Salam dan syukur. Selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga serta sahabatnya. Moga kita terus bersabar dalam akhlak mulia Islam iaitu 'hasuna khulukhuh' - akhlak al-Quran.
Hari ini, kita dikejutkan dengan berita sensasi politik tanah air, apabila mendengar pengumuman Tun Mahathir, mantan PM Malaysia, keluar dari UMNO.
Jika kita baca kisah Perang Uhud, pasukan Islam kalah, setelah menang dalam separuh masa pertama. Sebabnya, kerana pasukan Islam tidak taat kepada arahan pimpinan iaitu Nabi s.a.w. Sedangkan ketaatan itu adalah asas kemenangan perjuangan. Kedua, kerana kehebatan perancangan pasukan musuh yang dipimpin oleh Khalid Ibn Walid r.a. pada ketika itu masih lagi belum memeluk Islam, berjaya mengelirukan tentera pemanah Islam untuk bangkit menang dalam serangan peringkat kedua. Lalu pasukan Islam rebah dan ramai sahabat gugur syahid. Itu adalah angkara strategi musuh pimpinan Khalid Ibn Walid pada masa itu.
Lalu, Nabi s.a.w. mempelawa Khalid Ibn Walid menyertai Islam, melalui saudaranya dengan ungkapan bahawa 'Khalid Ibn Walid adalah orang yang bijak, adalah merugikannya jika kebijaksanaannya itu tidak digunakan untuk Islam. Jika ia bersama Islam, ia akan diberi jawatan yang selayak untuknya supaya dengan tugas itu, ia akan masuk syurga kerana ianya adalah strategis untuk kemenangan Islam'. Pelawaan ini telah disampaikan oleh saudaranya, lalu dia memeluk Islam. Beliau dilantik sebagai panglima perang pasukan Islam sehingga membawa kemenangan Islam seterusnya. Setelah RasuluLlah wafat, sayyidina Abu Bakr r.a. dilantik menjadi khalifah pertama menggantikan RasuluLlah s.a.w. Sekali lagi, beliau berjaya menghapuskan golongan riddah yang engkar membayar zakat kepada khalifah, pada masa itu. Itulah hebatnya Khalid Ibn Walid r.a.
Kini kita berdepan dengan pelbagai isu dalaman negara. Kemenangan PR dalam PR12 baru-baru ini, PR tidak bolih melihat sebagai kemenangan yang stabil. Kemenangan PR hanya untuk separuh masa yang pertama. Pertandingan berehat seketika, sebenarnya. Ada lagi 'separuh masa kedua' untuk PR12 ini? Apakah kita melihat, keluarnya Tun Mahathir dari UMNO, dikira sebagai pertukaran pemain atau pertukaran 'coach' bagi BN. Jika benar ianya dikeluarkan kerana dilihat sebagai membantu pasukan lawan menyumbat gol sendiri, maka saya kira strategi Pengurus Pasukan ini memang bijak. Salah satu daripada banyak faktor kekalahan BN baru-baru ini ialah kerana kritikan lantang Tun Mahathir terhadap ketua pasukannya. Tetapi, siapa pula penggantinya nanti? Apakah, pemain veteran era beliau akan kembali muncul? Antaranya ialah Ku Li atau Tun Musa Hitam? Atau, apakah laluan ini akan diberi peluang kepada pemain yang dikatakan 'scorer' tetapi juga sebagai pembantu kepada ketua pasukan. Mungkin juga, yang berlaku ini adalah bentuk 'kad kuning' yang diberikan untuk perlawanan ini sahaja. Selepas menang nanti, beliau akan diterima masuk semula UMNO untuk perlawanan seterusnya? Atau, mungkin juga beliau sengaja dibuat begitu untuk tidak dilihat yang ianya tidak diberi 'kad merah' kerana tarafnya sebagai pemain profesional yang juga 'coach pasukan' yang begitu hebat dan disanjung tinggi. Lalu ada 'coach muda' yang ingin cepat untuk masuk gelanggang dan terus secara tidak langsung, ianya tersingkir?.
Apapun kemungkinannya, hanya 'strategis' pasukannya saja yang tahu, dimana arahtuju pasukan mereka untuk mereka kembali menang dan terus berkuasa. Pandangan saya, secara peribadi, saya turut gembira, sebagaimana bahagianya MB Kelantan, dengan 'terkeluarnya' Tun Mahathir dari UMNO. Harapan saya ialah agar Tun Mahathir keluar dengan 'kad merah', supaya dia sendiri tak mahu lagi bermain mewakili UMNO untuk pasukan BN selama-lamanya. Dia, sebagai pemain dan juga jurulatih bertaraf dunia, masih mampu untuk memimpin pasukan 'alternatif' lain khususnya bersama PR untuk kemenangan Malaysia dipersada dunia. Bukan itu sahaja, jika pendekatan Khalid Ibn Walid, yang Tun Mahathir contohi, saya kira Malaysia akan kembali hebat, stabil, berkemampuan dan Malaysia akan menjadi benar-benar sebuah 'negara berkebajikan' bertaraf dunia. Kita rakyat Malaysia akan kembali hebat. Jika dulu slogan 'boleh' yang bermaksud 'capable', maka kita akan perkuatkan dalam PR nanti sebagai 'kerajaan baru' yang 'capable' bermaksud 'quwwah & amanah'. Kita reformasikan kesemuanya. Kita reformasikan kerajaan kepada kerajaan baru iaitu 'Kerajaan PR, kerajaan berkebajikan'. Kita reformasikan kepimpinan dan tokoh-tokoh hebat sebagai 'pasukan real madrid' dengan menggabungkan tokoh-tokoh hebat atau 'scorer' untuk bermain sebagai pemimpin dalam kerajaan baru ini. Antara tokoh terkemuka tersebut, ialah DSAI sendiri, Tuan Guru MB Kelantan, Tuan Guru Presiden PAS, Pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan kini pula Tun Mahathir. Gabungan ini adalah mantap kerana masing-masing ada kekuatan melalui pengalaman yang tersendiri. Tun Mahathir mempunyai pengalaman memerintah negara selama 22 tahun. Beliau pernah bersama memimpin negara bersama DSAI sehingga Malaysia terkenal dipersada dunia termasuk di dunia Islam OIC. Kehebatan DSAI yang pernah memimpin ABIM, WAMY dan juga amat terkenal dan berpengaruh dalam dunia Islam, sudah tentu akan membawa negara kepada anjakan dan paradigma baru iaitu kehebatan Islam. Ia akan bermula dari Malaysia. Itu sebenarnya harapan yang disebut oleh tokoh ulama' dunia iaitu Prof. Dr Yusof Qardawi kepada DSAI sebaik sahaja ia dibebaskan dari tahanan penjara. Adalah tiba masanya untuk kita kembali kuat, Jika dulunya, Nabi Yusof a.s. dipenjarakan oleh Raja Mesir, lalu Raja Mesir pula keluarkan beliau dari penjara dan melantik beliau sebagai pemimpin Mesir untuk mentadbir negara. Mesir maju dan jajahan takluknya turut berkembang maju. Raja Mesir boleh bekerjasama dengan Nabi Yusof a.s. walaupun pada masa itu sebenarnya Nabi Yusof lah sebenarnya memerintah.
Begitulah nanti jika Tun Mahathir bersama PR. Jika DSAI menjadi PM. Beliau sebagai penasihat politik, bolih membantu untuk membawa Malaysia terus hebat dikaca mata dunia. Tuan Guru pula melalui program 'itqan', akan 'itqankan' atau 'kaizenkan' kehebatan itu kepada 'Malaysia Hebat Bersama Islam' dipersada dunia. Pengalaman Tun Mahathir sebagai penasihat ekonomi Sudan iaitu 'smart-partnership', khususnya dalam 'oil &gas' bersama Petronas di Sudan; kita pernah menyaksikan suatu perkembangan politik Sudan yang baru iaitu Presiden Sudan dibantu oleh dua timbalannya termasuk satu timbalan presiden dari puak Kristian Sudan, G.John. Perkara yang sama boleh berlaku keatas negara kita bila kita reformasikan kerajaan kita kepada 'kerajaan PR Berkebajikan' dengan melantik tiga jawatan TPM iaitu mewakili PAS, PKR, DAP dan UMNO. PKR dilihat parti pelbagai kaum. Wajar jika PKR dilantik sebagai PM. Jadi, kuota PKR adalah yang paling teratas iaitu untuk jawatan PM negara. Lalu kita ada tiga lagi parti komponen terbesar negara iaitu PAS, DAP dan UMNO. Kita cadangkan supaya DPM1, DPM2 dan DPM3 diberikan kepada PAS, DAP dan UMNO. Jika model ini berlaku, PKR adalah PM kepada kerajaan PR untuk era menjelang tahun 2020. Itukah wawasan Tun Mahathir, bukan bersama BN, tapi bersama PR? Era ini, pada saya adalah era 'Kerajaan Peralihan'. Suatu 'kelok pusingan' graf dari 'Kerajaan Islam Hadhari' BN kepada 'Kerajaan Berkebajikan' dimana 'the turning curve' adalah 'Kerajaan Peralihan PR' yang dipimpin oleh PKR?, bagi memulakan jejak tapak.
Hari ini bermulanya proses 'turning curve' tersebut. Proses ini akan menjadi efektif jika kita mampu mentarbiyyahkan tokoh-tokoh negara terkemuka tersebut supaya berperanan kearah persediaan pembentukan negara berkebajikan iaitu 'Malaysia Negara Berkebajikan Tahun 2020'. Antara proses tarbiyyahnya ialah melalui program 'Islah Tokoh Negara'. Kita mulakan dengan muzakarah 'muttaqal qiadah tokoh negara peringkat tertinggi' iaitu Tuan Guru Mursyidul Am PAS (sebagai 'Mursidul Am Negara'), Tuan Guru Presiden PAS, DSAI, Tun Mahathir dan Lim Kit Siang. Apa kata, jika dalam muzakarah ini, kita jemput Prof. Dr. Yusof Qardawi sebagai pembentang kertas kerja bertajuk 'Fiqh Daulah: Malaysia Sebuah Negara Berkebajikan menjelang Tahun 2020" dan tokoh-tokoh tersebut diatas itu adalah ahli panel muzakarahnya?.
Mengapa perlu ini semua? Mengapa perlu Tun Mahathir untuk turut serta bersama PR? Apa hebatnya Tun Mahathir untuk memperkuatkan kerajaan PR ini? Saya banyak mengkaji hal ini, samada dari 'content analysis' atau dari segi 'strategic planning' berhubung dengan karismatik Tun Dr Mahathir. Jika kita 'strategise'kan kekuatan tokoh-tokoh yang disebut diatas tadi, Malaysia mampu gegar dunia. Jika Islam sebagai cara hidupnya, Kelantan sebagai makmal Islam negara, akan mampu melaksanakan tugas ini jika 'diberi kuasa'. Itulah penting peranan memperkasakan 'R&A' iaitu 'Tugas dan Kuasa" untuk kebajikan ummah dan dunia Islam sejagat. Kerajaan PR sebenarnya mampu sebagai 'Kerajaan Berkebajikan', dan kita sedang memulakan tapak untuk melangkah kearahnya. Kita sudah melangkah. Jom, mari melangkah bersama PR.
Sekian, wassalam. Kita tengok dan insya Allah, saya akan kupaskan nanti, apa hebatnya program 'integrasi tokoh negara' ini, sebagai langkah awal kearah pembentukan 'Negara Islam'?
No comments:
Post a Comment