Falsafah: "Dunia Ujian Akhirat"; Visi: “Darulnaim, Makmal Islam Negara”; Misi: "Tarbiyyah, Peneraju Cara Hidup Islam Ummah"; Matalamat: "Membina Generasi Kedua AlQuran: Hebat Didunia, Lulus Hisab Allah Diakhirat" Nilai-nilai Utama Rakyat: "Akhlak AlQuran"; Strategi Fokus:"Berpahala & Bebas Hutang; Beriman, Bertaqwa & Beramal Soleh; Proses Tarbiyyah; Islah Tokoh & Duat Sebagai Tutor Akhirat Negara Islam”.
Tuesday, October 21, 2008
Atqan atau ketelitian dalam pengurusan...
Sunday, May 25, 2008
Kelantan: Negeri Rujukan PR
Selepas berita Tun Mahathir keluar UMNO, yang mana ramai lagi turut serta termasuk salah seorang anaknya. Ini menggambarkan bahawa UMNO juga sudah tiada 'pakar rujuk' atau 'penasihat politik' peringkat negara atau global atau 'glokal'. Disebalik terkeluarnya Tun Mahathir dari UMNO, memperlihatkan bahawa ahli UMNO, BN dan rakyat yang menyokong kerajaan dibawah pimpinan Pak Lah merasakan suatu kehilangan tokoh negara, yang begitu dikagumi oleh kebanyakan rakyat selama memerintah Malaysia 22 tahun. Namun beliau tetap dengan keputusannya untuk keluar UMNO, seketika atau selamanya.
Disebalik rakyat dan pemimpin UMNO sendiri kehilangan punca dan ketiadaan 'pakar rujuk' mereka, Tuan Guru MB Kelantan pula melancarkan suatu tindakan berani berupa propaganda positif iaitu Kelantan, Negeri Pakar Rujuk PR dan Negara. Peristiharan ini dilancarkan secara tertutup untuk ahli jentera PAS supaya membina keupayaan untuk memertabatkan Kelantan sebagai negeri rujukan PR dan negara melalui memperkasakan program tarbiyyah di Kelantan untuk semua rakyat Kelantan. Ini termasuklah memperkasakan akhlak muamalat untuk dipraktikkan di Kelantan sebagai makmal, kemudian, akan dicontohi oleh negeri-negeri PR yang lain, kemudiannya oleh negara kita, Malaysia. Pada pandangan saya, 'pakar rujuk' baru dalam bentuk negeri contoh akan dapat kita semua ikuti nanti. Kita, termasuk UMNO juga boleh menumpang teduh dari agenda ini. Tak perlulah UMNO rasa kehilangan 'pakar rujuk' mereka kerana yang lebih baik dari itu ialah dengan mengambil Kelantan sebagai contoh dan tauladan untuk mereka rujuk dan ambil tauladan. Ia bukan sekadar nasihat, tapi telah diamalikan sebagai makmal rujukan negara. Jika terbukti cemerlang akan penemuannya, maka dapatlah yang lain mengambilnya sebagai tauladan melalui uswah Kelantan sebagai negeri rujukan rakyat dan negara. Sudah tentu, keluarnya Tun Mahathir dari UMNO, lebih memberi ruang atau 'void' kepada UMNO atau BN untuk mencari pakar rujuk baru yang lebih hebat. Pada saya, siapa lagi yang lebih hebat selain dari Islam sebagai cara hidup. Jika tak tau atau tak yakin dengannya. ayuh, bersama Kelantan dan PR untuk sama-sama meninggikan syiar Islam dinegara yang kita cintai ini. Hanya Islam sajalah rujukan kita dimana disitu ada panduan yang tidak diragui lagi iaitu al-Quran dan sunnah Rasul s.a.w. Transitnya Tun Mahathir dari UMNO, seketika atau selamanya, adalah peluang untuk UMNO bersama Islam, memperjuangkan Islam bersama PAS dan PR. Marilah kita sama-sama membinanya, membina Negara Berkebajikan berasaskan Islam sebenar. Kita mempunyai peluang untuk melakukakn bersama PR. Peluang ini datang sekali-sekala. Rebutlah bersama PR, peluang yang jarang berlaku ini. Sekarang ni pada saya, bola ditangan Pak Lah atau pada Tun Mahathir. Mereka berdua sedang melihat, toleh belakang, kanan dan kiri...mereka berdua hanya nampak Kelantan sebagai contoh. Jika PR sudah lama nampak, mereka berdua kini sudah nampak. Tun Mahathir, sudah melangkah keluar tapi masih berada dalam satu garisan untuk tunggu Pak Lah belumba atau mengajaknya bersama menyertai PR. Mereka berdua berada atas garisan dengan 'at your mark, get set and....' menunggu signal tembakan untuk berlepas bersama PR dengan menuju kearah Kelantan sebagai rujukan, garis penamatnya adalah Islam sebagai cara hidup sebenarnya. Apa lagi...? Siapa dulu akan mengejar PR, untuk turut serta menjadi juara bersama dalam arena menjadikan Malaysia sebagai negara Islam contoh bagi dunia Islam yang lain. Itulah harapah Prof. Dr. Yusof Qardawi kepada DSAI sebaik saja beliau keluar dari penjara baru-baru ini. Kita nampak, ini bolih berlaku jika semuanya jujur dan ikhlas dalam perjuangan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia. Semoga, doa Tuan Guru MB Kelantan yang hari ini menuju menyahut lambaian sebagai tetamu Allah swt, iaitu untuk menunaikan umrah, yang juga berdoa untuk ini, dalam solat hajatnya dan seterusnya nanti dirumah Allah swt, akan dimakbulkan oleh Allah swt. Ameen, ya Rabal 'alamin.
Monday, May 19, 2008
Tun Dr Mahathir keluar UMNO?: Iktibar Disebalik Perang Uhud...
RIJALUL QURAN: BAGAIMANA KITA?
Salam sebagaimana salam Nabi Sulaiman a.s. kepada Puteri Balqis dengan kalimah bermaksud "sesungguhnya surat ini adalah dari Nabi Sulaiman a.s. dan sesungguhnya ia dengan nama Allah, Ar-Rahman, Ar-Rahim". Begitulah hebatnya burung hud-hud yang disebut dalam Al-Quran sebagai suatu kisah dan tauladan untuk kita mencontohinya. Kemampuan hud-hud ini mencontohi sebagai 'rijal al-quran' iaitu dengan menyampaikan berita kepada Nabi Sulaiman a.s. bahawa ada nun disana, Raja Balqis, memerintah rakyatnya dengan cara tidak mengikut Al-Quran atau cara Islam. Dia, hud-hud, bertindak sebagai pemberita atau duat untuk Nabi Sulaiman a.s. sebagai 'Khalifah' kepada semua makhluk dunia pada itu termasuk rakyatnya dari kalangan jin dan manusia serta dari 'the animal kingdom, the sea kingdom, the plant kingdom, ...' turut taat kepadanya atas perintah Islam. Apa mungkin ada dari kalangan manusia yang masih tidak mahu patuh untuk memilih Islam sebagai cara hidup? Hud-hud yang berjiwa duat dari 'animal kingdom' berjaya memberi khabar kapada Nabi Sulaiman a.s. tentang Puteri Balqis; lalu berjaya mengajaknya bergabung memerintah rakyat jelata dengan cara Islam sebagai cara hidup. Itulah risalah salam dari Sulaiman a.s. untuk Balqis dan pengikutnya supaya menerima Islam sebagai 'way of life' termasuk sebagai 'dustur' iaitu perlembagaan atau 'constitution of the entire kingdom'. Jika hud-hud, adalah beramal sebagai 'lelaki al-Quran'; bagaimana pula kita? Jika dari usahanya tertegaknya kuasa kerajaan gabungan bersama Raja Balqis untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup; apakah kita tidak mahu mengambil hasil dari 'makmal' ini sebagai 'finding dari al-Quran' untuk kita contohinya. Mengapa, jika PR bergabung untuk membentuk 'Pakatan Rakyat' yang kuat di negara ini, turut membolihkan penggabungan yang lebih kuat sehingga membolihkan PR membentuk kerajaan baru jika BN atau UMNO turut serta. Jika Kerajaan Balqis sanggup, mengapa tidak 'kerajaan Islam hadhari' yang dipimpin oleh UMNO mengambil contoh Balqis membawa kerajaannya untuk tunduk patuh bersama kerajaan Sulaiman a.s., menerima Islam sebagai cara hidup, berpakat dengan PR membina kerajaan baru PR, tinggalkan kerajaan BN yang jahiliyyah sekarang dan tubuh kerajaan baru PR. Bergabung sebagai gabungan yang kuat, 'transition state of PR or transition government by agreement, prior to Islamic state'. We shall propose the state as PR new states, that includes PAS, PKR, DAP, UMNO and othe component parties. Pada perkiraan saya, suatu kerajaan yang kuat atau stabil dapat kita bentuk kerana kita dapat mengajak sebanyak 201 kerusi atau lebih, dari 222 kerusi keseluruhannya. Ini adalah kuat dan stabil. Saya kira, kita jika dibiarkan, akan sentiasa dalam keadaan tidak stabil kerana UMNO sedang nazak. Rakyat akan menjadi beban dan mangsa. Kita sepatutnya melangkah bukan sahaja dari 'instability state' to 'stability state' but we should go beyond than that...ie from the current state to the capability state and to even as 'a donor country or state' like UK, USA, Japan, etc. but on the premise that Islam is a way of life. It is a state called transition state prior to Islamic state. We shall propose that under this transition state or the new PR government; there shall be 'three DPM' to support the PM of PR government. If it is PKR the PM, then DPM1, DPM2, DPM3; got to be given to PAS, DAP, BN or others. Apakah kekuatan atau capability dan kebaikan yang kita nikmati dari PR ala model baru ini? Pertama, yang merupakan penyelesaian isu iaitu sebagai model rijalul Quran, kita berjaya membawa orang Melayu UMNO bersatu bersama PAS dan KPR dibawah Islam untuk berdakwah bersungguh-sungguh kepada 'mureed' kita atau 'mantee' kita dari kalangan bukan Islam dalam PR baru nanti untuk menerima Islam sebagai cara hidup. Suatu penggabungan kekuatan untuk Islam, ummah, rakyat, negara dan rahmat seluruh alam.Kedua, kita berjaya membebaskan orang Melayu Islam kembali atas prinsip Islam sebenar BUKAN atas perjuangan Melayu asabiyyah yang terlarang dalam Islam; memungkinkan membawa mereka kepada arah kemurtadan...na'uzubiLlah. Jika mereka, UMNO, mahu berjuang untuk bangsa Melayu, mereka bolih berjuang dengan cara yang diredhai oleh Allah swt iaitu sebagai 'Melayu Islam watani' dibawah kerajaan PR sebagai 'kerajaan peralihan Islam' menjelang 'Islamic state'. Ketiga, kita rakyat Malaysia seluruhnya barulah akan bebas dari mangsa 'ketidakstabilan politik'. Mereka, rakyat, kita semua seterusnya akan bersama dengan kerajaan berusaha untuk meningkatkan prestasi Negara supaya dengan itu Islam berjaya dijadikan sebagai cara hidup dalam negara yang mempunyai pelbagai kaum, ras dan agama. Negara Berkebajikan menjadi nyata, dan rakyat akan 'enjoy' bersamanya. Kita hebat dunia dan lepas hisab Allah swt diakhirat kelak, insya Allah. Wassalamu 'alaikum wr wb.
Sunday, May 18, 2008
TIGA QAF : 3Q
Kita bersyukur pada Allah swt. Kita berdoa padaNya. Solawat dan salam keatas junjungan besar Rasul saw. Semoga kita tetap bersabar dalam perjuangan menegakkan iman dan Islam, agar kita tetap istiqomah dan sentiasa berakhlak mulia dengan akhlak 'hasuna khuluquh' dimana ganjarannya ialah tempat yang tertinggi dalam jannah. Insya Allah.
Kita sambung perbincangan kita yang lalu berhubung '7 Bacalah Al Quran' yang ditarjihkan dari surah pertama yang diturunkan kepada kita iaitu surah 'iqra'...(al-'Alaq)'. Kita telah kupas, 3 dari 7 iaitu: (i) 'Bacalah dengan betul...', (ii) 'Bacalah dengan faham...', (iii) 'Bacalah untuk beramal dengannya..'.
Seterusnya, yang (iv) 'Bacalah untuk kita hafalkan..'. Disebut dalam riwayat bahawa Rasul saw memerintahkan salah seorang sahabat untuk menanam darah bekam Nabi saw disuatu tempat yang tidak dapat diketahui oleh sesiapa pun. Itu perintah Nabi kepadanya. Lalu dicari tempat tersebut tetapi gagal. Pada tafsiranya, tempat yang terbaik ialah dengan cara menelan darah tersebut kedalam perutnya supaya selamat dan tidak dapat dikesan oleh sesiapa pun. Lalu diminum darah bekam Rasul saw. Sahabat itu pun balik menemui Nabi saw dalam keadaan serba salah dan takut dimurkai dengan perbuatannya itu. Bila ditanya, diceritakan apa yang dilakukannya. Lalu nabi memuji sikap itu sambil menyatakan bahawa sesiapa yang didalam tubuhnya ada darah Rasul saw, dia akan bebas dari api neraka. Begitulah umpamanya bagi mereka yang menghafal ayat al-quran, dia akan bebas dari siksa api neraka. Inilah pentingnya, supaya dalam tarbiyyah kita adakan juga bab hafalan al-quran walau pun seayat sehari. Teras ke (v) 'Bacalah untuk di sampaikan kepada keluarga dan masyarakat supaya dapat di amalkannya. Ke (vi) 'Bacalah untuk dijadikan peraturan dan sumber rujukan dalam kemasyarakatan atau muamalat Islamiyah seperti dalam hal perniagaan, ekonomi, siasah dll. Ke (vii) 'Bacalah supaya Al-Quaran di jaga sebagai perlembagaan negara iaitu 'dustur' negara Islam. Inilah yang tertinggi dalam perjuangan kita, seperti maksud al-quran, " sesungguhnya kamilah yang menurunkan al-quran, dan kamilah yang menjaganya...". Jika kita tak sanggup menjaganya, tunggulah. Allah swt akan gantikan kita dengan bangsa lain yang sanggup melaksanakan tugas tersebut.
Dulu tugas tersebut pernah diberikan kepada bangsa Bani Israel iaitu orang Yahudi. Tetapi mereka engkar perintah Allah swt. lalu ditarik balik tugas. Dan gelaran 'ummah terbaik' diberikan pula kepada orang Islam iaitu kita semua hingga sekarang.
Apakah kita mampu meneruskan tugas ini? Bagaimana nak kita pikul tugas ini?
Dari Qaf pertama, 'Iqra'...', kita beralih pula kepada Qaf kedua, iaitu 'Qumillail...illa qalila..', iaitu dari surah 'Muzammil' yang diturunkan seterusnya untuk Rasul saw bangun malam bertakarrub pada Allah swt supaya diberi kekuatan dan kemampuan untuk memikul t/jawab yang berat itu iaitu dakwah. Perintah ini, jika kita lakukan nescaya akan memberi kita kekuatan dalam menghadapai perjuangan yang kita pikul sekarang ini iaitu menegakkan Islam. Tugas menegakkan Islam melalui pembentukan daulah Islamiah, walau pun kita membayangkannya untuk berlaku melalui perancangan kita, katakan pada tahun 2020. Kita dengan itu kena rancang perancangan strategik program tarbiyyah dan latihan kepada kita dan ahli kita secara efektif, supaya dengannya kita mampu dan berhasil. Untuk itu, ianya merupakan perintah Allah swt dalam surah ketiga 'Qaf..' iaitu 'Qum fa anzir...' sebagaimana disebut dalam surah 'Mudathir'. Inilah 3 Qaf atau 3Q yang kita maksudkan berhubung dengan al-quran yang perlu kita lakukan demi 'menjaga al-quran dan menegakkannya sebagai daulah Islamiah'.
Inilah yang kita perlu cemburui. Kita cemburu kepada seorang lelaki yang disebut dalam hadis, bermaksud sbb: "Tidak diizinkan hasad dengki atau mencemburui sesaorang, kecuali dalam dua perkara iaitu; (i) cemburuilah keatas seorang lelaki yang Allah swt berikan padanya Al-Quran, lalu dia tegakkan al-Quran itu, siang dan malam; (ii) cemburuilah juga kepada seorang lelaki yang Allah swt kurniakan kepadanya harta kekayaan, lalu dia infakkannya di jalan Allah swt". Kita insya Allah akan kupaskan maksud hadis ini sebagai motivasi tarbiyyah untuk kita dalam usaha untuk menegakkan Al-Quran ini. WaLlahu 'alam.
Saturday, May 17, 2008
Kelantan Makmal Islam Negara
Perasmian program "Percambahan Fikiran Lajnah Tarbiyyah Kelantan" oleh YAB MB Kelantan pada 16 Mei baru-baru ini, sekali lagi Dato' MB Kelantan membuka mantik baru berhubung dengan slogan membangun bersama Islam di Kelantan. Beliau memaparkan bahawa adalah wajar Kelantan di beri tugas dengan pelbagai nama timangan. Tugas dan t/jawab hanya satu iaitu mengajak ummah, manusia dan rakyat jelata khususnya rakyat Kelantan dan amnya rakyat Malaysia untuk bersama-sama mengabdikan diri pada Allah swt. Objektif ini adalah jelas. Ianya perutusan turun temurun dari para anbia kepada ulama dan kita supaya mengajak manusia menyembah Allah swt. Ianya adalah perutusan yang perlu disambut oleh semua manusia didunia dan didalam alam seluruhnya. Melalui Kelantan, beliau mahukan perutusan para nabi ini dilaksanakan dalam bentuk amali supaya nampak jelas dihayati dan menjadi uswah pada rakyat Kelantan dan rakyat dalam negeri-negeri PR lain termasuklah dari rakyat seluruh negara.
Ianya mencerminkan bahawa setakat ini Kelantan menjadi peneraju dan makmal Islam negara. Setakat ini terdapat lebih dari enam puluh amali berhubung muamalat Islamiah dilakukan di kelantan dalam bentuk 'penambah baikan' atau 'kaizen' iaitu 'itqan' dalam bahasa arab. Itqan ini dilakukan secara berterusan dari masa kesemasa. Tujuannya supaya 'hari ini lebih baik dari semalam dan esok pula lebih dari hari ini'. Antaranya berkaitan dengan 'arrahn'.
Apa pun, kita perlu melihat perkara ini dalam pelbagai dimensi. Antaranya ialah dimensi yang berhubung dengan angkubah moral atau akhlak manusia. Angkubah ini penting. Ianya merupakan sepertiga dari al-quran. Akhlak Nabi saw adalah akhlak al-quran. Al-quran hidup ialah Rasul saw. Rasul saw yang menghidupkan al-quran. Itulah kaitannya. Akhlaknya adalah al-quran hidup. Seluruh al-quran itu diamalikan oleh Rasul saw sebagai model. Semua teras al-quran di hidupkannya untuk kita ikuti atas ikrar "Muhammad RasuluLlah" selepas ikrar tauhid kita kepada Allah swt. Teras pertama al-quran ialah 'baca dengan betul'. Nabi dibacakan oleh Jibril a.s. dan beliau mengikuti semuanya. Para sahabat pula membaca dihadapan beliau dengan betul pula. Diriwayatkan yang sahabat nabi iaitu Abdullah ibn Mas'ud, membaca dengan bacaan yang hampir dengan bacaan Nabi saw. Teras kedua, ialah 'baca untuk difahami'. Jika dulu, al-quran diturunkan sebagai wahyu dan ianya mengikut asbabunnuzul. Ini kerana ianya menyelesaikan segala isu yang berlaku pada masa itu. Kini kita adalah sama. Semua isu ada cara untuk diselesaikannya iaitu dengan Islam. Kefahaman kita bolih kita amalikan. Kita mahu ianya diamalikan di Kelantan sebagai makmal Islam negara, jika pun tempat lain masih belum dapat peluang atau berkemampuan untuk melakukannya. Kemudian, ianya bolih dicontohi oleh rakyat atau negeri lainnya. Teras ketiga pula ialah 'baca dan amalkannya'. Para sahabat mempelajari sebanyak sepuluh ayat sehari bersama Nabi saw sebagai uswah hasanah. Mereka mempraktikkannya. Hinggalah tetubunhnya 'Daulah Islamiyyah' di Madinah dengan menjadikan seluruh al-Quran itu sebagai dustur iaitu piagam atau perlembagaannya. Inilah caranya Islam diamalkan oleh para sahabat sehingga mereka digelar sebagai 'generasi al-Quran pertama'. Apakah kita mampu membentuk semula 'gen2 al-Quran' sebagaimana 'gen1' dari kalangan sahabat? Apapun, kita perlu mampu dan kita kena ujudkannya. Kita mulakannya di Kelantan supaya sasaran kita untuk meujudkannya menjelang tahun 2020, insya Allah, akan tercapai. Jika kita mahu mulakan dengan usrah. Mulakanlah usrah 'muttaqal qiadah' di Kelantan, Tuan Guru adalah naqibnya, begitu juga Kelantan, ianya naqib kepada negeri-negeri lain dari PR atau naqib bagi negara Malaysia.
Kita 'pause' seketika. Kita sambung lagi dengan teras keempat dan seterusnya.
Yang baik itu adalah dariNya. Jika salah silap, harap diampunkanNya. Wassalam.
Sunday, May 4, 2008
Membangun Bersama Islam
Sesuai dengan tema membangun bersama Islam, Kelantan juga meletakkan keutamaan pembangunan negeri bersama maju dengan tuntutan Islam sebagai cara hidup. Apa pun, Islam adalah cara kita untuk hidup dimuka bumi ini supaya kelak diakhirat, cara hidup kita itu dinilai semula. Apakah cara hidup kita itu mempunyai skor yang tinggi nilainya atau ianya tidak pun mencapai tahap untuk lulus. Jika ianya lulus, alhamdulillah. Tapi jika sebaliknya? Kita akan menderita sepanjang hayat diakhirat.
Membangun bersama Islam, memerlukan kecekapan untuk melakukan tugas tersebut kerana tugas itu adalah sebahagian dari tugas pengabdian kepada Pencipta. Kita menyambung perutusan para nabi. "Tidak diutus para nabi, kecuali untuk mengajak manusia mengabdikan diri pada Allah swt, dan menjauhkan diri dari Thaghut". Tugas ini perlu kemampuan yang tinggi. Kita bermula dengan tahap yang tidak stabil iaitu tidak berkeupayaan. Lalu kita ingin melangkah ketahap kestabilan iaitu bolih melakukan tugas dengan penyeliaan yang minimum. Kemudian barulah kita bolih melangkah ketahap 'berkemampuan' iaitu ada quwwah dalam melaksanakan tugas. Ini semua memerlukan proses latihan atau kita panggil tarbiyyah sebagaimana maksud alquran, "bersiap sedialah kamu dengan segala kekuatan yang ada pada kamu". Membawa maksuk kepada kita semua supaya kita berkemampuan dalam R&A kita untuk kita pikul amanah tersebut dengan lebih bermakna, berkesan dan cemerlang. Begitulah umpamanya kita untuk bangun bersama Islam supaya ianya teratur, lengkap, sempurna, berkesan dan menjadikan ianya nikmat kepada seluruh makhluk dimuka bumi ini untuk tujuan akhirat kelak. Inilah sebenarnya tahap "berkebajikan" tang kita ingin capai selama ini. Negeri atau negara berkebajikan menuntut seluruh rakyat yang ada dalam negeri atau negara tersebut supaya berkemampuan untuk memikul tugas R&A masing-masing. Dengannya, setiap kita mampu meningkatkan produktiviti untuk diri, keluarga, negeri dan negara. Sekaligus, dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi melalui zakat dan infak. Kemampuan adalah pra-syarat kepada "kebajikan". Sebab tu, jika kita tengok negara maju, mereka melaksanakan kebajikan untuk rakyat mereka. Kita ambil contoh England umpamanya. Mereka adalah antara negara berkebajikan. Jadi, kita seharusnya lebih berkebajikan lagi dari mereka. Ayuh, kita bangun bersama Islam kerana Islam adalah cara hidup kita. Jika cara hidup mereka adalah jahiliyah, tapi mereka mampu berkebajikan? Apa lagi kita, Islam cara hidup yang tentunya adalah berkemampuan tanpa ada tolak bandingannya.
Sejarah Kelantan Serambi Mekah
Justeru itu, apa pula misinya supaya visi Tuan Guru menjadikan Kelantan sebagai Pusat Tusyen Akhirat dan sekali gus Rakyat Kelantan pula adalah sebagai Tutor, akan menjadi suatu kenyataan kah? Bila? dan bagaimana?