Wednesday, May 11, 2011

Kertas Cadangan: 'DARULNAIM, PUSAT TARBIYYAH NEGARA, 2021'.

Kertas cadangan ini adalah merupakan cadangan dari penulis. Ia dicadangkan berdasarkan pengalaman, pengamatan dan pengelibatannya selama beberapa tahun dalam program tarbiyyah darulnaim. Cadangan ini adalah TIDAK sama sekali merupakan dokumen resmi dari mana-mana pehak berwajib. Ianya adalah hasil nukilan penulis sendiri untuk dimanafaatkan oleh umum untuk tujuan tarbiyyah amal. 
Imam Al-Ghazali pernah berkata: jika penulisannya tentang kitab 'ihya 'ulumuddin' itu akan memberi manafaat kepada ummah, maka dia berdoa supaya kitab penulisannya itu selamat, tidak dimusnahkan dek air sungai, tetapi jika ianya bermanafaat, maka ia mohon supaya Allah selamatkannya. Lalu, kitab itu dihanyutkan dan ianya kembali mudik, diselamatkan. Begitu juga akan halnya dengan cadangan ini, jika ianya tidak akan mendatangkan manafaat kepada perjuangan Islam, maka saya mohon supaya ianya dirosakkan oleh virus, jika ianya boleh membantu sedikit sebanyak sebagai pedoman untuk perjuangan Islam, maka saya memohon supaya ianya dapat dimanafaatkan oleh pembaca blog ini. WaLlahu'alam.
RINGKASAN EKSEKUTIF:
PERANCANGAN STRATEGIK 'TARBIYYAH  DARULNAIM' (2008-2021)

Tajuk: “DARULNAIM, PUSAT TARBIYYAH NEGARA”

Cadangan Oleh: Ras.Dba
BAHAGIAN-1: Darulnaim, Pusat Tarbiyyah Negara
Senarai Isi Kandungan:      

DARULNAIM, PUSAT TARBIYYAH NEGARA:
BAHAGIAN-1:  
Darulnaim Pusat Tarbiyyah Negara
1:Visi
2:Misi
3:Nilai-nilai Teras
4:Rajah-1:Plan Strategik Penubuhan Negara Berkebajikan Islam  2021.                                                                          

BAHAGIAN 2: Hala-tuju Tarbiyyah Darulnaim   
Hala-tuju dan Struktur Tarbiyyah Darulnaim:          
BAHAGIAN 2: Arah Tuju Tarbiyyah Darulnaim
1:Visi
2: Misi
3: Nilai-nilai Teras
4: Objektif
5: Struktur Tarbiyyah Darulnaim

BAHAGIAN 3: T/jawab Tarbiyyah Darulnaim
BAHAGIAN 3: T/jawab Tarbiyyah Darulnaim         
1: Visi
2: Misi
3: Nilai-nilai Teras
4: Objektif
5: Strategik Fokus & Strategik Objektif

BAHAGIAN 4: Perancangan Tarbiyyah Negara & Kalendar Akademik INTAKE
BAHAGIAN 4: Perancangan Tarbiyyah & Kalendar Akademik INTAKE
1:Jadual (MS) Perancangan Tarbiyyah 2008.
2:Kalendar Akademik Usrah 2008-09
3:Semester Khas & Program Tambahan
4:Marhalah Usrah & Sabjek Kursus
5:Modul Usrah
6:Tajuk Kuliah Mengikut Marhalah Usrah & Modul Usrah

7:Pengurusan dan Penilaian Tarbiyyah & Usrah

BAHAGIAN 5: Lampiran-lampiran
BAHAGIAN 5: Lampiran-lampiran
1:Perbincangan & Rumusan Bengkel.
2:Struktur Tarbiyyah Kelantan
3:Jadual MS Program Tarbiyyah Kelantan 2008-09.
4:Marhalah Usrah
5:Sabjek Kursus mengikut Modul & Marhalah Usrah
6:AJK Pengurusan & Penilaian Tarbiyyah 2008-09
7:Analisa SWOT Keseluruhan.
8::Analisa SWOT mengikut Strategik Fokus.



"Rajah-1: Plan Strategik Penubuhan Negara Berkebajikan-Islam, 2021"


RINGKASAN EKSEKUTIF:  PERANCANGAN STRATEGIK 'TARBIYYAH  DARULNAIM' (2008-2021)

BAHAGIAN-1: DARULNAIM, PUSAT TARBIYYAH NEGARA:

Kelantan, Pusat Tarbiyyah Negara adalah strategi yang telah digariskan oleh peserta bengkel yang hadhir termasuk ahli panel, pada hari itu, sebagai hasil penemuan percambahan fikiran, untuk kecemerlangan tarbiyyah Kelantan dan Negara. Turut mencadangkan strategi ini ialah Mursidul Am PAS Pusat, YAB Tuan Guru MB Kelantan supaya fungsi Tarbiyyah Kelantan adalah sebagai uswah kepada Tarbiyyah Negara dalam sudut Akhlak Muamalat. Antara fungsi Tarbiyyah Kelantan yang turut dibincangkan ialah  menjadikan Kelantan sebagai: (i) Makmal Islam Negara; (ii) Pusat Tusyen Akhirat; (iii) Universiti Terbuka iaitu Kolej Universiti Islam Akhirat Kelantan; (iv) Institut Tadbiran Islam Kelantan; atau (v) Institut Tarbiyyah Kelantan (INTAKE).
Pendekatan yang akan digunakan ialah melalui pendekatan 'Dakwah, Usrah dan Tarbiyyah (DUT)'. Maksudnya, setiap unit usrah akan menggunakan pemantapan kualiti 'ahli tarbiyyah' kearah melahirkan Ahli Tarbiyyah Negara sebagai Ahli Harakah Islamiah Malaysia yang syumul dan lengkap. Ahli Tarbiyyah, akan membezakan diri mereka dengan ahli PAS yang lain tanpa tarbiyyah. Mereka tertakluk kepada 'peraturan dan arahan' supaya mereka berakhlak dengan akhlak 'jemaah Islam' termasuklah wala' dan ketaatan kepada qiadah 'Pusat Tarbiyyah Negara', sebagai ulul amri. Antara ciri-ciri Pusat Tarbiyyah Negara ialah mempunyai 'hasuna qiadah' ( yang bertaqwa, amanah, berilmu, berwawasan, berkemampuan (quwwah) dan berkarismatik); kawasan sebagai fakulti terbaik tarbiyyah dan akhlaknya (iaitu tenaga pengkuliah yang berilmu, naqib yang berbakat, YDP, TYDP, NYDP dan ahli J/Kuasa yang berilmu, beriman, berakhlak dan patuh kepada pimpinan iaitu 'qiadah'); ahli usrah yang terbaik (berilmu dan berakhlak mulia); serta kemudahan tarbiyyahterbaik  iaitu (aset dan kewangan merangkumi tempat, bahan, proses, tenaga dan budaya tarbiyyah).
BAHAGIAN-2:   Hala-tuju dan Struktur Tarbiyyah Darulnaim:
Untuk melaksanakan konsep 'Tarbiyyah Kelantan Sebagai Pusat Tarbiyyah Negara' kedalam struktur Tarbiyyah Kelantan; beberapa strategi telah dirancang dengan teliti mengikut fungsi dan tanggungjawab masing-masing. Infrastruktur fizikal KPTN kini ialah secara sementara bersetuju menggunakan PUTIK dan MADU sebagai tempat "Tarbiyyah Kelantan di peringkat negeri". Kita mencadangkan nama resmi kepada Pusat Tarbiyyah Kelantan ini ialah,  Institut Tarbiyyah Kelantan (INTAKE). Pejabatnya juga ialah Pejabat AJK Tarbiyyah Kelantan iaitu di PUTIK sebagai Pejabat Registrar. INTAKE adalah sebagai Universiti Terbuka Tarbiyyah Kelantan dimana MADU adalah Majlis Tertingginya yang ahlinya terdiri dari 'Qiadah dan Ulama'. PAS Kawasan pula berfungsi sebagai 'Fakulti' yang mempunyai tenaga ahli khalaqa' sebagai tenaga pengkuliah dan naqib-naqib pula akan di latih melalui program 'Train the trainers' oleh Unit Perkaderan. Pelajar pula adalah dari ahli usrah kumpulan yang mewakili ahli PAS peringkat cawangan. Diwajibkan, cawangan mendaftarkan ahli usrah seramai sekurang-kurangnya 10 orang sebagai pelajar melalui konsep 'pembelajaran berterusan' dibawah budaya tarbiyyah Kelantan ini.
Strategi Fokus Tarbiyyah Darulnaim
Fokus Tarbiyyah Kelantan, melalui Institut Tarbiyyah Kelantannya  (INTAKE), akan memberi fokus kepada 4 Strategi Fokus sebagai berikut iaitu: (i) Aset Tarbiyyah dan Kewangannya; (ii) Ahli Tarbiyyah yang membezakan ahli PAS tanpa tarbiyyah dan ahli yang bertarbiyyah sebagai pelanggan INTAKE; (iii) Proses Tarbiyyah mengikut marhalah iaitu umum, khusus dan ahli Jemaah. Umum ialah peringkat rakyat amnya, khusus ialah peringkat ahli PAS dan ahli Jemaah ialah peringkat saringan mengikut marhalah usrah kearah pembentukan tenaga bagi Makmal Islam Negara melalui PAS sebagai Harakah Islamiah Malaysia; dan (iv) Pertumbuhan ahli Tarbiyyah dan Pembelajaran berterusan. Disini fungsi Tarbiyyah Kelantan mengikut unitnya akan berperanan iaitu Unit Penerbitan, Unit Usrah, Unit Perkaderan, Unit Bahan dan Tenaga Pengajar, Unit Penilaian dan Unit Pendaftaran bagi mengenalpasti tenaga tarbiyyah melalui 'data base' Tarbiyyah Kelantan.

..............................................................................................................................................................................................
BAHAGIAN-3: Tanggung-Jawab Tarbiyyah: Darulnaim sebagai Model
Tarbiyyah Kelantan adalah  'Role Model' kepada tarbiyyah Negara untuk dicontohi oleh negeri-negeri lain di Malaysia ini melalui struktur PAS Kawasan masing-masing, khususnya untuk negeri-negeri dalam kerajaan PR.
Unjuran 'Murid','Murabbi' dan 'Ahli Tarbiyyah Negeri dan Negara':
Jika kita andaikan bahawa setiap cawangan mendaftarkan 10 orang ahli usrah sebagai 'murid' untuk 'Universiti Terbuka Tarbiyyah Kelantan' bagi tahun 2008 ini; dan jika kita andaikan setiap Kawasan sebagai Fakulti mepunyai 50 cawangan; bagi 14 kawasan seluruh Kelantan atau untuk 14 fakulti ini, kita mempunyai 'murid' seramai 7,000 orang bagi semester-1 tahun-1 sessi 2008/09. Ini bererti kita memerlukan seramai 700 orang 'murabbi' sebagai naqib usrah bagi seluruh negeri Kelantan. Melalui pendekatan 'span of control' dengan kadar 1:10; maka kita mampu mentarbiyyah seramai 70,000 rakyat Kelantan dalam tempoh satu tahun. Kadar tersebut dapat kita pecahkan sebagai berikut: 70,000 rakyat Kelantan dari 'usrah umum' akan dibimbing oleh 700 orang ahli PAS  'usrah atta'rif' sebagai naqib mereka; 700 orang 'usrah atta'rif' ini pula akan dibimbing oleh 70 orang ahli 'usrah attakwin' sebagai naqibnya. Jika kita andaikan ahli usrah peringkat perhubungan sekarang ini sebagai tahap ini, maka kita sudah mampu meneruskan plan strategik kita untuk kita lancarkan pada bulan Julai ini nanti (lihat lampiran). Ini bererti, kita sudah pun mempunyai tenaga ahli 'usrah attanfiz' seramai 7 orang untuk menjadi naqib bagi ahli 'usrah attakwin' tadi. Kita hanya perlu membuat persiapan untuk ahli 'usrah qiadah' dan 'naqib usrah' sebagai 'murabbi' untuk "Pusat Tarbiyyah Negara' atau  'INTAKE' nanti melalui Unit Perkaderan iaitu 'Train the Trainers' atau melatih Tenaga Nuqaba' untuk negeri dan negara. Jika kita anggarkan seluruh negara mempunyai 222 kawasan, dan setiap kawasan mempunyai purata 10 cawangan, maka jumlah ahli tarbiyyah seluruh negara peringkat 'usrah atta'rif' ialah seramai 22,200 orang dan 222,000 orang diperingkat 'usrah umum'. Pencapaian ini hanyalah lebih kurang 10% dari seluruh ahli PAS jika jumlahnya ialah 2 juta orang. Melalui Kohilal, kita juga mempunyai seramai 20,000 ahli yang perlu kita tanzimkan sebagai 'ahli usrah' atau 'murid' melalui struktur MLM mereka. Maka kita sebagai Pusat Tarbiyyah Negara memerlukan 'murabbi'  seramai lebihkurang 24,000 sebagai naqib dan sebagai ahli usrah 'atta'rif'. Inilah jumlah unit usrah yang kita akan bina dan yang akan kita tarbiyyahkan mereka sebagai 'ahli tarbiyyah negara berkebajikan' bagi sessi 2008/09 bermula bulan Julai ini nanti, insya Allah.


BAHAGIAN-4: "Tarbiyyah Darulnaim sebagai Model"




Pelan Strategik Tarbiyyah DARULNAIM
2008-2021:
"DARULNAIM, PENERAJU TARBIYYAH NEGARA"

VISI TARBIYYAH:
"Kelantan, Makmal Islam Negara”
MISI:
“ Memperkasakan Tnggungjawab & Kuasa Tarbiyyah Kelantan, di setiap peringkat ahli, supaya ahli beriltizam mengajak setiap rakyat Kelantan, beramal dengan Islam, berjuang dan bertaqwa kepada Allah SWT."
NILAI-NILAI TERAS:
 "Mas'uliyya, Ubudiyyah dan Itqan".
PLAN STRATEGIK PENUBUHAN NEGARA BERKEBAJIKAN ISLAM 2020:
(Rajah-1).

LAJNAH TARBIYYAH & PERKADERAN DARULNAIM

VISI
"Menjadikan Darulnaim, Pusat Tarbiyyah Negara Berkebajikan"
MISI
"Membentuk petugas Islam yang bersyakhsiah Islamiyah, berakhlak mulia, amanah dan bertaqwa"
NILAI-NILAI TERAS
"BERILMU, BERIMAN, BERAMAL SOLEH, BERAKHLAK MULIA, BENAR, AMANAH, BERTAQWA, BIJAKSANA, BERKEMAMPUAN, BERTANGGUNGJAWAB, BERDAKWAH DAN BERJIHAD"
STRUKTUR TARBIYYAH KELANTAN 2008-2009:
(Lampiran-1)
INSTITUT TARBIYYAH DARULNAIM (INTAKE)
DASAR
"Allah, RasuluLlah dan Al-Quran".
FALSAFAH
"Ilmu, Iman, Taqwa, Taat dan Akhlak"
VISI
"Pusat Tarbiyyah Petugas Islam dan Makmal Tadbiran Islam Negara Berkebajikan"
 MISI
"Melatih 'kepimpinan petugas Islam' sebagai 'Duat' untuk 'Negeri dan Negara Berkebajikan’ supaya ‘bertanggungjawa (amanah) dan berkemampuan tinggi "
NILAI-NILAI TERAS:
"Bertaqwa (termasuk amanah dan berintegriti), Bertanggungjawab, Berkemampuan, Berkepimpinan, Berdakwah & Berakhlak Mulia".
 OBJEKTIF
Melahirkan petugas atau pekerja Islam yang ikhlas, amanah, berkebolehan dan istiqamah dalam tugas serta perjuangan Islam supaya:

  • Berilmu, beriman dan Memahami  perjuangan Islam
  • Beramal dan bermutu tinggi dalam tugasnya mengikut tahap kemahiran atau 'marhalah'nya.
  • Sentiasa berakhlak mulia (hasuna khulukuh).
  • Mempertingkatkan kefahaman petugas terhadap tugasnya dan perjuangan Islam.
  • Membina kesetiaan pekerja supaya sentiasa patuh dan taat kepada ajaran Islam serta arahan pimpinan sebagai 'ulul amri'.
  • Merapatkan ukhuwah antara pekerja atau petugas.
  • Meningkatkan kemampuan (quwwah) dan tahap kemahiran petugas secara berterusan.
STRATEGIK FOKUS DAN STRATEGIK OBJEKTIF:
STRATEGIK FOKUS-1: Merancang dan Menguruskan Aset  Tarbiyyah secara berkesan;
STRATEGIK FOKUS-2: Merancang Skop Tarbiyyah dan Mengurus Programnya sebagai budaya untuk ahli sebagai Petugas Islam iaitu pelanggan.
STRATEGIK FOKUS-3: Mengawal dan memantau Proses Tarbiyyah supaya efektif dan berjalan lancar.
STRATEGIK FOKUS-4: Mempelbagaikan Pembelajaran dalam Tarbiyyah supaya berlaku pertumbuhan dan penambahbaikan dalam kuantiti & kualiti ahli, penerbitan bahan & proses serta jentera tarbiyyah, dari masa kesemasa.   

BAHAGIAN-5: LAMPIRAN-LAMPIRAN:


LAMPIRAN-1: PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Latarbelakang:
Dalam bengkel tersebut, peserta bengkel, melalui pemudahcaranya iaitu YB Hj. Zulkifli bin Hj. Mamat,  telah pun membincangkan tajuk-tajuk iaitu (i) Kelantan sebagai Pusat Tarbiyyah Negara; dan (ii) Halatuju dan Tanggung jawab Tarbiyyah Kelantan. Ahli Penal bagi tajuk (i) ialah YB Ustaz Hj. Nasaruddin bin Mat Isa, merangkap Pengerusi Tarbiyyah PAS Pusat, dan YB Dato' Muhammad Daud Al-Iraqi, merangkap Ketua Dewan Ulama' Negeri Kelantan, serta YB Nik Muhammad Ammar Nik Abdullah, merangkap Pengerusi JK Pendidikan Negeri Kelantan. Tajuk (ii) pula dibincangkan oleh YBhg Ustaz Hj. Yahya Othman, AJK Tarbiyyah Kelantan dan juga oleh Hj. Abdul Rashid Jais, juga AJK Tarbiyyah Kelantan. Selain dari sidang panel, rumusan bengkel juga mengambil kira dari perbincangan peserta,  kajian SWOT, ucapan perasmian YAB Menteri Besar Kelantan, Ucapan Aluan Pengerusi dan Ucapan Aluan Pengarah Tarbiyyah Kelantan, serta kuliah subuh yang disampaikan oleh YB Ustaz Muhammad Mustapha, selaku Timbalan Pengerusi Tarbiyyah Kelantan.
Perbincangan Bengkel:
Bengkel membincangkan perkara berikut:
·         Kelantan, sebagai Makmal Islam Negara yang menekankan kepada amalan ahli terhadap ketaatan kepada Allah, Rasul dan Pemimpin (Ulul Amri). YAB Menteri Besar sangat menitik beratkan tentang perlunya ahli berakhlak dengan ketaatan dan juga menjadikan Kelantan sebagai peneraju dalam 'akhlak mua'malat' supaya dicontohi oleh negara. Dari ucapan ini, peserta membincangkan dan merumuskan visi tarbiyyah Kelantan ialah 'Makmal Islam Negara Berkebajikan". Seiring dengan ini, Unit Makmal Islam Kelantan, perlu diujudkan sebagai fungsi tambahan dalam struktur Tarbiyyah Kelantan. Unit tambahan lain termasuklah, Unit Aset, Unit Penilaian, dan Unit Pendaftaran (Registrar Unit)'.
·         Allah, Rasul dan AlQuran sebagai dasar dan falsafah Tarbiyyah. Tiga Qaf iatu Iqra', Qumullai (s.Muzammil) dan Qum fa anzir (s.Mudathir)  sebagai asas kekuatan ahli tarbiyyah dalam dakwah. Dari Iqra' pula dilahirkan 9 teras berhubung cara membaca dan beramal dengan AlQuran, seperti diajar oleh Jibril a.s. kepada Nabi SAW.
·         Aset tarbiyyah, kewangan dan perlunya berinfak dijalan Islam serta tugas untuk menjaga AlQuran sebagaimana maksud hadis berhubung 'lelaki yang Allah SWT anugerahkan kepadanya ilmu AlQuran yang ia tegakkan siang dan malam; dan lelaki yang Allah SWT kurniakan kekayaan, lalu ia infak dijalan Islam'. Perlu dilancarkan saham wakaf tarbiyyah Kelantan dan Negara.
·         Keperluan untuk berakhlak dengan akhlak alQuran sebagai amal Tarbiyyah Amaliyyah. Memahami Islam secara menyeluruh dari AlQuran dan sunnah serta kisah nabi juga sahabah sebagai sumber Tarbiyyah Ilmiyyah.
·         Penstrukturan semula Tarbiyyah Kelantan supaya mengambil kira fungsi tarbiyyah untuk sasaran ahli atau rakyat dari sektor awam, swasta dan seisi keluarga. Tarbiyyah Amaliayyah, Tarbiyyah Ilmiyyah dan Kursus kefahaman Islam.
·         Latihan perkaderan untuk peningkatan ahli supaya dapat membimbing ahli dalam usrah yang lain sebagai naqib atau duat. Menjadikan usrah sebagai institusi tarbiyyah dan perkaderan Kelantan iaitu INTAKE. Usrah negeri sebagai usrah Qiadah dan usrah-usrah lain di peringkat kawasan sebagai kursus bagi fakulti dimana peserta usrah adalah pelajarnya mengikut kumpulan usrah.Tahun kursus adalah umpama marhalah usrah iaitu umum, attaarif, attakwin dan attanfiz.

RUMUSAN DAN STRATEGIK FOKUS:
Dari  maklumat dan bahan perbincangan diatas, secara ringkasnya perbincangan bengkel  merumuskan "empat strategik objektif" sebagai 'strategik fokus' berikut: 
STRATEGIK FOKUS-1: Merancang dan Menguruskan Aset  Tarbiyyah secara berkesan;
·         Tarbiyyah Kelantan (bertempat di PUTIK dan MADU) iaitu Pusat Tarbiyyah dan Makmal Islam Negara, sebagai 'Universiti Terbuka Kolej Islam Akhirat, Kelantan'.
·         Lajnah Tarbiyyah Kelantan sebagai Unit Registrar untuk pendaftaran ahli sebagai pelajar usrah. Usrah sebagai kelas kursus, kuliah atau tusyen.
·         Kawasan sebagai Fakulti, dengan itu terdapat 14 fakulti kesemuanya. Pejabat Kawasan adalah sebagai 'Pendaftar Fakulti' untuk pelajar usrah mengikut kumpulan.
·         DUN sebagai Jabatan, dimana MTD sebagai struktur Jabatan mengikut kelayakan ahlinya. Pengarah MTD adalah Ketua Jabatan dan AJK MTD adalah tenaga pengajar atau naqib usrahnya,
·         Cawangan sebagai kelas kuliah atau tusyen, ia mewakili sekurang-kurangnya 10+1 ahli usrah sebagai pelajar kelas kuliah.
·         Modul usrah sebagai sabjek kursus, dan aktiviti cawangan sebagai 'projek usrah' serta 'aktiviti desa Taqwa' sebagai 'makmal Islam cawangan' mengikut kumpulan.
·          Skor dari 'muhasabah diri' sebagai gred untuk peningkatan amal ahli usrah; dan 'skor kumpulan 10 keluarga (K10K)' sebagai projek 'makmal islam peringkat kumpulan keluarga'.
·         Data-base untuk penggembelingan berkesan tenaga pengkuliah dari Dewan Ulama' dan tokoh tempatan. 
·         tenaga naqib/ah dari marhalah yang lebih tinggi mengikut sistem MLM iaitu umum, khusus, atta'arif, attakwin, attanfiz dan qiadah.
·         usrah umum sebagai 'kelas tahun persediaan', usrah atta'rif sebagai 'kursus tahun-1', attakwin (tahun-2) dan attanfiz (tahun3), usrah qiadah dan usrah ulama' (pasca siswazah); mengikut semester 1,2 dan khas atau tambahan.
·         pelancaran saham wakaf untuk aset tarbiyyah Kelantan & Negara,
STRATEGIK FOKUS-2: Merancang Skop Tarbiyyah dan Mengurus Programnya untuk ahli sebagai Petugas Islam iaitu pelanggan.
·         ahli PAS sebagai petugas Islam dan 'duat'.
·         pekerja dari sektor awam dan swasta sebagai madu' atau sasaran dakwah dan tarbiyyah umum.
·         ahli seisi keluarga sebagai sasaran tarbiyyah amal islami.
·         rakyat 'Desa Taqwa' sebagai sasaran usrah umum untuk ahli cawangan.
STRATEGIK FOKUS-3: Mengawal dan memantau Proses Tarbiyyah supaya efektif dan berjalan lancar.
·         melalui unit-unit dibawah lajnah tarbiyyah yang sedia ada termasuk unit baru iaitu: unit penilaian, unit registrar, unit kuliah dan unit kewangan/aset.
STRATEGIK FOKUS-4: Mempelbagaikan Pembelajaran dalam Tarbiyyah supaya berlaku pertumbuhan dan penambahbaikan dalam kuantiti & kualiti ahli, penerbitan bahan & proses serta jentera tarbiyyah, dari masa kesemasa.    
·         usrah melalui unit usrah
·         tamrin melalui unit perkaderan
·         seminar melalui unit penerbitan
·         'skor kad' kumpulan melalui unit penilaian 

WALLAHU'ALAM. 

YANG BAIK ITU DARI ALLAH SWT, DAN YANG SILAP ITU DARI PENULIS. 
PENULIS MEMOHON SUPAYA AMBIL MANAFAATNYA DAN TINGGALKAN YANG MEMUDHARATKAN.










No comments: