Bagi kita rakyat Kelantan dan juga bukan rakyat Kelantan, kita tahu sangat dengan nama panggilan bagi negeri kita ni. Ada yang gelarkan Kelantan sebagai negeri Tok Janggut. Ada pula memanggilnya negeri Cik Siti Wan Kembang, dan ada pula menamakan Kelantan sebagai Serambi Mekah. Gelaran itu semuanya ada makna dan sebabnya. Bagi saya, gelaran Kelantan sebagai Serambi Mekah adalah yang terhebat dari sudut menceritakan rakyat Kelantan secara ringkasnya adalah begitu rapat dengan ahlul Makkah suatu ketika dulu, hingga kini. Gelaran Tok Janggut pula melambangkan yang di Kelantanlah adanya pejuang Islam yang mati sebagai syahid menentang penjajah Inggeris. dari kalangan wanita atau lebih hebat lagi sekarang kita gelarkan mereka muslimat, juga turut serta menghunus keris berjuang sehingga muncul tokoh dan gelaran Kelantan negeri Cik Siti wan Kembang. Di sudut yang lain pula, ujud tokoh-tokoh hebat seperti Tok Kenali dan Tok Guru Pondok yang menjadikan Kelantan terkenal diseluruh negara dan serantau dunia. Jika itu berterusan, memang layaklah kita gelarkan Kelantan untuk abad ini sebagai Negeri Kecemerlangan Akhirat atau lebih mudah lagi sebagai Kelantan Pusat Tusyen Akhirat. Inilah hasrat Tuan Guru YAB Menteri Besar Kelantan. Selama memerintah Kelantan iaitu lebih 18 tahun, banyak 'kaizen' berupa penambahbaikkan kepada pentadbiran dan pemerintahan Kelantan telah di perkenalkan dibawah kepimpinan beliau. Antaranya, yang paling unik ialah, mengadakan kuliah Jumaat waktu pagi dipasar besar Kota Bharu untuk rakyat Kelantan yang pergi disitu untuk membeli belah dipasar Jumaat disamping mendengar kuliah Tuan Guru. Program ini amat popular diKelantan hingga bukan sahaja ianya dapat dimanafaat oleh rakyat Kelantan dalam negeri, bahkan kini dapat di ikuti secara on-line oleh semua rakyat di luar Kelantan secara global melalui internet, TVK.com antara jam 9:30 hingga 10:30 pagi, setiap Jumaat. Ribuan rakyat Kelantan hadhir setiap kali ianya diadakan. Itulah nikmatnya. Tuan Guru mahukan rakyatnya menjadi 'Tutor' kepada rakyat Malaysia lain untuk sama-sama berjaya dan cemerlang di hari akhirat nanti.
Justeru itu, apa pula misinya supaya visi Tuan Guru menjadikan Kelantan sebagai Pusat Tusyen Akhirat dan sekali gus Rakyat Kelantan pula adalah sebagai Tutor, akan menjadi suatu kenyataan kah? Bila? dan bagaimana?
No comments:
Post a Comment