Sunday, May 18, 2008

TIGA QAF : 3Q

ASSALAMU'ALAIKUM;
Kita bersyukur pada Allah swt. Kita berdoa padaNya. Solawat dan salam keatas junjungan besar Rasul saw. Semoga kita tetap bersabar dalam perjuangan menegakkan iman dan Islam, agar kita tetap istiqomah dan sentiasa berakhlak mulia dengan akhlak 'hasuna khuluquh' dimana ganjarannya ialah tempat yang tertinggi dalam jannah. Insya Allah.
Kita sambung perbincangan kita yang lalu berhubung '7 Bacalah Al Quran' yang ditarjihkan dari surah pertama yang diturunkan kepada kita iaitu surah 'iqra'...(al-'Alaq)'. Kita telah kupas, 3 dari 7 iaitu: (i) 'Bacalah dengan betul...', (ii) 'Bacalah dengan faham...', (iii) 'Bacalah untuk beramal dengannya..'.
Seterusnya, yang (iv) 'Bacalah untuk kita hafalkan..'. Disebut dalam riwayat bahawa Rasul saw memerintahkan salah seorang sahabat untuk menanam darah bekam Nabi saw disuatu tempat yang tidak dapat diketahui oleh sesiapa pun. Itu perintah Nabi kepadanya. Lalu dicari tempat tersebut tetapi gagal. Pada tafsiranya, tempat yang terbaik ialah dengan cara menelan darah tersebut kedalam perutnya supaya selamat dan tidak dapat dikesan oleh sesiapa pun. Lalu diminum darah bekam Rasul saw. Sahabat itu pun balik menemui Nabi saw dalam keadaan serba salah dan takut dimurkai dengan perbuatannya itu. Bila ditanya, diceritakan apa yang dilakukannya. Lalu nabi memuji sikap itu sambil menyatakan bahawa sesiapa yang didalam tubuhnya ada darah Rasul saw, dia akan bebas dari api neraka. Begitulah umpamanya bagi mereka yang menghafal ayat al-quran, dia akan bebas dari siksa api neraka. Inilah pentingnya, supaya dalam tarbiyyah kita adakan juga bab hafalan al-quran walau pun seayat sehari. Teras ke (v) 'Bacalah untuk di sampaikan kepada keluarga dan masyarakat supaya dapat di amalkannya. Ke (vi) 'Bacalah untuk dijadikan peraturan dan sumber rujukan dalam kemasyarakatan atau muamalat Islamiyah seperti dalam hal perniagaan, ekonomi, siasah dll. Ke (vii) 'Bacalah supaya Al-Quaran di jaga sebagai perlembagaan negara iaitu 'dustur' negara Islam. Inilah yang tertinggi dalam perjuangan kita, seperti maksud al-quran, " sesungguhnya kamilah yang menurunkan al-quran, dan kamilah yang menjaganya...". Jika kita tak sanggup menjaganya, tunggulah. Allah swt akan gantikan kita dengan bangsa lain yang sanggup melaksanakan tugas tersebut.
Dulu tugas tersebut pernah diberikan kepada bangsa Bani Israel iaitu orang Yahudi. Tetapi mereka engkar perintah Allah swt. lalu ditarik balik tugas. Dan gelaran 'ummah terbaik' diberikan pula kepada orang Islam iaitu kita semua hingga sekarang.
Apakah kita mampu meneruskan tugas ini? Bagaimana nak kita pikul tugas ini?
Dari Qaf pertama, 'Iqra'...', kita beralih pula kepada Qaf kedua, iaitu 'Qumillail...illa qalila..', iaitu dari surah 'Muzammil' yang diturunkan seterusnya untuk Rasul saw bangun malam bertakarrub pada Allah swt supaya diberi kekuatan dan kemampuan untuk memikul t/jawab yang berat itu iaitu dakwah. Perintah ini, jika kita lakukan nescaya akan memberi kita kekuatan dalam menghadapai perjuangan yang kita pikul sekarang ini iaitu menegakkan Islam. Tugas menegakkan Islam melalui pembentukan daulah Islamiah, walau pun kita membayangkannya untuk berlaku melalui perancangan kita, katakan pada tahun 2020. Kita dengan itu kena rancang perancangan strategik program tarbiyyah dan latihan kepada kita dan ahli kita secara efektif, supaya dengannya kita mampu dan berhasil. Untuk itu, ianya merupakan perintah Allah swt dalam surah ketiga 'Qaf..' iaitu 'Qum fa anzir...' sebagaimana disebut dalam surah 'Mudathir'. Inilah 3 Qaf atau 3Q yang kita maksudkan berhubung dengan al-quran yang perlu kita lakukan demi 'menjaga al-quran dan menegakkannya sebagai daulah Islamiah'.
Inilah yang kita perlu cemburui. Kita cemburu kepada seorang lelaki yang disebut dalam hadis, bermaksud sbb: "Tidak diizinkan hasad dengki atau mencemburui sesaorang, kecuali dalam dua perkara iaitu; (i) cemburuilah keatas seorang lelaki yang Allah swt berikan padanya Al-Quran, lalu dia tegakkan al-Quran itu, siang dan malam; (ii) cemburuilah juga kepada seorang lelaki yang Allah swt kurniakan kepadanya harta kekayaan, lalu dia infakkannya di jalan Allah swt". Kita insya Allah akan kupaskan maksud hadis ini sebagai motivasi tarbiyyah untuk kita dalam usaha untuk menegakkan Al-Quran ini. WaLlahu 'alam.

No comments: