وَمَا بِكُم مِّن نِّعۡمَةٍ۬ فَمِنَ ٱللَّهِۖ ثُمَّ إِذَا مَسَّكُمُ ٱلضُّرُّ فَإِلَيۡهِ تَجۡـَٔرُونَ (٥٣)
“Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan. (53)” (Surah An-Nahl:53).
Antara nikmat-nikmat, dua nikmat yang disebut-sebut dalam hadis ialah ‘masa lapang dan kesihatan’. Masa lapang adalah dari allah dan kesihatan tubuh badan adalah dari Allah. Dua perkara ini sangat berkait rapat. Korelasi, R squarenya adalah hampir sama dengan satu, maknanya ‘very strong’.
Masa Lapang dan Masa Sihat:
Dalam kitab Furqan, kita selalu membacanya apabila kita menamatkan sesuatu majlis mesyuarat. Kita juga membacanya apabila kita bertemu dan berpisah. Ianya merupkan amalan para sahabah. Mereka membacanya bagi tujuan memperingati antara satu sama lain akan peranan mereka terhadap penggunaan masa secara optimum iaitu untuk berdakwah bagi berpesan kepada ‘amar maaruf, nahi mungkar’, berpesan kepada hak dan kesabaran. Itulah surah Al-‘Asr sbb:
وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3) (Al-‘Asr: 1-3)
Berikut adalah beberapa ungkapan yang indah berhubung dengan 'masa dan kesihatan':
"Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu dan Dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya). (32) Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu. (33) Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. (34)" (Ibrahim: 32-34).
"Dan Dialah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa yang mahu beringat (memikirkan kebesaranNya) atau mahu bersyukur (akan nikmat-nikmatNya itu). (62)" (Furqan:62).
"Demi waktu fajar; (1) Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); (2)" (al-Fajr:1-2).
"Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya), (1) Dan siang apabila ia lahir terang-benderang; (2)" (al-Lail:1-2).
“Tidak berganjak kedua tumit hamba pada hari kiamat sehingga ia ditanya mengenai empat perkara: i) mengenai umur kemana ia habiskan, ii) mengenai masa mudanya kemana dipergunakan, iii)mengenai harta kekayaannya, bagaimana diperolehi dan kemana dibelanjakannya, iv) mengenai ilmunya bagaimana ia mengamalkannya” (Hadis dari Mu’az ibn Jabal, riwayat al-Darimi).
"Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Dia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Dia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya dan Dialah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. (54)" (Ar-Rum:54).
“Carilah kemanisan ibadat dalam 3-5 perkara iaitu: 1) ketika membaca al-Quran, 2) ketika berzikir (atau dalam majlis ilmu), 3) ketika sujud dalam solat; dan tambahan: 4) ketika bersedekah, serta 5) ketika waktu sahur, menjelang subuh.” (Imam Hasan Basri, alHikam, jilid 1,ms 61).
“Solat 5 waktu sebagai neraca harian, hari jumaat sebagai neraca mingguan, bulan ramadhan sebagai neraca tahunan dan ibadah haji sebagai neraca seumur hidup” (Ahli salaf).
“apabila penyudahan usia itu ialah kematian, maka umur yang pendek dan yang panjang adalah sama” (Penyair Arab).
“Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.(11)” (Al-Munafikun:11).
“Allah SWT memberi kemaafan kpd seseorang yang dilanjutkanNya ajalnya, sehingga Allah memanjangkan usianya sampai 60 tahun" (maksud hadis: alBukhari, dari Abu hurairah).
“seseorang yang hidup didunia ini sebenarnya adalah “penunggang” yang bearada dibelakang usianya sendiri’ (Penyair Arab).
“Masa itu adalah kehidupan” (Assyahid Imam Hassan alBanna r.h.).
Wallahu'alam. Wassalam.
No comments:
Post a Comment