Tuesday, May 17, 2011

Celek Akeedah: Jahiliyyah Kedua ialah Syirik kepada Allah SWT

Assalamu'alaikum WR. WB.;



Jika kita imbas kembali konsep akeedah yang bermula dengan kalimah tayyibain; kita dapati sebarang bentuk 'ilah' dalam kalimah 'lailaha illa Llah' itu adalah jahiliyyah.  Siri yang lalu, kita pelajari bahawa 'tidak mempercayai akan ujudnya Tuhan itu adalah juga jahiliyyah. Jahiliyyah jenis itu kita panggil 'komunisma'. Mereka tidak beriman kepada mana-mana ilah atau tuhan, apa tah lagi pada Allah SWT.



Kali ini, kita tinjau suatu lagi bentuk jahiliyyah. Jahilyyah jenis kedua, iaitu ilah yang mereka sembah berupa 'sanam' atau berhala atau apa jua bentuk pujaan. Tergolong dalam jahiliyyah jenis ini ialah mereka dari agama Hindu, Budha, dan mereka yang memuja patung berhala atau api atau apa jua; selain dari Allah SWT. Pemujaan atau penyembahan atau menyengutukan 'ilah' lain dengan Allah SWT adalah dikira syirik dan dipanggil 'musyrikin' iaitu orang yang mengadakan dalam pemyembahan mereka tuhan-tuhan lain selain Allah SWT. Dalam ayat 110, surah al-Kahfi, Al Quran ada menyebut:







قُلۡ إِنَّمَآ أَنَا۟ بَشَرٌ۬ مِّثۡلُكُمۡ يُوحَىٰٓ إِلَىَّ أَنَّمَآ إِلَـٰهُكُمۡ إِلَـٰهٌ۬ وَٲحِدٌ۬‌ۖ فَمَن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلۡيَعۡمَلۡ عَمَلاً۬ صَـٰلِحً۬ا وَلَا يُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦۤ أَحَدَۢا (١١٠)
"Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya. (110)".


Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, tidak akan diterima akan amalannya itu oleh Allah SWT jika ianya syirik terhadap Allah SWT. Jadi, sebarang bentuk jahiliyyah mestilah bebas dari akeedah kita untuk membolihkan amalan kita diterima sebagai amal soleh. Mereka yang syirik atau musyrikin, samada dari penganut Hindu atau Budha atau seumpamanya; amalan mereka tidak akan sampai pada Allah SWT. Perantaraan yang mereka gunakan itu adalah ilah-ilah yang merupakan sembahan tambahan dan dikira syirik terhadap Allah SWT. 
Dalam agama Hindu, mereka panggil 'pooja' atau 'puja' atau 'sanam' dari bahasa Arab. Jika digunakan kepada nyanyian, pujaan terhadap penyanyi, mereka panggil 'mere sanaam' atau 'pujaan ku'. Jika dalam bahasa moden dipanggil 'pujaan dari peminat'. Istilah ini adalah lahir dari 'mere sanaam' yang bermaksud 'pujaanku' dan bolih membawa erti 'puja' atau 'pooja' untuk penganut budaya Hindu. Jika, remaja kita tidak sedar akan maksud ungkapan jahiliyyah syirik yang telah dimodenkan itu, maka sangat malang sekali. Malang kerana ia membolihkan akeedah sesaorang itu akan tergelincir. Na'uzubiLlah', sebab tu kita kena ada 'celek akeedah' untuk memahami sebarang bentuk jahiliyyah yang wajib kita 'tolak' sebagai 'ilah-ilah' lain selain dari Allah SWT yang Maha Esa. 
Oleh itu, berhati-hatilah, wahai remaja dan orang muda atau sesiapa saja; bila menonton filem Hindi; kena faham akan ungkapan lagu-lagu atau ucapan amal-amal mereka terhadap sesama mereka, yang saya kira terdapat banyak bentuk jahiliyyah syirik ini dipertontonkan. Penonton atau peminat tidak sedar menyebut ungkapan tersebut yang dibuat dalam bentuk nyayian umpamanya, hingga mereka sanggup hafal untuk menyanyi lagu Hindi tersebut. Mereka tidak tahu bahawa dalam lagu-lagu itu ada ungkapan syirik yang membolihkan gugurnya akeedah. Sebab tu, kekadang dipanggil lagu 'hindi' atau dipanggil juga 'hindusetan' dimana pada hindu itu ada 'setan' iaitu syaitan yang bersedia untuk menyesatkan remaja Muslim Melayu terutamanya, yang telah rosak akhlaknya. Lalu, setan-setan itu yang kepalanya adalah 'syaitan', akan mula cuba menyesatkan manusia melalui jahiliyyah jenis kedua ini pula. 
Penganut Hindu sebenarnya telah diperalatkan oleh 'gerakan jahiliyyah antarabangsa' iaitu dari 'international jews conspiracy movement', telah dan sentiasa berusaha untuk menyesatkan orang Melayu, khususnya supaya murtad. Dulu, perkataan 'Melayu' itu yang bermaksud 'lari dari agama Hindu kepada menganut agama Islam' adalah dipinjam dari istilah sanskerit hindu kepada jawa dan akhirnya menjadi bahasa kita iaitu 'Melayu'. Bila orang Hindu masuk Islam meninggalkan agama Hindu, mereka dikatakan 'murtad agama Hindu' atau 'lari dari agama Hindu' kepada agama Islam. Jadi, puak yang memilih agama Islam ini, pada masa itu, orang Hindu panggil mereka sebagai 'Melayu'. Kita ambil contoh raja Parameswara yang dulunya beragama Hindu, tetapi setelah memeluk agama Islam; dia dikatakan sebagai 'lari' dari agama Hindu kepada agama Islam. Istilah lari ini, depa panggil 'Melayu' iaitu 'pelarian' agama atau cara hidup. Istilah arab kita panggil 'hijrah' iaitu dari jahiliyyah Hindu kepada agama Islam. Oleh sebab itu, bila ramai rakyat dari raja-raja memeluk agama Islam, maka lahirlah 'Melayu' iaitu puak yang menganut agama Islam, pada masa itu. Mereka mempunyai penempatan seperti Melaka dan akhirnya semenanjung emas dipanggil semenanjung tanah Melayu. Kemudian dipanggil Malaya. Semua penduduk Malaya adalah majoritinya Melayu. Melayu bermaksud orang Islam. Sebab itulah, Melayu dalam perlembagaan negara dikira sebagai agama resmi iaitu beragama Islam. Ini termaktub jelas dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 153. Sekarang kita panggil Malaysia tetapi asal-usulnya macam tulah. Perlembagaan Persekutuan masih kita kekalkan dan perlu kerana ianya memertabatkan institusinya raja-raja Melayu. Ini bererti, kita memertabatkan Islam sebagai cara hidup dan raja-raja Melayu adalah merupakan 'ketua agama Islam'. Mereka adalah 'ulul amri'. Rakyatnya atau pengikutnya pada masa itu adalah Melayu jati iaitu Muslim jati dari segi akeedah dan cara hidup, kerana mereka menolak 'ilah-ilah' agama Hindu dari semua puak bangsa dan budaya, tetapi memilih Islam. Lalu mereka dipanggil Muslim mengikut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 153. Maknanya, Tanah Melayu atau Malaya adalah pernah didaulatkan sebagai 'Daulah Islamiyyah' atau 'Negara Islam' dibawah sistem khalifah dari kalangan raja-raja Melayu iaitu raja-raja Muslim dari negeri Melaka, Pahang, Johor, Trengganu, dan sebagainya. Merekalah raja-raja yang menjaga 'kedaulatan undang-undang' iaitu 'hukum Islam'. Mereka adalah sebagai 'ulul amri' yang wajib kita taat dan patuh. Daulat mereka adalah daulat Islamiyyah. Itu sebenarnya sala silah Islam dan Melayu di Malaysia ni. 
Oleh kerana itu, pada hemat saya, apa yang PR perjuangkan sekarang; mereka bersepakat mempertahankan sistem 'daulah' ini iaitu pertama: 'daulah Islam' sebagai agama resmi negara, kedua: daulah 'institusi raja-raja sebagai 'ulul amri' atau ketua agama resmi negara iaitu Islam; dan ketiga: bahasa ibunda masing-masing dimana bahasa utama adalah bahasa Melayu dari majoriti Muslim seperti salasilah tersebut diatas. Ini termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan. 


Ringkasnya, kita semua perlu dan wajib mempertahankan tiga 'i' ini iaitu 'Islam'. 'Institusi Raja-Raja' dan 'ibunda' iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa agama resmi negara dan bahasa-bahasa ibunda selainnya. Jadi, dulunya perjuangan Melayu itu adalah murni kerana ianya perjuangan agama resmi negara iaitu Islam. Begitu juga kini. Cuma, bezanya ialah dulunya Melayu itu memerintah negara bukan negara memerintah Melayu. Sedang Melayu itu adalah Muslim, jadi negara adalah ditadbir oleh cara hidup mengikut perlembagaan iaitu 'cara hidup Islam atau Melayu Islam'. Kuasa  Melayu adalah kuasa Islam. Tapi, kini....bagaimana?. Nanti, kita akan bincang perkara ini dibawah tajuk bentuk jahiliyyah kelima iaitu 'the so-called Muslim society' atau 'masyarakat Melayu'. Bersambung, insya Allah. 


Wallahu'alam. 










No comments: