Thursday, May 19, 2011

Celek akeedah: Bentuk Jahiliyyah Ketiga, Agama Kristian.

Fahaman Kristian: merupakan bentuk Jahiliyyah jenis ketiga selepas fahaman Komunisma dan fahaman syirik penyembahan berhala-berhala seperti Hinduisma dan Budhisma, umpamanya.
Mengikut kitab 'Mu'alim Fi Thariq, the milestone atau petunjuk sepanjang jalan'; dalam bab 'LailahaillaLlah', ia membincangkan dengan panjang lebar tentang bentuk jahiliyyah ini. 

Kita semua bolehlah merujuk dengannya dan cuba kita analisakan dengan keadaan semasa akan contoh-contoh jahiliyyah sepertinya yang sedang menular, atau sudah menular atau dijangka akan menular kedalam masyarakat atau umat kita, orang Islam. Cuba tinjau dan perhatikan. Kemudian, cuba bandingkan dengan konsep amal soleh sebenar mengikut kaca mata 'celek akeedah' yang kita miliki sebagai insan Muslim yang 'ulul albab' iaitu ber'akal. Ini kerana dewasa ini ramai manusia bercakap tentang kerja amal - Yahudi bercakap, Kritian bercakap, dan orang Melayu pun bercakap. Tapi dalam bicara yang lepas, Ibn Kathir dalam tafsirnya telah mengupas bahawa semua itu tertolak kecuali jika kerja amal itu dilakukan memenuhi kehendak dan syarat 'amal soleh' iaitu 'Amal Soleh Compliance'.
Aslama wajhahu liLlah..” ( أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّه) :iaitu ungkapan bagi yang menyerahkan dirinya kepada Allah SWT (yang mematuhi perintahNya)".

Daripada surah AlBaqarah, ayat 112, Allah berfirman berhubung maksud pengabdian kepadaNya dalam tulus ikhlas, liwajhiLlah iaitu dengan ungkapan ‘aslama wajhahu lillah..’. Ungkapan yang menjelaskan konsep ‘amal soleh yang sebenar kerana dalam ayat sebelum ayat ini, puak yahudi dan nasrani menyatakan yang amalan merekalah yang terbaik  yang  Allah SWT terima. Kemudian Allah mencabar mereka untuk memberi bukti jika benar apa yang mereka katakan. 
Ternyata mereka gagal dan bohong semata-mata. 

Lalu Allah SWT berfirman dengan maksud ayat seperti dibawah:

بَلَىٰ مَنۡ أَسۡلَمَ وَجۡهَهُ ۥ لِلَّهِ وَهُوَ مُحۡسِنٌ۬ فَلَهُ ۥۤ أَجۡرُهُ ۥ عِندَ رَبِّهِۦ وَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ (١١٢)
“(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang dia pula berusaha supaya baik amalannya, maka dia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (2:112)”.

Ayat tersebut diatas menyebut bagaimana Allah menolak amal soleh orang Kritian dan orang Yahudi, kerana ianya terkeluar dari syarat akeedah dan syariat Islam walau pun mereka ikhlas melakukannya. Berhati-hati dengan perkataan 'ikhlas' yang banyak dan selalu digunakan dewasa ini termasuk sebagai jenama dan seumpamanya. Ada yang menggunkannya sebagai jenama 'Al-Ikhlas', konsert 'Ikhlas', pertunjukan 'amal' untuk derma kebajikan, bantuan 'derma ikhlas orang kurang upaya', dan seumpamanya. Renung dan kaji, adakah mereka ini mengikut budaya yang dibuat oleh puak Kristian atau ianya dari cara hidup Islam berasas kan 'amal soleh' sejati? Pakailah spek 'celek akeedah', insya Allah, dapat lihat.

Kita telah bincang dulu juga bahawa pada fitrahnya, kata Ibn Khaldun, insan itu mempunyai 'quwwah, Q' dari segi ulul albab (IQ), sihat jasmani (PQ), ketenangan emosi (EQ) dan kekuatan ruhani yang tinggi (SQ). Dia ada kaitan antara semuanya itu. Insan yang hebat IQnya, dengan celek akeedah, dia akan hebat SQnya.  Fathi Yakan kata dalam bukunya 'Apa ertinya saya menganut Islam' bahawa kita kena banyak berfikir fasal ciptaan Allah, bukan berfikir fasal Penciptanya. Berfikir akan ciptaan Allah itu sendiri telah membawa kita setapak menolak fahaman komunisma yang tidak percaya akan ujudnya Tuhan sebgai Pencipta. Kemudian, tapak kedua pula ialah dengan berfikir akan ciptaan Pencipta ini, seseorang itu akan lebih rapat dengan Penciptanya dan sekali gus menolak konsep ketuhanan yang berasakan syirik seperti penganut Hindu dan Budha. Jika pemikir itu berfikir dengan jelas dan waras menggunakan celek akeedah sebagai insan ulul albab, dia tidak akan sekali-kali berlaku syirik dengan menyembah makhluk ciptaan Pencipta. Kata Nabi Ibrahim a.s., tanyalah berhala yang kamu cipta dan yang kamu sembah itu, akan siapa yang merosakkan berhala-berhala itu, jika berhala-berhala itu berkuasa memberitahunya?  Itulah suatu kebodohan atau jahiliyyah dari penganut fahaman menyembah berhala. Sedang menyembah matahari dan bulan, ciptaan Allah, pun dikira jahiliyyah syirik, apa tah lagi, menyembah patung atau berhala buatan manusia. Fikirlah dengan celek akeedah. Nanti ada manusia yang sembah makhluk ciptaan manusia berupa peraturan dan undang-undang, yang kita akan bincangkan sebagai bentuk jahiliyyah moden yang berlaku secara berleluasa sekarang ini.

Hari ini, kita bincang puncanya sahaja. Punca jahiliyyah moden ini antara lain ialah kerana peraturan dan undang-undang itu direkabentuk oleh puak ulama' kristian dan yahudi, bagi tujuan memesongkan umat Islam. Itulah daa'yah mereka. Ugama Kristian ini dikira jahiliyyah kerana konsep triniti mereka iaitu disamping mereka beriman kepada Allah SWT sebagai ilah mereka, pada masa yang sama mereka percaya Nabi Isa itu anak Tuhan dan Mariam itu ibunya, na'uzubiLlah. Inilah punca penyelewengannya. Islam yang diajar oleh Nabi Isa a.s. melalui kitab Injil, telah diselewengkan oleh ulamak mereka (priest), atas desakan pemerintah politik mereka yang sekular. Mereka diarahkan supaya memisahkan peranan gereja dengan politik. Politik yang memerintahkan mereka dan gerejanya, bukan diperintahkan oleh agama mereka. Sebagaimana berlaku sekarang ini, memisahkan masjid iaitu ugama dengan sistem politik. Itulah jahiliyyah yang diperkenalkan oleh puak Kristian dan Yahudi kepada umat Islam. Jadi, daa'yah Kristian ini sedang berleluasa. Mereka  cuba dan sedang mengkristian ramai manusia dari pelabagai anutan, termasuk penganut Hindu, Budha dan hatta orang Melayu pun. Mereka sendiri merosakkan kemurnian agama asal, Islam kepada agama nasrani dan seterusnya menjadikan kepada agama Kristian katolik dan menjadi pula pecahan Kristian protestant, yang menolak katolik. Kebimbangan seperti ini juga akan dibuat oleh mereka untuk memecahkan Islam kepada Islam hadhari dan seumpamanya, na'uzubillah.

Cara undang-undang, mereka menamakan 'common law' sebagai rujukan. Ianya beasaskan logik semata-mata iaitu hukum munasabah tanpa hukum 'naqli' dari wahyu Allah SWT. Sedangkan, yang kita perlu daulahkan sebagai dustur ialah Islam dan ianya mestilah dari alQuran dan alSunnah Rasul SAW. Logik seseorang itu ada batasnya, kerana jangkauan yang ghaib atau invisible atau unseen itu, tidak dapat difikirkan dengan logik kecuali dengan  beriman iaitu belief atau percaya. Logikkah berwudhu, membasuh muka dan anggota wudhu' lain bagi orang yang batal wudhu' kerana berkentut, umpamanya. Logiknya ialah kena basuh tempat dimana angin kentut itu keluar? Begitulah juga hal berkaitan dengan undang-undang. Hukum alQuran itu adalah jelas dan beramal dengannya adalah hidayah. Bermakna setentunya boleh mengelakkan gejala sosial, apatah lagi untuk melakukan jenayah sosial. Dan kita tak bolih saja-saja nak amalkan hukum alQuran tanpa dikuat-kuasakan sebagai kanun negara. Maka perlu memperjuangkan untuk mendapatkan kuasanya iaitu 'biyadihi..', seperti maksud hadis nabi SAW tentang kefardhuan melakukan 'amar maaruf, nahi mungkar'.

Ada orang bertanya, apasal depa tak bersumpah saja untuk isu semasa seperti tuduhan liwat dan video seks terhadap DSAI? Selesai cerita, katanya. Adakah semudah itu? Bayangkan, jika sesuatu peraturan itu tidak diluluskan oleh pihak berkuasa melalui sidang Parleman, bolihkah ia dikuatkuasakan? Bolehkah mana-mana masjid, surau, atau mahkamah pun - samada sivil atau syariah, menerima sumpah laknat yang tidak termaktub sebagai undang-undang negara atau sesebuah negeri di negara ini? Sumpah yang dibuat itu, semacam sumpah puak gereja yang melakukan adat minta ampun dari paderi mereka digereja iaitu 'confession'. Adakah itu cara yang mereka panggil sara Islam? Cetek sekali. Itulah sebenarnya jahiliyyah kristian moden yang menular masuk kedalam masyarakat Melayu yang jahil tentang Islam, supaya budaya jahil ini akan menjadi 'precedent' kepada masyarakat. Lalu masjid akan digunakan oleh orang Melayu untuk tujuan sumpah laknat, bukan penyelesaian undang-undang negara melalui mahkamah syariah dimana Islam adalah undang-undang tertinggi. Dimana, semua agama bebas membawa kes mereka melalui institusi mahkamah mengikut agama mereka seperti diperundangkan, tetapi jika tahap mahkamah mereka gagal menyelesaikan kes tersebut, mereka boleh merujuk kepada mahkamah syariah Islam, sebagai mahkamah tertinggi. Ini belum distrukturkan lagi untuk tujuan penguatkuasaan dan perlaksanaan. Belum dibawa ke sidang Parleman pun. Mereka hanya baru bentangkan peraturan akta saman ekor? Itu pun, kes yang lepas, tidak bolih mereka kuatkuasakan. Kes selepas kelulusan parleman, setelah diwartakan, barulah bolih ianya berkuatkuasa. Sebab tu, bayaran saman yang lampau, parleman tak boleh tangguhkan saja. Ahli  parleman boleh mendesak untuk membatalkannya kerana ianya selari dengan maksud perundangan negara. Jadi, bayangkan jika kita cuba buat onar dengan desakan sumpah laknat di masjid dan juga desakan DNA dan seumpamanya. Nampak sangat depa ni buta undang-undang negara, buta akeedah; apa tah lagi nak celek akeedah. Sayugia diingatkan, untuk mengenal isu jahiliyyah dalam masyarakat kita ini, kita kena lihat dengan celek akeedah. Ramai orang Melayu kita ni dah lupa cara hidup Islam. Mereka sedang berada diatas pemisahan peraturan  yang dicipta oleh puak Kristian sebagai sistem sekular yang mana undang-undang sistem ini ialah 'Common Law', memisahkan agama (masjid, mahkamah syariah, qadhi, dll..) dengan siasah iaitu 'politik suku, agama suku'. Mereka mempolitikkan agama iaitu politik perentah agama bukan Islam perintah semuanya termasuk politik. Itulah, Islam sebagai cara hidup iaitu 'way of life'. Tapi apa yang berlaku sekarang ialah pecah dan perentah, politik memerintah agama, bukan diperintahkan oleh agama iaitu Islam. Sepatutnya, Islam memerintah. Islam is our boss, our way of life.

Sekian. WaLlahu'alam.

Please visit: www.myorbitcafe.com for more halal products.

No comments: