Selepas berita Tun Mahathir keluar UMNO, yang mana ramai lagi turut serta termasuk salah seorang anaknya. Ini menggambarkan bahawa UMNO juga sudah tiada 'pakar rujuk' atau 'penasihat politik' peringkat negara atau global atau 'glokal'. Disebalik terkeluarnya Tun Mahathir dari UMNO, memperlihatkan bahawa ahli UMNO, BN dan rakyat yang menyokong kerajaan dibawah pimpinan Pak Lah merasakan suatu kehilangan tokoh negara, yang begitu dikagumi oleh kebanyakan rakyat selama memerintah Malaysia 22 tahun. Namun beliau tetap dengan keputusannya untuk keluar UMNO, seketika atau selamanya.
Disebalik rakyat dan pemimpin UMNO sendiri kehilangan punca dan ketiadaan 'pakar rujuk' mereka, Tuan Guru MB Kelantan pula melancarkan suatu tindakan berani berupa propaganda positif iaitu Kelantan, Negeri Pakar Rujuk PR dan Negara. Peristiharan ini dilancarkan secara tertutup untuk ahli jentera PAS supaya membina keupayaan untuk memertabatkan Kelantan sebagai negeri rujukan PR dan negara melalui memperkasakan program tarbiyyah di Kelantan untuk semua rakyat Kelantan. Ini termasuklah memperkasakan akhlak muamalat untuk dipraktikkan di Kelantan sebagai makmal, kemudian, akan dicontohi oleh negeri-negeri PR yang lain, kemudiannya oleh negara kita, Malaysia. Pada pandangan saya, 'pakar rujuk' baru dalam bentuk negeri contoh akan dapat kita semua ikuti nanti. Kita, termasuk UMNO juga boleh menumpang teduh dari agenda ini. Tak perlulah UMNO rasa kehilangan 'pakar rujuk' mereka kerana yang lebih baik dari itu ialah dengan mengambil Kelantan sebagai contoh dan tauladan untuk mereka rujuk dan ambil tauladan. Ia bukan sekadar nasihat, tapi telah diamalikan sebagai makmal rujukan negara. Jika terbukti cemerlang akan penemuannya, maka dapatlah yang lain mengambilnya sebagai tauladan melalui uswah Kelantan sebagai negeri rujukan rakyat dan negara. Sudah tentu, keluarnya Tun Mahathir dari UMNO, lebih memberi ruang atau 'void' kepada UMNO atau BN untuk mencari pakar rujuk baru yang lebih hebat. Pada saya, siapa lagi yang lebih hebat selain dari Islam sebagai cara hidup. Jika tak tau atau tak yakin dengannya. ayuh, bersama Kelantan dan PR untuk sama-sama meninggikan syiar Islam dinegara yang kita cintai ini. Hanya Islam sajalah rujukan kita dimana disitu ada panduan yang tidak diragui lagi iaitu al-Quran dan sunnah Rasul s.a.w. Transitnya Tun Mahathir dari UMNO, seketika atau selamanya, adalah peluang untuk UMNO bersama Islam, memperjuangkan Islam bersama PAS dan PR. Marilah kita sama-sama membinanya, membina Negara Berkebajikan berasaskan Islam sebenar. Kita mempunyai peluang untuk melakukakn bersama PR. Peluang ini datang sekali-sekala. Rebutlah bersama PR, peluang yang jarang berlaku ini. Sekarang ni pada saya, bola ditangan Pak Lah atau pada Tun Mahathir. Mereka berdua sedang melihat, toleh belakang, kanan dan kiri...mereka berdua hanya nampak Kelantan sebagai contoh. Jika PR sudah lama nampak, mereka berdua kini sudah nampak. Tun Mahathir, sudah melangkah keluar tapi masih berada dalam satu garisan untuk tunggu Pak Lah belumba atau mengajaknya bersama menyertai PR. Mereka berdua berada atas garisan dengan 'at your mark, get set and....' menunggu signal tembakan untuk berlepas bersama PR dengan menuju kearah Kelantan sebagai rujukan, garis penamatnya adalah Islam sebagai cara hidup sebenarnya. Apa lagi...? Siapa dulu akan mengejar PR, untuk turut serta menjadi juara bersama dalam arena menjadikan Malaysia sebagai negara Islam contoh bagi dunia Islam yang lain. Itulah harapah Prof. Dr. Yusof Qardawi kepada DSAI sebaik saja beliau keluar dari penjara baru-baru ini. Kita nampak, ini bolih berlaku jika semuanya jujur dan ikhlas dalam perjuangan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia. Semoga, doa Tuan Guru MB Kelantan yang hari ini menuju menyahut lambaian sebagai tetamu Allah swt, iaitu untuk menunaikan umrah, yang juga berdoa untuk ini, dalam solat hajatnya dan seterusnya nanti dirumah Allah swt, akan dimakbulkan oleh Allah swt. Ameen, ya Rabal 'alamin.
No comments:
Post a Comment