Thursday, April 28, 2011

Islam itu cara hidup, bekerja itu ibadah

Islam itu cara hidup, bekerja itu ibadah

Sempena dengan hari pekerja, Ahad, 1 May 2011.

Islam itu ialah cara hidup untuk manusia, terutama sekali orang Islam. Manusia yang beriman kepada Allah swt, mereka berpegang teguh kepada Islam kerana dengannya mereka dapat melalui proses kehidupan dengan mudah. Islam itu mudah difahami dan mudah pula diikuti. Sedar atau tidak, kita ini hidup dengan cara hidup Islam. Perutusan Nabi Muhammad saw sebagai Rasul mengajar kita bagaimana untuk menjadikan Islam itu sebagai cara hidup. Cara bagaimana kita beribadat, makan, minum, tidur dan sebagainya yang kita lalui termasuk cara kita berkerja supaya semua itu menjadi ibadah kepada kita. Kita hidup itu adalah dalam ibadah selama hayat kita masih ada.

Imam Hassan Albanna, menyebut bahawa “masa itu ialah kehidupan”, bukan “masa itu emas”. Pandangan ini melihat bahawa harta dan kekayaan didunia ini adalah sebagai pahala diakhirat nanti, kerana manusia meletakkan seluruh hidupnya sebagai ibadah termasuk bekerja. Berehat diwaktu malam adalah suatu kehidupan yang juga dikira ibadah. Bekerja diwaktu siang juga dikira ibadah. Inilah kehidupan kita. Siang kita tidur, pun dikira ibadah apatah lagi jika beribadat dengan bangun malam bersolat tahajjud dan membaca quran dan sebagainya. Semua itu jika kita ambil Islam sebagai cara hidup maka kita dikira beribadah kepada Khalik, Pencipta kita.
Masa kita itu adalah umur kita dan seluruh umur kita itu adalah kehidupan. Kita hidupkan keseluruhan kehidupan kita itu dengan ibadah kerana kita jadikan Islam itu sebagai cara hidup kita. Disiang hari, kita bekerja mencari nafkah untuk kita hidup supaya kehidupan kita itu berlalu dengan masa sebagai beribadah. Inilah yang dimaksukkan makna surah Al-Asr mengenai masa:
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan yang berpesan kepada kebenaran, dan yang berpesan kepada kesabaran”.
Tanpa Islam sebagai cara hidup, kehidupan manusia itu akan rugi. Didunia rugi dan diakhirat pun rugi. Manusia rugi didunia kerana tidak memanafaatkan masa hidupnya sebagai pekerja yang beramal soleh atau pekerja yang baik. Pekerja yang baik itu bila dia bekerja, dia menjadikan Islam sebagai cara untuk bekerja, lalu dia peroleh wang untuk berbelanja didunia dan juga pahala untuk bekalan akhiratnya dari apa yang ia belanjakan tersebut serta dari apa yang ia kerjakannya. Apa yang dibelanjakan untuk diri, keluarga, rumahtangga dan sebagainya adalah dikira infak dan merupakan saham akhirat. Inilah yang dimaksudkan oleh junjungan besar kita Nabi SAW apabila di berseloroh dengan para sahabatnya tentang soalan matematik mantik yang maksudnya berbunyi: ‘Dari sepuluh ekor burung yang terbang diudara, tiga ekor kena tembak, berapa ekor yang tinggal? Tanya Nabi SAW kepada para sahabat dalam gurauannya. Lalu para sahabat sepakat menjawab, tinggal lagi tujuh. Jawapan itu sebenarnya tidak betul, kata Nabi SAW. Tiga ekor yang kena tembak itulah yang tinggal. Tujuh ekor lagi terbang entah kemana. Itulah perumpamaan mantik dari matematik tersebut bahwa yang terjatuh itu umpama apa yang kita belanjakan atau kerjakan didunia dan dikira saham pahala kita diakhirat nanti, dan yang kita tidak belanjakan itu ialah umpama burung yang terbang itu, entah kemana perginya bila kita mati nanti. Nikmat sebagai harta didunia pun kita rugi dan pahala diakhirat pun kita tak perolehi. Ia terbang entah kemana. Inilah yang kita panggil konsep amal soleh atau kerja terbaik.
Terdapat tiga syarat membolehkan kerja itu dikira ‘ibadah, amal soleh atau kerja terbaik’ iaitu kerjabuat yang:
1) Niatnya ikhlas kerana Allah SWT semata-mata,
2) Dilakukan dalam batas-batas syariat Allah SWT,
3) Dilakukan oleh seorang Muslim,
Jika kita beriman dan berkerja didalam sesebuah firma, maka kita adalah bernilai pada firma tersebut kerana kita berkerja dengan cara hidup Islam dan dikira ibadah. Ibadah itu berkat. Berkat itu ‘kesan sinergi’ atau ‘synergistic effect’. Bila kesan ini dikumpulkan dari pelbagai pekerja tadi, maka kumpulan amalan mereka dari apa yang mereka kerjakan akan menjadi lebih baik, berkualiti dan terbaik. Inilah kita panggil barakah yang akan memberikan keuntungan kepada sesebuah firma atau sesebuah negara. Kesan barakah ini pula melonjakkan nilai KPI firma atau jabatan ditempat ia berkerja. Lalu dia memperbaiki amalan dan kerjanya bagi tujuan memperbaiki nilai kehidupannya dari masa kesemasa. Dia bersabar dengan proses kerjanya, kehidupannya, dimana jua dia berada, dengan slogan KPInya, iaitu ‘hari ini lebih baik dari semalam dan esok aku mau lebih baik dari hari ini’. Inilah kehidupan berasaskan ‘Islam itu cara hidup, dan berkerja itu ibadah’.
Jika konsep ini kita abaikan dalam kehidupan kita, bukan sahaja kita rugi didunia ini, tetapi juga kita akan rugi diakhirat nanti. Hidup didunia tanpa wang ringgit, dan diakhirat tanpa pahala.
Secara pribadi, dia rugi, dan firma pula rugi kerana dia sebahagian dari pekerja firma tersebut. Bila firma rugi, rakan pekerja yang lain juga turut menanggung kerugian. Nilai firma akan turun kerana modal insan firma tersebut tiada nilai keberkatannya. Jika banyak firma-firma jenis ini ujud, negara kita juga turut rugi. Kajian dinegara barat membuktikan bahaawa kesan modal insan seperti ini merupakan salah satu punca dari banyak faktor yang menyebabkan firma rugi dan bankrap. Ekonomi merudum dan negara pula menjadi gagal dalam pemerintahannya. Sehubungan dengan ini, saya teringat sebuah kisah silam. Seorang rakyat bertanyakan seorang imam terkenal bagaimakah caranya untuk beliau menyelesaikan isu tanaman ladangnya yang tidak menjadi. Imam itu menjawab, baliklah kamu dan beristighfarlah. Itu saja. Ya, itu saja, kata Imam tersebut. Lalu beliau balik dan melakukan seperti apa yang disuruh. Tahun berikutnya, dia datang lagi mengadu kepada Imam tersebut. Kali ini dia mengadu kerana tanaman ladangnya begiti subur dan banyak pula mengeluarkan hasil dan berlebihan. Lalu dia bertanya kepada Imam itu, apa patut dia lakukan. Lalu Imam itu menjawab, bersyukurlah pada Allah SWT. Kisah ini menceritakan kepada kita bahawa Islam itu cara hidup dan ia dapat menyelesaikan segala isu jika kita jadikan ia cara hidup termasuk budaya kerja kita.
Maksud hadis, dari Rasulullah SAW pernah ditanya tentang kerja yang paling baik? Baginda bersabda: “Usaha yang paling baik sekali, ialah usaha sesaorang kamu dengan tangannya, semua jualbeli yang diredhai Tuhan.”

Sabdanya lagi, bermaksud: “Sebaik-baik perusahaan ialah perusahaan seorang pekerja, jika ia melakukan dengan sebaik-baiknya.”
Pekerja yang mahir dalam kerjanya, cekap dan teliti hasil usahanya, itulah dikira pekerja yang baik. Maksud teliti disini ialah itqan atau berkualiti dalam melakukan kerjanya. Inilah tuntutan dari apa yang kita maksudkan Islam itu cara hidup. Seni kemahiran ini sepatutnya dimiliki oleh orang Islam supaya pekerja Islam mampu menjadi ‘pekerja terbaik sepanjang hayat’. Ini kerana disebalik kualiti kemahirannya, beliau sebagai pekerja Islam juga memiliki nilai-nilai dari sifat Nabi SAW iaitu ‘Siddiq, Amanah, Tabligh dan Pathanah’ iatu bersifat ‘Qawiyyun Amin’. Kalimah ini dipetik dari kisah Nabi Musa AS dengan Nabi Shuib AS tatkala Nabi Musa AS yang mempunyai sifat berkemahiran dan amanah sebagai pekerja terbaikbersetuju bekerja dengan Nabi Shuib AS selama tempoh tersentu dengan upah antara lain mengambil salah seorang anak Nabi Shuib AS sebagai isteri. Bekerja itu ibadah kerana Islam itu adalah cara hidup kita
Islam menganjurkan kita berusaha sebagaimana maksud al-Quran dari surah an-Naba’ ayat 11 dan dari surah al-A’raf ayat 10 iaitu: “Kami (Allah) menjadikan waktu siang itu untuk mengusahakan kehidupan.” “Dan Kami (Allah) jadikan bagi kamu padanya (bumi) sebagai lapangan kehidupan, tetapi sedikit sekali kamu bersyukur.” Masa siang untuk bekerja mencari nikmat untuk teruskan kehidupan dan bumi sebagai tempat untuk kita mencari kenikmatan, seperti maksud ayat dari surah al-Jumu’ah, ayat 10: “Maka bertebarlah dimuka bumi, serta carilah rezeki dari kurnia Allah.”
Perhatikan pula maksud dari beberapa hadis Rasulullah SAW antaranya menceritakan bagaimana untuk berusaha, mengapa perlu kita berusaha, siapa yang lebih baik sebagai pekerja atau pengusaha dan apakah usaha atau kerja yang dikatakan terbaik untuk sesaorang itu usahakan.
Maksud sabda Nabi SAW: “Andaikata sesaorang kamu mengambil talinya lalu berusaha mencari kayu-kayan; yang diikatkan dibelakangnya itu lebih utama daripada dia mendapati seseorang yang diberikan Allah pengurniaanNya, lalu meminta-minta kepadanya samada diberi atau ditolak.”
Suatu ketika, sedang Nabi SAW sedang duduk bersama para sahabatnya, maka mereka Nampak seorang anak muda yang gagah perkasa sedang berusaha mencari rezeki. Mereka berkata: Sayang sekali, alangkah baiknya jika anak muda ini menggunakan tenaga kegagahannya untuk berjuang fi-sabilillah? Mendengar hujah tersebut, baginda lalu menangkis dengan bersabda (maksudnya): “Jangan berkata begitu, kerana sesungguhnya jika ia keluar berusaha untuk mencari rezeki bagi anak-anaknya yang masih kecil, nescaya perjalanannya itu pada sabilillah juga. Jika ia keluar berusaha untuk mencukupi dirinya, nescaya perjalanannya itu pada sabilillah juga. Tetapi jika ia keluar berusaha untuk bermegah diri dan menyombong, nescaya perjalanannya itu pada jalan syaitan.”
Pengajarannya ialah supaya:
1) Bagaimana kita sebagai pekerja sentiasa berusaha untuk bekerja dengan lebih tekun iaitu ‘itqan’ dan berkualiti serta teliti pula dalam kerjanya.
2) Siapa berusaha dengan tangannya bermaksud pekerja itu harus mempunyai kemampuan bekerja dengan mahir sehingga keperingkat berkualiti tinggi iaitu kearah mencapai kecacatan sifar (zero defect). Juga berusaha dengan tangannya, bermaksud dengan kuasanya supaya dia dapat menggunakan kuasanya dengan adil kearah mencapai batas-batas Allah SWT. Termasuk dalam kepentingan menggunakan kuasanya untuk menyampaikan ilmu dan kefahaman kepada pekerjanya yang dibawah kuasanya supaya memahami Islam dan memahami seni kerjanya dengan lebih mahir lagi bagi meningkatkan prestasi kerjanya dari masa kesemasa. Hari ini lebih baik dari semalam, dan esok hendaklah lebih baik dari hari ini (konsep penambah-baikan secara berterusan).
3) Apa jua kerja, usaha atau dengan jualbeli yang diredhai Tuhan pula bermaksud menjauhi penipuan dan amanah dalam kerjanya. Tiga golongan manusia yang tidak masuk syurga ialah penipu, orang bakhil dan pengungkit akan bakti (kerja baik) yang dilakukan sebelumnya. Inilah maksud pekerja yang amanah lagi berkemampuan (qawiyyu amin).
4) Bila pekerja itu bekerja dengan niat ikhlas mencari rezeki adalah dikira sama seperti berjuang dijalan Allah; sebaliknya jika bekerja untuk tujuan bermegah-megahan mengumpul kekayaan atau untuk mengejar pangkat, maka perjalanan kerjanya itu adalah pada jalan syaitan, sia-sialah kerjanya.
5) Tujuan dan mengapa bekerja bermaksud bekerja mencari rezeki untuk diri dan keluarga itu adalah kefardhuan dan ianya lebih baik dari amalan sunat yang lain kerana syarat amal soleh itu ialah amalan fardu mengatasi amalan sunat.
6) Bumi ini adalah tempat kita berusaha dan waktu kerja yang terbaik adalah waktu siang.
Semoga, nukilan ini dapat membimbing kita kearah menjadi seorang pekerja atau pengusaha yang terbaik disisi Allah SWT. Kita akan dinilai didunia ini sebagai ‘The Best Employee’ kerana mempunyai kemampuan mencapai KPI yang optimum didalam kerjanya dan diakhirat pula sebagai hamba yang mendapat rahmat Allah SWT kerana berjaya melaksanakan amanah didunia dalam usaha “Khadimul Ummah”. Itulah harapan yang kita doakan supaya beroleh ‘hasanah didunia dan hasanah diakhirat’.
Sempena dengan hari pekerja ini, marilah kita menghayati konsep ruh “qawiyyun amin’ ,slogan ‘hari ini hendaklah lebih baik dari semalam, dan esok hendaklah lebih baik dari hari ini’, tasawwur 'Islam itu cara hidup dan bekerja itu adalah suatu ibadah’ dan falsafah ‘masa itu adalah kehidupan’; supaya kita insya Allah akan menjadi ‘pekerja terbaik, didunia dan diakhirat’.
Waallahu ‘Alam.

Wednesday, April 27, 2011


“Aslama wajhahu liLlah..” ( أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّه) :iaitu yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya)

Daripada surah AlBaqarah, ayat 112, Allah berfirman berhubung maksud pengabdian kepadaNya dalam tulus ikhlas, liwajhiLlah iaitu dengan ungkapan ‘aslama wajhahu lillah..’. Ungkapan yang menjelaskan konsep ‘amal soleh yang sebenar kerana dalam ayat sebelum ayat ini, puak yahudi dan nasrani menyatakan yang amalan merekalah yang terbaik  yang  Allah SWT terima. Kemudian Allah mencabar mereka untuk memberi bukti jika benar apa yang mereka katakan. Ternyata mereka gagal dan bohong semata-mata. Lalu Allah SWT berfirman dengan maksud ayat seperti dibawah:
بَلَىٰ مَنۡ أَسۡلَمَ وَجۡهَهُ ۥ لِلَّهِ وَهُوَ مُحۡسِنٌ۬ فَلَهُ ۥۤ أَجۡرُهُ ۥ عِندَ رَبِّهِۦ وَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ (١١٢)
“(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang dia pula berusaha supaya baik amalannya, maka dia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (2:112)”.
﴿بَلَى مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ﴾
“Ya! iaitu barang siapa menyerahkan wajahnya (dirinya) kepada Allah (mengikut agama Allah iaitu Islam ) dan dia  adalah Muhsin) yang bermaksud: melakukan amal perbuatan dengan keikhlasan, kerana Allah semata-mata, tanpa syirik terhadapNya”.  

Allah berfirman:
﴿فَإنْ حَآجُّوكَ فَقُلْ أَسْلَمْتُ وَجْهِىَ للَّهِ وَمَنِ اتَّبَعَنِ﴾
 “Oleh sebab itu jika mereka berhujah (menyangkal dan) membantahmu (wahai Muhammad), maka katakanlah: Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang yang mengikutku(3:20).

Abu Al-`Aliyah dan Ar-Rabi` mengatakan bahawa,
﴿بَلَى مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّهِ﴾
“Ya! barangsiapa menyerahkan wajahnya (dirinya) kepada Allah (mengikut agama Allah iaitu Islam )”  (Yes! But whoever submits his face (himself) to Allah) means, "Whoever is sincere with Allah.''
Sa`id bin Jubayr pula berkata, ﴿بَلَى مَنْ أَسْلَمَ﴾  (Yes! But whoever submits) means, he is sincere, ﴿وَجْهَهُ﴾  (his face (himself)) meaning, in his religion. ﴿وَهُوَ مُحْسِنٌ﴾  (Dan ia adalah Muhsin) iaitu mengikuti syariat Rasul SAW. Sebab ada dua syarat bagi amal perbuatan yang akan diterima; amal perlu dilakukan kerana Allah semata-mata iaitu ikhlas dan amal itu hendaklah mengikut syari;ah Allah SWT sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasul SAW melalui sunnahnya. Jika amal itu tulus ikhlas, tetapi tidak sesuai dengan Syari `ah, maka tidak akan diterima. 
Rasul SAW bersabda:       
«مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَد»
Barangsiapa melakukan amal perbuatan yang tidak sesuai dengan syari’at Islam (agama),  maka  akan  ditolak” (Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim). 
Oleh kerana itu, perbuatan baik daripada para pendita Yahudi  dan Nasrani tak akan diterima, jika pun mereka   tulus untuk Allah sahaja,  kerana  perbuatan   tersebut tidak sesuai  dengan  kaedah  Rasulullah SAW,  yang diutus untuk seluruh umat manusia. 

Terdapat banyak firman Allah tentang perkara amal seperti  tersebut, diatas iaitu:

﴿وَقَدِمْنَآ إِلَى مَا عَمِلُواْ مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَآءً مَّنثُوراً ﴾
“Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan. (23)”
(And We shall turn to whatever deeds they (disbelievers, polytheists, sinners) did, and We shall make such deeds as scattered floating particles of dust.) (25:23)
﴿وَالَّذِينَ كَفَرُواْ أَعْمَـلُهُمْ كَسَرَابٍ بِقِيعَةٍ يَحْسَبُهُ الظَّمْآنُ مَآءً حَتَّى إِذَا جَآءَهُ لَمْ يَجِدْهُ شَيْئاً﴾
Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, (lalu dia menuju ke arahnya) sehingga apabila dia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; (demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkanya)
(As for those who disbelieved, their deeds are like a mirage in a desert. The thirsty one thinks it to be water, until he comes up to it, he finds it to be nothing.) (24:39) and,
﴿وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خَـشِعَةٌ - عَامِلَةٌ نَّاصِبَةٌ - تَصْلَى نَاراً حَامِيَةً - تُسْقَى مِنْ عَيْنٍ ءَانِيَةٍ ﴾
Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina. (2) Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah. (3) Mereka tetap menderita bakaran Neraka yang amat panas (membakar). (4) Mereka diberi minum dari mata air yang menggelegak panasnya. (5)
 (Some faces, that Day will be humiliated. Laboring, weary. They will enter in the hot blazing Fire. They will be given to drink from a boiling spring) (88:2-5).
Walaupun amal itu sesuai  dengan Syari `ah secara lahiriah, tetapi ianya tidak dilakukan dengan tulus ikhlas kerana Allah semata-mata, maka amal tersebut juga akan ditolak,  seperti   dalam  kes  orang munafik  dan orang-orang yang melakukan perbuatan mereka kerana riak. 

Begitu juga sebaliknya, amalnya mengikut syari’ah tetapi tidak ikhlas liwajhiLlah; amal itu tertolak:
“When the deed conforms to the Shari`ah outwardly, but the person did not perform it sincerely for Allah alone, the deed will also be rejected, as in the case of the hypocrites and those who do their deeds to show off”. Dalam AlQuran Allah berfirman (dengan maksud):
﴿إِنَّ الْمُنَـفِقِينَ يُخَـدِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُواْ إِلَى الصَّلَوةِ قَامُواْ كُسَالَى يُرَآءُونَ النَّاسَ وَلاَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلاَّ قَلِيلاً ﴾
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang)”. (142)
(Verily, the hypocrites seek to deceive Allah, but it is He Who deceives them. And when they stand up for As-Salah (the prayer), they stand with laziness to be seen by people, and they do not remember Allah but little.) (4:142) and,
﴿فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ - الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَـتِهِمْ سَاهُونَ - الَّذِينَ هُمْ يُرَآءُونَ - وَيَمْنَعُونَ الْمَاعُونَ ﴾
“(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang; (4) (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (5) (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya), (6) Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya). / (7)”.
 (So woe unto those performers of Salah (prayers) (hypocrites). Those who delay their Salah (from their stated fixed times). Those who do good deeds only to be seen (of men). And withhold Al-Ma`un (small kindnesses)) (107:4-7).
This is why Allah said,
﴿فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَآءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَـلِحاً وَلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدَا﴾
“Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya. (110)”.
 (So whoever hopes for the meeting with his Lord, let him work righteousness and associate none as a partner in the worship of his Lord) (18: 110). He also said in this Ayah,
﴿بَلَى مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ﴾
“(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang dia pula berusaha supaya baik amalannya”, (Yes, but whoever submits his face (himself) to Allah (follows Allah's religion of Islamic Monotheism) and he is a Muhsin). Allah's statement,”
﴿فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ﴾
“maka dia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Shall have their reward with their Lord, on them shall be no fear, nor shall they grieve) guaranteed them the rewards and safety from what they fear and should avoid”.

Seterusnya Sa`id bin Jubayr berkata, ﴿فَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ﴾    “Maka tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka "(There shall be no fear on them) in the Hereafter, and ﴿وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ﴾    “dan  mereka pula tidak akan berdukacita”. (nor shall they grieve) about their imminent death.''

Itulah sedikit sebanyak beberapa petikan dari tafsir Ibn Kathir mengenai ‘amal soleh’ yang diterima sebagai amalan ikhlas liwajhiLlah, untuk sampai pada Allah SWT, melepasi tujuh petala langit; atau sebaliknya mengenai amalan yang ditolak oleh Allah SWT. Tulisan ini dirujuk sebagai tambahan kepada yang sebelum ini untuk renungan dan tindakan kita semua.

WaLlahu’alam. Wassalam.

Perselisihan Kepelbagaian bukan Pertentangan


"perselisihan yang membawa kepada pemilihan dalam organisasi, jemaah atau parti adalah kepelbagaian bukan pertentangan...."

“Tabi'at manusia berbeza, melahirkan perselisihan kepelbagaian, bukan pertentangan. Kepelbagaian sumber kekuatan sedang pertentangan melemahkan. Itulah hikmahNya. Pokok disiram dengan air yang sama, tetapi buahnya berbeza, melebihi dari sesetengahnya yang lain.” (Prof. Dr Yusof Qardawi, 'KebangkitanIslam: antara perselisihan yang dibenarkan dan perpecahan yang dicela').


Tabiat manusia, hidup dimuka bumi ini, dengan gaya yang berbeza. Berbeza dari segi pemikiran (fikrah) kerana perbezaan ini melahirkan kepelbagaian pendapat melalui perselisihan pandangan tetapi kearah menegakkan tasawwur perjuangan yang serupa. Walau tidak seia dan sekata, tetapi mereka berebut untuk menegakkan kebenaran atas dasar perjuangan, secara berpasukan, berakhlak mulia dan berkesan dalam tindakan. Inilah ruh demokrasi yang kita panggil ‘syura’ dari kalangan para sahabat. Kita tahu bahawa bagaimana perselisihan kepelbagaian yang ditunjukkan oleh para sahabat iaitu berhubung dengan pandangan melakukan solat witir, umpamanya. Sayyidina Umar berpendapat bahawa masa untuk melakukan solat witir, kena tidur dulu, dan melakukanya selepas bangun tidur; sedangkan Sayyidina Abu Bakr berpendapat masa melakukannya, adalah boleh, sebelum tidur. Perselisihan ini berlaku dihadapan RasululuLlah SAW sendiri, dan ianya merupakan hikmah serta rahmat kepada kita sebagai suatu tarbiyyah. Maksudnya, Nabi SAW mengiakan kedua-dua pandangan tersebut sebagai suatu kepelbagaian pandangan yang berupa perselisihan, bukan pertentangan. Keduanya diterima sebagai kepelbagaian mengikut waqi’ (situasi, masa dan suasana) dan mengikut kemampuan (qawiyyun) manusia iaitu kita semua. Kemampuan (qawiyyun) sesaorang itu, mengikut Ibn Khaldun, secara fitrahnya, mempunyai empat dimensi iaitu 50% dari segi kemampuan ruhani, 20% kemampuan berfikir, 20% kemampuan saikologi perasaan dan 10% kemampuan jasmani. Maksud kemampuan disini ialah, kekuatan dan kelemahan. Jika kita optimumkannya dengan waqi’ iaitu peluang dan ancaman yang berlaku pada masa dan ketika itu (time frame); akan menjadi sinergi berupa kekuatan berpasukan (jemaah) yang kita panggil ‘barakah’ dalam perjuangan. Integrasi seperti inilah yang kita inginkan sebagai hikmah dan rahmat untuk melahirkan suatu strategi perjuangan yang berkesan. Dimensi yang kuat, bertambah kuat; yang lemah diperkuatakan melalui kepebagaian yang ada pada ahli jemaah atau sesuatu organisasi itu.

Tanggungjawab memberkatkan (synergistic effect) jemaah atau sesuatu organisasi yang berasaskan Islam itu, adalah ditangan pemimpin (qiadah). Pemimpin wajib (fardhu keatasnya) melaksanakan melalui penguatkuasaan peraturan dan arahan organisasi atau jemaah mengikut tuntutan Islam.

Inilah penguatkuasaan fardhu seperti yang dimaksudkan oleh tafsir Ibn Kathir berhubung dengan ‘...nahi mungkar’ dari maksud petikan ayat-ayat al-Quran dari Surah AlImran (104, 110 dan 114) dan dari surah AtTaubah seperti dibawah atau dari hadis yang berkaitan (..biyadih iaitu fardhu menguatkuasakan peraturan Islam):


“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (3:104)


Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)...(3:110)


Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh. (3:114)


(Mereka itu ialah): Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian). (9:112)


Kefardhuan tersebut adalah yang mesti berlaku disemua peringkat tanzim dalam jemaah atau organisasi Islam. Kita faham bahawa sesuatu organisasi itu akan dipanggil jemaah Islam jika ianya mempunyai sekurang-kurang enam unsur seperti berikut iaitu ada qiadah, ada syura, ada tanzim, ada muhasabah terhadap pimpinan, ada thiqah terhadap qiadah dan ada ketaatan dari kalangan ahli melalui peraturan dan arahan yang ada.

Oleh itu, sebarang tindakan ahli, pada setiap masa, hendaklah mengikut batas-batas yang digariskan melalui unsur-unsur tanzim tersebut yang jika organisasi itu adalah dalam bentuk NGO atau parti politik, iaitu melalui perlembagaannya. Namun, perlembagaan yang ada adalah tertakluk kepada ‘hududiLlah’ iaitu ‘syariah Islam’.

Oleh itu, pada hemat saya, pertandingan untuk merebut mana-mana jawatan dalam parti khususnya pati Islam, PAS, hendaklah digalakkan atas ruh kepelbagaian perselisihan pendapat untuk memperkuatkan jemaah disetiap proses perjuangan. Setiap pemimpin yang bergelar ‘qiadah’; perlu berilmu, faham, beramal, menjaga amalannya, menambahbaikkan amalannya dan amalan berjemaah dari masa kesemasa dan perlu berterusan istiqamah dalam penambah-baikkan amal jamaah yang dianggotainya dan yang ia bertanggungjawab sebagai penguasa mengikut kehendak Islam mengatasi kehendak peraturan yang bercanggah dengan Islam. Ini adalah penting supaya tidak berlaku ‘sekularisma dalam bentuk jahiliyyah moden’ dalam mentadbir dan mengurus jemaah. Sekular yang biasa kita dengar ialah ‘politik suku, agama suku’; maka kita tidak mahu ada berlaku sekular dalam jemaah dengan ‘parti suku, usrah suku dan dakwah suku...’.

Kita kena betul-betul faham bahawa pertandingan seperti ini adalah juga merupakan proses tarbiyyah melalui konsep syura diperingkat sesuatu tanzim parti. Jika, setelah, syura peringkat tersebut memutuskan melalui mesyuaratnya untuk ada pemilihan diperingkatnya, maka ia adalah merupakan suatu keputusan syura diperingkat tersebut seperti peringkat cawangan, kawasan atau negeri. Proses syura ini adalah syarie’, maka ada barakah mengikut tuntutan Islam:


hendaklah kamu mesyuarah dari kalangan kamu...” dan “apabila kamu memutuskan melalui syura, maka bertawakkallah kepada Allah dengan keputusan itu..”.


Pada pandangan saya, qiadah tidak berhak untuk membatalkan mana-mana keputusan syura yang dibuat oleh mana-mana peringkat dibawah tanzimnya selagi dia mengikut syariat Allah SWT. Rasulullah SAW, paling banyak melakukan syura dengan para sahabat, untuk mencari keberkatan dalam membuat keputusan. Jika kita ketepikan amalan syura ini, maka tiadalah barakah iaitu kesan sinergi (synergistic effect), sebagaimana yang kita selalu gunakan dalam istilah pengurusan moden sekarang.


Begitulah maksud yang kita kena kaitkan dan kita kena faham dalam kontek pemilihan parti disemua peringkat tanzim (organisasi), iaitu cawangan, kawasan, negeri dan pusat serta diperingkat dewan-dewan. Pemilihan adalah proses syura dan keputusan untuk ada pemilihan diperingkatnya juga adalah diputuskan oleh mesyuarat diperingkatnya yang juga dikira keputusan syura.

Sebarang campur tangan akan menyebabkan tiadanya barakah diperingkat tersebut, dan seterusnya hilangnya barakah dalam jemaah yang akan membawa kepada kelemahan parti dan kekalahan dalam perjuangan jemaah. Kalah dalam pilihanraya, kecil atau besar, dan lemah dalam pentadbiran dan pengurusan organisasi. Ahli hilang ‘thiqah’ kepada ‘qiadah’ dan akhirnya fenomina ini akan menyumbangkan suatu kekuatan kepada musuh.

Kita tahu, antara lain, kita mampu menang dengan kelemahan dan isu yang ada pada musuh iaitu BN. Tetapi, jika kita tidak menjelaskan maksud sebenar pemilihan dalam parti sebagai sumber kekuatan ahli, maka alangkah ruginya ‘peluang’ ini. Isu yang kita hadapi ini adalah peluang berupa hikmah dan rahmat serta barakah kepada perjuangan; bukan mudharat. Inilah kita panggil salah satu dari kepelbagaian dalam perselisihan sebagai sumber kekuatan parti. Melalui proses ini, kita kena garapkan isu tersebut, supaya ahli bertambah matang dengan ‘tafaquh fi din’ iaitu untuk berfungsi sebagai ahli yang memilih calon dalam pemilihan itu berdasarkan kefahaman perjuangan sebenar. Ahli yang faham sebagai ‘ahlul aqli, wal uqdi’; memilih calon mengikut tuntutan terkini perjuangan parti, bukan atas sebab kempen atau lobi-melobi untuk 'qutlah (puak tertentu)' dengan cara tidak syari’yyah seperti 'kawan makan kawan' atau seumpamanya.

Ahli yang kita mahu adalah ahli yang memahami bahawa pertukaran pimpinan adalah untuk tujuan penambah-baikkan yang berterusan. Itulah, kepelbagaian dalam perselisihan kerana yang diperselisihkan itu akan merupakan tema baru penambah-baikkan bagi qiadah baru yang dipilih. Qiadah sebelumnya telah pun memberi sumbangan yang optimum semasa beliau memegang amanah tersebut. Umpama proses memperlengkapkan batu-bata yang disusun rapi, supaya dari hari kesehari, ada tambahan batu-bata baru yang disusun sehingga siapnya sebuah bangunan yang kukuh dan kuat. Itulah perbezaan dalam kemampuan (qawiyyun) yang kita perlukan untuk kekuatan perjuangan supaya Islam bukan sahaja akan kekal menang tetapi juga ada penambah-baikkan secara berterusan hingga akhir hayat.

Pada saya, jika ada cawangan yang mencalonkan, saya terima itu sebagai salah satu usaha beramal dengan suatu proses syura untuk tujuan mencari redha Allah SWT dan barakahNya. Calon yang bertanding untuk pemilihan juga beramal soleh secara jama'ie bagi tujuan melepaskan takthirnya dengan qiadah dan yang paling penting dengan Allah SWT. Kalah menang hanya berlaku dalam permainan. Kita sebagai calon yang bertanding dalam pemilihan parti bukan melihat kalah atau menang, tetapi melakukan amal soleh bagi mencari redha Allah melalui proses syura. Terpilih atau tidak, dia akan mengharapkan pahala jua dariNya, insya Allah. Begitu juga, jika dia tidak bertanding dalam pemilihan atas sebab syari'e seperti ia diarahkan oleh pimpinan atasan supaya menarik balik pencalonannya. Tindakan untuk tidak bertanding itu adalah kerana memenuhi amal ketaatan kepada kepimpinan yang juga merupakan 'amal soleh'. Apa jua tindakan, perlulah kita lihat dari syarat 'amal soleh' supaya kita semua mendapat barakah.


Inilah yang saya maksudkan dengan ungkapan:


pemilihan dalam parti melahirkan kepelbagaian sumber kekuatan sedang pertentangan melemahkan. Itulah hikmahNya. Pokok disiram dengan air yang sama, tetapi buahnya berbeza, melebihi dari sesetengahnya yang lain”.


Ianya merupakan ‘proses syura’ yang memberikan kesan sinergi iaitu barakah kepada jemaah atau parti politik Islam untuk kekuatan perjuangan.

Tugas ‘qiadah’ ialah meneliti iaitu ‘itqan’ mengawal proses tersebut. Itqan akan isu tanzim tempatan disemua peringkat dan akan sumbangan sebagai 'khadimul ummah' yang telah diberikan semasa era kepimpinan atau tempoh perkhidmatan seseorang itu. Qiadah atasan perlu secara jujur mengiktiraf sumbangan beliau yang ia lakukan dengan sepenuh kemampuan yang ia ada iaitu dari kekuatan dan kelemahan. Apakah kekuatan digembelingkan sepenuhnya dan apakah sudah sampai kelemahan yang ada ditimbalkan dengan kekutan sumber dari rakan sepasukannya untuk kesinambungan perjuangan supaya lebih mantap lagi.

"Dekad ini, lebih baik dari dekad lalu, penggal depan pula hendaklah lebih baik dari penggal semasa".


Perjuangan secara berpasukan perlu diteruskan atas ruh maksud surah Al-'Asr iaitu 'berpesan kepada kebenaran, dan berpesan kepada kesabaran'.


WaLlah’alam. Wassalam. Bersambung, insya Allah.

perselisihan kepelbagaian, bukan pertentangan

"perselisihan kepelbagaian bukan pertentangan...."

“Tabi'at manusia berbeza, melahirkan perselisihan kepelbagaian bukan pertentangan. Kepelbagaian sumber kekuatan sedang pertentangan melemahkan. Itulah hikmahNya. Pokok disiram dengan air yang sama, tetapi buahnya berbeza, melebihi dari sesetengahnya yang lain”.

Tabiat manusia, hidup dimuka bumi ini, dengan gaya yang berbeza. Berbeza dari segi pemikiran (fikrah) kerana perbezaan ini melahirkan kepelbagaian pendapat melalui perselisihan pandangan tetapi kearah menegakkan tasawwur perjuangan yang serupa. Walau tidak seia dan sekata, tetapi mereka berebut untuk menegakkan kebenaran atas dasar perjuangan, secara berpasukan, berakhlak mulia dan berkesan dalam tindakan. Inilah ruh demokrasi yang kita panggil ‘syura’ dari kalangan para sahabat. Kita tahu bahawa bagaimana perselisihan kepelbagaian yang ditunjukkan oleh para sahabat iaitu berhubung dengan pandangan melakukan solat witir, umpamanya. Sayyidina Umar berpendapat bahawa masa untuk melakukan solat witir, kena tidur dulu, dan melakukanya selepas bangun tidur; sedangkan Sayyidina Abu Bakr berpendapat masa melakukannya, adalah boleh, sebelum tidur. Perselisihan ini berlaku dihadapan RasululuLlah SAW sendiri, dan ianya merupakan hikmah serta rahmat kepada kita sebagai suatu tarbiyyah. Maksudnya, Nabi SAW mengiakan kedua-dua pandangan tersebut sebagai suatu kepelbagaian pandangan yang berupa perselisihan, bukan pertentangan. Keduanya diterima sebagai kepelbagaian mengikut waqi’ (situasi, masa dan suasana) mengikut kemampuan (qawiyyun) manusia iaitu kita semua. Kemampuan (qawiyyun) sesaorang itu, mengikut Ibn Khaldun, secara fitrahnya, mempunyai empat dimensi iaitu 50% dari segi kemampuan ruhani, 20% kemampuan berfikir, 20% kemampuan perasaan dan 10% kemampuan jasmani. Maksud kemampuan disini ialah, kekuatan dan kelemahan. Jika kita optimumkannya dengan waqi’ iaitu peluang dan ancaman yang berlaku pada masa dan ketika itu (time frame); akan menjadi sinergi berupa kekuatan berpasukan (jemaah) yang kita panggil ‘barakah’ dalam perjuangan. Integrasi seperti inilah yang kita inginkan sebagai hikmah dan rahmat untuk melahirkan suatu suatu strategi perjuangan yang berkesan. Dimensi yang kuat, bertambah kuat; yang lemah diperkuatakan melalui kepebagaian yang ada pada ahli jemaah atau sesuatu organisasi itu.

Tanggungjawab memberkatkan (synergistic effect) jemaah atau sesuatu organisasi yang berasaskan Islam itu, adalah ditangan pemimpin (qiadah). Pemimpin wajib (fardhu keatasnya) melaksanakan melalui penguatkuasaan peraturan dan arahan organisasi atau jemaah mengikut tuntutan Islam. Inilah penguatkuasaan fardhu seperti yang dimaksudkan oleh tafsir Ibn Kathir berhubung dengan ‘...nahi mungkar’ dari maksud petikan ayat-ayat al-Quran dari Surah AlImran (104, 110 dan 114) dan dari surah AtTaubah seperti dibawah atau dari hadis yang berkaitan (..biyadih iaitu fardhu menguatkuasakan peraturan Islam).

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (3:104)

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)...(3:110)

Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh. (3:114)

(Mereka itu ialah): Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian). (9:112)”.

Kefardhuan tersebut adalah yang mesti berlaku disemua peringkat tanzim dalam jemaah atau organisasi Islam. Kita faham bahawa sesuatu organisasi itu akan dipanggil jemaah Islam jika ianya mempunyai sekurang-kurang enam unsur seperti berikut iaitu ada qiadah, ada syura, ada tanzim, ada muhasabah, ada thiqah terhadap qiadah dan ada ketaatan dari kalangan ahli melalui peraturan dan arahan yang ada. Oleh itu, sebarang tindakan ahli, pada setiap masa, hendaklah mengikut batas-batas yang digariskan melalui unsur-unsur tanzim tersebut yang jika organisasi itu adalah dalam bentuk NGO atau parti politik, iaitu melalui perlembagaannya. Namun, perlembagaan yang ada adalah tertakluk kepada ‘hududiLlah’ iaitu ‘syariah Islam’.

Oleh itu, pada hemat saya, pertandingan untuk merebut mana-mana jawatan dalam parti khususnya pati Islam, PAS, hendaklah digalakkan atas ruh kepelbagaian perselisihan pendapat untuk memperkuatkan jemaah disetiap proses perjuangan. Setiap pemimpin yang bergelar ‘qiadah’; perlu berilmu, faham, beramal, menjaga amalannya, menambahbaikkan amalannya dan amalan berjemaah dari masa kesemasa dan perlu berterusan istiqamah dalam penambah-baikkan amal jamaah yang dianggotainya dan yang ia bertanggungjawab sebagai penguasa mengikut kehendak Islam mengatasi kehendak peraturan yang bercanggah dengan Islam. Ini adalah penting supaya tidak berlaku ‘sekularisma dalam bentuk jahiliyyah yang moden’ dalam mentadbir dan mengurus jemaah. Sekular yang biasa kita dengar ialah ‘politik suku, agama suku’; maka kita tidak mahu ada berlaku sekular dalam jemaah dengan ‘parti suku, usrah suku dan dakwah suku...’.

Kita kena betul-betul faham bahawa pertandingan seperti ini adalah juga merupakan proses tarbiyyah melalui konsep syura diperingkat sesuatu tanzim parti. Jika, setelah, syura peringkat tersebut memutuskan melalui mesyuaratnya untuk ada pemilihan diperingkatnya, maka ia adalah merupakan suatu keputusan syura diperingkat tersebut seperti peringkat cawangan, kawasan atau negeri. Proses syura ini adalah syarie’, maka ada barakah mengikut tuntutan Islam: “hendaklah kamu mesyuarah dari kalangan kamu...” dan “apabila kamu memutuskan melalui syura, maka bertawakkallah kepada Allah dengan keputusan itu..”. Pada pandangan saya, qiadah tidak berhak untuk membatalkan mana-mana keputusan syura yang dibuat oleh mana-mana peringkat dibawah tanzimnya selagi dia mengikut syariat Allah SWT. Rasulullah SAW, paling banyak melakukan syura dengan para sahabat, untuk mencari keberkatan dalam membuat keputusan. Jika kita ketepikan amalan syura ini, maka tiadalah barakah iaitu kesan sinergi (synergistic effect), sebagaimana yang kita selalu gunakan dalam istilah pengurusan moden sekarang.

Begitulah maksud yang kita kena kaitkan dan kita kena faham dalam kontek pemilihan parti disemua peringkat tanzim (organisasi), iaitu cawangan, kawasan, negeri dan pusat serta diperingkat dewan-dewan. Pemilihan adalah proses syura dan keputusan untuk ada pemilihan diperingkatnya juga adalah diputusakan oleh mesyuarat diperingkatnya yang juga dikira keputusan syura. Sebarang campur tangan akan menyebabkan tiadanya barakah diperingkat tersebut, dan seterusnya hilangnya barakah dalam jemaah yang akan membawa kepada kelemahan parti dan kekalahan dalam perjuangan jemaan. Kalah dalam pilihanraya, kecil atau besar, dan lemah dalam pentadbiran dan pengurusan organisasi. Ahli hilang ‘thiqah’ kepada ‘qiadah’ dan akhirnya fenomina ini telah menyumbangkan suatu kekuatan kepada musuh. Kita tahu, antara lain, kita mampu menang dengan kelemahan dan isu yang ada pada musuh iaitu BN. Tetapi, jika tidak menjelaskan maksud sebenar pemilihan dalam parti sebagai sumber kekuatan ahli, maka alangkah ruginya ‘peluang’ ini. Isu yang kita hadapi ini adalah peluang berupa hikmah dan rahmat serta barakah kepada perjuangan; bukan mudharat. Inilah kita panggil salah satu dari kepelbagaian dalam perselisihan sebagai sumber kekuatan parti. Melalui proses ini, kita garapkan isu tersebut, supaya ahli bertambah matang dengan ‘tafaquh fi din’ iaitu untuk berfungsi sebagai ahli yang memilih calon dalam pemilihan itu berdasarkan kefahaman perjuangan sebenar. Ahli yang faham sebagai ‘ahlul aqli, wal uqdi’; memilih calon mengikut tuntutan terkini perjuangan parti, bukan atas sebab kempen atau lobi-melobi untuk 'qutlah (puak tertentu)' dengan cara tidak syari’yyah seperti 'kawan makan kawan' atau seumpamanya.

Ahli yang kita mahu adalah ahli yang memahami bahawa pertukaran pimpinan adalah untuk tujuan penambah-baikkan yang berterusan. Itulah, kepelbagaian dalam perselisihan kerana yang diperselisihkan itu akan merupakan tema baru penambah-baikkan bagi qiadah baru yang dipilih. Qiadah sebelumnya telah pun memberi sumbangan yang optimum semasa beliau memegang amanah tersebut. Umpama proses memperlengkapkan batu-bata yang disusun rapi, supaya dari hari kesehari, ada tambahan batu-bata baru yang disusun sehingga siapnya sebuah bangunan yang kukuh dan kuat. Itulah perbezaan dalam kemampuan (qawiyyun) yang kita perlukan untuk kekuatan perjuangan supaya Islam bukan sahaja akan kekal menang tetapi juga ada penambah-baikkan secara berterusan hingga akhir hayat.

Pada saya, jika ada cawangan yang mencalonkan, saya terima itu sebagai salah satu usaha beramal dengan suatu proses syura untuk tujuan mencari redha Allah SWT dan barakahNya. Calon yang bertanding untuk pemilihan juga beramal soleh secara jama'ie bagi tujuan melepaskan takthirnya dengan qiadah dan yang paling penting dengan Allah SWT. Kalah menang hanya berlaku dalam permainan. Kita sebagai calon yang bertanding dalam pemilihan parti bukan melihat kalah atau menang, tetapi melakukan amal soleh bagi mencari redha Allah melalui proses syura. Terpilih atau tidak, dia akan mengharapkan pahala jua dariNya, insya Allah. Begitu juga, jika dia tidak bertanding dalam pemilihan atas sebab syari'e seperti ia diarahkan oleh pimpinan atasan supaya menarik balik pencalonannya. Tindakan untuk tidak bertanding itu adalah kerana memenuhi amal ketaatan kepada kepimpinan yang juga merupakan 'amal soleh'. Apa jua tindakan, perlulah kita lihat dari syarat 'amal soleh' supaya kita semua mendapat barakah.

Inilah yang saya maksudkan dengan ungkapan:

pemilihan dalam parti melahirkan kepelbagaian sumber kekuatan sedang pertentangan melemahkan. Itulah hikmahNya. Pokok disiram dengan air yang sama, tetapi buahnya berbeza, melebihi dari sesetengahnya yang lain”.

Ianya merupakan ‘proses syura’ yang memberikan kesan sinergi iaitu barakah kepada jemaah atau parti politik Islam untuk kekuatan perjuangan.

Tugas ‘qiadah’ ialah meneliti iaitu ‘itqan’ mengawal proses tersebut. Itqan akan isu tanzim tempatan disemua peringkat dan akan sumbangan sebagai 'khadimul ummah' yang telah diberikan semasa era kepimpinan atau tempoh perkhidmatan seseorang itu. Qiadah atasan perlu secara jujur mengiktiraf sumbangan beliau yang ia lakukan dengan sepenuh kemampuan yang ia ada iaitu dari kekuatan dan kelemahan. Apakah kekuatan digembelingkan sepenuhnya dan apakah sudah sampai kelemahan yang ada ditimbalkan dengan kekutan sumber dari rakan sepasukannya untuk kesinambungan perjuangan supaya lebih mantap lagi. Dekad ini, lebih baik dari dekad lalu, penggal depan pula hendaklah lebih baik dari penggal semasa. Perjuangan secara berpasukan diteruskan atas ruh maksud surah Al-'Asr iaitu 'berpesan kepada kebenaran, dan berpesan kepada kesabaran'.

WaLlah’alam. Wassalam. Bersambung, insya Allah.

Monday, April 25, 2011

Redha Ibu permudahkan Ketakwaan Anak kepada Allah SWT:

Redha Ibu permudahkan Ketakwaan Anak kepada Allah SWT:

Ibuku ‘Umm Rahimah’, Aku Penyejuk hatimu.....

“Ya Allah ya Tuhanku…jadikanlah anak daku sebagai penyejuk mata, hatiku, serta jadikanlah dia sebagai imam dari kalangan orang-orang yang bertakwa”.

Demikianlah bunyi doa seorang ibu seperti yang dipetik dari Surah Furqan, Ayat 74 yang bermaksud:

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi oarng-orang yang bertakwa.”

Doa ini sangat mustajab pertama kerana ianya adalah ayat al-Quran dan keduanya kerana ianya didoakan oleh seorang ibu yang ulamak menggelarkannya dengan panggilan ‘Umm Rahimah’. Doanya terhadap anaknya merupakan ‘rahim’ iaitu benteng untuk anaknya bila anaknya keluar rumah, bekerja atau bermusafir mencari rezeki. Jika diamalkan oleh ibu-ibu, antara lain dapat mengelakkan dari berlakunya gejala sosial keatas anak-anaknya, insya Allah.

Islam menghuraikan ‘Umm Rahimah’ ini, sebagai ungkapan untuk seorang ibu yang mempunyai nilai sifat kasih sayang keibuan yang tinggi. Ibu yang mengandungkannya, dan melahirkannya. Dia yang menyusukan. Dia buai, belai, timang, tatang dan mengajar tentang adab dan sopan. Dia memberi makan dan minum, kasih dan sayang, tidur dan bangun, yang sekolahkan dan yang besarkan, yang bagi ubat bila kita sakit dan berjaga malam. Dia mengurus keluarga dan rumahtangga dan dia adalah ‘pengurus terbaik’. Pengurus yang hebat hinggakan anak-anak tidak mampu dan tidak dibolehkan ingkar arahan ibu dalam apa jua keadaan pun. Ketaatan sepenuhnya milik ibu.

Benarlah. Islam kata selepas pengabdian kita terhadap Allah SWT, adalah ibu. Berbanding dengan bapa, Nabi SAW ditanya mengenai tahap penghormatan terhadap kedua ibubapanya, mengikut keutamaan. Lalu Baginda Nabi SAW menjawab hendaklah pertama kepada ibumu, kedua kepada ibumu, ketiga kepada ibumu, sehngga tiga kali, kemudian kepada bapamu. Ini mertabat seorang yang bernama ibu. Nilai pengorbanannya sangat tinggi. Dalam segala segi pengurusan sejak anak dalam kandungan hingga lahir dan dibesarkan dengan pendidikan seiring dengan kasih dan sayang. Manja dan belaian kasih sayang.

Tegas dalam pendidikan dan lemah lembut dalam asuhan, sebagaimana kisah ibu Imam Al-Shafie mendidiknya semasa beliau kecil hingga beliau menjadi ulamak terkenal.

Bila anaknya nak masuk rumah, ibunya mengajar beliau supaya memberi salam. Amat tegas didikannya tentang ajaran yang disuruh dan yang dilarang oleh Islam. Hingga dia walaupun masih kecil, ibunya menghantarnya pergi menuntut ilmu. Belia disuruh berguru dengan Imam Malik, yang ketika itu berada di Madinah. Dia yang masih kecil pada masa itu, diamanahkan oleh ibunya melalui salah seorang gabenor ditempatnya untuk dia dihantarkan ke Madinah supaya menuntut ilmu. Pesan ibu, janganlah kau pulang selagi engkau belum menjadi ulamak. Akhirnya jadilah ia ulamak terkenal, seorang imam, al-imam Al-Shafie. Itu adalah salah satu contoh hasil didikan seorang ibu. Ibu yang bergelar Umm Rahimah, yang mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang demi amanah sebagai ibu, takut pada yang Maha Esa, akan amanah menjaga anak-anak. Diiringi doa dan restu serta pengampunan yang berterusan, berkat sebagai ibu, mampu melahirkan ummah yang terbaik. Kita adalah ummah itu. Kita patut berterima kasih kepada ibu yang mengurus kita hingga menjadi sebahagian dari ummah terbaik, disamping kita bersyukur kepada Allah SWT. Itulah ibu, Umm Rahimahku. Daku penyejuk hati ibu.

Tetapi sayangnya, menjelang dewasa, anak mula lupa pengorbanan ibu yang ‘Rahimah’ kepadanya selama ini.

Abdullah bin Mas’ud RA berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, apakah ia amalan yang paling afdhal (yang lebih besar pahalanya)? Sabda Rasulullah SAW, sembahyang di dalam waktunya. “Aku bertanya lagi, kemudian apa dia? Sabda Rasulullah SAW, berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Aku bertanya lagi, kemudian apa dia? Sabda Rasulullah SAW, berjihad pada jalan Allah SWT.”

Firman Allah Taala di dalam Surah Al-Israa’ ayat 23 yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan bahawa kamu tidak boleh menyembah melainkan kepada-Nya dan dengan kedua ibu bapa kamu berbuat baik.”

Ini menunjukkan betapa besarnya kelebihan berbuat baik kepada kedua ibu bapa, taat kepada mereka dan melayani dengan perangai yang baik. Bukan sahaja Allah SWT. meletakkannya sebagai suatu amal yang mempunyai fadhilat yang sangat besar dan banyak, tetapi ia menjadi suatu kewajipan yang sangat besar.

Ketakwaan anak kepada Allah harus disertai keredhaan ibu. Ia dapat dilihat dengan jelas di dalam kisah Al-Qamah dengan ibunya. Suatu ketika, dengan sikap tergoboh-gapah, isteri Al-Qamah menghadap Rasulullah SAW. mengkhabarkan bahawa suaminya sakit tenat. Isteri Al-Qamah berkata kepada Rasulullah: “Melihat keadaan suamiku itu, aku amat kasihan kepadanya ya Rasulullah.” Mendengar pengaduan itu, hati Rasulullah merasa hiba. Baginda lalu mengutus Bilal, Suhaib dan Ammar untuk melihat keadaan Al-Qamah. Bilal mengajarkan kalimah syahadah ke telinga Al-Qamah. Anehnya mulut Al-Qamah seakan-akan seperti terkunci. Berulangkali dicuba, namun mulutnya tidak sedikitpun terbuka. Tiga orang sahabat itu lalu segera pulang memberitahukan kepada Rasulullah tentang keadaan Al-Qamah. Rasulullah SAW. bertanya kepada para sahabat tersebut: “Adakah sudah kamu talqinkan ke telinganya?” Salah seorang di antara mereka menjawab: “Sudah ya Rasulullah, akan tetapi mulutnya tetap terkunci.” “Kalau demikian, biarlah aku sendiri yang pergi kesana.” Kata Rasulullah. Ketika melihat keadaan Al-Qamah yang terbaring dipangkuan isterinya, Rasulullah SAW bertanya: “Apakah kedua orang tuanya masih ada?” Isteri Al-Qamah menjawab: “Masih ada ya Rasulullah, tetapi ibunya sudah terlalu tua.” “Di manakah dia sekarang?” Tanya Rasulullah. “Di rumahnya, tetapi sangat jauh dari sini,” Jawab isteri Al-Qamah. Kemudian Rasulullah SAW menyuruh sahabat-sahabatnya pergi menemui ibu Al-Qamah untuk memberitahukan bahawa anaknya dalam keadaan tenat serta menyuruhnya datang bertemu dengan Rasulullah SAW. Kerana Rasulullah SAW yang menyuruhnya datang, maka ibu Al-Qamah pun datang bertemu Rasulullah SAW. Ketika ibu Al-Qamah berhadapan dengan Rasulullah SAW di rumah Al-Qamah maka Rasulullah SAW bersabda: “Wahai ibu Al-Qamah, sesungguhnya anakmu ini dalam keadaan sakarat.” Mendengar pemberitahuan Rasulullah SAW itu, maka dengan segera ibu Al-Qamah berkata, “Biar dia rasakan.” “Tetapi dia dalam keadaan tenat, apakah ibu tidak merasa kasihan kepadanya.” Tanya Rasulullah. Dengan singkat ibunya menjawab, “Dia berdosa terhadapku.” “Ya,akan tetapi maafkanlah dia. Sudah sepatutnya seorang ibu memaafkan dosa anaknya.” Pujuk Rasulullah. “Biarlah dia masuk neraka dengan dosanya”, Jawab ibunya itu. Maka Rasulullah SAW mencari helah. Rasulullah SAW bersabda kepada Bilal bin Rabah: “Wahai Bilal kumpulkan kayu api sebanyak-banyaknya.” “Untuk apa kayu api yang engkau suruh kumpulkan itu ya Rasulullah?” Tanya Bilal kehairanan. “Akan aku gunakan untuk membakar Al-Qamah. Daripada ia hidup dalam keadaan terseksa seperti itu, lebih baik ia dibakar agar cepat mati. Itu adalah lebih baik jika dibandingkan dengan lamanya ia menanggung sakit.” Jawab Rasulullah SAW. Setelah mendengar perkataan Rasulullah itu, maka ibu Al-Qamah tersentak. Hatinya membayangkan apa yang akan terjadi jika anaknya itu dibakar hidup-hidup. Ibunya lalu menghadap Rasulullah SAW dan bertaubat atas keengganannya untuk mengampunkan dosa anaknya itu sambil memohon: “Ya Rasulullah, jangan engkau bakar anakku itu, sesungguhnya aku telah mengampunkan segala dosanya.” Mendengar ungkapan ibunya itu maka legalah hati Rasulullah SAW kerana berjaya melembutkan hati seorang ibu yang menaruh dendam kepada anaknya. Baginda lalu datang mendekati Al-Qamah dan membaca syahadah.

Setelah keampunan diterima oleh Al-Qamah dari ibunya maka keadaannya sangat berbeza dengan sebelumnya kini mulutnya sudah mulai bergerak membaca syahadah seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Selepas itu, Al-Qamah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam keadaan mengucap dua kalimah syahadah dan dia meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah.

Diriwayatkan di dalam kisah Abu Bakar Al-Kattani dan ibu tercinta, di masa remajanya, Abu Bakar Al-Kattani pernah minta izin kepada ibunya untuk mengerjakan haji di Makkah. Ibunya mengizinkannya. Maka berangkatlah dia dari Baghdad menuju Makkah. Ketika sampai di suatu padang pasir, dia bermimpi bahawa dia mesti membersihkan dirinya terlebih dahulu. Kerana mimpinya itu, dia berpendapat dirinya belum mempunyai persediaan yang cukup untuk meneruskan perjalanannya. Oleh kerana itu, Al-Kattani berpatah balik ke Baghdad dan segera pulang ke rumahya. Ternyata dia mendapati ibunya sedang duduk di sebalik pintu menunggu-nunggu kedatangannya. “Bukankah ibu sudah mengizikan aku pergi ke Makkah?” Tanya Al-Kattani. “Betul, akan tetapi sebaik saja engkau pergi hatiku tidak tenang dan duduk sahaja di tempat ini. Aku tidak sanggup melihat rumah itu tanpa engkau.” Jawab ibunya: “Aku telah bertekad untuk tidak bergerak dari tempat ini sehingga engkau kembali.” Maka Abu Bakar Al-Kattani tidak mahu lagi menempuh perjalanan jauh atau mengharungi padang pasir selagi ibunya masih hidup. Apabila ibu yang dicintainya itu telah pulang ke rahmatullah, dia pergi ke Makkah untuk mengerjakan ibadah haji. Dia menghabiskan malam-malmnya di Masjidil Haram dengan beribadah. Al-Kattani menceritakan bahawa ketika dia sedang berada di padang pasir dia telah berjumpa dengan mayat seorang fakir. Anehya mayat itu tersenyum. “Mengapa engkau tersenyum? Padahal engkau mayit.” Kata Abu Bakar Al-Kattani. Tiba-tiba terdengar suara yang memeranjatkan hatinya: “Wahai Abu Bakar! Begitulah keadaan mayat kekasih Allah.” Begitulah ketulusan hati Abu Bakar Al-Kattani dalam menghargai perasaan ibunya, sehingga dalam kehidupannya memperoleh kenikmatan dan kelazatan serta keredhaan Allah.

Diriwayatkan juga di dalam suatu kisah tentang seorang pemuda yang amat mentaati perintah ibunya. Pada zaman Nabi Musa as ada lelaki yang soleh, dia ada seorang anak yang masih kecil dan memiliki seekor anak lembu. Anak lembu itu dibawanya ke hutan lalu dilepaskannya sambil berdoa: “Ya Allah saya lepaskan lembu ini dan saya mohon penjagaan-Mu, kerana ia akan saya serahkan kepada anak saya apabila ia sudah besar nanti.” Tidak lama kemudian lelaki yang soleh itupun meninggal dunia. Maka hiduplah lembu itu bebas tanpa pengembala, bila terlihat manusia ia akan lari masuk ke dalam hutan. Anaknya setelah besar menjadi anak yang soleh pula. Dia sentiasa berbakti kepada ibunya, sehingga dia membahagi waktu malam kepada tiga bahagian: Sepertiga untuk beribadah, sepertiga untuk tidur dan sepertiga lagi untuk menjaga ibunya. Pagi-pagi dia ke hutan mencari kayu api, kemudian di bawa ke pasar untuk dijual, hasilnya juga dibahagikan kepada tiga bahagian. Sepertiga untuk bersedekah, sepertiga untuk makan dan sepertiga lagi diberikan kepada ibunya. Pada suatu hari berkatalah ibunya: “Hai anakku, sewaktu ayahmu akan meninggal dunia ia telah mewariskan kepadamu seekor lembu yang berada di hutan bebas, sedangkan Allah SWT yang menjaganya. Maka pergilah engkau ke sana untuk mengambil lembu itu. Tapi sebelum pergi berdoalah dahulu kepada Allah semoga Allah mengembalikan lembu itu kepadamu. Tanda-tanda lembu itu, bulunya berwarna kuning berkilau-kilauan seperti emas bila terkena sinar matahari.” Pemuda itupun pergi ke hutan mencari lembu itu. Setelah tiba di hutan, dia melihat seekor lembu sedang makan rumput. Lalu dia berdoa kepada Allah: “Demi Tuhan Nabi Ibrahim, Ismail, Ishaq dan Ya’kub aku panggil hai lembu, datanglah segera kepadaku.” Dengan izin Allah datanglah lembu itu kepadanya. Lalu dipegangnya leher lembu itu dan dibawanya pulang. Tiba-tiba lembu itu berkata kepadanya: “Wahai pemuda, naiklah ke atas punggungku agar engkau tidak penat berjalan.” Pemuda itu menjawab: “Ibuku tidak pernah menyuruh demikian, dia berkata supaya pegang lehermu.” Pada suatu hari ibunya berkata kepadanya. “Hai anakku, engkau miskin tidak berharta, sudah agak berat bagimu bekerja mencari kayu api, sedangkan setiap malam engkau selalu bangun beribadah, oleh itu, lebih baik kamu jual sahaja lembu itu.” Anaknya bertanya: “Kalau kita jual lembu itu berapa harganya?” Jawab ibunya: :Tiga dinar, dan jangan engkau jual lembu itu sebelum berbincang dahulu denganku.” Setelah lembu itu dibawa ke pasar oleh pemuda itu, Allah SWT mengutus malaikat untuk menguji sejauhmana ketaatan pemuda itu kepada ibunya. Malaikat bertanya: ‘’Berapa akan kamu jual lembumu ini?” Jawab pemuda itu: “Tiga dinar.” Malaikat berkata: “Bagaimana kalau saya beli enam dinar dengan syarat jangan beritahu ibumu.” Pemuda itu menjawab: “Jika engkau membeli lembu saya dengan emas seberat lembu ini sekalipun tidak akan saya jual sebelum mendapat restu dan persetujuan dari ibu saya.” Lalu pemuda itu pulang memberitahu ibunya. Kata ibunya: “Juallah lembu itu seharga enam dinar dengan redhaku.” Kemudian pemuda itu pergi ke pasar menemui malaikat dan berkata: “Ambillah lembu saya ini seharga enam dinar dengan redha ibuku.” Malaikat berkata: “Saya beli lembu ini seharga dua belas dinar, jangan beritahu ibumu.” Pemuda itu pulang untuk memberitahu ibunya bahawa lembu itu akan dibeli seharga dua belas dinar. Sesampai sahaja pemuda itu di rumah maka ibunya berkata: “Wahai anakku, ketahuilah bahawa yang akan membeli lembumu itu adalah malaikat. Sekarang kembalilah kepadanya dan tanyakan apakah lembu ini boleh dijual atau tidak. Ketika dia kembali menemui malaikat, malaikat itu berkata: “Pulanglah kamu wahai pemuda dan katakan kepada ibumu bahawa lembu ini jangan dijual, sebab Nabi Musa as akan datang kepadamu untuk membeli lembu ini kerana kejadian pembunuhan di kalangan Bani Israil. Bila lembu ini ingin mereka beli, jangan engkau jual kecuali dibelinya dengan emas seberat lembu ini.” Tidak lama kemudian terjadilah peristiwa pembunuhan di kalangan Bani Israil, untuk mengetahui siapa pembunuhnya. Maka Nabi Musa as menyuruh mencari seekor lembu untuk disembelih sesuai dengan wahyu Allah SWT dengan persyaratan-persyaratan yang cukup. Padahal lembu tersebut sebagaimana yang diperintahkan Allah kepada Nabi Musa as adalah lembu kepunyaan pemuda itu. Maka terpaksalah orang-orang Bani Israil membeli lembu tersebut sesuai dengan yang dipesankan oleh malaikat, iaitu dengan emas seberat lembu. Inilah kisah seorang oemuda miskin di zaman Nabi Musa as yang diberi rahmat dan kurnia oleh Allah SWT kerana taat dan patuh terhadap perintah ibunya.

Ketaatan anak kepada kedua ibubapanya tidak berakhir walaupun kedua mereka meninggal dunia. Dari hadis Abu Daud meriwayatkan, telah datang seorang bertanya pada Rasulullah SAW adakah sesuatu kebaikan yang masih ia dapat lakukan kepada ibubapanya setelah mereka meninggal dunia. Rasulullah SAW menjawab:

“Ada, iaitu mendirikan solat jenazah bagi keduanya, berdoa meminta ampun bagi keduanya, melaksanakan apa yang menjadi janji keduanya, memuliakan orang yang menjadi sahabat keduanya dan memberi pertolongan kepada keluarga yang bergantung kepada keduanya.”

Ziarah kubur kedua ibu bapa yang meninggal adalah dikira sebagai amalan bakti, sebagaimana maksud hadis Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang menziarahi kubur kedua ibu bapanya atau salah seoarang diantara mereka setiap hari Jumaat, nescaya diampuni dosanya dan ditulis sebagai orang yang berbakti.”

Berbakti kepada kedua ibubapa membawa berkat dan dipanjangkan umur, sebagaimana maksud hadis Rasulullah SAW:

“sesiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan ditambah rezekinya maka hendaklah dia berbakti kepada ibubapanya dan menyambung tali silaturrahim.”

Semoga kita memuliakan ibubapa kita dan menjadikan kita dimuliakan pula oleh anak-anak kita dengan pahala bakti yang berterusan turun temurun melalui zuriat penyejuk hati kita, dari seoarang ibu yang bergelar ‘Umm Rahimah’ dan juga dari seoarang bapa yang bergelar ‘Abu Rauf’.