaum Melayu, ahli UMNO, kita rasa dah mencapai tahap tepu. Kita rasa sedih kerana mereka menolak. Tapi perasaan sedih ini, bertukar gembira kerana Allah SWT gantikan kaum lain untuk kita berdakwah iaitu dengan DAP dan PKR melalui PR. Kita melalui keadaan yang sama sebagaimana Nabi SAW hadapi ketika berdepan dengan penduduk Taif yang pada masa itu mereka menolak risalah Islam. Lalu, Allah SWT gembirakan Nabi apabila ia didatangi oleh sekumpulan masyarakat jin untuk memeluk Islam dan berjuang untuk Islam.

No comments: