Ulul Albab: ‘Mukmin Celek Akeedah’
Maka, muslim yang sentiasa berfikir akan ciptaan Allah SWT adalah merupakan mukmin yang berakal. Dia rapat dengan Penciptanya iaitu Khalik, Allah SWT. Dia celek akeedah kerana dia mampu membezakan yang hak dengan yang bathil. Setiap isu dia akan nilaikan mengikut kacamata akeedah Islam. Persekitarannya adalah ciptaan Tuhan, Rab seluruh ‘alam. Dia merasa tenang bila melalui masa hidupnya dengan Islam kerana ianya adalah cara hidup mukmin yang berakal, ahli ulul albab.
Suatu ketika, Anas ibn Malik, ditawarkan suatu kontrak membekalkan senjata anak-panah sebanyak 100,000 unit dari khalifah Hajjaf Yusof Al-Saqafah. Tapi, beliau menolaknya kerana dia tidak mahu bersubahat membantu khalifah yang zalim itu, menggunakan senjata tersebut, membunuh rakyat dari kalangan penentangnya, yang bukan puak Muawiyyah. Kedua, kerana hasil pendapatan itu adalah haram, maka tidak berkat. Masa itu, isterinya hamil hampir 3 tahun, kepada seorang bayi, bakal ulamak terkenal iaitu Imam Malik. Dia menjaga sumber rezeki halal mentarbiyyah anaknya dari dalam kandungan lagi. Datuknya pula mendoakan supaya lahir ulamak dari zuriatnya. Anas RA, ketika tidur dalam masjid Nabawi, bermimpi, supaya menjaga bakal ulamak ini. Itulah proses tarbiyyah sebelum kahwin, sebelum hamil, semasa hamil; dan selepasnya anaknya berguru dengan ramai ulamak.
Celek Komputer dari sudut IT Tayyibah
IT yang kita celek sekarang masih belum lengkap iaitu tidak tayyibah. Jika halal, tetapi tidak tayyibah. Maklumat yang tidak tayibbah masih mengatasi maklumat tayyibah. Jika kita ‘search’ untuk maklumat tayyibah, kita hanya jumpa tidak melebihi 20% dari ‘output’ yang baik. Ini kerana betapa ramai yang celek computer, tetapi sekadar menjadi pak turut kepada puak ‘amar mungkar, nahi maaruf’. Kita ketandusan ahli celek komputer yang celek akeedah, yang sekurang-kurangnya tampil menulis untuk ‘amar maaruf, nahi mungkar’ melalui IT. Kita perlu mereka ini yang celek komputer, berserta celek akeedah supaya mereka adalah dari puak yang menyahut seruan ‘kuntum khairu ummah’. Itulah da’I yang celek komputer dan celek akeedah. Mereka mempromosikan IT, melahirkan hasil ‘search’ 100% tayyibah.
“Kita perlu ahli ‘ulul albab’ yang celek akeedah. Jika ianya celek komputer; maka fardhu baginya bekerja meujudkan IT Tayyibah”
Pokok Tamar 3 Tahun Berbuah di cuaca Malaysia |
Negara memerlukan:
| |
| |
| |
|
* Ahli ‘Ulul albab’ yang sentiasa berfikir untuk menambah-baikkan kualiti hidup ummah.
* Mukmin celek akeedah, seperi Anas Ibn Malik, yang menolak kontrak dari khalifah yang zalim.
* Mukmin yang celek komputer untuk mempromosikan IT Tayyibah.
* Tayyibah ‘input’ dan ‘output’nya.
No comments:
Post a Comment