Celek akeedah: melihat jahiliyyah moden mengikut visi ‘basyirah’ - antara ‘taqwa’ dan ‘dhirar’.
Sesungguhnya ia dari Sulaiman A.S., dan ianya dengan nama Allah, ArRahman, ArRahim. Kali ini saya memulakan bicara tazkirah kita dengan Bismillah, ArRahmani, ArRahim. Syukur kita padaNya. Kita memohon supaya kita sentiasa berada dijalan Allah SWT dan terus berada, berjuang, dan meningkatkan nilai amal perjuangan iaitu jihad kita; sesungguhnya kita adalah mewakiliNya untuk memerangi puak jahiliyyah yang begitu terang-terangan menentang sunnah arRasul SAW dewasa ini. Itulah yang kita dapati dari intipati tafsir surah Muhammad. Sila rujuk untuk lebih terperinci akan maksud dan risalah disebalik surah Muhammad ini.
Hari ini penulis ingin berkongsi pengalaman dengan pembaca blog ini berhubung dengan ‘jahiliyyah moden’. Saya harap, pembaca sudah pun memahami sedikit sebanyak akan maksud jahiliyyah – jenis pertama (komunisma), jenis kedua (syirik penyembahan berhala), jenis ketiga (fahaman agama Kristian), jenis keempat (fahaman agama Yahudi) dan yang kelima ini ialah fahman ism-ism yang lain selain Islam , tetapi menggunakannya atas nama Islam iaitu ‘the so-called Muslim society, organization, vision, mission, struggle, objective, intension, etc. ). Namun, kita tidak akan bicara akan tasawwur yang lain (seperti qadariah, jabariah, mu’tazilah, atau fahaman lain seperti syiah, 'abasiah, mu’awiyah, ‘alwiyyah, atau seumpamanya).
Pembaca hendaklah mempelajarinya dengan sendiri ditempat pembaca belajar atau menuntut, supaya pembaca dapat melihat dan mentafsirnya, apakah ungkapan-ungkapan yang ada dalam jahiliyyah moden ini, merupakan ungkapan-ungkapan dari fahaman mana seperti tersebut diatas. Contohnya, apa itu wahabiyyah, yang diperkatakan sekarang. Bagaimana kita ingin kaitkan dengan gerakan jahiliyyah moden yang cuba mempergunakan perkataan tersebut untuk mengelirukan umat Islam di tempat kita tinggal. Ilmu mantik perdebatan ada untuk memperjelaskannya. Inilah perlunya ‘celek akeedah’.
Apa itu ‘celek akeedah’ yang membezakannya dengan ‘celek akal’ atau ‘celek komputer’ atau ‘celek huruf’ yang lawannya ‘buta huruf’. Mengapa perlu kita perjuangkan ‘celek akal’ atau apakah ianya sama dengan ‘perjuangan menghapuskan buta huruf’, sebagaimana suatu masa dulu, kerajaan beria-ia sangat memperjuangkanya. Apakah tasawwur disebaliknya? Ini semua kita kena kaji dan fikirkan sebagai ‘ulul albab’ yang sejati bukan sebagai slogan ‘ulul albab’ yang hanya berupa ungkapan semata-mata. Dulu, ada sekolah dewasa, untuk ajar rakyat membaca dan menulis. Tetapi, sebaliknya ulamak Islam juga menubuhkan sekolah atau madrasah (membezakan namanya dengan sekolah untuk membasmi buta huruf semata-mata) tetapi madrasah untuk mengajar dan mengajak kepada mengenal akan Allah dan kepada ketaqwaan. Sekolah agama rakyat berbeza dengan sekolah kebangsaan. Madrasah berbeza dengan sekolah. Tarbiyyah berbeza dengan pelajaran, latihan atau pendidikan. Murid[1] berbeza dengan pelajar. Kita kena mencari ilmu dengan nama Allah yang menjadikan kita semua ini. Itulah bezanya dengan persekolahan atau pengajian (tinggi atau rendah). Pengajian tinggi atau rendah itu tidak ada bedanya jika ilmu yang ia pelajari itu tidak membawa ia kepada ketaqwaan kepada Allah SWT. Tetapi, murid yang menuntut ilmu kerana mencari keredhaan Allah SWT itu, walau pun rendah darjah ilmunya, jika taqwa itu yang ia cari, maka itulah ‘rendah’ yang tinggi nilainya iaitu ‘taqwa’.
Maksud alQuran: “Sesungaguhnya, yang paling mulia disisi Allah, ialah yang paling bertaqwa”.
Tetapi, jahiliyyah moden telah memesongkan kita. Dari madrasah kepada sekolah. Hinggakan murid yang belajar kerana terpaksa bukan kerana minat. Fitrah mereka mengajak untuk mengenal Tuhan iaitu Allah dan menolak ilah-ilah lain selain Allah. Tetapi, sistem, ibubapa, persekitaran, undang-undang, kawan-kawan, peluang kerjaya dan seumpamanya, yang telah direka oleh Yahudi, mengajak kita belajar untuk tujuan itu, bukan untuk ‘ilmu, iman dan amal’. Sedangkan, itulah ‘maratibul ilmu’ iaitu ‘to be knowlegable, to understand, to practice, to maintain, to improve and to continuously improve with amal..’ supaya dengannya Allah akan mengampuni dosa kita dan memertabatkan ketaqwaan kita sehingga dimasukkan kita ke syurga dengan redha dan rahmatNya, insya Allah:
سَيَهْدِيهِمْ وَيُصْلِحُ بَالَهُمْ - وَيُدْخِلُهُمُ الْجَنَّةَ عَرَّفَهَا لَهُمْ - يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ إِن تَنصُرُواْ اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ - وَالَّذِينَ كَفَرُواْ فَتَعْساً لَّهُمْ وَأَضَلَّ أَعْمَـلَهُمْ - ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُواْ مَآ أَنزَلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَـلَهُمْ
“Allah akan memimpin mereka yang berjuang (ke jalan mendapat sebaik-baik balasan) dan menjadikan keadaan mereka baik dan berguna (di dunia dan di akhirat) (5) Serta memasukkan mereka ke dalam Syurga yang telah dijanjikan dan diterangkan sifat-sifatnya kepada mereka. (6) Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (7) Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka. (8) Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka. (9)” (S.Muhammad:5-9).
إِنَّ الَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّـلِحَاتِ يَهْدِيهِمْ رَبُّهُمْ بِإِيمَانِهِمْ تَجْرِى مِن تَحْتِهِمُ الاٌّنْهَـرُ فِي جَنَّـتِ النَّعِيمِ
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat. (9)” (S. Yunus: 9).
Dari ayat diatas bahawa, Allah SWT membimbing orang mukmin kepada ketaqwaan kerana mereka berilmu dan mereka beramal dengannya terutama dalam memperjuangkan agama Allah SWT, kerana mewakiliNya menegakkan Islam, melalui Sunnah arRasul SAW iaitu jihad fi sabiliLlah. Inilah sebenarnya ‘vision’ atau ‘bashirah’ yang dimaksudkan oleh Islam bukan seperti maksud dari ‘jahiliyyah moden’.
.وَمَا كَانُواْ يُبْصِرُون
Maka, jahiliyyah moden akan cuba mengajar kita supaya tidak berlaku adil dan supaya zalim serta menyuruh kepada mungkar dan melarang kepada ma’ruf. Itulah persekolahan mereka. Sedang yang kita buat ialah kepada amar ma’ruf, nahi mungkar iaitu kepada ketaqwaan.
Rengkasnya, amalan dan ilmu kita, asasnya ialah taqwa dan mereka pula mempromosikan ‘dhirar’ iaitu kemunafikan (hypocracy). Masjid kita, masjid taqwa, dan mereka pula adalah ‘dhirar’. Nabi SAW meruntuhkan ‘dhirar’ dan menegakkan ‘taqwa’. Jika kita lihat dalam jahiliyyah moden ini, itulah bedzanya iaitu Islam sebenar ialah asasnya ‘taqwa’ dan ‘Islam munafik’ adalah berasaskan ‘dhirar’. Maka, visi kita adalah ‘bashirah’ akhirat tetapi visi mereka adalah ‘dhirar’ dunia semata-mata. Slogan mereka, slogan ‘dhirar’ dan slogan kita adalah ketaqwaan. Cuba kita tengok, visi yang ada dalam jahiliyyah moden sekarang ini: “Islam hadhari’, “1Malaysia’, ‘keranamu Malaysia’, ‘Berkhidmat Untuk Negara’, ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ dan banyak lagi. Dimana Islam sebagai cara hidup? Dimana kesatuan akeedah, fikrah dan wehdatul ‘amal sebagaimana yang diperkatakan ole Al-Syeikh Mustafa Masyhur Rh, tentang wehdatul ‘amal jika tidak wehadatul fikrah pun, dan bekerja untuk Negara atau kerana Allah SWT-ini konsep ‘amal soleh, dan untuk tujuan ibadat atau untuk tiada muhasabah akhirat, akan apa yang kita lakukan didunia ini. Itulah slogan mereka, yang apa pun mereka lakukan, tak akan diterima kerana ianya bukan dari Islam tetapi adalah dari jahiliyyah moden. Ianya ‘dhirar’ bukan ‘taqwa’. Mereka akan dihisab dan semua akan dihisab, walau pun selepas bebas dari azab api neraka, sebelum memasuki syurga:
«إِذَا خَلَصَ الْمُؤْمِنُونَ مِنَ النَّارِ حُبِسُوا بِقَنْطَرَةٍ بَيْنَ الْجَنَّةِ وَالنَّارِ، يَتَقَاصُّونَ مَظَالِمَ كَانَتْ بَيْنَهُمْ فِي الدُّنْيَا، حَتْى إذَا هُذِّبُوا وَنُقُّوا أُذِنَ لَهُمْ فِي دُخُولِ الْجَنَّةِ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنَّ أَحَدَهُمْ بِمَنْزِلِهِ فِي الْجَنَّةِ أَهْدَى مِنْهُ بِمَنْزِلِهِ الَّذِي كَانَ فِي الدُّنْيَا»
“(After the believers securely pass the Fire (on the Day of Judgement), they will be held back upon a bridge between Paradise and the Fire. There, they will have any acts of injustice that they committed against one another in the life of this world rectified. After they are completely purified and cleansed (from injustice), they will be admitted into Paradise. By the One in Whose Hand is my soul, each one of them will find his way to his dwelling in Paradise better than he found his way to his dwelling in the worldly life.)” (Hadis alBukhari, dari abu said alKhudri).
WaLlahu’alam.
[1] Murid adalah dari perkataan ‘arada’ iaitu madhi kepada ‘uridu’ – yang mermaksud ‘berminat’ untuk menuntut ‘ilmu. Maka, ‘murid’ adalah orang yang berminat untuk belajar. Lalu, mereka menuntut ilmu untuk beramal, itulah niat mereka. Bukan belajar untuk dapat ijazah atau diploma atau seumpamanya, semata-mata, selain dari untuk ilmu. Sebab itu, menuntut ilmu adalah jalan kesyurga. Kena ada minat baru mudah belajar. Jika minat bidang agama, mudah belajarnya. Jika tanpa niat ikhlas dan minat, susah untuk berjaya. Sila rujuk makna tafsir ‘iqra’’ dari surah al-‘Alaq. Baca dengan nama Tuhan yang menjadikan kamu.