Assalamu'alaikum;
Perasmian program "Percambahan Fikiran Lajnah Tarbiyyah Kelantan" oleh YAB MB Kelantan pada 16 Mei baru-baru ini, sekali lagi Dato' MB Kelantan membuka mantik baru berhubung dengan slogan membangun bersama Islam di Kelantan. Beliau memaparkan bahawa adalah wajar Kelantan di beri tugas dengan pelbagai nama timangan. Tugas dan t/jawab hanya satu iaitu mengajak ummah, manusia dan rakyat jelata khususnya rakyat Kelantan dan amnya rakyat Malaysia untuk bersama-sama mengabdikan diri pada Allah swt. Objektif ini adalah jelas. Ianya perutusan turun temurun dari para anbia kepada ulama dan kita supaya mengajak manusia menyembah Allah swt. Ianya adalah perutusan yang perlu disambut oleh semua manusia didunia dan didalam alam seluruhnya. Melalui Kelantan, beliau mahukan perutusan para nabi ini dilaksanakan dalam bentuk amali supaya nampak jelas dihayati dan menjadi uswah pada rakyat Kelantan dan rakyat dalam negeri-negeri PR lain termasuklah dari rakyat seluruh negara.
Ianya mencerminkan bahawa setakat ini Kelantan menjadi peneraju dan makmal Islam negara. Setakat ini terdapat lebih dari enam puluh amali berhubung muamalat Islamiah dilakukan di kelantan dalam bentuk 'penambah baikan' atau 'kaizen' iaitu 'itqan' dalam bahasa arab. Itqan ini dilakukan secara berterusan dari masa kesemasa. Tujuannya supaya 'hari ini lebih baik dari semalam dan esok pula lebih dari hari ini'. Antaranya berkaitan dengan 'arrahn'.
Apa pun, kita perlu melihat perkara ini dalam pelbagai dimensi. Antaranya ialah dimensi yang berhubung dengan angkubah moral atau akhlak manusia. Angkubah ini penting. Ianya merupakan sepertiga dari al-quran. Akhlak Nabi saw adalah akhlak al-quran. Al-quran hidup ialah Rasul saw. Rasul saw yang menghidupkan al-quran. Itulah kaitannya. Akhlaknya adalah al-quran hidup. Seluruh al-quran itu diamalikan oleh Rasul saw sebagai model. Semua teras al-quran di hidupkannya untuk kita ikuti atas ikrar "Muhammad RasuluLlah" selepas ikrar tauhid kita kepada Allah swt. Teras pertama al-quran ialah 'baca dengan betul'. Nabi dibacakan oleh Jibril a.s. dan beliau mengikuti semuanya. Para sahabat pula membaca dihadapan beliau dengan betul pula. Diriwayatkan yang sahabat nabi iaitu Abdullah ibn Mas'ud, membaca dengan bacaan yang hampir dengan bacaan Nabi saw. Teras kedua, ialah 'baca untuk difahami'. Jika dulu, al-quran diturunkan sebagai wahyu dan ianya mengikut asbabunnuzul. Ini kerana ianya menyelesaikan segala isu yang berlaku pada masa itu. Kini kita adalah sama. Semua isu ada cara untuk diselesaikannya iaitu dengan Islam. Kefahaman kita bolih kita amalikan. Kita mahu ianya diamalikan di Kelantan sebagai makmal Islam negara, jika pun tempat lain masih belum dapat peluang atau berkemampuan untuk melakukannya. Kemudian, ianya bolih dicontohi oleh rakyat atau negeri lainnya. Teras ketiga pula ialah 'baca dan amalkannya'. Para sahabat mempelajari sebanyak sepuluh ayat sehari bersama Nabi saw sebagai uswah hasanah. Mereka mempraktikkannya. Hinggalah tetubunhnya 'Daulah Islamiyyah' di Madinah dengan menjadikan seluruh al-Quran itu sebagai dustur iaitu piagam atau perlembagaannya. Inilah caranya Islam diamalkan oleh para sahabat sehingga mereka digelar sebagai 'generasi al-Quran pertama'. Apakah kita mampu membentuk semula 'gen2 al-Quran' sebagaimana 'gen1' dari kalangan sahabat? Apapun, kita perlu mampu dan kita kena ujudkannya. Kita mulakannya di Kelantan supaya sasaran kita untuk meujudkannya menjelang tahun 2020, insya Allah, akan tercapai. Jika kita mahu mulakan dengan usrah. Mulakanlah usrah 'muttaqal qiadah' di Kelantan, Tuan Guru adalah naqibnya, begitu juga Kelantan, ianya naqib kepada negeri-negeri lain dari PR atau naqib bagi negara Malaysia.
Kita 'pause' seketika. Kita sambung lagi dengan teras keempat dan seterusnya.
Yang baik itu adalah dariNya. Jika salah silap, harap diampunkanNya. Wassalam.
No comments:
Post a Comment