Jika kita dilahirkan didunia ini bertujuan untuk diuji Allah swt; antara ujiannya ialah amanah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Maka kali ini kita membicarakan tentang R&A iaitu responsibility & authority. Setiap kita ada R&A tersendiri. Ianya merupakan amanah yang dipikul. Untuk memikulnya kita perlu ada daya kemampuan dan kekuatan. Islam menamakannya quwwah. Kekuatan atau quwwah ini adalah suatu keperluan yang dituntut oleh Islam sebelum kita menerima tanggungjawab atau R&A untuk kita pikulkan. Tanpa quwwah, kita tak mampu melakukannya.
Sesuai dengan tema membangun bersama Islam, Kelantan juga meletakkan keutamaan pembangunan negeri bersama maju dengan tuntutan Islam sebagai cara hidup. Apa pun, Islam adalah cara kita untuk hidup dimuka bumi ini supaya kelak diakhirat, cara hidup kita itu dinilai semula. Apakah cara hidup kita itu mempunyai skor yang tinggi nilainya atau ianya tidak pun mencapai tahap untuk lulus. Jika ianya lulus, alhamdulillah. Tapi jika sebaliknya? Kita akan menderita sepanjang hayat diakhirat.
Membangun bersama Islam, memerlukan kecekapan untuk melakukan tugas tersebut kerana tugas itu adalah sebahagian dari tugas pengabdian kepada Pencipta. Kita menyambung perutusan para nabi. "Tidak diutus para nabi, kecuali untuk mengajak manusia mengabdikan diri pada Allah swt, dan menjauhkan diri dari Thaghut". Tugas ini perlu kemampuan yang tinggi. Kita bermula dengan tahap yang tidak stabil iaitu tidak berkeupayaan. Lalu kita ingin melangkah ketahap kestabilan iaitu bolih melakukan tugas dengan penyeliaan yang minimum. Kemudian barulah kita bolih melangkah ketahap 'berkemampuan' iaitu ada quwwah dalam melaksanakan tugas. Ini semua memerlukan proses latihan atau kita panggil tarbiyyah sebagaimana maksud alquran, "bersiap sedialah kamu dengan segala kekuatan yang ada pada kamu". Membawa maksuk kepada kita semua supaya kita berkemampuan dalam R&A kita untuk kita pikul amanah tersebut dengan lebih bermakna, berkesan dan cemerlang. Begitulah umpamanya kita untuk bangun bersama Islam supaya ianya teratur, lengkap, sempurna, berkesan dan menjadikan ianya nikmat kepada seluruh makhluk dimuka bumi ini untuk tujuan akhirat kelak. Inilah sebenarnya tahap "berkebajikan" tang kita ingin capai selama ini. Negeri atau negara berkebajikan menuntut seluruh rakyat yang ada dalam negeri atau negara tersebut supaya berkemampuan untuk memikul tugas R&A masing-masing. Dengannya, setiap kita mampu meningkatkan produktiviti untuk diri, keluarga, negeri dan negara. Sekaligus, dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi melalui zakat dan infak. Kemampuan adalah pra-syarat kepada "kebajikan". Sebab tu, jika kita tengok negara maju, mereka melaksanakan kebajikan untuk rakyat mereka. Kita ambil contoh England umpamanya. Mereka adalah antara negara berkebajikan. Jadi, kita seharusnya lebih berkebajikan lagi dari mereka. Ayuh, kita bangun bersama Islam kerana Islam adalah cara hidup kita. Jika cara hidup mereka adalah jahiliyah, tapi mereka mampu berkebajikan? Apa lagi kita, Islam cara hidup yang tentunya adalah berkemampuan tanpa ada tolak bandingannya.
No comments:
Post a Comment