Antara dasar yang kita ingin perkenalkan melalui penerusan ‘Membangun Bersama Islam’ ini ialah:
- Menjadikan Kelantan Pusat Kecemerlangan melalui ICT Tayyibah untuk terus memajukan rakyat Kelantan dalam kualiti hidup secara Islam, termasuk ekonomi dan sosial.
- Memperkenalkan ICT Tayyibbah untuk sektor pasaran Islam iaitu sektor kerajaan, sektor swasta GLC seperti PKINK, PMBK, dan seumpamnya; sektor rumah tangga bagi ibu bapa, bagi remaja bawah umur, institusi Islam seperti masjid dan surau, NGO Islam, Tadika Islam, SRI, sekolah-sekolah YIK, dan lain-lain termasuk partai politik dari PR seperti PAS, PKR, DAP, dan lain-lain yang ingin turut serta bersama PAS dan PR. Cuma kita khuatir jika UMNO dan BN tidak turut serta, mereka akan jauh ketinggalan, dunia dan akhirat.
- Menjalankan latihan secara berterusan melalui program Q&A (Quwwah dan Amanah) supaya semua lapisan rakyat dan pemimpin berkemampuan mengurus dan mentadbir Kelantan sebagai negeri Berkebajikan dengan terus ‘Membangun Bersama Islam’. Kita akan fikirkan untuk meujudkan pusat latihan negeri seperti INTAN iaitu Institut Tadbiran Kelantan sebagai Pusat Tarbiyyah Negara; tapi dasar kita ialah ‘Membangun Bersama Islam’. Dalam modul kursus nanti, kita akan perkenalkan pengurusan kualiti lengkap iaitu berasaskan UMI dan membangun bersama Islam serta yang piawainya adalah terbaik iaitu ‘syariah compliance’.
- Menyusun semula sektor hasil negeri supaya fokus akan kita berikan kepada 4 sektor terpilih iaitu “Tourism, Education, Agriculrure and Monetary (TEAM)”:
- Tourism (Pelancongan) – Kota Bharu Bandaraya Islam Negara dan Kelantan Pusat Pelancongan Islam Negara, terutama dalam Agro-Pelancongan dan Pelancongan Islam berasaskan pendidikan (Edu-Tourism), antara lain iaitu:
- Menjadikan masjid-masjid besar seluruh Kelantan sebagai pusat aktiviti Islam, menjadikan ianya selesa untuk pelancong (dalam dan luar negeri) beribadat. Bagi tujuan merapatkan mereka dekat dengan masjid dan secara langsung pula rapat dengan Allah SWT. Justeru itu, kita mencadangkan supaya masjid-masjid tersebut dinaik tarafkan ketahap yang dipanggil ‘selesa beribadat’ untuk semua kategori pelancong, dalam dan luar negeri. Cara ini bukan sahaja dapat menambah DDI dan FDI, tetapi yang paling penting ialah mendekatkan hambaNya dengan Pencipta melalui konsep pelancongan Islam iaitu ‘Tafakkaru fi khalqiLlah, wala tafakkaru piLlah – bermaksud: berfikirlah dengan ciptaan Allah, bukan berfikir tentang Allah’. Untuk ini, tumpuan kita akan berikan kepada masjid-masjid dalam jajahan berupa pintu masuk ke Negeri Kelantan seperti Masjid Beijing Rantau Panjang (pintu masuk dari Thailand), Masjid Tuanku Muhammad Faris, Gua Musang (pintu masuk dari Pahang, Perak dan Trengganu), Masjid Besar Bandar Jeli (pintu masuk dari Perak dan Thailand melalui Bukit Bunga), Masjid Pasir Putih (katakan di Limbungan - iaitu pintu masuk dari Trengganu), Masjid Besar Kota Bharu (sebagai pusat pelancongan Islam dibawah Kota Bharu bandaraya islam) kerana tempatnya strategik ditepi sungai Kelantan, berdekatan dengan Tambatan D’raja. Ini sesuai kerana disitu juga kita promosikan suasana pelancongan Islam melalui pengangkutan sungai dan rakit pula dijadikan sebagai pasar tani terapung ala ‘Menam Cho Praya, Bangkok’ tapi di ‘river-front’ Kota Bharu, Kelantan.
- Education (Pendidikan) – Kelantan Pusat Tarbiyyah Negara: dibawah sektor ini, kita mensasarkan setiap jajahan perlu ada sebuah Maahad Tahfiz. Ini penting kerana Kelantan mensasarkan KPI nya iaitu ‘seorang hafiz, satu keluarga’ menjelang tahun 2020.[1]
- Agriculture (Pertanian) – Kelantan Jelapang Makanan Negara.
- Keselamatan bekalan makanan ‘halal lagi tayyibah’ (Food Security): ini adalah penting kerana kita mahu Kelantan menjadi negeri penimbal stok makanan halal sepanjang masa terutama bila berlaku krisis kekurangan makanan.
- Serambi Depu.
- Tok Bali pelabuhan perikanan.
- Ladang biofuel Negara iatu CPO, jatropha dan pokok buangan (non-timber trees)[2].
- Jihad ternak.
- Ikan air tawar ampangan pergau.
- Ladang Tamar[3] Negara.
Ladang Rakyat Sawit |
Buah Sawit dari sebuah ladang sawit |
Salah sebuah ladang getah |
Ternakan Lembu intercroping |
Setandan buah Sawit - juga untuk biofuel |
Salah satu contoh ladang tamar Negara - suatu hari nanti |
Antara usaha yang kita sedang lakukan ialah menjadikan Tamar sebagai tanaman hiasan selama tempoh 5 tahun dan menjelang tahun 2020, kita sasarkan supaya Kelantan dan Negara amnya, akan menjadi pengeluar tamar dunia. Ini tidak mustahil dengan khasiat yang ada pada Tamar, ia merupakan ‘Terapi Islam’ melalui permakanan buah tamar iaitu salah satu makanan sunnah para nabi dan sahabat Nabi SAW. Sejarah membuktikan kita bahawa suatu masa dulu, sawit iaitu salah satu kerabat Tamar (nakheel); adalah terasing, dibawa sebagai pokok perhiasan, suatu masa dulu, dan kini, Malaysia menjadi pengeluar sawit dunia. Kita mahu jadikan juga kepada Tamar dengan Kelantan sebagai pelopor utama. Pelabur Arab akan datang melabur dalam perladangan tamar di Kelantan, secara tak lansung akan meningkatkan DDI dan FDI negeri dan Negara yang kini sangat lemah. Inilah salah satu lagi usaha Kelantan untuk mempertingkatkan FDI Negara bila PR memerintah. Dari segi pelancongan, tamar bolih kita jadikan bahan agro-pelancongan kerana rakyat rasa pelik tamar bolih berbuah di Kelantan dalam tempoh yang singkat seperti sawit. Taman tamar yang berbuah akan menghidupkan lagi program ‘Ihya Ramadhan’ setiap tahun di Kelantan. Dengan secara tidak langsung, empat sektor diatas aitu TEAM akan bertambah maju kerana tamar bolih beraksi dalam keempat-empat sektor tersebut sebagai produk sunnah iatu Kelantan pengeluar tamar dunia, Kelantan pusat pendidikan tamar dan Kelantan pusat pelancongan Islam melalui taman tamar, serta jualbeli untuk tujuan amal solih seperti berzakat dan infak, Kelantan bolih memulakan menggunakan matawang sunnah ‘dinar-dirham’ untuk transaksi jual-beli ‘produk sunnah’ iaitu tamar. Tidak hairan jika kita katakana: “Tamar (palm date) is a gift from Allah SWT to rakyat Kelantan, and it is a gift from Kelantan to Malaysia for the world”. Itulah TEMA[4] pelancongan pertanian Islam Kelantan.
Terapi penyakit gejala sosial dengan program solat hajat dan doa selamat dari ayat suci pula merupakan ikhtiar kita perkenalkan mulai sekarang supaya musafir seperti perantau[5] selamat meninggalkan rumah dan juga selamat balik kampung dan pulang.
o Monetary and Manufacturing sector (Kewangan dan Perkilangan):
§ Matawang Islam - Kelantan Pengeluar Dinar Emas, Dirham Perak Negara.
(Nota: harga hari ini, 24/6/2011, bagi Dinar Emas ialah RM711 sedinar, dan bagi dirham Perak ialah RM30 sedirham). Bayangkan, bagi mereka yang telah pun membeli dan menyimpan Dinar dan Dirham, sejak harga mula dikeluarkan dulu iaitu RM300 untuk Dinar dan RM15 untuk Dirham).
Matawang Dinar-Dirham Kelantan |
Ini merupakan usaha jihad yang paling utama setelah berjihad merebut kuasa jahiliyyah dari UMNO-BN kepada kuasa Islam. Menjadi tanggungjawab PAS melalui Kerajaan Islam Kelantan memperkenalkan ‘matawang sunnah’ ini supaya ibadat kita lebih afdhal dan sah disisi Islam. Kita berzakat, berinfak, bermas kahwin dan berhaji; menggunakan ‘matawang sunnah’ ini; sekaligus menghapuskan system riba yang di perkenalkan dan dipromosikan olih puak-puak Yahudi dan Kristian.[6]
§ Mining (Perlombongan) – fokus kepada lombong emas dan minyak petrol.
§ Supply Chain – untuk makanan ‘halal lagi tayyiban’ sebagai ‘produk Kelantan’.
§ Pengeluar makanan berkhasiat – dari tamar dan herba tropikal.
§ Pengeluaran kitab-kitab ilmiah yang bermanafaat untuk rakyat.
Secara ringkasnya, itulah tahap dan proses yang kita nyatakan, yang kita telah laksanakan, sedang laksanakan dan akan laksanakan, selagi mana kita diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah Kelantan dan seterusnya ke Putra Jaya, bersama PR, untuk memerintah Malaysia . Kita paparkan pencapaian kita dan kita nyatakan rancangan tindakan kita; supaya konsep ‘hari ini lebih baik dari semalam, dan esok hendaklah lebih baik dari hari ini’ akan dapat kita tunaikan; disamping memaparkan juga cabaran-cabaran semasa berdepan dengan pihak ‘saing’[7].
[1] (Selingan-kita lakukan ini sebab Yahudi melalui kawan kita UMNO sana, mensasarkan ‘seorang penagih dadah, setiap satu keluarga’).
[2] Bermaksud pokok serupa pokok ‘damba atau kelempayan atau laran atau neolamarckia cadamba’.
[4] TEMA juga bermaksud Tourism, Education, Manufacturing of Dinar Dirham and Agriculture of Tamar.
[5]Ayat 33 dan adat bermusafir. Kita tengok salah faham rakyat bila bermusafir, mereka tak tau solat jama’ dan qasar; dan tak pula solat berjemaah. Jika berjemaah pun, ada yang sembahyang dua imam atau lebih. Ini perlu kita betulkan.
[6]Rujuk ‘The Gold Dinar and Silver Dirham: Islam and The Future of Money by Imrān N. Hosein; maksud hadis: ’ Abū Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah say: "A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing (left) that will be of use (or benefit) save a Dinār (i.e., a gold coin) and aDirham (i.e., a silver coin).” [This prophecy clearly anticipates the eventual collapse of the fraudulent monetary system; the Judeo-Christian alliance that now functioning around the world.] (Musnad, Ahmad)
[7] (Selingan: cara orang kita, mula ‘saing, pah tu, saing’; macam zaman khalifah A.Bakar AS ra, dia berdepan dengan kumpulan riddah yang engkar bayar zakat, kita pula berdepan dengan kerenah orang yang tak nak tengok Islam dilaksanakan sebagai cara hidup yang menyeluruh iaitu orang UMNO).
No comments:
Post a Comment