Friday, May 13, 2011

Darulnaim, Makmal Islam Negara: Al-ziwaj dan Al-It'am

Dibawah konsep 'Darulnaim, Makmal Islam Negara', Negeri Kelantan sekali lagi muncul memperkenalkan 'program berkebajikan' kepada rakyatnya iaitu program : 'Al-It'am dan Al-Ziwaj'.
Program Al-'It'am ialah suatu program dimana kerajaan negeri Kelantan, melalui anak syarikat negeri iaitu Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) telah memperkenalkan skim bantuan makanan berupa beras kepada rakyat miskin Kelantan. Bantuan ini diberi setiap bulan kepada mereka melalui penghulu atau kedai-kedai terdekat yang berdaftar. Setiap rakyat miskin mendapat sebanyak sepuluh kilogram beras setiap bulan. Maka, belanja bulanan untuk makanan asas adalah sudah cukup untuk meringankan beban mereka. Dalam post yang lalu, kita pernah membincangkan mengenai 'konsep ikhlas liwajhiLlah' iaitu amal soleh yang paling tinggi tahap ketaqwaannya seperti yang disebutkan dalam Al-Quran, iaitu: mereka memberi makan kepada orang-orang miskin yang sangat  memerlukan:

وَيُطۡعِمُونَ ٱلطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ مِسۡكِينً۬ا وَيَتِيمً۬ا وَأَسِيرًا (٨) إِنَّمَا نُطۡعِمُكُمۡ لِوَجۡهِ ٱللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنكُمۡ جَزَآءً۬ وَلَا شُكُورًا (٩)      


Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan, (8) (Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih, (9)”(Al-Insan: 8-9).


Program al-Ziwaj pula ialah suatu program anjuran kerajaan negeri Kelantan untuk membantu pasangan belia yang tidak berkemampuan untuk berkahwin. Setiap pasangan diberi sebanyak RM1,000 untuk digunakan sebagai bayaran maskahwin mereka. Upacara perkahwinan dibuat secara berkumpulan dan apa yang penting disini ialah majlis kesyukuran untuk mendapat barakah dari Allah SWT. Amalan ini adalah penting kerana dengan berdoa kepada Allah SWT sahajalah kita akan mampu melahirkan generasi al-Quran kedua seperti mana kita semua inginkan. Generasi inilah yang akan menjadi pelapis kepada perjuangan Islam dan didoakan juga supaya dapat melahirkan zuriat yang bertaqwa kepada Allah SWT. Syabas, kerana inilah salah satu cara untuk mengurangi gejala sosial masyarakat dari kaum remaja dan belia.
Adalah difahamkan juga bahawa program ini merupakan salah satu contoh 'uswah hasanah' dari keluarga YAB Tuan Guru MB sendiri. Dilapurkan bahawa belanja maskawin untuk perkahwinan anak perempuannya, semuanya adalah pada piawai RM1,000 iaitu paling ringkas dan mudah. Kerana dari maksud hadis bahawa perkahwinan yang paling mudah dan ringkas itu adalah 'barakah'. Itulah tasawwur perkahwinan mengikut tuntutan Islam iaitu untuk keberkatan bagi melahirkan generasi 'imam' yang bertaqwa, sepertimana yang dimaksudkan oleh al-Quran:

No comments: