Tazkirah Ilannur D’series ke-4: Malaikat Hafazhah Langit Kedua, “Juruaudit penjaga kebesaran”.
(sambungan dari Tazkirah Ilannur D’series ke-3…..)
“Kemudian datang pula malaikat Hafazhah, membawa amalan sesaorang hamba. Mereka menganggap bahawa amalan itu sangat baik dan sangat banyak (Malaikat itu berjaya melintasai langit yang pertama kerana orang yang mengerjakan amalan tersebut tidak terlibat dengan dosa mengumpat orang) sehingga mereka sampai kelangit yang kedua. Lalu berkata malaikat penjaga langit yang kedua itu:
“Berhenti kamu disini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia menghendaki dengan amalannya akan mendapat keuntungan dunia, Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan yang seperti ini melintasai aku untuk terus naik keatas. Selain daripaada itu ia juga suka membesarkan diri didalam majlis perjumpaan. Akulah malaikat penjaga kebesaran,”
Betapa ramai dalam budaya masyarakat kita yang melakukan kerja amal tetapi lupa akan niat asalnya iaitu mencarai redha Allah. Dalam kealpaan ini, perlulah kita kembali kepada ruh Surah Al-Asr tadi supaya saling berpesan untuk kebenaran dan berpesan dengan kesabaran. Budaya ini merupakan sunnah para sahabat iaitu mereka selalu membaca surah ini bila mereka ingin berpisah bagi tujuan berpesan kepada kebenaran dan kesabaran agar mereka tidak tergelincir dari landasan niat ikhlas melakukan kerja amal.
Bayangkan, jika dua sahabat berjumpa dengan salam dan berpelukan tanda ukhwah yang sangat kuat ikatannya, kemudian berpisah dengan pelukan salam perpisahan sambil membaca surah Al-Asr tersebut sebagai tazkirah meneruskan hidup sebagai duat; tidak akan ujud sifat ghibah antara mereka dan juga rasa menunjuk-nunjuk didalam amal mereka. Ini kerana semua itu mereka lakukan untuk mencari keredhaan Allah yang sebenarnya. Berlakukah ini dalam budaya hidup kita yang mengamalkan politik Islam? Atas tujuan mencari redha Allah SWT?
Ruh seperti inilah yang perlu berlaku dan perlu disemaikan sebagai budaya Islam didalam jemaah Islam, didalam perjuangan Islam samada dipejabat-pejabat atau di organisasi khususnya yang menggelarkan syarikat mereka sebagai organisasi berkonsepkan Islam. Mereka perlu berkomunikasi dengan seluruh ahli atau pekerja mereka dengan cara ini supaya ianya menjadi budaya Islam harian dari kalangan pekerja termasuk pimpinan atau pengurusan atasan. Jika ini dilakukan sebagai SOP syarikat atau organisasi secara menyeluruh; maka kita akan lihat akan natijahnya nanti bahawa bukan sahaja kejayaan akhirat diperolehi, bahkan kejayaan dimana pekerja akan sentiasa beriltizam atau komited dengan tekunnya berkerja dengan syarikat atau organisasi tersebut atas nama ‘amal soleh’ diadalam cara hidup mereka dipejabat atau organisasi tersebut.
Kaedah ini juga kita dapat ambil sebagai tauladan bahawa pihak pengurusan atasan hendaklah teliti didalam kerja audit petugas atau pekerja mereka supaya tidak ada pilih kasih dan seumpamanya kerana setiap pekerja itu ada bidang tugas masing-masing sebagaimana malaikat Hafazhah mempunyai bidang tugas mereka untuk menjada amanah yang Allah SWT berikan kepada mereka. SOP menyemak hasil kerja mengikut proses kawalan ini adalah merupakan contoh atau piawai yang perlu ditiru oleh seluruh organisasi Islam. Pekerja yang melaporkan hasil kerjanya perlu diaudit , disemak dan di ‘benchmark’ kan supaya tiada ketidakadilan berlaku, termasuklah dalam proses kenaikan pangkat dan skim gaji bagi pekerja yang bekerja samada yang sudah lama bekerja atau yang baru diambil bekerja. Semuanya pelu ada piawai, SOP dan mengikut skim perkhidmatan serta skim gaji yang asasnya ialah Islam sebagai cara hidup.
Begitu juga dalam budaya politik Islam, pimpinan perlu ada SOP seperti ini untuk mengawal proses Itqan dalam perjuangan Islam melalui parti politik sebagai wadah politik gerakan Islam iaitu salah satu dari wasilah daawah dan jihad. Supaya akan berkurangan politiking dalam parti terutama dalam pertandingan dan pemilihan calon untuk bertanding mewakili parti politik masing-masing, jika dan hanya jika, bertanding dalam pilihanraya itu adalah suatu proses perjuangan bagi mencapai kuasa Islam yang sebenarnya (iaitu hududiLlah). Sila rujuk tafsir Ibn Kathir (Surah Attaubah:112) dibawah (akan maksud hududiLlah sebenar bila kuasa Islam dicapai iaitu disemua peringkat tanzim - organisasi, negeri atau negara) iaitu akan penguatkuasaan syari’at Islam, akan suruhan dan larangan Allah SWT dalam setiap peringkat tanzim organisasi:
وَٱلۡحَـٰفِظُونَ لِحُدُودِ ٱللَّهِۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِن " (…..serta yang menjaga batas-batas hukum Allah dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian)”.
WaLlahu’alam. Wassalam. Ila Liqa’. Bersambung. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment