http://www.youtube.com/watch?v=qkvvUMv5z2g&feature=player_embedded
Tahap Keempat ialah proses menjaga dan mempertahankan (to be maintained) segala amal Islami yang dilakukan atau dilaksanakan di Kelantan, (makmal Islam Kelantan dan penemuannya) yang didokumenkan sebagai dasar pentadbiran Islam Kelantan, hendaklah dijaga dan terus diamalkan[1].
Dalam tahap ini, kita masih mampu mempertahankan Kelantan dan mempertahankan perubahan yang kita perkenalkan demi Islam dan cakno rakyat. Antaranya ialah kita Berjaya mengawal proses supaya Kelantan kekal sebagai negeri yang ‘syariah compiance’ di Negara ini, di rantau Asia dan di dunia ini. Kita mampu kekal beramal dengan apa yang kita dokumenkan untuk amalan negeri dan rakyat Kelantan. Disamping itu kita memperkenalkan perkara berikut supaya kita dapat sentiasa kekal menjaga ‘syariah compliance’ di Kelantan ini:
· Penubuhan Tabung Tok Kenali.
· Mengistiharkan Kota Bharu Bandaraya Islam (5S ala Islam iaitu Suci untuk S2).
· Perbadanan Ladang Rakyat dan pembangunan lading sawit secara berkesan.
· Perbadanan Menteri Besar.
· Gerakan Berdikari Rakyat Kelantan.
· Mempertingkatkan keberkesanan pendidikan tinggi Islam, KIAS.
· Kekal tanpa ‘non-syariah compliance’ iaitu rekod 18 tahun tanpa rasuah.
[1] (Selingan: tahap inilah kita banyak kena uji ni, hingga dalam PR2004, kita Berjaya bertahan memerintah Kelantan dengan 1 kerusi, 2 undi; syabas rakyat Kelantan yang faham dan yang mempertahankan Islam di Kelantan supaya tetap kukuh diamalkan dan supaya terus merebak kenegeri PR lain dan seterusnya ke Putra Jaya, dibawah misi Kelantan Makmal Islam Negara dan dibawah visi Kelantan Pusat Tarbiyyah Negara, insya Allah. Supaya suatu penerusan baru, visi menjadikan Kelantan, the capital state of PR states and Kota Bharu, the capital of Malaysia ).
2 comments:
Kota Bahru sebagai capital city of Malaysia? Interesting. ;-)
Dicadangkan supaya TGNA akan kekal sebagai Mursidul Am, Malaysia, negara Islam berkebajikan. Kuasa terpenting dan fokus ialah kuasa Raja-Raja dibawah YDP Agong, kuasa jentera kerajaan dibawah PM dan kuasa perlaksanaan Islam melalui Mufti-Mufti dibawah Mursidul Am Malaysia. Hanya suatu pandangan sahaja...wallahu'alam.
Post a Comment